You are on page 1of 3

SK LKTP TENGGAROH 1,

MERSING, JOHOR.

“ENGLISH WEEK”

OLEH

PANITIA BAHASA INGGERIS


SK LKTP TENGGAROH 1
SK LKTP TENGGAROH 1
KERTAS KERJA MINGGU BAHASA INGGERIS

1. Rasional

Program yang dianjurkan oleh Panitia Bahasa Inggeris adalah salah satu platform untuk
mewujudkan murid-murid yang berkeyakinan untuk berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. Oleh
itu menjadi tanggung jawab panitia untuk menjalankan aktiviti yang bersesuaian bersempena
Minggu Bahasa Inggeris SK LKTP Tenggaroh 1. Program yang dirancang diharap dapat
dimanfaatkan sepenuhnya dan dapat mencapai objektif dan misi panitia.

2. Objektif
1. Memberi pendedahan dan peluang kepada murid-murid untuk menunjukkan bakat dalam
aktviti-aktiviti yang dirancang.
2. Menyediakan ruang dan medium untuk murid berkomunikasi di dalam Bahasa Inggeris.
3. Melahirkan murid-murid yang berkeyakinan dan mampu berkomunikasi dalam Bahasa
Inggeris dengan baik.
4. Menyemai perasaan seronok di dalam diri murid-murid menerusi persembahan-persembahan
yang dipersembahkan.

3. Sasaran
Semua murid SK LKTP Tenggaroh 1

4. Pelaksanaan
Minggu Bahasa Inggeris (perhimpunan pagi, minggu ke-2 setiap bulan)

5. Aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan

a. Teks Pengerusi Majlis di dalam Bahasa Inggeris


b. Ucapan guru bertugas dan Guru Besar di dalam Bahasa Inggeris
c. Bacaan ikrar dan doa di dalam Bahasa Inggeris
d. Persembahan Bahasa Inggeris oleh murid mengikut kelas (choral speaking, public speaking,
role play)

7. Sumber kos
Panitia Bahasa Inggeris

8. AJK Pelaksana
Ahli Jawatankuasa Panitia Bahasa Inggeris

9. Tempoh pelaksanaan
Februari sehingga Oktober
PENUTUP

Semoga perancangan yang telah dibuat dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan serta
mencapai objektif yang diharapkan.

Disediakan oleh,
Di semak oleh,

………………………………………………..
(MOHAMED SHARIFUDDIN B. SULAIMAN)
Ketua Panitia Bahasa Inggeris, …………………………………
SK LKTP Tenggaroh 1, (MD. RAZIF B. ABD RAZAK)
Mersing, Johor. GPK Kurikulum,
SK LKTP Tenggaroh 1,
Mersing, Johor.

Di sahkan oleh,

…………………………………
(RIZANA BT. MD. JELIS)
Guru Besar,
SK LKTP Tenggaroh 1,
Mersing, Johor.

You might also like