You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS DAN TMK KALI PERTAMA 2014

TARIKH : 9 Januari 2014


TEMPAT : Bilik Gerakan
MASA : 2.00 pm

KEHADIRAN
1. Pn. Zaini binti Hassan- Guru Besar
2. En. Ibrahim bin Omar – Guru Penolong Kanan 1
3. Pn. Norazilah binti Sulaiman
4. Pn Sakinah bt Yusop

AGENDA
1. Ucapan pengerusi
2. Ucapan Guru Besar
3. Perkara mesyuarat:
3.1 Analisa peperiksaan UPSR 2013
3.2 TOV 2014
3.3 Kumpulan pelajar
3.4 Rancangan pelajaran tahunan dan rancangan pengajaran harian.
3.5 Buku dan Standard kualiti minimum (SKM)
3.6 Analisis item
3.7 Pentaksiran Kerja Amali (peka) Sains
3.8 Bilik Sains
3.9 Program/ aktiviti panitia
4. Hal-hal lain

AGENDA
1.0 UCAPAN PENGERUSI
1.1 Puan Norazilah selaku pengerusi mengucapkan terima kasih atas
kehadiran guru-guru.
1.2 Majlis dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah
2.0 Ucapan Guru Besar
2.1 Puan guru besar memberikan kata-kata aluan.
2.2 Mengharapkan guru-guru Sains tahun ni dapat mencapai visi dan
misi yang telah ditetapkan.
2.3 Guru-guru Sains digalakkan memperbanyakkan amali untuk
menarik minat murid dalam mata pelajaran ini.
2.4 Banyakkan pengajaran di luar kelas.

3.0 Perkara mesyuarat


3.1 Analisa peperiksaan UPSR 2013
3.1.1 Mengikut analisis yang dikemukakan dari setiausaha
peperiksaan sekolah, secara kesimpulan dirumuskan
bahawa target keputusan UPSR untuk subjek Sains2014
ialah:
Gred A : 16 orang
Gerd B : 15 0rang
Gred C: 6 orang
Gred D dan E : Tiada
Target GPMP :1.73

3.2 TOV 2014


(Sila rujuk lampiran)

3.3 Kumpulan pelajar


Pelajar di bahagikan kepada 3 kumpulan iaitu Cemerlang,
Sederhana dan Lemah.

3.4 Rancangan pelajaran tahunan dan rancangan pengajaran harian.


3.4.1 semua guru diminta untuk menyediakan RPT mengikut
kelas yang diajar dan dapatkan pengesahan dari pihak
pentadbir.
3.4.2 Sila rujuk lampiran untuk format RPH

3.5 Buku dan Standard kualiti minimum (SKM)


3.5.1 Buku
3.5.1.1 Buku teks perlu dibaca dari kulit ke kulit.
3.5.1.2 Buku Amali Sains (BAS): gunakan untuk PEKA
3.5.1.3 Buku tulis: Laporan PEKA Sains , nota dan
latihan
3.5.1.4 Semakan buku perlu dibuat sekurang-kurangnya
2 kali seminggu dan perlu dipulangkan selewat-
lewatnya 2 hari kemudian.
3.5.1.5 Buku latihan perlu dihantar kepada pentadbir
atau ketua panitia untuk semakan.
3.5.2 SKM
3.5.2.1 Latihan hendaklah diberikan setiap kali selesai
P&P.
3.5.2.2 Latihan perlu menjurus kepada soalan
peperiksaan.
3.5.2.3 Murid tahun 4 -6 perlu didedahkan kepada soalan
KPS.
3.5.2.4 Kerja rumah perlu dibekalkan.
3.5.2.5 Jawapan perlu dibincangkan di dalam kelas.

3.6 Analisis item


(Sila rujuk lampiran)

3.7 Pentaksiran Kerja Amali (peka) Sains


(Sila rujuk lampiran)

3.8 Bilik Sains


3.8.1 mewujudkan Jadual Penggunaan Bilik Sains (Rujuk
Lampiran)
3.8.2 mewujudkan buku log penggunaan Bilik Sains
3.8.3 membuat tempahan bahan/alatan yang tidak cukup atau
tiada melalui Nota Mintak dari PT.

3.9 Program/ aktiviti panitia


(Sila rujuk lampiran)

4.0 Hal-hal lain


4.1 Pn. Zaini menegaskan semua guru mestilah sentiasa membuat
persediaan mengajar, masuk dan keluar kelas pada waktu yang
ditetapkan
4.2 Silibus tahun 6 perlu dihabiskan sebelum Julai .
4.3 Sila penuhkan sudut-sudut khas di lorong yang telah disediakan.
4.4 Memaklumkan bahawa Fail Murid, Fail Perkembangan Murid,
Fail Showcase, dan Evidence pelajar mesti diurus dengan baik.
4.5 Evidence tidak boleh diambil dalam satu buku sahaja.

Tindakan : Semua guru

5.0 UCAPAN PENANGGUHAN


5.1 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.30 petang dengan
bacaan Surah Al-Asr.
Disediakan Oleh, Disahkan Oleh,

……………………………….. ………………………………..

( Pn. Sakinah binti Yusop )

SETIAUSAHA ,
PANITIA SAINS

You might also like