You are on page 1of 18

BAHAGIAN KEWANGAN,

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

____________________________________________________________

GARIS PANDUAN
BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN 1MALAYSIA
KEPADA MURID DI SEKOLAH AGAMA NEGERI (SAN),
SEKOLAH AGAMA RAKYAT (SAR) DAN SEKOLAH SWASTA
(PERSENDIRIAN)

TAHUN 2014

Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia kepada Murid 2 1


GARIS PANDUAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN
1MALAYSIA KEPADA MURID DI SEKOLAH AGAMA NEGERI (SAN),
SEKOLAH AGAMA RAKYAT (SAR) DAN SEKOLAH SWASTA
(PERSENDIRIAN)
TAHUN 2014
____________________________________________________________

1. PENDAHULUAN

Pada 25 Oktober 2013, YAB Perdana Menteri Malaysia merangkap


Menteri Kewangan semasa membentangkan Bajet Tahun 2014 telah
meluluskan peruntukan sejumlah RM540 juta untuk pemberian
Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia kepada murid Tahun 1
hingga Tingkatan 5 bagi sesi persekolahan tahun 2014.

2. OBJEKTIF

Pemberian bantuan ini bertujuan meringankan beban perbelanjaan


persekolahan pada awal tahun yang ditanggung oleh ibu bapa atau
penjaga murid.

3. KRITERIA KELAYAKAN

3.1 Murid warganegara Malaysia;

3.2 Bagi murid bukan warganegara salah seorang


ibu/bapa/penjaga mestilah warganegara Malaysia;

3.3 Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau setaraf dengannya bagi


sesi persekolahan tahun 2014; dan

3.4 Bersekolah di Sekolah Agama Rakyat (SAR), Sekolah Agama


Negeri (SAN) dan Sekolah Swasta (tidak termasuk Sekolah-

Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia kepada Murid 2 2


Sekolah Antarabangsa/Ekspatriat) yang berdaftar dengan
Kerajaan.
4. TEMPOH PELAKSANAAN

Pelaksanaan bantuan ini adalah bagi sesi persekolahan tahun 2014


sahaja.

5. KADAR

Kadar bantuan sebanyak RM100.00 bagi setiap murid.

6. AGIHAN BANTUAN

Agihan bantuan akan disalurkan oleh Kementerian Pendidikan


Malaysia (KPM) terus ke akaun sekolah/trustee/tunggal/syarikat
secara berperingkat mulai 15 Januari 2014.

7. TANGGUNGJAWAB KEMENTERIAN / JABATAN

7.1 Bahagian Kewangan, Kementerian Pendidikan Malaysia


(KPM)

a) Mengeluarkan Surat Siaran dan Garis Panduan


Pelaksanaan Bantuan Khas Awal Persekolahan
1Malaysia; dan

b) Menyalurkan bantuan ke akaun sekolah/ trustee/ tunggal/


syarikat sekolah-sekolah berkenaan.

Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia kepada Murid 2 3


7.2 Bahagian Pendidikan Islam (BPI) dan Bahagian Pendidikan
Swasta (BPS)

a) Menyelaras data maklumat sekolah dan bilangan murid


daripada Sektor Pendidikan Islam/Sektor Pendidikan
Swasta, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)/Jabatan Agama
Islam Negeri (JAIN)/Majlis Agama Islam Negeri
(MAIN)/Yayasan Islam Kelantan (YIK) untuk dikemukakan
kepada KPM selewat-lewatnya 31 Januari 2014; dan

b) Menyelaras rumusan agihan Bantuan Khas Awal


Persekolahan 1Malaysia daripada JPN/JAIN/MAIN/YIK
untuk dikemukakan kepada Bahagian Kewangan KPM
selewat-lewatnya pada 15 April 2014.

7.3 Sektor Pendidikan Islam/ Sektor Pendidikan Swasta,


Jabatan Pendidikan Negeri/Jabatan Agama Islam Negeri /
Majlis Agama Islam Negeri/Yayasan Islam Kelantan.

a) Memaklumkan kepada semua sekolah yang layak


mengenai pelaksanaan bantuan ini termasuk
mengedarkan Surat Siaran dan Garis Panduan;

b) Mengesahkan data maklumat sekolah dan murid yang


diterima daripada sekolah beserta salinan penyata akaun
sekolah dan mengemukakan kepada BPI/BPS selewat-

Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia kepada Murid 2 4


lewatnya pada 22 Januari 2014 seperti format di
Lampiran 1;

c) Membuat pemantauan bagi memastikan pelaksanaan


pembayaran bantuan mengikut prosedur dan peraturan
kewangan yang ditetapkan; dan

d) Melaporkan rumusan agihan Bantuan Khas Awal


Persekolahan 1Malaysia kepada BPI/BPS selewat-
lewatnya pada 31 Mac 2014 seperti format di Lampiran 2.

7.4 Sekolah

a) Menyediakan senarai nama murid yang layak dan


dikemukakan kepada JPN/JAIN/MAIN/YIK selewat-
lewatnya pada 15 Januari 2014 seperti format di
Lampiran 3;

b) Mengeluarkan Resit Rasmi Pejabat apabila peruntukan


telah sah dimasukkan ke akaun sekolah/ trustee/ tunggal/
syarikat. Resit hendaklah dikeluarkan atas nama
Setiausaha Bahagian Kewangan, Kementerian
Pendidikan Malaysia dan dikemukakan ke Bahagian
Kewangan KPM;

c) Mengeluarkan wang bantuan daripada bank dan


mengagihkan secara tunai kepada ibu bapa/penjaga/murid

Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia kepada Murid 2 5


dalam tempoh empat belas (14) hari daripada tarikh
bantuan diterima;.

d) Pengagihan bantuan selain daripada wang tunai adalah


TIDAK DIBENARKAN;

e) Sekolah hendaklah mengagih bantuan secara tunai


sepenuhnya. Sebarang pemotongan TIDAK
DIBENARKAN SAMA SEKALI;

f) Memastikan ibu bapa/penjaga/murid menandatangani


Senarai Akuan Penerimaan/Penolakan Bantuan dengan
disaksikan oleh dua (2) orang sebagai saksi seperti format
di Lampiran 4; dan

g) Menghantar Senarai Akuan Penerimaan/Penolakan


Bantuan kepada JPN/JAIN/MAIN/YIK selewat-lewatnya
pada 15 Mac 2014.

8. TATACARA PENGELUARAN WANG

Tatacara pengeluaran wang tunai daripada bank oleh pihak sekolah


mestilah selamat dan mematuhi peraturan kewangan semasa.
Pihak sekolah hendaklah mematuhi kaedah pengeluaran wang tunai
seperti berikut :

8.1 Pengeluaran wang sehingga RM10,000.00 oleh Pengetua/Guru


Besar hendaklah diiringi dua (2) orang guru; atau

Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia kepada Murid 2 6


8.2 Pengeluaran wang melebihi RM10,000.00, Pengetua/Guru
Besar adalah dinasihatkan supaya mengambil langkah-langkah
keselamatan tambahan seperti mendapatkan perkhidmatan
eskot polis jika difikirkan perlu.

9. MURID BERPINDAH SEKOLAH

9.1 Sekolah yang telah membuat agihan bantuan ini kepada murid
yang akan berpindah sekolah, perlu mengecop ‘TELAH BAYAR
BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN 1MALAYSIA’
pada borang perpindahan sekolah murid berkenaan. Ini bagi
mengelakkan berlakunya pertindihan agihan bantuan ini di
sekolah baharu nanti; atau

9.2 Murid yang telah berpindah sekolah dan belum menerima


bantuan ini, hendaklah menuntutnya di sekolah baharu.

10. KEKURANGAN DAN LEBIHAN PERUNTUKAN

10.1 Kekurangan Peruntukan

a) Bagi memastikan tidak ada murid yang tercicir daripada


menerima bantuan ini, pihak sekolah diminta
mendahulukan peruntukan sedia ada sekolah atau
lain-lain peruntukan sekiranya peruntukan asal tidak
mencukupi; dan

b) Pihak sekolah hendaklah mengemukakan permohonan


peruntukan tambahan kepada Bahagian Kewangan, KPM
melalui Sektor Pendidikan Islam/Sektor Pendidikan

Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia kepada Murid 2 7


Swasta, JPN/JAIN/MAIN/YIK bersama Senarai Akuan
Penerimaan/Penolakan Bantuan.

10.2 Lebihan Peruntukan

Sekiranya berlaku lebihan peruntukan, Pengetua/Guru Besar


WAJIB mengembalikan lebihan tersebut kepada Bahagian
Kewangan, KPM melalui cek atas nama “Ketua Akauntan,
Kementerian Pendidikan Malaysia” selewat-lewatnya pada
30 April 2014.

11. PENUTUP

11.1 Semua dokumen bagi urusan terimaan dan bayaran Bantuan


Khas Awal Persekolahan 1Malaysia hendaklah dikemaskini dan
disimpan dengan teratur bagi tujuan pemantauan dan
pengauditan.

11.2 Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan mengenai


pelaksanaan program ini, BPI/BPS,JPN/JAIN/MAIN/YIK
/sekolah boleh menghubungi pegawai Bahagian Kewangan
seperti berikut:-
i) Puan Ramlah binti Mohamad Amin
No. Telefon : 03-88847642
No. emel: ramlah.amin@moe.gov.my

ii) Encik Mohd. Adyirwan bin Arshad


No. Telefon : 03-88847091
No. emel: adyirwan.arshad@moe.gov.my

Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia kepada Murid 2 8


Kementerian Pendidikan Malaysia
Bahagian Kewangan,
Aras 6 & 7, Blok E12,
Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 PUTRAJAYA.

Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia kepada Murid 2 9


LAMPIRAN 1

RUMUSAN PERMOHONAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN 1MALAYSIA TAHUN 2014


(DISEDIAKAN OLEH PIHAK JPN/ JAIN/MAIN/YIK DAN DIKEMUKAKAN KEPADA BPI/BPS SELEWAT-LEWATNYA PADA 22 JANUARI 2014)

NEGERI:
JABATAN:
ALAMAT JABATAN:
NO. TELEFON / FAKS:

JUMLAH PERMOHONAN: RM……………………………..


SENARAI SEKOLAH YANG LAYAK:

KATEGORI NO. PENDAFTARAN SEKOLAH NO. AKAUN BANK JUMLAH


BIL. NAMA SEKOLAH NAMA BANK
SEKOLAH KPM JAIN /MAIN/YIK SEKOLAH MURID

Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia kepada Murid 2 10


KATEGORI NO. PENDAFTARAN SEKOLAH NO. AKAUN BANK JUMLAH
BIL. NAMA SEKOLAH NAMA BANK
SEKOLAH KPM JAIN /MAIN/YIK SEKOLAH MURID

JUMLAH KESELURUHAN

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

(Tandatangan) (Tandatangan)

Nama: Nama:
No. K/P: No. K/P:
Jawatan: Jawatan:
Tarikh: Tarikh:

Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia kepada Murid 2 11


LAMPIRAN 2

RUMUSAN AKUAN PENERIMAAN/PENOLAKAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN 1MALAYSIA TAHUN 2014
(DISEDIAKAN OLEH PIHAK JPN/ JAIN/MAIN/YIK DAN DIKEMUKAKAN KEPADA BPI/BPS SELEWAT-LEWATNYA PADA 31 MAC 2014)

NEGERI:
JABATAN:
ALAMAT JABATAN:
NO. TELEFON / FAKS:

JUMLAH KESELURUHAN LEBIHAN PERUNTUKAN: RM……………………………………………..


JUMLAH KESELURUHAN LEBIHAN/KEKURANGAN PERUNTUKAN: RM…………………….

NO. PENDAFTARAN SEKOLAH JUMLAH JUMLAH


NO. AKAUN BANK LEBIHAN KEKURANGAN
BIL. NAMA SEKOLAH NAMA BANK
KPM JAIN /MAIN/YIK SEKOLAH PERUNTUKAN PERUNTUKAN
(RM) (RM)

Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia kepada Murid 2 12


NO. PENDAFTARAN SEKOLAH JUMLAH JUMLAH
NO. AKAUN BANK LEBIHAN KEKURANGAN
BIL. NAMA SEKOLAH NAMA BANK
KPM JAIN /MAIN/YIN SEKOLAH PERUNTUKAN PERUNTUKAN
(RM) (RM)

JUMLAH KESELURUHAN

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

(Tandatangan) (Tandatangan)

Nama: Nama:
No. K/P: No. K/P:
Jawatan: Jawatan:
Tarikh: Tarikh:

Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia kepada Murid 2 13


LAMPIRAN 3

BORANG PERMOHONAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN 1MALAYSIA TAHUN 2014


(DISEDIAKAN OLEH PIHAK SEKOLAH DAN DIKEMUKAKAN KEPADA JPN/JAIN/MAIN/YIK SELEWAT-LEWATNYA 15 JANUARI 2014)

KATEGORI SEKOLAH:
NO. PENDAFTARAN SEKOLAH:
NAMA SEKOLAH:
ALAMAT SEKOLAH:
NO. TELEFON / FAKS:
NO. AKAUN BANK SEKOLAH:
PENAMA AKAUN:
NAMA BANK:
ALAMAT BANK:

JUMLAH PERMOHONAN: RM………………………………………….


SENARAI MURID YANG LAYAK:

BIL. NAMA MURID NO. KAD PENGENALAN TAHUN / TINGKATAN

Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia kepada Murid 2 14


BIL. NAMA MURID NO. KAD PENGENALAN TAHUN / TINGKATAN

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

(Tandatangan) (Tandatangan)

Nama: Nama:
No. K/P: No. K/P:
Jawatan: Jawatan:………………………………………………..
Tarikh: Tarikh:

*(Sila sertakan bersama salinan penyata akaun sekolah yang telah disahkan)

Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia kepada Murid 2 15


LAMPIRAN 4

SENARAI AKUAN PENERIMAAN/PENOLAKAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN 1MALAYSIA TAHUN 2014
(DISEDIAKAN OLEH PIHAK SEKOLAH DAN DIKEMUKAKAN KEPADA JPN/JAIN/MAIN/YIK SELEWAT-LEWATNYA PADA 15 MAC 2014)

KATEGORI SEKOLAH:
NO. PENDAFTARAN SEKOLAH:
NAMA SEKOLAH:
ALAMAT SEKOLAH:
NO. TELEFON / FAKS:
NO. AKAUN BANK SEKOLAH:
PENAMA AKAUN:
NAMA BANK:
ALAMAT BANK:

PERUNTUKAN DITERIMA: RM………………………………


PERUNTUKAN DIAGIH: RM…………………………………..
LEBIHAN/ KURANGAN: RM…………………………………..

NO. KAD
MENERIMA (/) TANDATANGAN
BIL. NAMA MURID NAMA PENERIMA PENGENALAN TARIKH
/ MENOLAK (X) PENERIMA
PENERIMA

Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia kepada Murid 2 16


NO. KAD
MENERIMA (/) TANDATANGAN
BIL. NAMA MURID NAMA PENERIMA PENGENALAN TARIKH
/ MENOLAK (X) PENERIMA
PENERIMA

Pembayar: Saksi: Disahkan Oleh Pengetua/Guru Besar

(Tandatangan) (Tandatangan) (Tandatangan)

Nama: Nama: Nama:


No. K/P: No. K/P: No. K/P:
Jawatan: Jawatan: Jawatan:
Tarikh: Tarikh: Tarikh:

Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia kepada Murid 2 17


Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia kepada Murid 2 18

You might also like