You are on page 1of 5

PERCERAIAN RUMAH TANGGA DI NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN DAN

PENDEKATAN MENANGANINYA

Dr.Mariam

Antara faktor berlakunya penceraian rumah tangga yang dikemukakan berikut ini
adalah berdasarkan aduan-aduan masalah rumah tangga yang direkodkan di Jabatan Agama
Islam Selangor ialah, tidak betanggungjawab, lemah didikan agama, campur tangan pihak
ketiga, perbezaan budaya, masalah seksual, masalah ekonomi, masalah kerjaya, masalah
kesihatan, masalah akhlak/sosial, dan masalah komunikasi.

Pengabaian tanggungjawab antara pasangan merupakan faktor paling tinggi


direkod sebagai sebab aduan kes perceraian rumah tangga dalam kalangan
pasangan suami isteri di Negeri Selangor iaitu sebanyak 10,799 aduan telah
dikemukakan bermula tahun 2011 hingga tahun 2015. Tanggungjawab adalah
sesuatu yang penting dalam rumah tangga sama ada tanggungjawab seorang suami
terhadap isteri, begitu juga sebaliknya tanggungjawab isteri terhadap suaminya.
Menurut temubual bersama pegawai di JAIS, antara contoh pengabaian
tanggungjawab ialah tidak memberi nafkah dan sifat malas melaksanakan tanggungjawab di
rumah.

Antara pendekatan yang digunakan Jabatan Agama Islam Selangor ( JAIS) bagi
menangani kes penceraian ialah melaksanakan program kursus pra-perkahwinan. Pihak JAIS
telah melaksanakan program pra-perkahwinan, iaitu satu kursus yang wajib bagi pasangan
sebelum mendirikan rumahtangga Kursus ini dijalankan oleh Jabatan Agama Islam
mengikut modul yang telah ditetapkan oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (JAKIM) bertujuan memberi maklumat serta pendedahan awal kepada
bakal suami isteri yang akan mendirikan rumah tangga dengan mengikut tuntutan
syariat Islam. Inisiatif ini digerakkan adalah sebagai satu usaha untuk mengurangkan
permasalahan dalam rumah tangga.
PENCERAIAN DAN IMPAK PENCERAIAN TERHADAP INSTITUSI
KEKELUARGAAN

Ahmad Hariri Mohd Saad


Raihanah Hj Azahari

Perceraian dan konflik merupakan satu isu yang sudah lama wujud dan sering
diperkatakan dalam masyarakat. Raihanah (1996),Mariam (2005) dan Norizan (2008)38
melihat perceraian adalah berpunca daripada konflik, pengabaian tanggungjawab, penderaan
dan penganiayaan. Perceraian selalu digunakan untuk menyelesaikan kemelut rumah tangga.
Kajian ini lebih terfokus kepada peruntukan undang-undang mengenai bentuk-bentuk
pembubaran perkahwinan dengan mencadangkan pemakaian dan pelaksanaan undang-
undang yang lebih baik dalam menangani masalah berbangkit seperti mutu penghakiman dan
prosedur perbicaraan dalam proses perceraian.

Terdapat beberapa kajian juga yang berbentuk tinjauan dilakukan terhadap bentuk-
bentuk perceraian seperti kajian Rosmah yang mengenal pasti prosedur pembubaran
perkahwinan di Kelantan. Sofian membuat kajian mengenai kes perceraian luar mahkamah di
mahkamah Syariah di Malaysia. Mohd. Zawawi yang mengkaji tentang syiqaq antara suami
isteri dan cara penyelesaiannya menurut Islam. Kajian-kajian tersebut telah menilai prosedur
undang-undang bagi setiap bentuk perceraian serta kaedah penyelesaiannya menurut syarak.
Sementara kajian Yusida dan Mazlan pula melihat perceraian diluar mahkamah dan kesannya
mengikut undang-undang dan hukum syarak.

Terdapat juga kajian yang mengukur kecenderungan sikap masyarakat apabila


berhadapan dengan kesukaran dalam perkahwinan seperti kajian oleh Household, Income and
Labour Dynamics in Australia (HILDA). Kajian ini mendapati bahawa lelaki lebih cenderung
menolak perceraian sebagai penyelesaian kepada perkahwinan yang bermasalah berbanding
dengan perempuan yang bersikap lebih menerimanya apabila menghadapi konflik dalam
perkahwinan. Kajian tersebut turut mencadangkan pertimbangan semula dibuat terhadap
undangundang yang mengetatkan peraturan perceraian, kerana ianya boleh menyukarkan
individu yang mengalami konflik dalam perkahwinan membebaskan diri mereka daripada
ikatan perkahwinan.
Berdasarkan tinjauan literatur yang dibuat secara keseluruhannya, terdapat banyak
kajian dan penulisan yang telah dibuat menyentuh tentang perceraian, ianya terlalu luas dan
merangkumi pelbagai perspektif yang mencakupi pelbagai bidang pengajian dan terlalu sukar
untuk dimasukkan keseluruhannya dalam penulisan ini.

KESAN EMOSI YANG DIHADAPI OLEH WANITA YANG BERCERAI AKIBAT


KEGANASAN RUMAH TANGGA

NURFADHILAH BINTI YAHYA

Menurut Coleman (1993), penceraian berlaku akibat tekanan yang dialami oleh
individu. Tekanan menyebabkan hubungan di kalangan ahli keluarga menjadi renggang.
Benokraitis (1996) mentakrifkan penceraian sebagai penamatan suatu perkahwinan yang sah
dan formal.

Berdasarkan kepada kajian yang dijalankan berkenaan mangsa penceraian akibat


daripda kegenasan rumah tangga menjelaskan kepada kita bahawa pendedahan tentang
kesakitan serta keperitan yang dialami oleh mangsa-mangsa tersebut adalah sangat penting
kerana isu-isu ini jarang diberi tumpuan oleh sesetengah pihak. Hakikatnya permasalahan
tentang isu keganasan rumah tangga terutamanya dikalangan wanita atau isteri semakin
hangat diperkatakan sejak akhir akhir ini. Justeru itu, pengkaji cuba meneroka tentang
permasalahan ini dimana pengkaji ingin mengetahui kehidupan yang dialami oleh mangsa
keganasan rumahtangga. Pengkaji merasakan bahawa institusi keluarga adalah unit paling
asas dan terpenting dalam proses pembentukan masyarakat. Jika institusi kekeluargaan di
tadbir dengan baik, sejahtera dan bahagia maka akan menjadi baik, sejahtera dan bahagialah
generasi yang dilahirkan dalam sesebuah masyarakat. Sekiranya institusi keluarga berpecah
belah maka kesan sosial dan kesan ekonominya akan dirasai oleh masyarakat dan generasi
berikutnya. Oleh itu maju atau mundurnya sesebuah negara adalah berpunca daripada
institusi keluarga. Hal ini menyebabkan pengkaji memberi penekanan kepada kesan-kesan
emosi yang dialami oleh mangsa penceraian akibatdaripada keganasan rumahtangga yang
dialami oleh wanita pada usia muda.
Masalah keganasan rumah tangga turut memberi beberapa kesan kesihatan kepada si
mangsa. Antaranya ialah kecederaan pada anggota badan seperti lebam, luka, patah tulang
yang menyebabkan kecacatan kekal dan ada juga yang boleh membawa kematian. Dari segi
kesan psikologi atau mental, wanita yang didera oleh pasangan akan mengalami lebih
kemurungan, rasa cemas dan ketakutan dibandingkan dengan wanita yang tidak didera.
Mereka lebih cenderung untuk mencederakan diri sendiri atau membunuh diri apabila merka
berasa terancam.

Masalah keganasan rumah tangga boleh dibendung sekiranya ketua keluarga dapat
memupuk rasa kasih sayang dan saling hormat menghormati. Masyarakat perlu membanteras
gejala penganiayaan dan keganasan rumah tangga yang berleluasa masa kini. Oleh itu, perlu
adanya kesedaran tentang hak suami dan isteri adalah antara langkah-langkah yang perlu
ditekankan. Didikan agama yang sempurna dapat menghidupkan di dalam jiwa yang
penyayang, tanggungjawab dan adil. Selain itu, pengkaji turut memberi penekanan kepada
proses penyesuaian dan bentuk-bentuk sokongan yang diperlukan oleh mangsa penceraian
ini. Hal ini kerana, kedua-dua aspek tersebut membolehkan pengkaji mengetahui bagaimana
mangsa keganasan rumahtangga menyesuaikan diri ketika berhadapan dengan penceraian
serta keganasan rumahtangga yang berlaku terhadap mereka dan juga bentuk sokongan yang
diperlukan untuk mereka bangkit meneruskan kehidupan mereka.

Oleh yang demikian, melalui kajian yang dilaksanakan ini, hasil dapatan yang
diperolehi membolehkan ianya dijadikan rujukan kepada semua pihak. Selain itu, dapat
membangunkan beberapa cadangan dalam mengatasi dan membendung masalah keganasan
rumah tangga terutamanya di kalangan wanita dari terus meningkat.
SIKAP SEMASA KONFLIK: LANGKAH AWAL KE ARAH PENCERAIAN?

Liana Mat Nayan


Siti Suriani Othman
Afi Roshezry Abu Bakar
Audrey Anak John
Norazimah Abd Rashid

Kajian lepas mencadangkan bahawa sikap tertentu yang ditunjukkan oleh


individu semasa menguruskan konflik rumahtangga boleh membawa kepada
perceraian di awal tahun perkahwinan. Maka, kajian rintis ini dijalankan untuk
melihat samada pasangan Melayu-Islam di Kuala Lumpur mengamalkan sikap yang
boleh kepada kemusnahan perkahwinan. Secara umumnya, dapat disimpulkan bahawa
sikap menjauhkan diri yang membawa kepada pengasingan diri dari konflik atau
seseorang dan mungkin melibatkan sikap meninggalkan situasi atau berdiam diri
adalah sikap yang sering diamalkan oleh pasangan Melayu-Islam. Namun begitu,
dapatlah diandaikan bahawa sikap yang ditunjukkan semasa konflik berlaku bukanlah
satu-satunya penentu kepada penceraian, namun mungkin dipengaruhi oleh faktor-
faktor lain.

You might also like