You are on page 1of 4

BAGUS

NO. KAD PENGENALAN /


NO. SIJIL KELAHIRAN

ANGKA GILIRAN

INOVASI GURU CEMERLANG


BAHASA MELAYU PENULISAN
UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH

HIGHER ORDER THINKING SKILLS (HOTS)


UJIAN PRESTASI BAGUS : SET TUJUH

BAHASA MELAYU – PENULISAN 012


(Ujian Prestasi Bagus – Set Tujuh)

1 ¼ jam Satu jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Tulis nombor kad pengenalan atau nombor sijil Untuk Kegunaan Pemeriksa
kelahiran dan angka giliran kamu pada petak yang
disediakan. Kod Pemeriksa:
2. Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian iaitu:
Bahagian A, Bahagian B, dan Bahagian C. Bahagian No. Soalan Markah

3. Kamu dikehendaki menjawab ketiga-tiga bahagian. A


4. Bagi Bahagian B, kamu boleh memilih sama ada ingin
menjawab Soalan 1, Soalan 2, atau Soalan 3. B
5. Jawapan hendaklah ditulis pada ruangan yang
disediakan di dalam kertas soalan ini. Sekiranya ruang
C
yang disediakan tidak cukup, sila dapatkan helaian
tambahan daripada pengawas peperiksaan. Helaian
tambahan (jika ada) hendaklah diikat dan dihantar Jumlah
bersama-sama kertas soalan. 60

Kertas soalan ini mengandungi hanya 4 halaman bercetak.

012 © © 2014 Hak Cipta Haji Md. Ramli Sabran (GC DGA38) [Lihat halaman sebelah
BAGUS
Soalan Higher Order Thinking Skills (HOTS) 2 Ujian Prestasi Bagus Penulisan (012) : Set Tujuh

Bahagian A
[ 10 markah ]
[ Masa dicadangkan : 15 minit ]

Graf di bawah menunjukkan jenis barangan yang diperniagakan di Pasar Tani.


Tulis lima ayat yang lengkap tentang lima maklumat yang terdapat dalam graf di bawah ini.

JENIS BARANGAN YANG DIPERNIAGAKAN


DI PASAR TANI TAMAN MEDAN, JALAN KLANG LAMA

10

Disediakan Oleh Haji Md. Ramli bin Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, SK Kampong Bahagia, 36000 Teluk Intan, Perak
Penulis Boleh Dihubungi Melalui Talian: 05-6227793 atau 019-5758131 atau Melalui Alamat E-mel: (mdramlisabran@ymail.com)
Soalan Higher Order Thinking Skills (HOTS) 3 Ujian Prestasi Bagus Penulisan (012) : Set Tujuh

Bahagian B
[ 30 markah ]
[ Masa dicadangkan : 40 minit ]

Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang
daripada 80 patah perkataan.

1 Sebagai Setiausaha Penerbitan Majalah Sekolah, kamu dikehendaki menemu ramah Guru Besar
sekolah kamu bagi mendapatkan maklumat tentang program menceriakan kawasan sekolah.

Tulis temu ramah kamu dengan Guru Besar sekolah kamu itu selengkapnya.

ATAU

2 “... Segala jasa, pengorbanan murni dan budi baik serta tunjuk ajar cikgu masih segar dalam
memoriku. Jasa cikgu begitu agung dan abadi buat selama-lamanya “Terima Kasih Cikgu”.
Akhiri karangan kamu dengan ... “Terima Kasih Cikgu”.

ATAU

3 Hampir setiap hari ada sahaja berita tentang kemalangan jalan raya disiarkan di dada akhbar
mahupun di kaca televisyen. Tuliskan satu karangan tentang Cara-cara Mengelakkan Kemalangan
Jalan Raya.
Tulis karangan kamu itu selengkapnya.

30

Disediakan Oleh Haji Md. Ramli bin Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, SK Kampong Bahagia, 36000 Teluk Intan, Perak
Penulis Boleh Dihubungi Melalui Talian: 05-6227793 atau 019-5758131 atau Melalui Alamat E-mel: (mdramlisabran@ymail.com)
Soalan Higher Order Thinking Skills (HOTS) 4 Ujian Prestasi Bagus Penulisan (012) : Set Tujuh

Bahagian C
[ 20 markah ]
[ Masa dicadangkan : 20 minit ]

Tulis lima nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Berikan contoh yang sesuai
berdasarkan petikan tersebut.
Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.
Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Si Arnab dan Sang Kambing bersahabat baik. Kedua-dua sahabat ini selalu mencari makanan
bersama-sama di dalam hutan. Pada masa lapang, mereka amat gemar bercucuk tanam. Mereka
mengusahakan tanah terbiar di tepi belantara itu dengan tanaman kacang panjang, sawi, terung,
timun dan petola.
Suatu petang ketika asyik menyiram sayur-sayuran yang mereka tanam, Si Arnab berkata,
“Apabila tanaman kita ini mengeluarkan hasil bolehlah kita jual. Dapatlah kita keuntungannya.”
Sang Kambing seraya menambah, “Apa kata kita menternak pula? Tak payahlah kita keluar
berburu di dalam belantara ini lagi.” Si Arnab membisu seketika memikirkan ledakan idea yang
telah dilontarkan oleh sahabatnya itu. Dia seolah-olah kurang berkeyakinan untuk menceburi
bidang penternakan kerana risikonya agak besar.
Akhirnya, Si Arnab pun menyuarakan pula pandangnya. “Betul juga kata kamu tu, Sang
Kambing. Hasil jualan sayur-sayuran itu nanti, sebahagian daripada wangnya bolehlah kita gunakan
untuk membeli anak ayam dan anak itik. Lebih banyaklah keuntungan yang kita peroleh hasil
daripada jualan sayur-sayuran dan ternakan yang kita usahakan itu nanti,” kata Si Arnab dengan
nada yang girang.
Setelah mereka memetik dan menjual sayur-sayuran, mereka pun membeli anak ayam dan
anak itik. Apabila ternakannya sudah besar, Si Arnab dan Sang Kambing tidak lagi keluar berburu.
Mereka sudah ada bekalan makanan yang banyak dan mencukupi.

20

Disediakan Oleh Haji Md. Ramli bin Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, SK Kampong Bahagia, 36000 Teluk Intan, Perak
Penulis Boleh Dihubungi Melalui Talian: 05-6227793 atau 019-5758131 atau Melalui Alamat E-mel: (mdramlisabran@ymail.com)

You might also like