Karangan Fakta PT3 : Kebaikan Amalan Membaca
‘Amalan membaca dalam diri pelajar harus ditekankan oleh semua pihak.
‘Amalan membaca ialah sikap suka menelaah bahan bacaan dalam aktivii harian
‘seseorang pelajar itu. Antara bahan bacaan itu meliputi novel, majalah dan akhbar yang
banyak dijual di kedai-kedai buku itu. Sebenamya, amalan ini mempunyai banyak faedah
kepada diri pelajar apabila dilakukan secara kerap.
Kebaikan yang ketara ialah membaca boleh menambahkan ilmu pengetahuan seseorang
itu. Aktiviti membaca pasti membawa pelajar memperoleh_makiumat terkini tentang
‘sesuatu perkara itu seperti penemuan kajian sains yang mengejutkan itu. Lantaran itu, diti
pelajar sering terdedah pada kajian saintis yang sering berubah-ubah mengikut zaman.
Selain itu, membaca juga boleh meningkatkan kemahiran bahasa pelajar. Penemuan
‘saban hari istilah atau kosa kata baru yang difahami setelah memeriksa kamus itu akan
meningkatkan kemahiran berbahasa pelajar tersebut. Sesungguhnya, penggunaan kosa
kata dalam diri pelajar akan menjadi meluas dan menjadikan pelajar mahir dalam
penulisan pula.
‘Tambahan pula, pemikiran pelajar menjadi lebih baik atau matang apabila kerap membaca
bahan akhbar dan majalah. Pembacaan menjadikan pelajar mengetahui banyak isu
daripada pelbagai sudut pandangan masyarakat itu tanpa mengira positif atau negatif.
Jelasiah, pelajar akan menimbang sendiri semua fakta yang cihuraikan dalam pembacaan
itu lalu mampu membuat kesimpulan yang bernas.
Sikap suka membaca boleh mengisi masa lapang pelajar. Amalan ini memertukan
tumpuan yang lama seperti berjam-jam untuk menghabiskan sebuah buku terutama buku
pelajaran yang tebal itu. Maka, kemungkinan untuk pelajar tersebut terlibat dalam
‘sebarang kejadian negatif seperti melepak tidak akan berlaku.
Kajian juga membuktikan bahawa pelajar yang kerap membaca buku akan memperoleh
keputusan peperiksaan yang cemerlang. Kejayaan ini berlaku kerana banyak fakta yang
perlu dihafal apabila pelajar menjawab soalan peperiksaan umum negara ini. Akibatnya,
ibu bapa akan berasa bangga dengan kejayaan anak mereka dalam peperiksaan itu.
Kesimpulannya, semua faedah membaca itu benar-benar berlaku sekiranya diamalkan
‘secara baik. Ibu bapa perlulah membantu memupuk minat ini dengan memberi galakan
‘atau membeli bahan bacaan yang berkualiti buat anak mereka. Bak kata orang tuatua
membaca itu jambatan ilmu yang membuktikan amalan ini penting dilaksanakan oleh
‘semua pelajar tanpa mengira batasan usia tersebut.