You are on page 1of 23

Isi Kandungan

TAJUK MUKA SURAT


1. Pengenalan 1

2. Penjajahan Dan Perlembagaan British Di Tanah Melayu 2

3. Perlembagaan Jepun Di Tanah Melayu 4

4. Perlembagaan Malayan Union 6

5. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948 9

6. Perlembagaan Merdeka 1957 11

7. Kontrak Sosial 13

8. Perlembagaan Malaysia 18

9. Kesimpulan 20

10. Rujukan 21

0
Pengenalan

Perlembagaan Malaysia yang dimiliki pada masa kini mempunyai sejarah tersendiri
rentetan daripada peristiwa sejarah silam. Sejarah sesebuah perlembagaan sekadar
mengimbas kembali peristiwa penting yang berlaku dan memberi sumbangan bermakna
kepada bentuk perlembagaan yang ada pada masa kini. Ini merangkumi sejarah penglibatan
penduduk tempatan dalam memperjuangkan kemerdekaan tanah air daripada belenggu
penjajahan. Akhirnya kerajaan British bersutuju untuk memberi kemerdekaan kepada Negara
ini pada 31 Ogos 1957 (Sejarah Perlembaagaan Malaysia,2008)

Malaya British secara kurang tepat diperihalkan sebagai sekumpulan negeri di


Semenanjang Tanah Melayu yang dijajah oleh British dari abad ke-18 dan ke-19 sehingga
abad ke-20. Sebelum pembentukan Malayan Union pada tahun 1946, tanah-tanah jajahan ini
tidak diletakkan di bawah sebuah pentadbiran tunggal yang disatukan. Sebaliknya, Malaya
British terdiri daripada Negeri-negeri Selat, Negeri-negeri Melayu Bersekutu, dan Negeri-
negeri Melayu Tak Bersekutu. Malaya juga merupakan salah satu negeri naungan British
yang paling menguntungkan disebabkan ia merupakan pengeluar timah dan kemudiannya
getah yang paling besar di dunia. Malayan Union dibubarkan dan diganti dengan Persekutuan
Tanah Melayu pada tahun 1948. Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
Pada 16 September 1963, sebuah persekutuan yang lebih besar yang dikenali sebagai
Malaysia dibentuk, bersama-sama dengan Sabah, Sarawak dan Singapura (Malaya
British,2010).

Umum menyedari bahawa Tanah Melayu telah dijajah oleh beberapa buah kuasa
asing yang bermula dengan kedatangan Portugis, Belanda, British, Jepun dan British kembali.
Penglibatan British dalam hal ehwal sosioekonomi Tanah Melayu berlaku seawal tahun 1786
dan terhenti seketika setelah penjajahan Jepun di Tanah Melayu yang bermula pada tahun
1942-1945. Setelah kekalahan Jepun, British balik semula ke Tanah Melayu pada tahun 1946
sehinggalah akhir tahun 1957 apabila pada 31 Ogos 1957, Tanah Melayu mencapai
kemerdekaan. Manakala Portugis dan Belanda pula hanya tertumpu di Melaka dan bertapak
di situ dalam beberapa dekad sahaja (Menjejaki Kesan Penjajahan British di Tanah
Melayu,2013).

1
Penjajahan Dan Perlembagaan British Di Tanah Melayu

Gambar 1: Keadaan penduduk Tanah Melayu sewaktu dijajah Jepun

Malaysia telah dijajah oleh kuasa-kuasa asing seperti Portugis, Belanda, British dan
juga Jepun. Penjajahan ini bermula apabila Melaka telah muncul sebagai pusat perdagangan
yang terkenal di rantau ini satu ketika dahulu. Melaka adalah tempat dimana pedagang-
pedagang dari barat dan timur bertemu untuk urusan jual beli. Antara barang dagangan utama
yang diminati oleh orang-orang Eropah ialah rempah ratus, teh, sutera dan lain-lain. Selain
itu, Revolusi industri yang bermula di Britain telah menyebabkan kuasa barat datang ke
Malaysia (Tanah Melayu) yang kaya dengan sumber alam seperti bijih timah (Zaman
Penjajahan,2014)

Pada tahun 1511-1641, Melaka telah dijajah oleh Portugis. Wizurai yang
bertanggungjawab menyusun sistem pentadbiran Portugis di Melaka ialah Alfonso de
Albuquergue. Beliau bertanggungjawab membina kota A Famosa untuk melindungi Melaka
daripada sebarang ancaman, terutama daripada Sultan Mahmud yang telah beberapa kali
berusaha untuk merampas semula kota Melaka daripada tangan Portugis. Portugis
mengamalkan sistem pentadbiran berbentuk ketenteraan. Akhirnya, Portugis tewas apabila
diserang oleh Johor dengan bantuan daripada Belanda. Setetusnya, Melaka dijajah oleh
Belanda. Langkah awal penjajah Belanda adalah menguasai Betawi di Pulau Jawa pada tahun
1619 (Zaman Penjajahan,2014)

Penempatan terawal British di Malaysia bermula dengan pendudukan Pulau


Balambangan pada tahun 1769 hasil dari perjanjian dengan Kesultanan Brunei dan
Kesultanan Sulu. Manakala penempatan Selat Koloni DiRaja Britain diwujudkan pada 1826,

2
dan Britain sedikit demi sedikit menyebarkan pengaruh dan kawalannya ke atas seluruh
semenanjung. Penempatan Selat termasuk Pulau Pinang, Singapura dan Melaka. Pada 1867,
Inggeris menjadi semakin agresif dan mula mendapatkan negeri negeri Melayu yang lain.
Disebabkan perang saudara, persatuan sulit Cina, Britain telah dipilih untuk menyelesaikan
masalah masalah penduduk Negeri Selat. Akhirnya, Perjanjian Pangkor ditandatangani yang
mengakibatkan perluasan kuasa Britain ke negeri negeri Melayu (iaitu Perak, Pahang,
Selangor dan Negeri Sembilan yang dikenali juga Negeri-negeri Bersekutu). Negeri-negeri
lain yang dikenali sebagai Negeri-Negeri Tidak Bersekutu ialah Perlis, Kedah, Kelantan, dan
Terengganu yang berada di bawah kuasa Thai. Di Borneo pula, Borneo Utara yang dahulunya
berada di bawah pemerintahan Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu sekarang Sabah) telah
berada dibawah pajakan Syarikat Berpiagam Borneo Utara British pada tahun 1881 sehingga
1946 apabila ia ditabalkan sebagai Koloni Diraja British. Manakala Sarawak menjadi milik
keluarga Brooke sebelum dari itu (Sejarah Malaysia,2011).

Penglibatan awal British di Tanah Melayu mempunyai kaitan dengan urusan


perniagaan di pelabuhan-pelabuhan (yang datang ialah syarikat dan bukan kerajaan kolonial).
Setelah menguasai sesuatu tempat, barulah mereka mendapat piagam daripada Kerajaan
British di London untuk mentadbir sesebuah kawasan atau pelabuhan untuk dijadikan koloni.
Kemudian secara strategik dan diplomasi, British memperkenalkan Sistem Penasihat (Sistem
Residen) untuk mula campur tangan dalam hal ehwal pemerintahan, undang-undang dan
politik tempatan. Kuasa pemerintahan mula dikuasai secara beransur-ansur agar British tidak
dilihat sebagai bangsa penjajah di Negara ini sepertimana yang disebutkan dalam Perjanjian
Pangkor yang ditandatangani pada tahun 1874 antara Sultan Abdullah dan Sir Andrew Clark
iaitu sultan akan menerima dan menyediakan tempat kediaman untuk seorang pegawai
British yang diberi nama Residen, yang akan diutuskan oleh Balai Kerajaan Perak dan
nasihatnya hendaklah diminta untuk diikuti di dalam semua perkara selain daripada agama
dan adat Malayu (Penjajahan British, 2008).

Terdapat tiga peringkat penguasaan British untuk mengkolonikan seluruh Tanah


Melayu. Yang pertama ialah pembentukan Negeri-negeri Selat 1862 (Crown Colony)
seterusnya ialah pembentukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu 1896 dan yang ketiga ialah
pembentukan Negeri-negeri Tidak Bersekutu 1909 setelah British Berjaya mendapatkan
Negeri-negeri Utara dari Siam menerusi Perjanjian Bangkok (Perlembagaan British,2008)

3
Perlembagaan Jepun Di Tanah Melayu

Penjajahan Jepun di Tanah Melayu bermula pada 15 Februari 1942 sehinggalah 12


September 1945. Penjajahan Jepun di Tanah Melayu dan Singapura berlangsung selama 3
tahun 8 bulan. Jepun mengambil tindakan untuk menyerang negara Asia yang kaya dengan
bahan mentah bagi memenuhi keperluan sektor industri dan ketenteraannya. Walaupun
tempoh masa pemerintahan Jepun agak singkat namun ia berjaya menguasai politik, ekonomi
dan sosial. Ia juga memberi implikasi yang mendalam pada sosio-ekonomi masyarakat Tanah
Melayu (Pendudukan Jepun di Tanah Melayu, 2010)

Sistem pemerintahan Jepun bercorak ketenteraan dan berada di bawah penguasaan


seorang Jeneral. Pentadbiran di Tanah Melayu dibahagi kepada 2 iaitu Negeri-negeri Selat
diperintah oleh seorang Gabenor yang beribu pejabat di Singapura sementara Semenanjung
Tanah Melayu diperintah oleh seorang Presiden atau Gunseikan. Nama Singapura telah
diubah kepada Syonan yang bermaksud Cahaya Selatan. Tanah Melayu pula dibahagikan
kepada lapan wilayah dan setiap wilayah diketuai oleh seorang Gabenor Jepun. Jepun juga
mengembalikan kuasa Sultan yang telah dirampas oleh Inggeris tetapi hanya berkuasa
sebagai ketua negeri sahaja. Sultan dibenarkan menjalankan tugas sebagai ketua agama di
negeri masing-masing. Jepun sebenarnya ingin mengambil hati para sultan agar apa yang
dihajati tercapai. Ini kerana Jepun ingin mendapatkan sokongan Melayu.

Bagi menjaga kemantapan setiap operasi yang dijalankan di Tanah Melayu, Jepun
membentuk pasukan keselamatan yang dketuai oleh pegawai Jepun dan anggota perisik
tentera iaitu Kampetai untuk mengawal keamanan. Kampetai sangat kejam dan telah
menangkap serta membunuh ramai orang. Selain itu diwujudkan Tekikan iaitu pasukan mata-
mata gelap yang bertugas mencari musuh-musuh yang menyokong Inggeris, menentang
pemerintahan Jepun atau menghasut melayu. Dalam sistem pendidikan Jepun telah
menggantikan sistem pendidikan yang sedia ada dengan sistem pendidikan Jepun. Sistem
pendidikan Jepun menekankan beberapa aspek seperti pembentukan akhlak dan disiplin, taat
setia pada maharaja Jepun dan kepatuhan kepada kerajaan Jepun. Selain itu, kebudayaan
Jepun disebarkan melalui sistem pendidikan Jepun. Orang tempatan diajar adat istiadat dan
lagu kebangsaan Jepun iaitu “Kamigayo” (Pendudukan Jepun di Tanah Melayu, 2010).

4
Corak pemerintahan Jepun yang menggunakan kekerasan telah meninggalkan kesan
yang negatif hidup rakyat tempatan. Jepun menjalankan pemerintahan mengikut corak
pemerintahan di negara asal. Pemerintahan Jepun telah menyebabkan penduduk menderita.
Ekonomi negara turut mengalami kemerosotan dengan kadar inflasi yang teruk (Pendudukan
Jepun di Tanah Melayu, 2010).

5
Perlembagaan Malayan Union

Malayan Union telah diperkenalkan pada 1 April 1946 iaitu selepas Jepun menyerah
kalah pada tahun 1945 dan maka di sini tamatlah Perang Dunia Kedua. Gabenor pertama dan
terakhir Malayan Union ialah Sir Edward Gent. Selepas Jepun berundur dari Tanah Melayu,
berlaku satu kekacauan dan huru-hara yang telah di lakukan oleh Parti Komunis Malaya
melalui Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA) yang ingin mengambil kuasa
pemerintahan di Tanah Melayu.Anggota ini telah berjaya menguasai Tanah Melayu dengan
tempoh 14 hari sahaja dan mereka telah membuat banyak kekacauan dan huru-hara sehingga
menguggat keamanan Tanah Melayu dalam tempoh tersebut. Bagi memulihkan keamanan,
British telah kembali semula ke Tanah Melayu pada tahun 1945 dan menubuhkan
Pentadbiran Tentera British (British Military Administration – BMA). British merasakan
bahawa pemerintahan menggunakan kuasa tentera adalah amat perlu memandangkan keadaan
pada masa itu adalah huru-hara dan mengancam keamanan. Pemerintahan menggunakan
kuasa tentera ini tidak bertahan lama dan telah di gantikan dengan pemerintahan baru yang di
kenali sebagai Malayan Union (coretan sejarah,2009).

Secara terperinci ciri-ciri pembentukan Malayan Union yang diisytiharkan secara


rasmi oleh kerajaan British pada 1 April 1946 dengan Edward Gent sebagai Gabenornya yang
pertama adalah dari segi ciri-ciri pentadbiran iaitu Gabenor Inggeris merupakan ketua
pentadbir Malayan Union yang berpusat di Kuala Lumpur. Semua undang-undang yang
diluluskan mesti mendapat kelulusan Gabenor. Gabenor dibantu oleh Majlis Mesyuarat Kerja
dan Majlis Perundangan dibahagian peringkat pusat manakala bahagian peringkat negeri pula
ditubuhkan Majlis Tempatan yang mana mempunyai kuasa terhad kerana tertakluk kepada
kawalan pemerintahan pusat dan kesemua negeri Melayu jatuh tarafnya menjadi daerah
sahaja, misalnya Negeri Pahang menjadi Daerah Pahang. Keadaan ini secara tidak langsung
menjadikan tidak ada lagi Tanah Melayu dan Negeri-negeri Melayu dalam peta Malayan
Union (coretan sejarah,2009).

Semua negeri Melayu disatukan dibawah pemerintahan Gabenor British kecuali


Singapura. Hal ini kerana, di Singapura terletaknya kepentingan utama ekonomi British
sebagai sebuah pangkalan tentera laut untuk operasi strateginya dan British sedar perkauman

6
merupakan masalah politik utama di Tanah Melayu yang mana British tidak mahu masalah
politik perkauman di Tanah Melayu menjejaskan kepentingan ekonomi-politiknya di
Singapura. Namun begitu, tujuan utama British mengecualikan penyertaan Singapura ke
dalam Malayan Union adalah disebabkan oleh kepentingan ekonominya di Singapura dan
kedudukan strategik Singapura sebagai pelabuhan mendorong pihak British untuk
mengekalkan Singapura sebagai Tanah jajahan London (coretan sejarah,2009).

Dari segi ciri-ciri peranan dan kuasa Raja-raja Melayu pada era ini dapat dilihat di
mana Raja-raja Melayu menjadi penasihat sahaja dalam Majlis Negeri dan sekadar menjadi
ahli Majlis Penasihat Sultan, Majlis Raja-raja dan Majlis Agama Islam. Kedaulatan Raja-raja
Melayu dihapuskan dimana Sultan hanya sebagai satu gelaran dan mereka hanya boleh
bersuara dalam soal yang menyentuh Agama Islam dan adat resam Melayu sahaja. Dalam
Majlis Agama Islam, kuasa Sultan dilucutkan dan diberikan kepada Gabenor dan ini
bermakna hal ehwal Islam akan dikuasai oleh Gabenor. Bahkan, perlantikan Sultan dalam
Majlis Penasihat Sultan mesti tertakluk kepada restu Gabenor. Sultan menjadi boneka politik
kepada kerajaan Kolonial British kerana Sultan sudah tidak ada kuasa melainkan dalam
Agama Islam dan adat istiadat sahaja. Ini menunjukkan kedaulatan British di Tanah Melayu
di mana pihak British bertindak mengawal semua perkara mengenai Tanah Melayu dan
mereka lebih berkuasa berbanding sebelum pendudukan Jepun. Jelas sekali di sini British
begitu serius menghapuskan kuasa raja dan status negeri Melayu dengan harapan supaya
kesetiaan orang Melayu terhadap raja dapat dihapuskan dan semangat kenegerian mereka
dapat dikikis. British tersilap dalam percaturan ini kerana tindakan tersebut telah
membangkitkan amarah orang Melayu (coretan sejarah,2009).

Prinsip kerakyatan dalam Malayan Union ialah berdasarkan prinsip jus soli. Menerusi
prinsip ini hak kerakyatan yang sama diberikan bagi semua orang tanpa mengambil kira
bangsa dan keturunan. Ini termasuk penerimaan kemasukan dalam perkhidmatan kerajaan
dan hak mengundi dalam pilihanraya umum. Mereka yang telah menetap di Tanah Melayu
sebelum Malayan Union boleh menjadi warganegara secara automatik. Mengikut prinsip ini,
sesiapa yang berumur 18 tahun dan ke atas serta telah bermastautin di Persekutuan atau
Singapura selama 10 daripada 15 tahun sebelum 15 Februari 1942 akan diberi kerakyatan.
Kanak-kanak di bawah umur 18 tahun secara tidak langsung yang ibu bapanya warganegara
turut diberi kerakyatan. Sebenarnya pelaksanaan prinsip jus soli ini akan menghilangkan
majoriti kaum Melayu di Tanah Melayu. Prinsip jus soli yang diperkenalkan oleh British ini

7
bercanggah dengan amalan seluruh dunia. Pemberian kerakyatan secara prinsip jus soli ini
adalah untuk dapatkan sokongan bukan Melayu. Prinsip jus soli ini merupakan syarat
kerakyatan yang paling longgar dalam sejarah dunia malah tidak juga pernah dilaksanakan di
Britain sendiri (coretan sejarah,2009).

8
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948

Perlembagaan ini bermula apabila perlembagaan Malayan Union dibatalkan oleh


pihak British disebabkan oleh tentangan daripada orang Melayu. Perlembagaan ini dilahir dan
dikuatkuasakan selepas satu rundingan antara pihak British dan wakil-wakil dari raja-raja
Melayu serta wakil UMNO pada bulan Februari 1948. Negeri-negeri yang dalam Persekutuan
Tanah Melayu termasuk Sembilan buah negeri-negeri Melayu, Pulau Pinang serta Melaka,
Singapura diperkecualikan (Mat King, July 6 2014).

Salah satu perkara utama dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 ini ialah
kuasa memerintah persekutuan tanah melayu terletak pada tangan Pesuruhjaya Tinggi British.
Pesuruhjaya Tinggi British akan melantik ahli-ahli tidak rasmi bagi Majlis Kerja Kerajaan
yang akan membantu Pesuruhjaya Tinggi British dalam pemerintahan Persekutuan Tanah
Melayu. Selain itu, Majlis Undangan juga dipengerusikan oleh Pesuruhjaya Tinggi British
dan mempunyai 75 orang ahli daripada setiap negeri dan kaum (Maszairiz bin Muzafri, n.d).

Dalam perjanjian ini, kedudukan dan kedaulatan Raja-raja Melayu akan


dikembalikan. Oleh itu, Raja-raja Melayu mempunyai hak-hak utama dan kuasa atas negeri
mereka masing-masing seperti sebelum perang kedua. Majlis Raja-raja telah dibentukkan di
mana ahli-ahlinya terdiri daripada Raja Melayu di setiap negeri kecuali Pulau Pinang, Melaka
dan Selangor. Tujuan Majlis Raja-raja adalah untuk membolehkan Raja-raja Melayu
menjalankan perbincangan dengan Pesuruhjaya tentang imegreren. Dalam hal-hal imegreren,
warganegara tidak perlu sebarang dokumen untuk masuk negeri yang bukan negeri
kelahirannya (suriawati, 2010).

Salah satu isu utama yang tidak boleh diabaikan dalam Perjanjian Persekutuan Tanah
Melayu 1948 ini ialah hal kewarganegaraan. Ramai orang Melayu menentang Malayan Union
disebabkan kelonggaran syarat-syarat kewarganegaraan diberi kepada orang asing yang
bukan dari British dan orang bukan Melayu. Dalam perjanjian tersebut, kewarganegaraan
hanya boleh diperolehkan melalui kuatkuasa undang-undang atau kemasukan. Bagi
kewarganegaraan melalui kuatkuasa undang-undang, penduduk asal dari negeri-negeri
Melayu sama ada lahir sebelum, semasa atau selepas tarikh yang ditetapkan dalam
kandungan perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu atau warganegara British yang tinggal
secara tetap dalam negeri-negeri Melayu sama ada sebelum, semasa atau selepas tarikh yang
ditetapkan dalam kandungan perjanjian tersebut atau orang British yang dilahirkan dalam

9
salah satu negeri yang berada dalam senarai Persekutuan Tanah Melayu sama ada sebelum,
semasa atau selepas tarikh yang ditetapkan dalam perjanjian Persekutuan Tanah Melayu.
Dengan syarat-syarat tersebut, anak yang dilahirkan dalam negeri-negeri Persekutuan Tanah
Melayu dan bapanya merupakan penduduk yang tinggal secara tetap dalam Persekutuan akan
automatik menjadi warganegara melalui kuatkuasa undang-undang. Seseorang warganegara
British juga boleh menjadi warganegara Persekutuan Tanah Melayu melalui kuatkuasa
undang-undang jika lahir dalam negeri-negeri Melayu serta boleh bertutur dalam bahasa
melayu dan mengamalkan adat resam melayu (rajamelayu, 2010).

Sementara itu, seseorang yang dilahirkan dalam Persekutuan Tanah Melayu dan boleh
menjadi warganegara jika ia telah bermastautin secara tetap selama tidak kurang tempoh 8
tahun daripada tempoh 12 tahun berada di Persekutuan Tanah Melayu. Seseorang itu yang
tidak dilahir dalam Persekutuan Tanah Melayu juga boleh memohon untuk menjadi
warganegara jika telah bermastautin selama 15 tahun daripada tempoh 20 tahun yang dikira
serta merta dari hari permohonannya. Seseorang itu juga perlu memenuhi syarat-syarat lain
iaitu bertingkahlaku baik, boleh bertutur dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, telah
membuat pengakuan tinggal tetap dan jika permintaannya diluluskan, seseorang itu
hendaklah bersedia untuk mengangkat sumpah kerakyatan (rajamelayu, 2010).

10
Perlembagaan Merdeka 1957

Pembentukan sebuah suruhanjaya merupakan langkah pertama yang dibuat dalam


persetujuan di London. Tujuan pembentukan suruhanjaya adalah untuk menggubal
perlembagaan baru bagi Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka. Perlembagaan adalah
istilah untuk undang-undang yang menentukan bagaimana caranya sesebuah pertubuhan atau
organisasi akan dikendalikan. Undang-undang dasar ini akan menentukan hak-hak rakyat di
negara ini, cara pembentukan kerajaan, kuasa Parlimen, cara menggubal dan meluluskan
undang-undang dan sebagainya (Eija, n.d)

Selepas rombongan Parti Perikatan pulang dari London, tindakan telah diambil untuk
memilih anggota suruhanjaya bagi menggubal perlembagaan. Pada bulan Jun 1956,
suruhanjaya itu telah memulakan tugasnya. Suruhanjaya perlembagaan itu dinamakan
Suruhanjaya Reid, sempena mengambil nama pengerusinya, seorang hakim Mahkamah
Rayuan di England bernama Reid. Anggota lain terdiri daripada pakar undang-undang bab
pentadbiran dari empat buah negara Komanwel, iaitu Australia, Britain, India dan Pakistan.
Pada bulan Februari 1957, Suruhanjaya Reid telah menyelesaikan tugasnya dan laporannya
diterbitkan untuk perbincangan umum (Ajib, n.d)

Cadangan Suruhanjaya Reid diterima oleh Parlimen British pada bulan Jun 1957. Draf
Perlembagaan Merdeka telah dibentangkan untuk diluluskan oleh Majlis Perundingan
Persekutuan. Pada 15 Ogos 1957, upacara menandatangani Perjanjian Merdeka 1957 telah
diadakan antara raja-raja Melayu dengan British di Kuala Lumpur. Terdapat beberapa fasal
penting dalam perlembagaan merdeka 1957. Antaranya ialah sebuah kerajaan pusat
ditubuhkan dengan nama Persekutuan Tanah Melayu, ketua Negara ialah Yang di-Pertuan
Agong, Perdana Menteri menjadi ketua pentadbiran Negara, agama Islam sebagai agama
rasmi Persekutuan Tanah Melayu, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan Persekutuan
Tanah Melayu, kewarganegaraan terbuka kepada sesiapa yang lahir dalam Persekutuan
Tanah Melayu yang memenuhi dengan syarat-syarat tertentu, kedudukan keistimewaan
bumiputera dan orang melayu dikekalkan tanpa mengurangkan hak kaum lain (amkdary, n.d).

Dalam Perjanjian Merdeka, Dewan Undangan Negeri telah ditubuhkan bagi setiap
negeri untuk mentadbirkan negeri masing-masing. Manakala, Dewan Rakyat juga ditubuhkan

11
sebagai kerajaan pusat untuk mengurus hal-hal tentang pemerintahan negera. Kuasa kerajaan
pusat dan kerajaan negeri telah diasingkan mengikut Senarai Persekutuan, Senarai Negeri dan
Senarai Bersama. Perkara-perkara utama yang berada dalam Senarai Persekutuan ialah
pertahanan, pendidikan, perubatan dan kesihatan, kewangan, kewarganegaraan dan
sebagainya. Manakala, Senarai Negeri mengandungi perkara-perkara yang berkaitan dengan
tanah air negeri atau agama seperti pertanian dan perhutanan, undang-undangan orang
muslim, agama dan adat resam orang Melayu, hari kelepasan negeri dan sebagainya. Senarai
Bersama pula merupakan kuasa bersama kerajaan pusat dan kerajaan negeri di mana perkara-
perkara yang ada dalam senarainya termasuk biasiswa, kebajikan sosial, perlindungan
binatang liar, taman kebangsaan dan sebagainya (Munnianwar, 2013).

Dalam perlembagaan ini, pentadbiran persekutuan tanah melayu bersifat demokrasi


berparlimen, iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara terletak di bawah kuasa Parlimen.
Dalam kerajaan bersifat demokrasi berparlimen, Yang di-Pertuan Agong merupakan ketua
dalam ketiga-tiga badan pemerintahan, iaitu perundangan, eksekutif, dan kehakiman.
Pembahagian kuasa telah diperkenalkan dalam demokrasi berparlimen sebagai doktrin bagi
membahagikan kuasa-kuasa antara ketiga-tiga badan tersebut untuk mengelakkan pertindahan
bidang kuasa, mengelakkan penyalahgunaan kuasa akibat pemusatan kuasa pada sesebuah
badan tertentu dan juga membolehkan setiap badan bertindak tanpa diganggu. Badan
perundangan bertugas untuk menggubal atau membuat undang-undang. Badan eksekutif pula
bertanggungjawab untuk mentadbirkan negara berdasarkan undang-undang. Manakala, badan
kehakiman berperanan sebagai hakim untuk melaksanakan undang-undang (keller Purple,
2010).

12
Kontrak Sosial

Kontrak sosial secara amnya membawa maksud kepada satu bentuk persetujuan atau
pakatan untuk mencapai sesuatu matlamat atau tujuan antara dua pihak atau lebih sama ada
secara bertulis atau lisan (Pemuda UMNO Jalan Enggang, n.d.). Di Malaysia, kontrak sosial
merujuk kepada persetujuan yang dicapai sebelum merdeka di kalangan para pemimpin
Melayu, Cina dan India dan parti-parti yang mereka wakili, UMNO, MCA dan MIC serta
merupakan penggantian pada quid pro quo (tolak ansur) melalui Perkara 14–18 yang
berkenaan dengan pemberian kewarganegaraan Malaysia kepada orang-orang bukan Melayu,
dan Perkara 153 yang memberikan hak istimewa kepada rakyat daripada kaum bumiputera.
Kontrak sosial terbentuk hasil daripada persefahaman, toleransi dan semangat kerjasama
yang tinggi di antara kaum (Atoma, Thukiman, & Abdul Rahman, 2008, p. 43).

Pelaksanakan perlembagaan Malayan Union telah membangkitkan kemarahan


sebahagian besar orang Melayu. Pada tahun 1954, tiga parti politik iaitu UMNO, MCA dan
MIC telah bergabung dan menubuhkan Perikatan sekaligus menjayakan kontrak sosial antara
tiga kaum utama di negara ini (Atoma, Thukiman, & Abdul Rahman, 2008, p. 43).
Bagaimanapun, kontrak sosial harus dianggap sebagai satu persetujuan di kalangan
masyarakat berbilang kaum, bukan hanya pemimpin atau kumpulan elit tertentu.
Permuafakatan itu mendapat sokongan rakyat serta kontrak sosial dicapai melalui proses
muafakat dan musyawarah (Kontrak Sosial, n.d.).

Antara tujuan pemeteraian kontrak sosial ialah untuk:

1. Menyelesaikan perbezaan kepentingan diri atau kelompok masing – masing tanpa


sebarang ketegangan antara kelompok.
2. Memastikan kepentingan majoriti dan minoriti di ambil kira tanpa menjejaskan hak
dan kepentingan masing-masing.
3. Memastikan persetujuan yang dicapai kekal dan diwarisi turun-temurun kerana
persetujuan dianggap memenuhi kepentingan yang berpanjangan.
4. Memastikan setiap pihak yang bersetuju mematuhi dan menyampaikan kepada
generasi seterusnya agar ia tidak bercanggah dan menimbulkan konflik di masa depan
(Pemuda UMNO Jalan Enggang, n.d.).

13
Artikel 14-18 menjelaskan tentang kepentingan rakyat Tanah Melayu yang mengesahkan
taraf kerakyatan kepada orang bukan Melayu. Manakala artikel 152 pula mengesahkan
tentang keistimewaan dan hak orang Melayu. Kontrak sosial merupakan muafakat antara
kaum yang mewarnai Perlembagaan, persepakatan yang diterjemahkan ke dalam
Perlembagaan. Walaupun istilah kontrak sosial tidak ada dalam Perlembagaan tetapi
semangatnya ada pada ciri-ciri perlembagaan itu (Kontrak Sosial, n.d.). Antara perkara
penting yang ditetapkan secara konsensus menerusi Parti Perikatan, Raja-raja Melayu dan
Kerajaan British ialah:

1. Kedudukan Raja-raja Melayu dalam sistem pemerintahan.


2. Kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.
3. Kedudukan bahasa Melayu (Malaysia) sebagai bahasa kebangsaan.
4. Hak istimewa orang Melayu diperuntukkan dalam perlembagaan.
5. Kerakyatan kepada semua penduduk Tanah Melayu yang meletakkan kesetiaan
kepada negara (Atoma, Thukiman, & Abdul Rahman, 2008, p. 44).

Kedudukan Raja-Raja Melayu dalam Perlembagaan

Pemerintahan beraja telah sedia wujud dalam sistem pemerintahan di negeri-negeri


Melayu sejak berabad-abad lamanya. Menurut sistem beraja, raja mempunyai kuasa mutlak
dalam setiap pemerintahan dan pentadbiran negeri khususnya sebelum penjajahan Inggeris.
Apabila Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, institusi
pemerintahan beraja diteruskan dengan beberapa pindaan agar dapat disesuaikan dengan
konsep demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan (Muslim, 2014). Antara perkara
yang tertulis dalam perlambagaan tentang kedudukan dan institusi raja ialah:

1. Raja-raja dan Yang Dipertua adalah ahli Majlis Raja-raja.


2. Raja – raja adalah ketua agama di negeri masing-masing dan bertanggungjawab
menjaga agama Islam serta sebarang pindaan yang ingin dibuat terhadap agama
Islam perlu mendapat perkenan raja-raja dahulu.
3. Seorang daripada mereka akan dipilih menjadi Yang Dipertuan Agong mengikut
aturan dalam tempoh masa 5 tahun sekali.
4. Institusi raja merupakan ‘balance of power’ kepada sistem parlimen.
5. Mengikut perlembagaan, kedudukan raja di negeri-negeri ialah sebagai raja
berperlembagaan (Atoma, Thukiman, & Abdul Rahman, 2008, p. 46).

14
Kedudukan Agama Islam Dalam Perlembagaan

Bagi meneruskan kedaulatan Raja-Raja Melayu dan agama Islam di Tanah Melayu,
semua bangsa dan etnik di Tanah Melayu telah bersetuju untuk menerima kemasukan Perkara
3(1) dalam Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam sebagai agama bagi
Persekutuan ini (Atoma, Thukiman, & Abdul Rahman, 2008, p. 45). Perkara 3(2) turut
dimasukkan untuk menjamin hak-hak dan keistimewaan kuasa Raja-Raja Melayu sebagai
Ketua Agama Islam bagi Negeri masing-masing (Disa, n.d.). Walaupun Islam dimartabatkan
sebagai agama Negara, kebebasan beragama bagi penganut-penganut agama lain serta
kedudukan Raja-Raja Melayu sebagai Ketua Agama Islam bagi negeri masing-masing adalah
terjamin.

Undang-undang yang sedia ada sebelum merdeka tetap berkuatkuasa dan tertakluk
pada pengubahsuaian dan pindaan yang boleh dilakukan oleh pihak berkuasa. Antara asas-
asas Perlembagaan Persekutuan yang menjadikan Syariah sebagai sumber perundangan
Negara di sisi adalah seperti yang berikut :

1. Perkara 3(1) – Islam sebagai Agama Persekutuan.

Agama Islam telah dimartabatkan sebagai agama Persekutuan dengan


memasukkan Perkara 3(1) dalam Perlembagaan Persekutuan. Sebarang dasar dan undang-
undang yang dilaksanakan perlulah mengambilkira kedudukan Islam sebagai agama
Negara (Atoma, Thukiman, & Abdul Rahman, 2008, p. 45).

2. Sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) untuk memelihara agama Islam.

Bagi memelihara kesucian dan keutuhan Islam sebagai agama Negara,


Perlembagaan Persekutuan meletakkan kewajipan kepada pemerintah sama ada Badan
Eksekutif, Badan Perundangan dan Badan Kehakiman untuk memelihara agama Islam
(Disa, n.d.).

3. Undang-undang Negeri boleh digubal untuk menyekat pengembangan agama lain di


kalangan orang Islam.

Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan bertujuan menjamin kesucian agama


Islam dan umat Islam daripada dipengaruhi oleh doktrin atau ajaran agama lain.
Walaupun Perkara 11(1) membolehkan penganut agama lain mengamalkan dan
menyebarkan agama masing-masing tetapi penyebaran itu tertakluk pada kawalan yang

15
diperuntukkan dalam undang-undang negeri yang diluluskan di bawah Perkara 11(4)
Perlembagaan Persekutuan (Disa, n.d.).

Selain sifat dan kedudukan Islam sebagai agama bagi Persekutuan, kuasa Raja-Raja
Melayu dalam hal-ehwal pentadbiran agama Islam pula tidak dipengaruhi oleh unsur-unsur
politik. Oleh yang demikian, walau apa jua kecenderungan politik sesebuah Kerajaan negeri,
ia tidak akan sama sekali menjejaskan kuasa Yang DiPertuan Agong dan Raja-raja Melayu
dalam hal-ehwal agama Islam di negeri masing-masing (Disa, n.d.). Raja-raja Melayu
dinasihati oleh Majlis Agama Islam Negeri-Negeri dalam hal yang berhubung dengan
pentadbiran dan kemaslahatan umat Islam.

Di bawah Butiran 1, Senarai Negeri, Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan


memberikan kuasa kepada Sultan dan Majlis Agama Islam Negeri untuk menubuhkan
Mahkamah Syariah di Negeri masing-masing. Butiran 1, Senarai Negeri memperuntukkan
“…the constitution, organization and procedure of Syariah courts which shall have
jurisdiction only over persons professing the religion of Islam and in respect of any of the
matters included in this paragraph…”. Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan pula
memperuntukkan bahawa Mahkamah Sivil tidak boleh mengganggu perintah dan keputusan
yang dibuat oleh Mahkamah Syariah (Disa, n.d.).

Kedudukan Bahasa Melayu Dalam Perlembagaan

Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan
sebagaimana yang diperuntukkan dengan undang-undang Parlimen. Namun demikian,
penduduk Malaysia mempunyai kebebasan menggunakan bahasa-bahasa lain dalam urusan
tidak rasmi serta mempelajari bahasa-bahasa tersebut. Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967
yang disemak pada 1971 pula memperuntukkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
perlu digunakan bagi semua maksud-maksud rasmi (Baba, 2012).

Tegasnya, Perkara 152 dalam Perlembagaan Malaysia dan Akta Bahasa Kebangsaan
162/167 (disemak pada tahun 1971) menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
tunggal dan bahasa rasmi di negara Malaysia (Baba, 2012).

Akta Pelajaran 1961 memperuntukkan beberapa perkara tentang penggunaan bahasa


Melayu sebagai bahasa kebangsaan di sekolah. Antaranya ialah penggunaan bahasa Melayu,
bahasa kebangsaan, sebagai bahasa pengantar utama di sekolah-sekolah. Pengukuhan
penggunaan Bahasa Melayu telah disahkan dalam Akta Pelajaran 1957, Akta Bahasa

16
Kebangsaan 1967 dan Akta Pendidikan 1996 (Atoma, Thukiman, & Abdul Rahman, 2008, p.
44). Pengesahan ini adalah selaras dengan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan dan bahasa rasmi negara seperti yang termaktub dalam perkara 152(1)
Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 (Baba, 2012).

Kedudukan Orang Melayu Dalam Perlembagaan

Antara perkara-perkara berkaitan dengan orang Melayu yang teleh disertakan dalam
perlembagaan adalah seperti berikut:

1. Antara isi perkara yang dikaitkan dengan hak-hak istimewa orang Melayu ialah kuota
dalam perkhidmatan awam, biasiswa kerajaan, lesan perdangan serta permit dan
Tanah Simpanan Melayu.
2. Melayu membawa maksud seseorang yang menganut agama Islam , lazimnya
bercakap Melayu dan menurut adat istiadat Melayu (Perkara 160(02)).
3. Mewujudkan dan menggazetkan Tanah Simpanan Melayu (Perkara 89)
4. Yang Dipertuan Agong melindungi dan memelihara hak dan keistimewaan kepada
orang Melayu dan bumiputera (Perkara 153) (Atoma, Thukiman, & Abdul Rahman,
2008, p. 44).

Hak Kerakyatan Dalam Perlembagaan

Hal-hal yang berkaitan dengan kerakyatan yang terkandung dalam perlembagaan


adalah seperti berikut:

1. Perlembagaan menetapkan kerakyatan diberikan kepada penduduk negara ini yang


lahir dan bermastautin dalam suatu tempoh tertentu.
2. Hal kerakyatan memakai guna Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948.
3. Seseorang penduduk perlu kepada satu kerakyatan.
4. Kerakyatan adalah penanda aras utama yang mengaitkan seseorang dengan
negaranya, selaras dengan undang-undang antarabangsa.
5. Konsep kerakyatan adalah berlainan dengan konsep penduduk tetap.

17
Perlembagaan Malaysia

Perlembagaan Merdeka 1957 telah digubal kembali dan dinamakan Perlembagaan


Malaysia bermula 16 September 1963 berikutan kemasukan dan penggabungan Sabah,
Serawak dan Singapura dengan Malaysia. Namun begitu, pada 9 Ogos 1965,
ketidakpersefahaman berlaku dimana Lee Kuan Yew, Perdana Menteri Singapura pada waktu
itu mempersoalkan dan menolak perlembagaan negara yang telah dipersetujui pada 1957. Hal
ini menyebabkan Singapura keluar dari Malaysia. Berikutan itu, perkara-perkara yang
berkaitan dengan Singapura tidak lagi diberikan penekanan. Tetapi, beberapa peruntukan
yang berkaitan dengan kepentingan Sabah dan Serawak digubal dan dimasukkan tanpa
mengubah perkara-perkara teras.

Antara peruntukan perlembagaan yang tersendiri bagi negeri Sabah dan Sarawak dalam
penggubalan Perlembagaan Malaysia ialah:

1. Kedua-dua negeri tidak mempunyai agama rasmi.


2. Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi.
3. Tambahan perlembagaan bagi kedua-dua negeri dalam Perlembagaan Persekutuan.
4. Ketua bagi Persekutuan – Ketua Negeri tidak boleh menjadi Ketua Negara bagi
Persekutuan.
5. Nama bagi Persekutuan ialah Malaysia, bukan Melayu Raya.
6. Imigresen di bawah kuasa pusat, tetapi memasuku Sabah dan Serawak di bawah
kerajaan negeri.
7. Tiada hak untuk succession.
8. Borneonisation – keutamaan dalam kerajaan negeri.
9. Pegawai-pegawai British dikekalkan sehingga perlantikan orang tempatan yang
berkelayakan.
10. Kerakyatan – mereka yang lahir selepas penubuhan Malaysia adalah warganegara
Persekutuan.
11. Kerajaan Negeri berhak mengawal sendiri mengenai hal kewangan, tabung
pembangunan dan tarif (cukai).
12. Kedudukan istimewa bagi bumiputera tempatan.

18
13. Kerajaan Negeri – perlantikan Ketua Menteri daripada ahli tidak rasmi Majlis
Legislatif dan pembentukan system kementerian yang sempurna bagi kedua-dua
negeri.
14. Zaman peralihan – diberikan dalam tempoh 7 bulan.
15. Sistem pendidikan sedia ada dikekalkan, tetapi kuasa mengenai pendidikan di bawah
kerajaan negeri.
16. Pengekalan perlembagaan.
17. Perwakilan dalam Parlimen Persekutuan.
18. Nama bagi Ketua Negeri – Yang Dipertua Negara.
19. Nama bagi negeri – Sabah atau Serawak.
20. Tanah, hutan, dan kerajaan tempatan dan sebagainya – Majlis Tanah Negara dan
Majlis Kebangsaan bagi Kerajaan Tempatan tidak boleh diaplikasikan di kedua-dua
negara (Atoma, Thukiman, & Abdul Rahman, 2008, p. 47).

19
Kesimpulan

Perlembagaan Malaysia diwujudkan hasil daripada kerjasama pemimpin-pemimpin


Malaysia yang mewakili suara permuafakatan pelbagai kaum di negara ini. Perlembagaan ini
juga yang mentakrifkan Malaysia serta menentukan sifat bangsa dan negara Malaysia sebagai
sebuah negara berbilang kaum yang wujud daripada konsep sistem kenegaraan Melayu.
Tanpa kerjasama yang utuh antara setiap kaum, Malaysia mungkin tidak dapat mencapai
kemerdekaan pada tahun 1957 kerana pihak British pada ketika itu menjadikan
permuafakatan anatra kaum sebagai prasyarat untuk Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.
Perlembagaan negara merupakan kunci kepada hubungan kaum dan pembinaan semangat
kenegaraan untuk rakyat Malaysia tidak kira generasi. Perlembagaan juga menjadi asas
kepada sistem pemerintahan yang menjadikan Malaysia sebuah negara demokrasi
berparlimen raja berperlembagaan dengan konsep negeri dan persekutuan. Sesungguhnya,
pengorbanan dan perjuangan rakyat terdahulu dan pemimpin negara tanpa mengira kaum dan
agama dalam mencapai kemerdekaan dan membentuk Malaysia harus dikenang dan dijadikan
teladan.

20
Rujukan

1. Abezek, Mei 18, 2014. Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957[nota online].
Retrieved from: http://cgzakariasej.blogspot.my/2014/05/perjanjian-persekutuan-
tanah-melayu-1957.html
2. Amkdary, n.d. Perlembagaan Merdeka[nota online]. Retrieved from: http://merdeka-
1957.tripod.com/perlembagaan.html
3. Brahim Nyior, December 12, 2009. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
1948[esei online]. Retrieved from:
http://brahimnyior.blogspot.my/2009/12/perlembagaan-persekutuan-tanah-
melayu.html
4. Cikgu Eija, Cikgu Ajib & Cikgu Nana, n.d. Kemerdekaan Negara[esei online].
Retrieved from: https://sejarahk2.wordpress.com/nota-sejarah-tingkatan-3/bab-5-
kemerdekaan-negara/
5. Esther Clarnce, Mei 4, 2014. Penyediaan Perlembagaan Persekutuan Tanah
Melayu[video online]. Retrieved from: https://prezi.com/8nxcyng3kpn2/penyediaan-
perlembagaan-persekutuan-tanah-melayu/
6. Kaki Sejarah, Oktober 12, 2014. Zaman Penjajahan Di Tanah Melayu[nota online].
Retrieved from: http://lailysuhada.blogspot.my/2014/10/blog-post.html
7. Keller Purple, Ogos 2010. Konsep Pengasingan Kuasa[nota online]. Retrieved from:
http://norsurieanie.blogspot.my/2010/08/bab-4-konsep-pengasingan-kuasa.html
8. Kontrak Sosial, n.d. Kontrak Sosial[esei online]. Retrieved from:
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/penafian/1224-kontrak-sosial.html
9. Mahamad Naser Disa, n.d. Kekebalan Islam Dalam Perlembagaan Persekutuan[esei
online]. Retrieved from: https://temanteras.wordpress.com/futhuhat/kekebalan-islam-
dalam-perlembagaan-persekutuan-2/
10. Maszairiz bin Muzafri, n.d. Konsep, Tujuan dan Ciri-ciri Perlembagaan[esei online].
Retrieved from: http://pengajianmalaysiakami.blogspot.my/p/bab-2.html
11. Mat King, Ogos 2012. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948[nota online].
Retrieved from: http://notakuliahpismp.blogspot.my/2012/10/perlembagaan-
persekutuan-tanah-melayu.html

21
12. Mohamed Baba, April 19, 2012. Kedudukan Bahasa Melayu Dalam Perlembagaan
dan Perundangan Malaysia[esei online]. Retrieved from:
http://nuramalku.blogspot.my/2012/04/kedudukan-bahasa-melayu-dalam.html
13. Mohd Taufik bin Abd Rashid, March 15, 2011. Perlembagaan Malaysia dalam
konteks hubungan etnik[esei online]. Retrieved from:
http://tangkapgambar.blogspot.my/2011/03/perlembagaan-malaysia-dalam-
konteks.html
14. Nazri Muslim, 2014. Institusi Raja-Raja Melayu: Peranannya Dalam Memelihara
Kedudukan Islam Dari Sudut Perlembagaan[esei online]. Retrieved from:
http://journalarticle.ukm.my/7761/
15. Paimah Atoma, Kassim Thukiman & Hamidah Abdul Rahman, 2008. Hubungan
Etnik di Malaysia[buku rujukan]. Johor Bahru: Cetak Ratu Sdn. Bhd.
16. Pemuda UMNO Jalan Enggang, n.d. Kontrak Sosial[esei online]. Retrieved from:
https://pemudaenggang.wordpress.com/kontrak-sosial/
17. Pn. Munni, Jun 11, 2013. Perlembagaan [esei online]. Retrieved from:
http://www.slideshare.net/munnianwar/perlembagaan-22799594?related=1
18. Prof. Amey, November 12, 2009. Malayan Union dan Reaksi Masyarakat Pribumi
Terhadap Penubuhannya[esei online]. Retrieved from:
http://coretansejarah.blogspot.my/2009/11/malayan-union-dan-reaksi-
masyarakat.html
19. Rajamelayu, Januari 26, 2010. Perlembagaan Tanah Melayu 1948[esei online].
Retrieved from: http://dymmsultan.blogspot.my/2010/01/persekutuan-tanah-melayu-
1948.html
20. Suriawati, Ogos 24, 2010. Perlembagaan Persekutuan 1948[esei online]. Retrieved
from: http://www.slideshare.net/suriawati/perlembagaan-persekutuan-1948

22

You might also like