You are on page 1of 8

1.

0 PENGENALAN

Demokrasi berparlimen membawa maksud rakyat yang terlibat dalam sistem


pemerintahan negara melalui wakil-wakil yang dipilih. Rakyat pula berpeluang membentuk
kerajaan, menjalankan pemerintahan dan bebas memilih perwakilan melalui pilihan raya.
Dalam masa yang sama, rakyat juga berhak menyokong, mengekalkan atau menukarkan
kerajaan sedia ada melalui pilihan raya bagi mengekalkan kerajaan yang adil, sejahtera dan
stabil. Negara Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen di bawah pentadbiran
Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua
Negara. Perlembagaan negara telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat untuk
pengamalan sistem ini. Oleh hal yang demikian, pilihan raya telah dipilih dan dilaksanakan
sebagai proses memilih wakil rakyat untuk memerintah sama ada pada peringkat negeri atau
persekutuan. Ini merupakan ciri penting sistem demokrasi berparlimen di Malaysia (Mahadi
dan Suzani, 2006).

Oleh itu, bagi tugasan ini tajuk persepsi Pilihan Raya Umum ke-13 di Kuala Lumpur
menjadi pilihan. Ini adalah kerana Kuala Lumpur merupakan ibu negara yang mengalami
proses urbanisasi dan perbandaran serta perkembangan ekonomi yang pesat dan mempunyai
komposisi kaum yang seimbang. Selain daripada itu, situasi politik Kuala Lumpur juga dapat
dijadikan sebagai indikator kepada senario politik nasional. Dari segi sosial, Kuala Lumpur
mempunyai komposisi kaum yang seimbang antara 3 kaum utama di negara ini iaitu Melayu,
Cina dan India. Namun, apakah parti politik yang menjadi pilihan bagi setiap kaum?. Apakah
faktor-faktor yang mempengaruhi mereka untuk memilih parti Kerajaan Pusat sekarang dan
mengapakah mereka tidak memilih parti pembangkang?. Segala persoalan ini akan terjawab
melalui ulasan daripada 2 kajian yang telah dilaksanakan sebelum PRU 13 serta selepas PRU
13 dilaksanakan.

1|Page
2.0 PERSEPSI POLITIK DALAM PILIHANRAYA 2013

Terdapat pelbagai kajian yang telah dijalankan setelah Pilihan Raya Umum (PRU)
2013 dilaksanakan bagi mengkaji persepsi politik dalam pilihan raya tersebut merentasi
pelbagai aspek dan salah satu daripadanya adalah faktor pemilihan parti politik berdasarkan
kaum.

Menurut kajian yang dijalankan oleh Junaidi dan et.al (2014) yang bertajuk,
“ Persepsi Politik Dalam Pilihanraya Umum 2013: Kajian Kes Di Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur”, persepsi politik di Kuala Lumpur adalah berbeza mengikut kaum, kelas
sosial dan juga pendapatan pengundi. Kajian ini dijalankan bagi menganalisis persepsi politik
pengundi di Kuala Lumpur. Pengkaji telah menggunakan dua kaedah kajian bagi
mendapatkan jawapan bagi objektif kajian iaitu melalui kaedah kuantitaif dan juga kualitatif.
Kaedah soal selidik telah dipilih untuk kaedah kuantitatif manakala bagi kaedah kualitatif
pula, kaedah temu bual secara bersemuka serta pemerhatian di lapangan iaitu ketika hari
penamaan calon, kempen, hari pengundian dan sewaktu pengumuman keputusan PRU.
Sebanyak 1069 set soalan soal selidik telah diberikan kepada responden di dalam Kuala
Lumpur.

Pengkaji memilih Kuala Lumpur kerana ianya merupakan pusat pentadbiran serta
pemerintahan dan politik di Malaysia, di samping merupakan negeri yang mengalami isu
politik yang dinamik kerana penduduknya yang berbilang bangsa serta mempunyai taraf
hidup, tahap pendidikan yang tinggi dan akses maklumat yang lebih luas berbanding negeri-
negeri lain. Di Kuala Lumpur juga terdapat komposisi kaum yang seimbang antara 3 kaum
utama negara iaitu Melayu, Cina dan India.

Oleh yang demikian, hasil dapatan kajian yang diperolehi di dapati, sehingga PRU
2013, Kuala Lumpur mempunyai 11 bahagian pilihan raya Parlimen, 216 Daerah mengundi,
1349 saluran mengundi dengan komposisi 44.4% adalah Melayu, 43.2% Cina, 11.1% India
dan 1.4% kaum-kaum lain. Berdasarkan dapatan kajian ini, pengkaji telah membuat
kesimpulan awal berdasarkan kajian-kajian lepas yang mana kaum Melayu kebiasaannya
akan memberikan sokongan yang kuat kepada parti BN berdasarkan kepada beberapa faktor
yang telah dikaji iaitu faktor mengenang jasa sebanyak 62.2%, pemimpin yang mesra rakyat

2|Page
55.8%, pemimpin yang berpengalaman 55.5% yang mana ianya merupakan tiga faktor
tertinggi yang dipilih oleh responden. Ini menunjukkan responden kebanyakkannya
menyokong parti BN yang mana majoritinya adalah daripada penghuni PPR kerana mereka
merasakan mereka perlu mengenang jasa pihak kerajaan kerana menyediakan rumah PPR
tersebut. Selain daripada itu, berdasarkan kepada beberapa transformasi yang telah
dilancarkan, terdapat beberapa program transformasi negara yang sangat praktikal dan telah
menarik sokongan pengundi terutamanya daripada kaum Melayu dan India itu program
pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Pengundi beranggapan dengan pemberian
BR1M ini, ianya menunjukkan keprihatinan Kerajaan Pusat (BN) terhadap bebanan yang
ditanggung oleh rakyat.

Selain itu, pengkaji menyatakan bahawa politik Melayu adalah lebih bersifat
“feudalisme” iaitu patuh dan taat kepada pemerintah sebagai tanda terima kasih mereka
terhadap pembangunan dan kemakmuran negara di dalam pemerintahan parti politik BN.
Oleh yang demkian ianya telah berjaya mengukuhkan lagi kepemimpinan hegemoni politik
Melayu yang ditunjangi oleh parti Barisan Nasional.

Hasil dapatan kajian yang diperolehi dalam kajian di atas telah membuktikan
pendapat awal orang ramai sebelum pilihan raya umum ke 13 dilaksanakan adalah benar
yang mana majoriti kaum Melayu dan India akan menyokong Parti Barisan Nasional. Hal ini
dibuktikan di dalam kajian, “Politik Etnik di Kuala Lumpur: Kajian Tanggapan Pengundi
Dalam Kalangan Penghuni Program Perumahan Rakyat (PPR) Pasca Pilihan Raya Umum
2013”, yang dilakukan oleh Junaidi, Rosmadi dan Amer pada tahun 2015. Kajian ini adalah
bertujuan untuk menganalisis persepsi politik pengundi berdasarkan etnik Melayu, Cina dan
India di Kuala Lumpur bagi pasca PRU 2013. Kajian ini dilaksanakan menggunakan dua
kaedah iaitu kaedah soal selidik dan temubual bersemuka terhadap beberapa pengundi di
Kuala Lumpur serta pemerhatian di lapangan iaitu ketika hari penamaan calon, kempen, hari
pengundian dan pengumuman keputusan PRU. Sebanyak 1069 soal selidik telah diedarkan di
sekitar Kuala Lumpur.

Hasil dapatan kajian yang dijalankan, secara keseluruhannya, ketiga-tiga kaum


menyatakan kriteria paling utama dalam pemilihan calon adalah dibuat berdasarkan
pemimpin yang jujur dan amanah. Selain daripada itu, pengundi juga mementingkan calon

3|Page
yang berjiwa atau mesra rakyat dan bersih daripada rasuah. Terdapat beberapa kajian lain
yang menyatakan bahawa pengundi menginginkan pemimpin yang jujur dan
bertanggungjawab mewakili rakyat dengan mementingkan keperluan dan kehendak rakyat
tanpa mementingkan diri sendiri dalam membuat sesuatu keputusan (Ahmad,2013). Oleh
yang demikian, dapat dinyatakan di sini bahawa setiap pengundi mengutamakan pemimpin
yang dekat dengan rakyat dan sentiasa ada bersama rakyat serta sering turun padang bagi
melihat sendiri keadaan kawasan yang diwakilinya.

Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan dalam peratusan bagi kriteria pemilihan


pemimpin yang disokong daripada sebangsa. Analisis data yang diperolehi, kaum Melayu
menunjukkan peratusan yang tinggi dalam memilih pemimpin yang terdiri daripada bangsa
yang sama dan ia diikuti dengan kaum Cina dan India. Bagi faktor mengenang dan
menghargai jasa pemimpin terdahulu, kaum Melayu menunjukkan peratusan yang paling
tinggi dan diikuti dengan kaum India dan Cina terhadap parti politik Barisan Nasional. Selain
daripada itu, kaum Cina menunjukkan peratusan yang paling tinggi bagi sokongan terhadap
parti Pakatan Rakyat diikuti dengan kaum Melayu dan India. Antara faktor utama mengapa
kaum Cina menyokong parti Pakatan Rakyat adalah kerana mereka tertarik dengan janji-janji
yang ditawarkan oleh parti tersebut serta keinginan untuk mencuba pemerintahan yang baru.

Namun begitu, secara keseluruhan, ketiga-tiga kaum lebih meyakini parti Barisan
Nasional daripada parti Pakatan Rakyat dalam menyelesaikan isu sosial, ekonomi dan politik
di kawasan mereka. Hal ini adalah kerana terlalu banyak bentuk pembangunan yang telah
dikecapi sama ada pembangunan fizikal dan juga pembangunan spiritual sejak dari zaman
Perdana Menteri Pertama lagi. Walau pun begitu, kaum India dan Melayu menunjukkan
sokongan yang tinggi terhadap parti Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum ke 13 kelak
manakala kaum Cina kekal memberi sokongan yang padu kepada parti Pakatan Rakyat.
Kaum Melayu percaya bahawa Perdana Menteri dan UMNO dapat mempertahankan legasi
kaum Melayu di Kuala Lumpur dan disebabkan itu, mereka akan memberikan sokongan yang
padu pada parti Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum ke 13 nanti. Selain daripada itu,
faktor mengekalkan keamanan, kestabilan dan kemajuan negara juga menjadi salah satu
faktor yang dititik beratkan oleh kaum Melayu dan India. Mereka mempercayai parti Barisan
Nasional sahaja yang dapat melakukannya berbanding dengan parti politik yang lain.

4|Page
Antara faktor lain yang telah menarik minat kaum India dan Melayu untuk mengundi
parti Barisan Nasional adalah program “transformasi” yang dijalankan oleh Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Razak itu sendiri. Mereka bertanggapan bahawa program tersebut adalah
sangat praktikal dan dapat dinikmati terus oleh rakyat sepertipemberian Bantuan Rakyat
1Malaysia (BR1M). Program ini jelas sekali berjaya memujuk rakyat terutamanya kaum
Melayu dan India khususnya dalam kalangan penyokong tegarnya dan juga pengundi atas
pagar agar mengundi Barisan Nasional pada PRU ke-13 nanti. Namun begitu, kaum Cina
mempunyai pendapatnya tersendiri yang mana mereka kekal untuk memilih parti Pakatan
Rakyat kerana beberapa faktor. Antara faktornya adalah keyakinan kaum Cina terhadap parti
tersebut untuk memenuhi keinginan atau impian mereka dalam beberapa perkara tertentu.
Bagi mereka, PRU 2013 merupakan kesempatan dan peluang terbaik kepada DAP dan kaum
Cina untuk mendapatkan jawatan tertinggi dalam pembuatan keputusan di negara ini iaitu
Timbalan Perdana Menteri.

Selain daripada itu, analisis data juga menunjukkan antara faktor yang menyebabkan
pengundi kaum Cina tidak menyokong parti BN adalah kerana kemarahan yang terpendam
oleh mereka. Ini adalah kerana, sesetengah pemimpin Melayu menganggap kaum Cina
sebagai “pendatang” dan warganegara kelas kedua. Selain itu, isu rasuah dan integriti yang
gagal ditangani oleh BN selaku Kerajaan juga menjadi salah satu faktor penyebab mengapa
parti ini tidak menjadi pilihan pengundi dari Kaum Cina. Pengundi kaum cina juga
berpendapat bahawa parti yang berasaskan etnik mereka iaitu MCA dan juga beberapa parti
multietnik namun didominasi oleh Cina iaitu seperti GERAKAN, SUPP dan LDP dilihat
gagal memperjuangkan hak dan kepentingan etnik mereka sebaliknya terus akur dengan
keputusan parti utama dalam Barisan Nasional iaitu UMNO dalam soal agihan “kek”
ekonomi, sosial dan kuasa politik di negara ini (Junaidi et.al, 2015).

Berdasarkan kepada kedua-dua kajian ini, di dapati bahawa faktor menghargai dan
mengenang jasa pemimpin sedia ada menjadi pilihan serta faktor utama dalam memilih parti
politik sewaktu pilihan raya dilaksanakan. Selain itu, kaum Melayu dan India menunjukkan
ketaatan dan kesetiaan mereka terhadap parti Barisan Nasional kerana mereka selesa dengan
kehidupan sekarang berbanding dengan kaum Cina yang menginginkan perubahan.

5|Page
3.0 KESIMPULAN

Menurut Jamaie et.al (2014), Pilihan Raya Umum yang ke-13, merupakan pilihan
raya yang paling sengit di dalam sejarah pilihan raya di Malaysia kerana ianya
memperlihatkan kebangkitan generasi muda dalam menuntut peralihan tampuk pemerintahan
yang selama ini dikuasai oleh Barisan Nasional. Golongan muda, inginkan suatu perubahan
dengan mahukan sebuah kerajaan baru di bawah kepimpinan Pakatan Rakyat yang diterajui
di bawah kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Selain daripada itu, diketahu juga pola
pemikiran politik antara kaum adalah berbeza terhadap kerajaan atau parti politik yang
bertanding. Namun, hasil dapatan daripada kedua-dua kajian, kaum Melayu dan India lebih
cenderung untuk memilih BN manakala kaum Cina terus memihak kepada parti
pembangkang iaitu parti PR.

Keputusan Pilihan Raya Umum 2013, melihatkan Barisan Nasional masih memegang
tampuk pemerintahan dengan memenangi 133 kerusi parlimen, manakala Pakatan Rakyat
memenangi 89 kerusi (SPR, 2013). Jika dibandingkan dengan pilihan raya sebelum ini pada
tahun 2008, berlaku penurunan kerusi parlimen dalam Barisan Nasional sebanyak 7 kerusi.
Dalam PRU 2008, BN memenangi 140 kerusi parlimen namun pada PRU 2013, Barisan
Nasional hanya memenangi sebanyak 133 kerusi. Bagi Pakatan Rakyat pula, berlaku
peningkatan prestasi kemenangan apabila berjaya memenangi 89 kerusi berbanding 82 kerusi
pada PRU 2008. Ini telah membuktikan bahawa

Sepanjang Pilihan Raya Umum 1978 sehingga 2013, telah berlaku kedinamikan dan
prestasi kemenangan pada Barisan Nasional atau oposisi. Berdasarkan kepada laporan
daripada SPR(2013) ini, penurunan kerusi parlimen dalam parti Barisan Nasional telah
diketahui, yang mana terdapat beberapa faktor dan antara salah satunya adalah disebabkan
oleh pengundi kaum Cina yang telah berpaling kepada parti pembangkang. Ini adalah kerana
kaum Cina tidak berpuas hati dengan ketidakmampuan kerajaan memenuhi aspirasi rakyat,
keadaan ekonomi Negara yang merosot, kenaikan harga barangan, perlaksanaan GST dan
kadar inflasi yang tinggi juga disebabkan keyakinan masyarakat tersebut terhadap dasar-dasar
dan sikap parti PR yang lebih terbuka berbanding BN khususnya dalam isu pendidikan dan
ekonomi Cina.

6|Page
Oleh itu, dapat diketahui juga pengundi di Kuala Lumpur mempunyai deria politik
tersendiri yang mana ianya turut dipengaruhi oleh isu semasa dan juga tahap perkhidmatan
yang disediakan oleh penguasa tempatan iaitu DBKL yang secara refleksnya di anggap
sebagai wakil kuat BN yang menguasai Kerajaan Persekutuan (Junaidi, 2014). Walau
bagaimana pun, barisan pemimpin parti BN harus berwaspada dan sentiasa
mempertingkatkan kualiti perkhidmatan mereka di samping melaksanakan manifesto yang
telah diperkatakan sewaktu berkempen bagi memastikan tiada lagi penurunan kerusi Parlimen
dalam Pilihan Raya pada 2018 nanti.

Dikhuatiri pilihanraya akan datang mengalami “tsunami politik” yang mana akan
menggugat kedudukan parti BN sebagai Kerajaan Pusat selama ini. Hal ini adalah kerana,
revolusi maklumat media sosial dan internet dapat menarik perhatian pengundi untuk
menyokong parti pembangkang terutamanya parti Pakatan Rakyat (Junaidi, 2014). Ini
disebabkan oleh sikap berat sebelah oleh stesen-stesen penyiaran samada di TV atau di radio
yang banyak membuat liputan terhadap aktiviti Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri
serta menteri-menterinya sahaja. Ianya menyebabkan para pengundi berasa bosan dan akan
cuba mencari maklumat sendiri melalui laman-laman sesawang dan blog berkaitan parti
pembangkang. Selain daripada itu, kelantangan calon-calon PR yang muda dan bertenaga
dapat menarik minat pengundi-pengundi muda untuk menyokong mereka di samping janji-
janji yang ditawarkan.

Oleh yang demikian, adakah parti BN masih dapat mempertahankan kemenangan


mereka dalam pilihanraya akan datang?. Adakah kaum Melayu dan India akan kekal memberi
sokongan yang padu terhadap parti BN?. Adakah kaum Cina akan kembali memberikan
sokongan kepada parti BN?. Segala persoalan ini akan terjawab apabila pilihanraya pada
tahun 2018 dilaksanakan. Namun, pemimpin BN harus menyelesaikan semua isu yang
berbangkit dan hangat diperkatakan sekarang secara berhemah agar semua pengundi dapat
menerima tindakan serta jawapan yang diberikan.

7|Page
4.0 RUJUKAN

Jamaie Hj Hamil dan et.al. (2014). Ikhtisar analisis Pilihan Raya Umum 1978 hingga
2013 di Malaysia. Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Fakulti Sains
Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi.

Junaidi Awang Besar Dan Rosmadi Fauzi. (2014). Persepsi Politik Dalam Pilihan
Raya Umum 2013: Kajian Kes Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Faculty Of Social Sciences And Humanities, UKM, Bangi.

Junaidi Awang Besar, Rosmadi Fauzi dan Amer Saifude Ghazali. (2014). Politik Etnik
Di Kuala Lumpur Dalam Kalangan Penghuni Program Perumahan Rakyat
(PPR) Pasca Pilihan Raya Umum 2013. Faculty Of Social Sciences And
Humanities, UKM, Bangi.

Mahadi Shuid dan Suzani Osman. (2006), Pra-U STPM Sejarah Malaysia, Kuala
Lumpur, Longman.

www.spr.gov.my (2013)/module keputusan/paparan/5_kerusi Dr.Php.

8|Page

You might also like