You are on page 1of 2

SEJARAH KESATUAN SOVIET

Kejatuhan Empayar Rusia pada Mac 1917, menandakan titik permulaan Kesatuan Republik Sosialis Soviet. Revolusi
ini dicetus oleh rakyat Petrograd (kini dipanggil Leningrad) yang bangun menentang regim Tsar yang zalim dan
meneruskan tentangan mereka sehinggalah Tsar Nicholas II turun takhta. Apabila kerajaan beliau tumbang, kuasanya
telah diambilalih oleh perwakilan pilihan rakyat Duma, yang membentuk sebuah kerajaan sementara. Namun demikian
pada November 1917 kerajaan ini pula telah dijatuhkan oleh golongan Bolshevik, dibawah pimpinan Vladimir I. Lenin.
Golongan Bolshevik (yang memanggil diri mereka komunis pada 1918) telah berjaya menewaskan Bolshevik selepas
perang saudara yang berlarutan selama tiga tahun (1918-21). Mereka mengambil kuasa secara rasminya pada Disember
1922 dan menubuhkan Kesatuan Republik Sosialis Soviet (Kesatuan Soviet), yang merangkumi kesemua wilayah
jajahan bekas Empayar Rusia. Kerajaan yang baru ini telah mengharamkan semua organisasi politik dan melancarkan
pemerintahan satu parti one-party rule, di mana kerajaan pusat mengawal semua aspek politik, ekonomi, sosial, dan
budaya rakyatnya. Lenin, sebagai ketua parti Komunis, telah ditabalkan sebagai pemerintah pertama negara ini.

Selepas kematian Lenin pada 1924, beliau digantikan oleh Joseph Stalin. Stalin merupakan seorang yang jauh lebih
kejam dari Lenin dan beliau telah memaksa pengindustrian serta pertanian secara kolektif secara besar-besaran di
negara ini. Disamping itu, banyak syarikat swasta dan kawasan pertanian telah dirampas oleh kerajaannnya. Ini telah
mengakibatkan rakyatnya hidup dalam penderitaan dan sengsara. Berjuta-juta rakyatnya telah dibunuh, ditahan atau
dibiarkan kebuluran. Selain itu beliau telah membunuh para pembangkang kerajaan. Oleh itu era pemerintahan beliau
dikenali sebagai the Great Terror. Namun demikian, polisi Stalin telah berjaya dan wilayah-wilayah Soviet
membangun dengan amat pesatnya, walaupun pembangunan adalah lebih kepada industri berat dan ketenteraan dan
bukannya berdasarkan kehendak pengguna. Stalin yakin pembangunan ekonomi yang pesat adalah mustahak untuk
survival Kesatuan Soviet.

Beliau begitu bimbang dengan peperangan dan serangan pihak Jerman. Oleh itu satu perjanjian telah ditandatangani
pada 1939 iaitu Nazi-Soviet Nonaggression Pact, yang membolehkan kerajaanya mengambil bahagian timur Poland
(Ukraine barat), wilayah-wilayah Baltik, dan Bessarabia. Walaupun begitu, perjanjian ini telah dicabuli oleh pihak Nazi
yang menceroboh Kesatuan Soviet bermula pada Jun 1941. Selepas kekalahan demi kekalahan di tangan tentera Jerman,
Tentera Merah the Red Army akhirnya berjaya membendung kemaraan Jerman pada 1943, dan pada 1945, menduduki
sebahagian besar Eropah Timur termasuk sebahagian Jerman (iaitu Jerman Timur). Walaupun lebih 20 juta rakyat
Soviet terkorban akibat Perang Dunia II, penduduk di seluruh dunia gerun dengan kehebatan bala tentera Soviet.

Era pasca-perang menyaksikan Kesatuan Soviet mengubah pendudukan militarinya di Eropah Timur kepada dominasi
politik dan ekonomi, dimana regim-regim pro-komunis di bawah pantauan Moscow telah diangkat sebagai pemerintah.
Selain itu, kerajaan komunis Soviet telah berusaha untuk mengembangkan sayapnya ke negara-negara luar termasuk
negara jirannya seperti Finland dan Afghanistan. Ini telah menerima reaksi negatif dari negara-negara barat, lalu
tercetuslah perang yang dipanggil Perang Dingin. Dalam masa yang sama, Stalin terpaksa membina semula ekonomi
Soviet yang telah runtuh akibat perang, sambil meneruskan polisi lamanya iaitu membangunkan industri berat dan
ketenteraan, serta menindas para pembangkang dan melanggar hak asasi manusia.

Selepas kematian Stalin pada 1953, Nikita Khrushchev beransur-ansur menjadi ketua Soviet yang dominan. Beliau
cuba membawa kelainan dengan membidas cara pemerintahan Stalin yang mengutamakan kezaliman dan penindasan.
Walaupun begitu, beliau meneruskan polisi luar bersifat konfrontasi terhadap negara Barat. Era beliau dikenali dengan
perlumbaan senjata nuklear dan penjelajahan angkasa lepas. Walaupun begitu penglibatannya dalam krisis peluru
berpandu Cuba, yang hampir-hampir mencetuskan peperangan nuklear, telah menjadi punca kejatuhannya sebagai
ketua parti dan ketua negara pada 1964. Pengganti Kruschev ialah Leonid Brezhnev yang meneruskan polisinya iaitu
détente dengan negara Barat and penumpuan kepada perindustrian berat dan ketenteraan.

Selepas kematian Brezhnev pada 1982, sistem politik, ekonomi dan budaya negara telah dikawal oleh birokrasi yang
konservatif, dan berusia. Pengganti beliau, Iurii Andropov dan Konstantin Chernenko, memegang kuasa dalam waktu
yang sangat singkat dan tidak membawa banyak perubahan. Sewaktu Gorbachev dipilih sebagai setiausaha agung
CPSU dan ketua negara Soviet pada 1985, kemelut dalam sistem sosialis Soviet telah menjadi semakin teruk.
Akibatnya, Gorbachev terpaksa mengumumkan perubahan secara mendadak untuk membangunkan semula negara, dan
beliau memulakan beberapa siri program pembaharuan yang dipanggil perestroika, glasnost, dan demokratizatsiia.

Namun demikian, usaha beliau untuk mengadakan reformasi politik dan ekonomi tidak mencapai matlamatnya. Malah,
ia telah mencetuskan huru-hara dan kemelut politik di peringkat nasional. Ditambah pula dengan masalah ekonomi
yang masih berlarutan. Disamping itu beberapa bangsa di dalam kesatuan ini telah mendesak kerajaan untuk memberi
wilayah mereka lebih autonomi politik dan ekonomi; Bahkan ada jua yang mahukan kemerdekaan sepenuhnya dari
Kesatuan Soviet. Pergolakan antara wilayah yang telah dikawal oleh regim Soviet selama ini telah meletus dan ramai
orang telah terkorban. Sistem sosialis autoritarian menjadi semakin goyah dan agak lambat bertindak untuk mengatasi
krisis sosial tersebut. Pada 1990an, dasar perestroika Gorbachev telah gagal membawa pemulihan ekonomi kepada
rakyat, manakala glasnost' dan demokratizatsiia hanya melonggarkan kawalan regim terhadap rakyatnya.
Satu referendum untuk pengekalan USSR telah diadakan pada 17 Mac, 1991, dengan populasi mengundi untuk
pengekalan kesatuan berkenaan di kebanyakan republik. Referendum berkenaan telah memberikan Gorbachev satu
kelebihan yang kecil, dan pada musim panas 1991 satu perjanjian kesatuan telah dirangka dan dipersetujui oleh
kebanyakan republik yang mana ia akan menukarkan Kesatuan Republik Sosialis Soviet kepada federal yang lebih
longgar. Tandatangan Perjanjian itu bagaimanapun diganggu oleh satu rampasan kuasa bulan Ogos, - satu cubaan
rampasan kuasa terhadap Mikhail Gorbachev oleh ahli konservatif Parti Kommunis, merujuk kepada "Hardliners"
media Barat. Selepas rampasan kuasa itu ditumpaskan , Yeltsin menjadi wira manakala kuasa Gorbachev telah
berkurang dengan banyaknya. Perimbangan kuasa sekarang lebih memihak kepada republik-republik berkenaan. Latvia,
Estonia and Lithuania telah diisytiharkan merdeka, manakala 12 republik yang lain menyambung kembali
perbincangan tentang model kesatuan yang lebih longgar lagi. Pada 8 December 1991, presiden-presiden Russia,
Ukraine dan Belarus telah menandatangani Belavezha Accords yang mengisytiharkan kesatuan berkenaan dibubarkan
dan Komenwel Negara-negara Merdeka ditubuhkan untuk menggantikannya. Sementara ramai yang masih tertanya-
tanya siapa yang mempunyai kuasa untuk membubarkan kesatuan berkenaan, pada 25 December 1991, Gorbachev
meletakkan jawatan president USSR dan memberikan kuasa kepada Boris Yeltsin. Hari berikutnya "Supreme Soviet",
badan kerajaan tertinggi Kesatuan Soviet, membubarkan dirinya. Ini secara umumnya diisyhtiharkan sebagai rasmi,
pembubaran akhir USSR sebagai satu kerajaan yang berfungsi. Kebanyakan organisasi seperti tentera merah dan Red
Army and Militia forces menyambungkan tugas mereka tetapi akhirnya dibubarkan atau diserap kedalam negara-negara
merdeka yang baru.

USSR’S PROFILE
Kesatuan Republik Sosialis Soviet (juga dikenali sebagai Kesatuan Soviet atau USSR atau KRSS) merupakan sebuah
negara sosialis yang wujud pada 1922 - 1991. Dari 1945 hinggalah perpecahannya, ia merupakan salah satu kuasa besar
dunia selain Amerika Syarikat.

Kesatuan ini merupakan sebuah negara yang sangat luas dan ia bersempadan dengan 12 buah negara, enam dari benua
Eropah dan enam lagi dari benua Asia. Di Asia jiran-jirannya ialah Korea Utara, Cina, Mongolia, Afghanistan, Iran,
dan Turki; di Eropah, ia bersempadan dengan Romania, Hungary, Czechoslovakia (Slovakia dan Republik Czech),
Poland, Norway, dan Finland. Selat Bering di timur kesatuan ini, memisahkannya dari "musuh"nya yang utama iaitu
Amerika Syarikat. Walaupun negara ini terletak di utara Asia, ia dianggap sebagai sebahagian benua Eropah.

Rusia merupakan wilayah terbesar dalam kesatuan ini dan banci 1989 menunjukkan penduduknya adalah seramai 145
juta orang atau lebihkurang 50.8 % jumlah penduduk keseluruhan di sini. Terdapat dua puluh dua bangsa yang
mempunyai lebih 1 juta penduduk, dimana lima belas mempunyai kesatuan republiknya yang tersendiri. Antara bangsa
yang terbesar ialah bangsa Slav, Baltik, Caucasus, dan Asia Tengah.

You might also like