You are on page 1of 4

KERTAS KERJA

PENUBUHAN PASUKAN ROBOTIK SEKOLAH

1.0 PENDAHALUAN

Penubuhan pasukan robotik ini adalah salah satu aktivikti kokurikulum yang dianjurkan
oleh unit kokurikulum Sekolah Kebangsaan Pekan Tuaran. Pasukan ini disertai oleh
murid yang terpilih daripada pelajar tahun empat dan lima untuk diserapkan menjadi ahli
dalam pasukan robotik Sekolah Kebangsaan Pekan Tuaran. Selain itu, penubuhan
pasukan ini dilaksanakan selaras dengan kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia
yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani melalui penyertaan dalam bidang kokurikulum. Pengalaman daripada penyertaan
pasukan ini diharapkan dapat memberi peluang kepada murid menyertai aktiviti
berfaedah dan memberi pengalaman yang bermakna dalam setiap diri. Di samping itu,
pasukan ini membentuk insan yang dapat menunaikan tanggungjawab dengan berkesan
dan berkemahiran tinggi dengan pemikiran yang kreatif dan inovatif.

2.0 MATLAMAT

Memberi peluang kepada murid untuk mengenali dunia robotik. Selain itu, penubuhan
pasukan robotik ini bertujuan melatih murid mempunyai daya kepimpinan, keterampilan
diri, kreativiti, inovasi dan kemahiran berfikir aras tinggi. Di samping itu, memenuhi
inspirasi dan permintaan masyarakat masa kini yang memerlukan satu usaha pembinaan
generasi baru secara komprehensif dan cemerlang dengan mendapat sokongan padu
daripada semua pihak.
3.0 OBJEKTIF
Penubuhan pasukan robotik sekolah ini adalah untuk :
1. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran murid dalam dunia robotik
2. Mempunyai keyakinan diri berfikiran kreatif dan inovatif.
3. Memberi peluang kepada murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang
mendatangkan faedah.
4. Mendedahkan murid kepada pertandingan robotik peringkat zon barat.
5. Mempersiapkan diri murid dalam menghadapi pertandingan robotik sebenar.

4.0 TARIKH PENUBUHAN

15 /02/ 2017

5.0 TEMPAT LATIHAN PASUKAN

Bilik Murni Sekolah Transformasi Sk. Peran Tuaran

6.0 KUMPULAN SASARAN / PENYERTAAN

16 orang murid daripada tahun 4 dan 5


1. 8 orang murid daripada tahun 4
2. 8 orang murid daripada tahun 5
7.0 TENTATIF LATIHAN

Setiap hari rabu dari jam 1.00 hingga 3.00 petang.


 Mengikut jadual kokurikulum yang mana murid terlebih dahulu mengambil
kehadiran daripada perjumpaan unit beruniform atau persatuan.

9.0 JAWATANKUASA PENUBUHAN PASUKAN ROBOTIK

Jawatankuasa Penubuhan Pasukan Robotik Sekolah

Penaung : Pn Norhizah Bt. Hj Kamai (Gb)


Penasihat : Pn Haniza Khamis (Pk1)
: Pn Norsia Abd. Ghani (Pk Hem)
: Pn Pauline Agas (Pk Kokurikulum)
: En Ghani B. Hj. Jumin (Pk Integrasi Khas)
: Pn Rinu Amit (Pk Petang)

Penyelaras : Pn Margarete Epun


Pen. Penyelaras : En Idil Bin Mohd Padzir

Guru Penasihat :
Teknikal : En Mohd Azfar Othman
: En Mohd Azrai Jaafar
Ict : En Arnett Donatus Anthony
: En Fuad Timboi
Komunikasi : En Razaleh Majit
: Cik Sharoline Sowmin Benggon
Motivasi Dan Dokumentasi : Pn Suriana Ali Rahman
10.0 KEJOHANAN ATAU PERTANDINGAN

Akan menyertai pertandingan robotik peringkat negeri pada bulan september 2017

PENUTUP

Kesimpulannya penubuhan pasukan robotik sekolah ini diharapkan dapat dijalankan


dengan lancar serta mencapai objektif yang ditetapkan. Insya-Allah, hasil dan
faedahnya akan dirasai oleh semua pihak yang terlibat. Oleh itu, kerjasama
daripada pihak tuan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

(EN IDIL BIN MOHD PADZIR) (PN PAULINE AGAS)


Pen. Penyelaras Penasihat Pasukan Robotik
Pasukan Robotik Penolong Kanan Kokurikulum
Sk Pekan Tuaran Sk. Pekan Tuaran

Tarikh: Tarikh :

Disahkan oleh,

(PN NORHIZAH BT. HJ KAMAI)


Guru Besar
Sekolah Transformasi
Sk, Pekan Tuaran

Tarikh :

You might also like