You are on page 1of 2

Soalan

Dadah apabila disalahgunakan membawa padah. Nyatakan kesan buruk


penyalahgunaan dadah terhadap masyarakat dan negara.
RA NGKA KARA NGA N
Pendahuluan
- dadah digunakan dalam bidang perubatan - mengakibatkan keburukan -
digunakan secara berterusan yang menyebabkan ketagihan
Isi Penting
(a) gelap masa depan - badan dan otak menjadi lemah - pelbagai jenis
penyakit - penyakit AIDS - berpunca - daripada berkongsi jarum suntikan
(b) tidak berguna kepada masyarakat - keamanan masyarakat terancam -
pelbagai jenayah berlaku - tidak ada sifat kemanusiaan
(c) hilang sumber tenaga manusia - tidak dapat digunakan untuk
membangunkan negara - terjejas dengan teruknya
berjuta-juta ringgit terpaksa dibelanjakan untuk merawat penagih dadah -
membiayai pembinaan pusat pemulihan, kempen, dan sebagainya
Penutup
- dadah banyak mendatangkan bahaya - musuh negara - melancarkan pelbagai
kempen untuk menangani masalah penyalahgunaan dadah
SAMPEL KARANGAN
Dadah memberikan manfaat yang besar pada dunia perubatan. Pelbagai kajian
dilakukan untuk menghasilkan pelbagai jenis dadah yang digunakan untuk
perubatan. Walaupun dadah memberikan pelbagai kebaikan, dadah juga
mengakibatkan pelbagai keburukan. Hal ini berlaku apabila penggunaan dadah ini
dilakukan secara berterusan sehingga mengakibatkan ketagihan yang
mendatangkan pelbagai keburukan.
Dadah boleh memusnahkan kebahagiaan hidup seseorang. Apabila seseorang
menagih dadah, maka gelaplah masa depaenya. Badan dan otaknya menjadi
lemah sebagai akibat dadah yang telah meracuni tubuhnya. Hidupnya akan
senantiasa terseksa oleh rasa loya, pening, sakit perut, kekejangan, muntah-
muntah, dan pelbagai gejala penyakit lagi. Gejala penyakit yang paling dahsyat
sebagai akibat penggunaan dadah ialah Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit
(AIDS). Puncanya bukan dadah tetapi jangkitan virus kurang daya tahan melawan
penyakit (HIV) pada jarum suntikan yang dikongsi bersama-sama dengan penagih
dadah.
Apabila muda-mudi terpengaruh oleh dadah, mereka tidak berguna lagi kepada
masyarakat. Malah keharmonian, keamanan, dan keselamatan masyarakat pula
terancam. Di samping itu, sebagai akibat pengaruh dadah, seseorang akan
kehilangan harga diri dan kehilangan sifat-sifat kemanusiaan. Mereka sanggup
merompak, sering berbalah, dan sanggup berbunuh-bunuhan semata-mata kerana
dadah.
Negara akan kerugian juga dari segi sumber tenaga manusia apabila banyak
belia yang menagih dadah. Hal ini demikian kerana tenaga mereka tidak dapat
digunakan untuk membangunkan negara. Sebagai akibatnya, pembangunan
negara akan terjejas dengan teruknya. Selain itu, berjuta-juta ringgit terpaksa
dibelanjakan oleh kerajaan untuk memberikan rawatan kepada para penagih
dadah. Peruntukan terhadap pembangunan sosioekonomi negara terpaksa
dikurangkan. Sebaliknya, peruntukan tersebut terpaksa disalurkan untuk usaha
membiayai pembinaan serta pengurusan pusat-pusat pemulihan penagih dadah,
melancarkan kempen antidadah, dan sebagainya.
Sesungguhnya, memang banyak bahaya sebagai akibat penyalahgunaan
dadah. Oleh itu, dadah dianggap sebagai musuh utama negara. Kerajaan turut
melancarkan pelbagai kempen untuk membendung masalah penyalahgunaan
dadah. Usaha ini harus disokong dan tidak harus dipikul oleh kerajaan semata-
mata. Kita hendaklah bersama-sama bertanggungjawab untuk membanteras
masalah penyalahgunaan dadah ini demi keselamatan negara dan kesejahteraan
masyarakat umumnya.

You might also like