You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN MAHKOTA SARI

33300 GERIK,
PERAK DARUL RIDZUAN
Telefon: 05-7911221

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN KESIHATAN


BIL 3/ 2016

TARIKH : 01 SEPTEMBER 2015 (Khamis)


MASA : 3.00 petang
TEMPAT : Bilik Gerakan Sekolah

KEHADIRAN :
1. En. Saridah bt Basri
2. En. Che Yaacob b. Che Lah
3. En. Mohd Khirun Nizam b. Ahmad
4. Pn. Halati bt Mohd Nasri
5. Pn. Sarimah bt Zakaria
6. Pn. Marina bt Ismail
7. Pn. Normah bt Abd. Aziz
8. Pn. Noor Hafizah bt Ishak

1 UCAPAN PENGERUSI
1.1 Mesyuarat dimulakan dengan ucapan terima kasih atas kehadiran semua
AJK Panitia Pendidikan Kesihatan.
1.2 Sama-sama berusaha meningkatkan keberkesanan Panita Pendidikan
Kesihatan yang dipecahkan daripada Panitia PJK.

2 UCAPAN PENOLONG KANAN 1


2.1 Beliau mengucapkan tahniah kerana telah bermesyuarat kali yang ke 3.
2.2 Berharap agar mesyuarat berjalan lancar.

3 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT KALI KE-2/2016


3.1 Minit mesyuarat disahkan :
3.1.1 Pencadang : En. Mohd Khirun Nizam b. Ahmad
3.1.2 Penyokong : Pn. Sarimah bt Zakaria

4 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
4.1 Tiada perkara berbangkit.

5 ISU-ISU YANG DIBINCANGKAN.


5.1 PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN
5.1.1 Semua guru tahun 1 hingga tahun 6 diminta bersedia dengan soalan
akhir tahun.
5.1.2 Tarikh peperiksaan belum diberitahu tetapi kemungkinan pertengahan
Oktober.
5.1.3 Sila habiskan sukatan sebelum peperiksaan.

5.2 PENGGUNAAN BUKU TULIS DAN BUKU AKTIVITI


5.2.1 Buku tulis atau buku aktiviti mesti digunakan dengan sebaiknya.
5.2.2 Sila serahkan 10 buah kepada KP untuk disemak pada atau sebelum
15 September.

5.3 PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH ( PBS ).

5.3.1 Diharap semua guru telah mengisi pelaporan offline.


5.3.2 Buat kerja awal jangan last minute.
5.3.3 Dari tahun 1 hingga tahun 6.

6 HAL-HAL LAIN

6.1 Guru tahun 6 diminta menghabiskan sukatan secara ekpres bagi


mengelakkan ketinggalan kerana program pecutan UPSR.
6.2 Gunakan carta yang telah dibeli, jangan biarkan ia berhabuk tanpa guna.
6.3 Mana-mana guru yang memerlukan alat tulis (marker pen dan salotape)
boleh jumpa KP.

7 PENUTUP

7.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kerjasama semua ahli.


7.2 Pengerusi menangguhkan mesyuarat pada pukul 4.40 petang dengan surah
al-Asr.
Disediakan oleh , Disemak oleh ,

.……………………………… ……………………………………
(HALATI BT MOHD NASRI) (CHE YAACOB BIN CHE LAH)
Setiausaha, Ketua Panitia,
Panitia Pendidikan kesihatan. Panitia Pendidikan. kesihatan,
SK Mahkota Sari, Gerik. SK Mahkota Sari, Gerik

You might also like