You are on page 1of 2

Kalau dulu, majoriti yang terlibat dalam bidang kewangan adalah kaum lelaki.

Tetapi,
kalau anda lihat pada hari ini, semuanya sudah berbeza.

Anda boleh lihat kaum wanita sudah mula ramai terlibat dalam bidang kewangan. Lebih
menarik lagi, mereka juga sudah menjadi antara yang berjaya dalam bidang ini.

Berikut adalah antara empat (4) sebab utama kenapa wanita lebih berjaya apabila
terlibat dalam bidang kewangan ini.

#1 Lebih fokus dan kreatif


Kebanyakan wanita yang berada dalam bidang kewangan ini mempunyai satu ciri
istimewa iaitu mereka lebih fokus dan kreatif.

Dalam bidang kewangan, apabila anda mula fokus, semuanya akan menjadi lebih
mudah.

Selain itu, kebanyakan wanita juga mempunyai satu Big Why yang sangat hebat iaitu
memiliki pendapatan yang lumayan.

Keberanian untuk berjaya menyebabkan


ramai wanita menjadi lebih berjaya
#2 Bidang kewangan adalah Professional
Wanita dan bidang professional memang tidak boleh dipisahkan.

Jika dulu ramai yang menganggap bidang kewangan hanyalah membuat sales semata-
mata. Hari ini, semuanya sudah berubah kerana bidang kewangan adalah satu bidang
yang memerlukan skil consultation yang tinggi.

Sebab itu wanita yang akan lebih berjaya dalam bidang kewangan ini kerana mereka
lebih gemar memberi nasihat berbanding membuat kerja-kerja berat.

Lihat : Antara Golongan Wanita Yang Berjaya Dalam Bidang Kewangan

#3 Wanita suka belajar dan kurang ego


Kalau nak berjaya, anda perlu sentiasa belajar perkara baru setiap hari dan buang ego.

Kebanyakan wanita dalam bidang kewangan memang mempunyai sikap suka belajar
berbanding lelaki.

Selain itu, wanita juga mempunyai satu sikap yang digemari oleh kebanyakan pelanggan
iaitu mahir mendengar. Apabila pelanggan mula memberitahu masalah mereka,
kebanyakan wanita akan menggunakan kemahiran mendengar mereka sebelum
menyelesaikan masalah tersebut.

Berbanding dengan lelaki yang lebih suka untuk menyelesaikan masalah dengan cepat
tanpa mendengar masalah yang dihadapi pelanggan terlebih dahulu.
#4 Ramai prospek wanita yang celik kewangan
Semua wanita yang bekerja wajib untuk ambil tahu tentang pengurusan kewangan
mereka.

Sebab itu sekarang ramai wanita sudah mula sedar tentang kepentingan pengurusan
kewangan. Oleh sebab itu, wanita yang terlibat dalam bidang kewangan sangat-sangat
diperlukan bagi membantu wanita-wanita yang berkerjaya diluar sana.
Kenapa wanita lebih berjaya daripada lelaki di bidang
akademik?
Akademik biasanya memerlukan tumpuan di satu2 tempat dan tak banyak memerlukan
otot. Orang lelaki mempunyai naluri untuk selalu bergerak, menggunakan otot
walaupun bukan sampai meletihkan badan, serta cenderung menggunakan mata untuk
merenung sesuatu yang jauh.
Zaman dahulu kelebihan ini sesuai untuk lelaki kerana lelaki mesti berjalan jauh
untuk berburu dan boleh memandang binatang yang diburu dari jauh.
Duduk di suatu tempat lama-lama tanpa penggunaan otot dengan optima dan
merenung benda yang dekat seperti buku bertentangan dengan naluri lelaki. Ini
menyebabkan lelaki bosan dan cepat hilang tumpuan kepada apa yang dilakukan.
Wanita mempunyai kelebihan menggunakan mata yang cenderung untuk merenung
sesuatu yang dekat seperti buku, tak perlu gunakan otot dengan banyak dan tidak
terlalu bosan berada di suatu tempat dalam jangka masa yang lama.
Oleh itu wanita memang berupaya menyerlah di bidang akademik kerana kondisi lebih
berpihak kepada wanita

You might also like