You are on page 1of 3

BAB 7

Kesimpulan

Program latihan industri yang dilaksanakan oleh pihak Politeknik ( KPTM )


adalah sangat berguna dan banyak memberi perkara positif terutamanya dalam
membentuk diri seseorang pelatih supaya lebih berkeyakinan dalam usaha untuk terus
maju dan bersaing dalam apa jua bidang yang diceburi. Secara tidak langsung ianya
dapat memberikan pendedahan ke alam pekerjaan yang sebenar khususnya berkaitan
dengan bidang yang diikuti.

90
Ianya memberi peluang kepada pelatih dalam meluaskan ilmu
pengetahuan dan kemahiran kerana pelatih dapat melihat, mendengar dan merasai
sendiri susah senang hidup di dalam alam pekerjaan.

Dalam soal pergaulan dan perhubungan sosial, aktiviti latihan telah memberi
peluang yang baik kepada pelatih untuk menjalinkan hubungan dengan pelbagai
lapisan masyarakat tidak kira sama ada orang bawahan ataupun atasan. Selain
hubungan dengan sesama pekerja dan kontraktor atau pelanggan yang saling
membantu dalam kerja atau projek luar akan memberikan dan faedah untuk jangka
masa yang panjang.

Dari segi lain, pelatih juga di ajar supaya mengikuti peraturan yang telah
ditetapkan oleh pihak firma seperti menepati waktu kerja, pakaian dan sebagainya.
Usaha ini telah banyak membentuk keperibadian pelatih untuk lebih berdisiplin
dalam melahirkan insan yang murni. Sikap tanggungjawab semestinya perlu ada
pada setiap pelatih apabila melakukan sebarang tugas kerja yang telah di
amanahkan.

Di dalam proses penyiapan laporan industri ini pula, ia membabitkan satu


sistem perancangan sistematik dan berkualiti yang perlu diterapkan. Di sini segala
maklumat dari data primer, sekunder, dan lain-lain perlu dikumpul untuk dianalisis
bagi mewujudkan satu laporan yang sempurna. Dengan ini bahgian-bahagian
laporan dapat disusun dan dihuraikan dengan lebih kreatif, sistematik serta
berkualiti tinggi.

Secara keseluruhannya dapat dibuat kesimpulan bahawa latihan industri ini


banyak mendatangkan kebaikan kerana ia memberikan pendedahan dalam semua
bidang termasuk aspek sosial, ekonomi dan kemasyarakatan. Selain itu, ia dapat
mambuka mata pihak firma akan kedudukan Politeknik sebagai salah sebuah

91
Institut Pengajian Tinggi yang berjaya melahirkan tenaga koprat bermutu tinggi dan
mempunyai keperibadian yang murni untuk menjayakan wawasan 2020.

Akhir kata saya dapat jelaskan sekali lagi disini bahwa banyak pengetahuan
dan pengalaman yang diperolehi daripada Latihan Industri yang dapat dijadikan
sebagai panduan kepada saya bagi menghadapi alam pekerjaan sebenar.

92

You might also like