You are on page 1of 2

TUGASAN 1: MENILAI SEJARAH PERKEMBANGAN PERLEMBAGAAN DI NEGERI-

NEGERI MELAYU

1.0 PENGENALAN
Pembentukan Perlembagaan Malaysia adalah usaha yang disegerakan dengan memberi
keutamaan kepada kestabilan dan keselamatan negara. Antara aspek yang terkandung di
dalam Perlembagaan Malaysia adalah seperti sosial, politik, budaya, ekonomi, ketenteraan
dan psikologi. Aspek-aspek yang terkandung di dalam Perlembagaan Malaysia merupakan
rentetan dan kesan daripada penjajahan Barat ke atas negara kita. Menurut Mohd Rizal
Yaakop & Shamrahayu A. Aziz (2014), corak dan konsep perlembagaan ini tidak jauh
berbeza dengan negara membangun yang lain kerana masyarakat serta negara terkesan di
atas penjajahan Barat. Dalam sejarah perkembagaan Perlembagaan Malaysia bermula
zaman Kesultanan Melayu Melaka sehingga penubuhan Malaysia, satu perlembagaan telah
termenterai oleh British dan ditentang oleh majoriti masyarakat Melayu. Perlembagaan itu
dikenali sebagai Malayan Union. Oleh itu, penulisan ini akan menilai sejarah perkembagaan
perlembagaan Malayan Union di negeri-negeri Melayu.

2.0 MALAYAN UNION


Apakah itu Malayan Union? Menurut Mohd Rizal Yaakop & Shamrahayu (2014), Malayan
Union ialah satu bentuk perlembagaan yang diasaskan oleh Pejabat Tanah Jajahan British
sebagai tindak balas kepada empat situasi:

I. Masalah yang dihadapi di Tanah Melayu ketika itu.


II. Keperluan pasca perang bagi British dan Tanah Melayu untuk kembali pulih.
III. Impak Perang Dunia Kedua yang memerlukan Bristihs bertindak pantas
merealisasikan prinsip dasar penjajah.
IV. Implikasi antarabangsa membabitkan Perang Pasifik.

Empat situasi yang dinyatakan secara umum di atas merupakan faktor yang
membuatkan British terdesak untuk melaksanakannya kerana ia dikatakan mampu
menjamin pentadbiran yang cekap di Tanah Melayu. Menurut Nor Azlah Sham & Mohamed
Ali Haniffa (t.t), Malayan Union diumumkan pada kali pertama di London pada 10 Oktober
1945. Malayan Union ini menggabungkan 11 buah negeri di Tanah Melayu di bawah
kerajaan pusat yang ditadbir oleh British (Mohd Rizal Yaakop & Shamrahayu, 2014).
2.1 SEJARAH PERKEMBANGAN MALAYAN UNION
Perlembagaan Pangkor 1874 ini kekal sehinggalah Jepun menjajah Tanah Melayu dan
apabila Jepun menyerah kalah dalam Perang Dunia Kedua, British kembali ke Tanah
Melayu dan memperkenalkan Malayan Union. British telah menyatakan untuk terus
menguasai Tanah Melayu dan menjadikannya jajahan penuh British. Oleh kerana itu, Harold
Mac Micheal telah dihantar untuk membuat perjanjian formal dengan Sultan Melayu dan
telah menyelesaikan tugasnya pada 25 Disember 1945. Selain itu, Malayan Union ini juga
mempunyai peranan lain iaitu tujuan Malayan Union semata-mata menyenangkan
pentadbiran British dengan menyatukan pentadbiran. Segala kuasa terletak di tangan
Gabenor yang boleh membatalkan segala keputusan Majlis Perundangan manakala Raja-
raja Melayu hanya berkuasa dalam hal ehwal Agama Islam dan adat istiadat orang-orang
Melayu. Sultan telah hilang kuasa setelah menandatangani perjanjian ini dan ini bermakna
Sultan kehilangan kuasa untuk memastikan orang Melayu tidak menentang British.

2.2 REAKSI MALAYAN UNION

You might also like