You are on page 1of 12

RUJ.

KAMI : STS /30/003/KK(1/2018)

Kepada,
SemuaguruUnit Hem.TARIKH : 27.12.2017

Tuan / Puan/Cik,

MESYUARAT PENGURUSAN KOKURIKULUM BIL1/PERTAMA SESI 2018.

Satu mesyuarat Pengurusan Hem kali pertama akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 27.12.2017(Rabu)
Masa : 8.30 pagi
Tempat :Bilik Seminar
Pengerusi :En.S.Kalaichelvam PCK ( Guru Besar )

2. Agenda :

I. Ucapan Aluan PKKK


II. Perutusan Pengerusi
III. Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat lalu.
IV. Perkara berbangkit
V. Dasar Kokurikulum 2018
VI. Pengurusan aktiviti Kokurikulum
VII. Pelaksanaan Kokurikulum
VIII. Penilaian Aktiviti Kokurikulum
IX. Dasar Keselamatan Sekolah
X. 1Murid1Sukan
XI. PAJSK
XII. Pengurusan Bilik Sukan
XIII. Kewangan
XIV. Hal-hal lain
XV. Ucapan Penangguhan
3.Sehubungan dengan itu, Tuan / Puan / Cik adalah diwajibkan hadir. Kerjasama anda
akan melicinkan mesyuarat tersebut.
Sekian terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

“PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH GEMILANG”

Saya yang menurutperintah

…………………….................

En.S.Kalaichelvam PCK

Guru Besar, SJK (T) Saraswathy


SJKT SARASWATHY, JALAN TIONG, 08000 SUNGAI PETANI,KEDAH.

Minit Mesyuarat Pengurusan Hem Bil.01/ 2017


Tarikh : 27.12.2016

Masa : 08:00 pagi

Tempat : Bilik Seminar

Pengerusi : En.S.Jayasangar ( Penolong Kanan Hem)

Senarai Guru Hadir


1. En.S.Kalaichelvam PCK (GURU BESAR)
2. Pn.V.Selvanayagi (PK 1)
3. En.S.Jayasangar (PK HEM)
4. Pn.S.Kogila (PK KOKO)
5. Pn. M. Yasothai ( Penyelia Petang)
6. Cik.M.Ammani
7. Pn.R.Rajasumathy
8. Pn.Saraswathy
9. Pn.R.Kaladevi
10. A.Josephine
11. En. S.M.Nagendran
12. Pn.P.Tulasi
13. Pn.B.Thachayani Nair
14. Pn.K.Elammathi
15. Pn.K.Elancitra
16. Cik.M.Anandhavalli
17. Pn.M.K.Sarasvathy
18. Pn.S.Reena
19. Pn.A.Katherine Das
20. Pn.V.Talirkodi
21. EnM.Suntharesvaran
22. En.N.B.Arjunan
23. En.N.K.Kumar
24. Pn.M.Logeswari
25. Pn.M.Revathy
26. Pn.M.Kavetha
27. Cik.J.Anne Francisca
28. Cik.J.D.Rogini
29. Pn.K.Gomathi
30. Pn.S.Devethi
31. Pn.M.Punitha
32. Pn.K.Waliyammah
33. Cik.K.Gavitha
34. Pn.M.Dharmambal
35. Pn.M.Shanti
36. Pn.V.Krishnaveni
Guru-guru yang tidak hadir
1. Pn.V.Parameswari
2. Pn.v.Vasantha
3. Pn.S.Kamaladevi
4. Pn.T.Thamaraiselvi (bersebab)
5. Pn.S.Yugasni (cuti bersalin)
6. Pn.B.Sumathy(bersebab)
7. En.D.Narenthiran
8. Pn.L.Anita (cuti sakit)
9. Pn.C.Viramma (bersebab)
10. Pn.M.Thenmoli (cuti sakit)
11. Pn.Nagentri

I. Ucapan Pengerusi
1. Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran guru- guru ke
mesyuarat HEM kali pertama sesi 2017.
2. Guru Besar memberitahu bahawa guru – guru perlu merujuk kepada buku
pengurusan sekolah bahagian HEM untuk lebih mengetahui dasar
pengurusan hal ehwal murid.
Makluman : Semua guru
3. Beliau juga memberitahu guru –guru perlu mengetahui peranan guru dan
peranan murid dalam pengurusan sekolah. Beliau juga mengarahkan semua
guru untuk melengkapkan Buku Jadual Kedatangan Murid (BJKM) bagi tahun
2017 .
Tindakan : Semua Guru Kelas

4. Simbol – simbol yang digunakan dalam buku BJKM boleh dirujuk dalam buku
pengurusan sekolah dibawah dasar pengurusan sekolah.
Makluman : Guru Kelas
5. Buku kawalan kelas anakdot akan disediakan bagi tahun 2017.
Tindakan : PK HEM
6. Guru Besar melarang guru – guru untuk menggunakan cecair liquid dalam
buku BJKM.
Makluman : Guru Kelas
7. Buku Jadual Kedatangan Murid perlu diberi kepada Hand Boss pada 8.15
pagi dan sesi petang 2.00 petang.
Tindakan : Guru Kelas

II. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat lalu Bil 4/2016.


8. Minit mesyuarat dicadangkan dan disahkan oleh En.M.Nagendran dan
disokong oleh Pn.. A.Katherine Das.

III. Perkara Berbangkit


9. PK HEM memberitahu bahawa surat amaran perlu dikeluarkan kepada murid
yang tidak hadir berturut-turut ke sekolah.
Tindakan: Guru Kelas
10. Beliau juga menegskan semua guru kelas harus memberi satu taklimat
penguusan kelas kepada murid pada hari pertama hari persekolahan
sebagai budaya buka sekolah dan langkah-langkah keselamatan yang perlu
dipatuhi oleh murid.
Tindakan : Guru Kelas
11. Pada tahun 2016 kemasukkan data SSDM / Sahsiah murid tidak memuaskan
.Oleh yang demikian guru kelas perlu memainkan peranan penting dalam
kemasukkan data sahsiah murid bagi tahun 2017.
Makluman : Semua Guru Kelas
12. PK HEM memberitahu mulai Januari 2017 kedatangan murid perlu diisi oleh
guru kelas atau kerani Puan Jamariah.
Tindakan : Guru Kelas
13. Beliau juga mengarahkan guru bertugas RMT mesti menggantungkan cips
RMT pada papan yang disediakan.Buku laporan RMT dan Buku Laporan
kantin perlu diisikan semasa brtugas.
Tindakan: Guru Bertugas RMT
14. PK HEM memberitahu bahawa dapat lihat penggurangan serangga dengan
semburan racun serangga.
Makluman : Semua guru
15. Beliau juga mengarahkan Ketua 3K Pn.Dharmambal perlu melaksanakan
semua program yang tidak laksanakan bagi tahun 2016.
Tindakan : Pn.Dharmambal & AJK
16. Ketua KWAMP Pn.Reena perlu memberitahu dan memastikan guru kelas
mengemaskinikan data murid dalam APDM.
Tndakan : Pn.Reena & Guru Kelas.

iv. Dasar Pengurusan Kelas

a) Buku Jadual Kedatangan Murid (BJKM)

17. PK HEM memberitahu semua butiran murid hendaklah dilengkapkan dalam


bulan pertama persekolahan (Januari).Guru Kelas perlu menandakan BJKM
pada setiap hari persekolahan sebelum 8.00 pagi dan 2.00 petang .Bagi
murid – murid yang sering ponteng sekolah guru kelas perlu mengambil
tindakan mengikut dasar pengurusan kelas. Sekolah perlu menyediakan
rekod nama,kelas,masa tiba dan sebab kelewatan untuk tujuan nasihat dan
tindakan penambahbaikan. Buku BJKM hendaklah ditandakan symbol-simbol
dalam buku BJKM.
Tindakan : Guru Kelas.

18. Bagi murid yang terlibat dalam urusan sekolah contohnya pertandingan murid
perlu memberitahu kepada guru kelas untuk mendakan dalam buku BJKM.
Semasa menandakan buku BJKM guru kelas dilarang untuk menggunakan
cecair liquid kerana buku BJKM dihantar ke Audit.Sekiranya masih
mengamalkan sikap demikian sekolah tidak akan menerima NKRA.
Makluman: Guru Kelas
b) Murid “Bukan Warga Negara “ (MBWN)”
19. PK HEM memberitahu bahawa murid bukan warga negara perlu diselesai
melalu PPD dan JPN.Guru kelas perlu memberitahu maslah tersebut pepada
PK HEM .
Makluman: Guru Kelas
c) Fail Peribadi Murid
20. Semua murid yang berdaftar di sekolah wajib mempunyai fail ini.Nama penuh
murid ,kelas,tahun dan nama Guru Kelas hendaklah ditulis pada helaian
pertma fail. Setiap fail hendaklah diletakan gambar murid (ukuran passport)
Makluman : Guru Kelas

21. Data Murid dalam APDM perlu dikemaskini oleh guru kelas dalam sistem
oneline dari masa ke semasa untuk RMT & KWAMP dan bantuan khas perlu
diberi dengan tepat.
Tindakan : Guru Kelas.
22. PK HEM memberitahu mulai tahun 2017 guru kelas tidak beloh simpan cuti
sakit dalam buku kedatangan kehadiran murid.Sebagai langkah
mengatasinya PK HEM akan menyediakan fail khas untuk simpan segala cuti
sakit murid .
Makluman : Guru Kelas
23. Pn.Kala Devi bertanya fail tersebut perlu disimpan bersama buku kedatangan
murid.PK HEM memberitahu ia perlu disimpan oleh guru kelas dan
diserahkan kepad pihak pentadbir pada hujung tahun.
Makluman : Guru Kelas
24. Pn.Shanti memberitahu bahawa ada murid yang masuk sekolah dengan tidak
mempunyai borang dan data lengkap dari sekolah lama.Ini membebankan
guru kelas untuk memasukkan butir-butir dalam APDM.
25. PK HEM memberitahu mulai 2017 SJKT Saraswathy akan mempunyai
identitinya sendiri.Iaitu murid yang masuk atau keluar dari sekolah ini perlu
mempunyai fail peribadi yang mengandungi kad kesihatan murid,pelaporan
murid ,pangabungan murid, kad kemajuan murid,buku kokurikulum dan buku
segak.
Makuluman: Guru Kelas

d) Pengurusan & organisasi kelas


26. PK HEM memberitahu guru kelas perlu melantik jawatankuasa kelas.Setiap
kelas perlu mempunyai “Moto” kelas.Moto kelas perlu berbeza dengan setiap
kelas.Ia perlu dipamerkan di sudut papan kenyataan.Segala inventori kelas
perlu dipamerkan pada hari pertama hari permulaan persekolahan.
Makluman: Guru Kelas
27. Beliau juga memberitau alatan seperti penyapu,penyeduk pemadam papan
putih ,bakul sampah dan sebagainya hendaklah disdiakan dam disimpan di
tempay yang sesuai.
Tindakan : Guru Kelas
28. Sudut Bahan Bacaan hendaklah disediakan di tempat sesuai. Pelan laluan
kecemasan hendaklah dipamerkan.Bilangan kehadiran harian mesti ditulis di
penjuru papan tulis(kanan/atas) .Guru kelas mamastkan semua murid
mempunyai satu set buku SPBT ,1 meja & 1 kerusi.Guru Kelas hendaklah
mengambil perhatian terhadap wayar elektrik,kipas dan lampu serta suisya
dalam keadaan dan selamat digunakan.
Tindakan: Guru Kelas
29. Guru Kelas melaporkan segala kerosakan perabot dan peralatan yang rosak
kepada pentadbir.
Tindakan: Guru Kelas
v. Dasar Pengurusan Disiplin.
30. PK HEM memberitahu bahawa murid adalah dianggap ponteng sekolah
sekiranya tidak hadir sekolah dan tidak membawa surat daripada ibu bapa/
penjaga atau surat sakit pada keesokan harinya.Guru kelas hendaklah “o”
dalam BJKM kelas (rujuk dalam buku pengurusan sekolah).Surat amaran
perlu dikeluarkan oleh guru kelas dan salinanya 1 untuk ibu bapa dan 1
pejabat.guru kelas perlu simpan satu salinan.
Makluman:Guru Kelas
31. Semua guru kelas perlu memastikan kelas mereka mempunyai Buku Kawalan
Kelas contohya Buku Anakdot.
Makluman: Guru Kelas
32. Tuan Guru Besar melarang guru kelas untuk meluahkan pendapat atau
tindakan selepas kes murid diserahkan kepada PK HEM atau Guru
Besar.Beliau juga membritahu untuk keselamatan guru sendiri sebab ibu
bapa amat sensitive dengan aduan ana sendiri.Menut beliau lagi guru kelas
tidak boleh campur tangan dalam keputusan pihak pentadbiran.Sekianya kes
berat perlu ikut akta pekeliling.Surat amaran hanya boleh dikeluarkan jika
dibincang dalam mesyuarat Hem.
Makluman:Guru Kelas
33. Menurut beliau lagi buku MMI & buku Anakdot (buku kawalan kelas) dibuat
seperti biasa bagi tahun 2017.guru kelas perlu jaga buku tersebut dengan
selamat dan tidk boleh ditinggalkan dalam kelas.Beliau juga memberitahu
buku tersebut perlu simpan dalam almari dan tidak boleh ditunjukkan kepada
murid.
Makluman: Guru Kelas.

34. Tuan Guru Besar mengigatakan guru-guru buku anakdot perlu disimpan
dalam kelas dan perlu dicatat (baik/buruk) murid.Contonya pada tahun 2016
murid bernama Tamilaran perlu catat baik dan buruknya.Masalah disiplin
murid parlu dicatat oleh guru dan ketua murid tidak boleh catat.
Tindakan : Guru Kelas.
35. Ketua Guru Dsiplin akan menyemak BKK setip hari dan mengambil nama
murid yang bermasalah untuk tindakan selanjutnya pada keesokkannya.
Tindakan:Ketua Guru Disiplin
36. Puan Ammani bertanya apakah maksud 10.2.11 (dalam buku pengurusan)
Nama guru yang tidak hadir mengajar dalam BKK,Ketua guru Disiplin
hendaklah melaporkan kepada PK HEM dan Guru Besar.
37. Tuan Guru Besar mengulasnya bahawa guru yang tidak hadir dan datang
lewat ke kelas akan dicatat dalam buku kawalan kelas untuk murid dan guru.
Makulaman :Semua Guru
38. Menurut beliau lagi murid yang keluar dari kelas perlu mendapatkan pas
keluar daripada guru mata pelajaran.Semua guru perlu tegur murid sekiranya
tiada mempunyai pas keluar. Dua jenis pas keluar perlu disediakan.1-Urusan
rasmi.1-bilik air.
Tindakan: Guru Disiplin & Guru Kelas
39. Semua guru adalah guru disiplin.Justeru itu, semua guru perlu menjaga
keselamatan murid di kantin,padang,kawasan sekolah.tuan Guru Besar
melarang guru menggunakan rotan untuk menghukum.
Makluman: Semua guru
40. Tuan Guru Besar mengarahkan semua guru untuk membeli Buku Peraturan
Sekolah.Guru- guru boleh rujuk buku tersebut untuk meghukum murid.
Tindakan: Semua Guru
e) Pengurusan Perhimpunan
41. Perhimpunan diadakan sekurang-kurangnya sekali seminggu.Setiap hari
Ahad jam 7.30pagi dan 12.30ptg selama 30 minit.Perhimpunan akan
diuruskan oleh ketua guru bertugas dan diikuti dengan 3 atau empat guru
bertugas dan dibantu oleh pengawas sekolah.
42. Semua guru dan murid diwajibkan hadir perhimpunan,kecuali tidak sihat atau
sakit.
Tindakan: semua guru.
43. PK HEM akan mengedarkan Rekod Kehadiran Guru ke perhimpunan untuk
memastikan semua guru hadir bagi membantu pengawasan murid dan
bertindak sebagai “role Model”
Tndakan: Semua Guru
vi. Dasar Kebajikan Murid.
44. PK HEM memberitahu semua bantuan dan kebajikan murid mesti merujuk
kepada data APDM.Sistem ini sentiasa dikemaskini.Guru kelas memastikan
semua murid menerima SPBT.
Makluman: Semua Guru
45. Guru Kebajikan memastikan murid yang Berjaya menerima surat tawaran
seperti KWAMP,e-kasih, dan OKU.Guru Kelas perlu menyimpan senarai
nama murid yang menerima biasiswa dan perlu pamerkanya.
Tindakan: Guru Kebajikan & Guru Kelas.
vii. Dasar kebersihan dan Kesihatan
46. PK HEM memberitahu bahawa semua guru brtanggungjawab bagi
memastikan murid-murid menjaga kebersihan diri,kelas,tandas,kantin,bilik-
bilik khas,bagunan dan kawasan sekolah.Guru kelas bertnggungjawab
mengambil inisiatif untu menghias kelas mereka agar kelihatan kemas dan
teratur,ceria dan kondusif bagi memudahkan P&P.
47. Guru yang masuk mengajar masa pertama bertanggungawab memastikan
kelas dalam keadaan bersih sebelum memulakan P&P.
Makluman: Guru Kelas& gur Mata pelajaran
viii. Dasar Keselamatan Sekolah
48. PK HEM memberitahu semua sekolah mewajibkan melaksanakan program
3K(Kebersihan,Kesihatan& Keselamatan).Memastikan semua murid
menerima skim Insurans Takaful.Aspek-aspek keselamatan dan kebajikan
murid wajib diberi keutamaan oleh semua pihak terutama sebelum dan
semasa selepas sesuatu program/aktiviti dilaksanakan.
Makluman: Semua Guru
ix. Bimbingan Dan Kaunseling
49. PK HEM memberitahu Guru Bimbingan Kaunseling mesti meberikeutamaan
kepada Pembangunan Sahsiah diri Murid,Peningkatan Disiplin
Murid,Pendidikan kerjaya murid dan Psikososial dan keseahteraan mental
murid.
Makluman :GBK
50. Menurut Beliau lagi Unit B&K perlu memperbanyakan aktiviti tahunan bagi
tahun 2017.Guru GBK mengenalpasti murid – murid bermasalah melalui guru
kelas.Lapoanya perlu diserahkan kepada PKHEM.
Tindakan: En.Nagendran GBK
x. Kantin Sekolah
51. PK Hem memberitahu Guru Penyelaras Kantin bertanggungjawab
memastikan bahawa penguasaha kantin mengamalkan kebersihan dalam
penyediaan,penjualan dan menjaga seluruh kawasan kantin.Guru Kantin
perlu membuat laporan harian kepda PK HEM atau pentadbir lain jika
berlakunya kes keracunan makan di kantin.
Makluman:Guru Kantin
52. Guru Disiplin serta Guru Bertugas harian mesti berada di kantin bersama-
sama pengawas bertugas untuk mengawal disiplin murid semasa waktu
rehat.
Tindakan :guru Bertugas,Guru Disiplin & Guru Kantin.

xi. SPBT
53. Semua murid SJKT mesti mendapat satu set buku teks dan buku BLA untuk
Tahap 1. Bagi murid Tahun 1 set buku baru mengikut semakan 2017 perlu
disediakan oleh unit SPBT.
54. Murid Tahun satu 2017 akan menerima buku teks pada hari Transisi.
Makluman: Guru Tahap 1 & Penyelia Petang
xii. Badan Pengawas Sekolah
55. Unit pengawas sekolah telah memilih pengawas bagi 2017.Seramai 49
pengawas telah dilantik melaluujian pengawas, sesi temuramah dan
Keputusan Penilai PBS bagi tahun 2106.
Makluman: Semua guru
xiii. Buku Rekod Kesihatan

56. Semua Buku Rekod Kesihatan disimpan dengan selamat di bilik PK


HEM.Justeru itu, guru kelas dinasihati supaya tidak mengambil buku tersebut
tanpa pengetahuan P HEM. PK HEM memberitahu semasa murid bertukar
sekolah guru kelas perlu menyertakan buku kad kesihatan bersama fail
peribadi murid.Buku Rekod Kad Kesihatan bagi murid Tahun satu akan
diedarkan pada hari Program Transisi 2017.
Tindakan: Guru Kelas Tahun 1

xiv. Kertas Kerja Program HEM

57. PK Hem membentangkan format Kertas Kerja Program HEM bagi tahun
2017.Beliau juga memberitahu kertas kerja perlu disiapkan dalam 3 hari
selepas program itu tamat. Minit mesyuarat unit HEM juga perlu disaipkan
dalam 3hari selepas mesyuarat dijalankan.
Makluman: Ketua Unit AJK HEM
xv. Perancangan Strategik HEM 2017

58. Guru Besar memberitahu Perancangan Strategik HEM 2017 perlu disiapkan
bulan Januari dan perlu bincangkan dalam mesyuarat setiap unit.
Makluman: Unit Hem
xvi. Takwim HEM 2017

59. PK HEM membentangkan Takwim HEM bagi tahun 2017.Beliau


membacakan tugas-tugas setiap AJK dibawa unit HEM.Kejasama AJK HEM
amat dialu-aluka bagi tahun in untuk menjayakan setiap unit dan
memperkasakan unit HEM bagi tahun 2017.
Makluman: Semua Guru
xvii. Senarai Jawatakuasa HEM 2017

60. PK HEM mengumumkan senarai Jawatan Kuasa HEM 2017 dan ketuanya.PK
HEM mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada pelantikan AJK unit
HEM bagi tahun 2017.Beliau juga berharap AJK unit HEM akan member
kerjasama untuk menjayakan setiap aktiviti dan program bagi tahun 2017.
61. Ketua Jawatan Kuasa Unit Hem dilantik dengan pemberian surat lantikan
untuk setiap ahli oleh Tuan Guru Besar.
Tindakan : Ketua Unit Hem

xviii. Hal-hal Lain

62. Tuan Guru mengucapkan tahniah kepada semua AJK HEM.Beliau juga unit
perlu lebih mengambil langkah yang lebih cemerlang untuk menjayakan
setiap program dan aktiviti dibawa init HEM.

xix. Penutup

63. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.30 tengah hari dengan ucapan
terima kasih oleh GPK HEM.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

………………………….. …………………………

SETIAUSAHA HEM PENOLONG KANAN HEM

You might also like