You are on page 1of 3

Cabaran

2.1 Sosial

2.1.1 Sistem pendidikan yang berasingan

Corak pendidikan vernakular yang menekankan kepada empat aliran pendidikan yang berbeza iaitu
aliran Inggeris, Melayu, Cina dan India telah lama wujud sebelum kita mencapai kemerdekaan. Apabila
kita berbalik kepada sejarah, belum wujud lagi sistem pendidikan kebangsaan di Tanah Melayu
sehinggalah Penyata Razak 1956 dibentuk. Sebagai contoh, sekolah Melayu hanya tertumpu kepada
pendidikan agama di sekolah pondok. Pendidikan sekolah rendah pula dibentuk bagi membolehkan
orang Melayu tahu membaca, menulis dan mengira sahaja.

Bagi masyarakat Cina, mereka telah menggunakan kurikulum, buku teks dan guru-guru yang
diimport dari Negeri Cina. Bagi kaum India, sekolah-sekolah Tamil didirikan di estet-estet berasaskan
kurikulum dan buku teks yang diimport dari India Selatan. Malah, sekolah aliran Inggeris yang didirikan
oleh mubaligh-mubaligh Kristian dan British pula didirikan di bandar-bandar dan mendapat sambutan
yang baik daripada kalangan penduduk bandar sama ada Melayu, Cina atau India. Akan tetapi, ia tidak
mendapat sambutan daripada masyarakat Melayu luar bandar kerana bimbang anak-anak mereka
dipengaruhi agama Kristian. Malah, Sistem pendidikan ketika itu tidak menitikberatkan perpaduan
sosiobudaya dalam kalangan penduduk yang berbilang bangsa.

Walaupun terdapat usaha-usaha untuk mewujudkan sistem pendidikan kebangsaan dan


menghapuskan sekolah-sekolah vernakular seperti Laporan Barnes 1951 dan Laporan Razak 1956, ianya
mendapat tentangan yang hebat daripada masyarakat Cina. Namun pada hakikatnya, matlamat utama
yang sebenarnya adalah untuk memupuk perpaduan dan integrasi nasional seterusnya menyatupadukan
penduduk pelbagai kaum yang terdapat di Malaysia.

Seperti mana yang kita tahu, penyelarasan kurikulum dan kokurikulum telah telah dijalankan di
semua sekolah di Malaysia. Namun begitu, ia tidak begitu menyumbang kepada perpaduan dan integrasi
nasional kerana masih terdapat sekolah-sekolah jenis kebangsaan yang menempatkan pelajar-pelajar
yang terdiri dari kaum-kaum yang sama dalam satu sekolah. Kewujudan sekolah-sekolah ini telah
mengurangkan peluang-peluang untuk berinteraksi dan berhubung dengan pelajar-pelajar dari kaum-
kaum yang berlainan. Semestinya ia menjadi penghalang kepada perpaduan. Sesetengah ibu bapa juga
cenderung untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah jenis kebangsaan seperti kaum Cina
dan India. Hal ini kerana mereka tidak begitu yakin dengan pengurusan sekolah-sekolah kebangsaan
yang kebanyakannya terdiri dari pelajar-pelajar Melayu.
Sehingga kini, kita boleh melihat kewujudan sekolah-sekolah pelbagai aliran seperti sekolah
kebangsaan (SK), sekolah jenis kebangsaan Cina (SJK(C), sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJK(T), sekolah
menengah kebangsaan (SMK) dan sekolah menengah Cina persendirian. Kesannya, ianya akan
memberikan impak yang kurang elok kepada penstrukturan negara kerana mempunyai corak pendidikan
yang berbeza-beza. Keadaan ini berlanjutan sebagai warisan sejarah yang amat bahaya ibarat ‘api dalam
sekam’.

Adalah tidak mustahil bahawa golongan yang menuntut di sekolah itu juga akan menjadi bakal
pemimpin untuk mentadbir negara Malaysia pada satu hari kelak. Sekiranya pemikiran mereka hanya
disogok dengan etnik mereka sahaja, sudah pasti Malaysia tidak akan berada dalam keadaan yang aman.

2.1.2 Pemisahan fizikal

Pemisahan fizikal berlaku timbul akibat daripada kesan dasar “pecah dan perintah” yang diamalkan oleh
British sejurus menjajah Malaysia. Kesannya, orang Melayu menjadi petani dan menetap di kampung-
kampung. Orang Cina pula di tempatkan di kawasan lombong biji timah yang mana akhirnya menjadi
pekan-pekan baru dan berkembang menjadi bandar. Manakala kaum India pula bekerja sebagai buruh
ladang getah dan menetap di estet-estet. Ketiga-ketiga kumpulan kaum ini bukan sahaja terasing
daripada segi lokasi tempat tinggal, malahan mereka menjalankan jenis pekerjaan yang berbeza.
Keadaan ini menyebabkan peluang untuk berinteraksi sesama mereka menjadi kurang.

Malah, pemisahan fizikal yang disebabkan keadaan geografi di Sabah dan Sarawak yang terpisah
oleh Laut China Selatan memberi kesan terhadap pemupukan hubungan etnik di Malaysia. Perkara ini
meningkatkan perasaan kekitaan atau etnosentrisme iaitu satu pandangan yang melihat kelompok etnik
lain melalui kaca mata etnik itu sendiri. Keadaan sebegini hanya akan menimbulkan prasangka dan
stereotaip sesuatu golongan etnik terhadap golongan etnik yang lain.

Malah, tahap kefahaman yang rendah tentang cara hidup kaum yang lain menyebabkan kita
kurang menghargai kaum yang berbeza daripada kita. Sebab itulah wujudnya masalah perkauman yang
mengundang kepada permusuhan kaum. Tahap kefahaman yang rendah tentang kaum lain ini biasanya
disebabkan kurangnya pendedahan mengenai kepelbagaian etnik di Malaysia. Contoh yang jelas ialah
kebanyakan penduduk di Semenanjung Malaysia sangat kurang memahami cara hidup masyarakat di
Sabah dan Sarawak. Contohnya dari segi budaya, keagamaan mahupun adat resam. Perkara sebegini
mungkin berlaku jika kita hanya mengambil berat tentang etnik diri sendiri sahaja.

Bukan itu sahaja, kebanyakkan masyarakat di Malaysia lebih cenderung untuk tinggal di satu
kawasan yang terdiri dari penduduk yang sama kaum. Contohnya penduduk Bugis lebih banyak
tertumpu di kawasan Tawau. Kaum Cina di kawasan Sibu di Sarawak dan Bajau di kawasan Kota
Marudu. Keadaan ini berlaku kerana mereka merasakan lebih selamat tinggal dan selesa bersama
penduduk-penduduk yang sekaum dengan mereka.

2.1.3 Polarisasi dalam kalangan pelajar

Polarisasi dalam kalangan pelajar dapat dilihat pada peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah,
institut pengajian tinggi awam (IPTA) serta institut pengajian tinggi swasta (IPTS). Mereka cenderung
dalam memilih rakan yang seagama atau sekaum dengan mereka. Keadaan sebegini semestinya
menyukarkan lagi proses hubungan etnik di Malaysia. Kesannya, nilai-nilai bagi memupuk semangat
kekitaan pada negara Malaysia tidak dapat diterapkan dengan berkesan. Hal ini kerana wujudnya jurang
di antara semua kaum.

Malah, satu perkara baru yang wujud pada masa kini ialah, para ibu bapa kurang mempercayai
untuk menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Kebangsaan. Mereka lebih cenderung menghantar
anak-anak mereka ke Sekolah Jenis Kebangsaan kerana merasakan struktur pendidikan di sekolah
tersebut dapat menjamin kecemerlangan akademik anak mereka. Sukar sekali untuk kita memaksa ibu
bapa ini kerana mereka mempunyai satu perspektif yang perlu kita hormati. Walau bagaimanapun, tidak
semua ibu bapa yang bertindak sedemikian.

You might also like