You are on page 1of 4

Mesyuarat jawatankuasa Aset/harta Modal kerajaan

Bil. 1/2016
SK.Nanga Bawai

Tarikh : 26 Januari 2016


Masa : 2.30 petang
Hari : Selasa
Tempat : Bilik Mesyuarat Sri Bawai

Kehadiran :
Rujuk Lampiran

Agenda :
1. Ucapan Aluan
2. Jawatankuasa Aset 2016
3. Takwim Pengurusan Aset
4. Pengemaskinian daftar modal dan inventori
5. Hal-hal lain
1. UCAPAN PENGERUSI

Guru Besar iaitu En.Amot Entagau mengalu-alukan kedatangan guru baharu


iaitu En.Jarau Anak Richard Buee dan mengucapkan terima kasih kepada
semua guru dan AKP yang dapat hadir ke Mesyuarat Jawatankuasa
Aset/Harta Sekolah. Beliau menegaskan sekali lagi agar Laporan Aset perlu
dihantar mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Selain itu, pegawai-pegawai
yang berkenaan perlulah memastikan agar aset yang perlu dilupuskan
haruslah bertindak segera.

2. Ucapan Pengawai Aset

Pengawai aset sekolah iaitu Puan Christina mengucapkan ribuan terima kasih
kerana sudi datang ke mesyuarat aset yang pertama sesi 2016. Ribuan
terima kasih di atas kerjasama yang telah diberikan kepada guru dan staf atas
kerjasama yang telah diberikan pada tahun lepas.Beliau telah menyenaraikan
tugas yang telah dilaksanakan. Berikut adalah senarai tugasan yang telah
dilakukan dengan sempurna 2016:

a. Senarai aset dibeberapa lokasi iaitu di kuartez guru/ asrama/ dan bangunan
pejabat
b. Membuat pemantauan aset sekolah iaitu laptop 1 Malaysia dan harta modal

3. Jawatankuasa Aset 2016

Berikut adalah jawatankuasa aset 2016 yang baharu:

Pengerusi :En.Amot Anak Entagau (Guru besar)


Pegawai Aset : Puan Christina Anak Majang
Setiausaha : Puan Freda Anak Bawing
Lembaga Pemeriksa : En.Francis Dana Anak Chuat
Lembaga Pelupusan: En.Jordon Bui’ee
Ahli Lembaga Pelupusan : En.Empikau, Puan Evelyn Sia dan Puan
Syrosazizah
Ahli Lembaga Penyiasat : En.Shah Syazwan, En.Mohd Faiz dan En.Freddy
Ahli Lembaga Penyelia Stor : Puan Ngian Seluat, En.Franker dan En.Jarau
4. Takwim Pengurusan Aset 2016

Berikut merupakan takwim pengurusan aset 2016.


Tarikh Aktiviti Catatan
Januari Pemeriksaan Aset mudah alih Tindakan pegawai pemeriksa
Februari Pemeriksaan peralatan ICT Tindakan pegawai pemeriksa dan
Pegawai aset
Mac Mesyuarat Aset ke-1 Tindakan
Laporan Aset Suku Pertama Pegawai aset
April Pelupusan Aset (sekiranya Pegawai Pelupusan
perlu)
Mei Pengemaskinian Myspata Pegawai Aset
Jun - Mengemaskini maklumat Pegawai Aset
harta modal dan inventori
- Laporan Aset ke-2
Julai Pemeriksaan Laptop 1 Pegawai Pemeriksa
Malaysia
Ogos Pemeriksaan Stok dan bekalan Pembantu Tadbir sekolah
September Pemeriksaan Aset alih Pegawai pemeriksa dan Penyelia stor
- Laporan Sukuan ke-3 Pegawai Aset
Oktober Pelupusan dan hapus kira aset Pegawai Pelupus
(Sekiranya perlu)
November Pemeriksaan harta modal dan Pegawai aset
inventori
Disember Penghantaran laporan sukuan Pegawai Aset
ke-4 dan Laporan Tahunan

5. Pengemaskinian Daftar Modal dan Inventori

Pegawai aset melaporkan bahawa semua bangunan dan bilik-bilik khas


disekolah perlu dikemaskini harta modal dan inventori. Guru besar telah
membahagikan tugas. Tugasan ini perlu ditaip menggunakan perisian
komputer dan perlu dihantar pada awal bulan Mei. Guru besar mengingatkan
agar buku log untuk semua penggunaan inventori perlu direkodkan.
PENANGGUHAN MESYUARAT
Mesyuarat ditangguhan pada pukul 5.30 petang

Disediakan Oleh, Disemak Oleh,

______________________, ___________________,
(CHRISTINA MAJANG) (AMOT ENTAGAU)
Pegawai Aset , Guru Besar,
SK.Nanga Bawai. SK.Nanga Bawai.

You might also like