You are on page 1of 3

PISMP MUZIK SEMESTER 5 ABANG HAZEEQ BIN ABANG HAMDAN

BIG FASA 5

REFLEKSI

Pelaksanaan Bina Insan Guru (BIG) adalah berasaskan kepada kesedaran


bahawa profesion keguruan adalah mulia dan insan guru adalah pembina
generasi, pembentuk jati diri dan role model kepada masyarakat, justeru guru
harus mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu menangani
cabaran era globalisasi. Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar dapat mengenal
diri dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh
ke arah pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan. Program ini
diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan sahsiah dan
kuasa professional yang tinggi dan akan sentiasa bersedia di samping mampu
menangani pelbagai cabaran pendidikan dalam arus globalisasi.

Pada semester ini, kami dikehendaki membuat satu bengkel dan Program
Lawatan Penanda Aras atau “Benchmarking” ke sebuah sekolah yang merupakan
tugasan yang wajib dilalui oleh guru pelatih PISMP Semester 5 di bawah Program
Bina Insan Guru (BIG) Fasa 5.

Justeru, kami telah menubuhkan satu organisasi untuk menguruskan


program ini. Beberapa siri mesyuarat telah diadakan dalam usaha untuk
melicinkan program ini. Jika terdapat kemusykilan, kami akan merujuk kepada
pegawai BIG iaitu Puan Che Som dan Mentor kami iaitu Encik Megat dan Encik
Mad Noor Bin Chin.

Setelah mendapat kata putus, kami telah memilih untuk membuat program
lawatan penanda aras di Sekolah Klauster Kecemerlangan Kokurikulum, Sekolah
Menengah Kebangsaan Ibrahim, Sungai Petani Kedah. Program BIG Fasa 5 ini
telah disertai seramai 29 orang guru pelatih yang terdiri daripada guru pelatih
PISMP Muzik dan PISMP Sejarah Ambilan Jun 2014. Lawatan ini juga telah
diiringi oleh dua orang pensyarah iaitu Encik Megat Mohd Noor dan Encik Mohd
Nor Bin Chin.
PISMP MUZIK SEMESTER 5 ABANG HAZEEQ BIN ABANG HAMDAN
BIG FASA 5

Program ini bermula pada hari Ahad, 24 Julai 2012. Selepas mengenakan
sarapan pagi di dalam IPG, kami bertolak ke SMK Ibrahim untuk mengadakan
lawatan penanda aras. SMK Ibrahim merupakan sebuah sekolah kluster
kecemerlangan Kokurikulum. Untuk makluman, sekolah ini telah mendapat
pengiktirafan sebagai sekolah kluser pada tahun 2012. Pogram Bina Insan Guru
kali ini adalah agak istimewa kerana kami diberi peluang untuk meninjau dalaman
dan luaran sebuah sekolah yang antara yang terulung di negeri Kedah. Program
lawatan penanda aras ini bertujuan memdedahkan kami kepada alam
persekolahan yang sebenar yang mana pembentukan iklim dan budaya kerja
serta kepimpinan sekolah yang berkesan akan menjamin produktiviti sesebuah
sekolah sebagai satu institusi pendidikan.

Apabila sampai di SMK Ibrahim, kami telah disambut dengan penuh mesra
oleh warga SMK Ibrahim. Seterusnya, kami dibawa ke Bilik Gerakan yang begitu
selesa untuk mendengar taklimat daripada Pengetua. Beliau telah menerangkan
tentang sejarah sekolah, kemudahan yang ada di SMK Ibrahim, dan pencapaian
SMK Ibrahim dalam bidang akademik mahupun sukan. SMK Ibrahim mendapat
pelbagai anugerah di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Ini dapat
menunjukkan betapa guru-guru di sekolah ini bekerja kuat demi mengharumkan
nama sekolah.

Dalam pembangunan sukan olahraga, sekolah telah melatih dan memberi


pendedahan sukan olahraga kepada murid-murid yang berminat. Maka, pasukan
ini telah banyak menempa kejayaan di peringkat negeri, kebangsaan dan
antarabangsa.

Dalam usaha pembangunan sukan olahraga ini, sekolah juga telah


membaik pulih padang sekolah yang telah menelan belanja RM 10, 000. Dengan
adanya padang sekolah yang baik, latihan dapat dijalankan dengan selamat.
Saya berasa amat kagum dan terkejut dengan usaha pihak sekolah kerana pada
tahun ini, pihak sekolah telah memutuskan untuk menubuhkan sebuah kelab
olahraga yang menjaga kebajikan ahlinya.
PISMP MUZIK SEMESTER 5 ABANG HAZEEQ BIN ABANG HAMDAN
BIG FASA 5

Selesai taklimat, kami telah dihidangkan dengan sedikit jamuan. Kemudian,


pihak sekolah telah membawa rombongan kami melawat kawasan sekolah ini.
Antara aktiviti yang dijalankan di SMK Ibrahim ialah tinjauan di sekitar kawasan
sekolah. Kami telah melihat bilik darjah, perpustakaan, makmal sains, bilik guru,
komputer, bilik darjah, pejabat, setor sukan, padang dan bilik yang menyimpan
pelbagai anugerah yang berjaya diraih oleh SMK Ibrahim.

Hasil pemerhatian saya dan maklumat yang telah saya peroleh, terdapat
sedikit kelemahan SMK Ibrahim yang perlu dibaiki pada masa hadapan iaitu
bangunan blok sekolah ini dipisahkan kepada dua bahagian oleh jalan raya yang
menjadi laluan utama kenderaan keluar dan masuk ke taman perumahan.
Masalah ini boleh mendatangkan bahaya kepada murid kerana perlu melintas
jalan tersebut untuk pergi ke makmal, bilik sains, padang dan sebagainya. Saya
dimaklumkan bahawa hanya pengawal keselamatan sekolah yang akan
mengawal keadaan trafik di jalan tersebut bagi memastikan keselamatan murid.
Walau bagaimanapun pihak sekolah ada membuat permohonan untuk membuat
sebuah jejantas untuk menghubungkan kedua-dua blok tersebut tetapi
permohonan tersebut masih belum diluluskan.

Pada pendapat saya, lawatan penanda aras ini amat penting dijalankan
oleh guru-guru pelatih kerana mampu memberi motivasi dan semangat kepada
kami untuk bersungguh-sungguh menimba ilmu dan pengalaman sebanyak
mungkin sebelum bergelar guru agar kami lebih bersedia untuk membangunkan
dan meningkatkan prestasi sekolah pada masa akan datang.

Selain itu, lawatan ini dapat memberi ilham, info dan tips kepada saya
tentang pengurusan sesebuah sekolah bagi memastikan sekolah terus berada
dalam kemuncak kecemerlangan. Saya amat kagum dengan kesungguhan guru
sekolah ini kerana cukup tegas dengan prinsip hidupnya untuk membawa sekolah
ini supaya terus cemerlang. Secara keseluruhannya, saya berpendapat bahawa
objektif BIG Fasa 5 ini telah berjaya dicapai. Saya berharap program seperti ini
akan dapat diteruskan pada masa akan datang.

You might also like