You are on page 1of 4

Pendidikan Sains

72

Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012 |

Institut Pendidikan Guru, Kampus Tuanku Bainun, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang

9 ? 10 September 2012

turut menunjukkan tahap keberkesanan yang sama dalam meningkatkan pencapaian


responden dalam

pembelajaran tajuk rantai makanan dan siratan makanan.

KESIMPULAN

Berdasarkan analisis kaedah statistik inferensi, analisis ujian-t tidak bersandaran telah
dijalankan bagi

menentukan keberkesanan antara kedua-dua teknik dalam meningkatkan pencapaian


murid. Oleh

demikian, perbandingan purata min markah ujian pasca antara Kumpulan AM dan
Kumpulan PM

telah dilakukan sekali lagi. Keputusan ujian-t telah menunjukkan bahawa tidak terdapat
perbezaan

yang signifikan antara kedua-dua purata min markah dalam ujian pasca sejak nilai
kebarangkalian, p

adalah lebih besar daripada aras keertian yang telah ditetapkan (p > 0.05). Dengan itu, dapatan
ini

telah membuktikan bahawa kaedah main peranan dan penggunaan kad permainan
adalah sama

berkesan dalam meningkatkan pencapaian murid-murid.

Kesimpulannya, kaedah main peranan dan penggunaan kad permainan telah


menunjukkan

keberkesanan yang sama dalam meningkatkan pencapaian murid-murid terhadap tajuk


siratan

makanan. Tambah pula, dapatan ini telah disokong oleh Hertal dan Mills (2002) yang
menyatakan

bahawa teknik seperti simulasi, permainan, dan main peranan merupakan teknik
pembelajaran yang

berkesan. Untuk mengesahkan dapatan kajian ini, dapatan kajian Chinnici, Joyce, dan Torres
(2004)
telah menunjukkan bahawa aktiviti main peranan merupakan kaedah yang efektif dalam

memperkukuhkan pembelajaran demi meningkatkan pencapaian murid. Menurut Saidon


(2005),

teknik lakonan dapat meningkatkan pencapaian murid ke arah cemerlang dalam pelajaran.
Dengan itu,

dapatan kajian ini telah disahkan bahawa aktiviti main peranan berkesan dalam
meningkatkan

pencapaian murid terhadap tajuk rantai makanan dan siratan makanan. Taylor dan Walford
(1972),

Davis (1993), dan McKeachie (1994, 1999) pun berpendapat bahawa memberikan peluang
kepada

murid-murid untuk melaksanakan atau mengaplikasikan apa yang mereka pelajari adalah
kunci

kejayaan pembelajaran mereka. Dengan kata lain, teknik pengendalian proses P&P ini
adalah

berbentuk hands-on, di mana aktiviti main peranan merupakan salah satu contoh bagi aktiviti
hands-

on (Freeman, 2003). Murid-murid akan melibatkan diri secara aktif dan interatif dalam aktiviti
main

peranan (Cherif dan Somervil, 1995; Joyce dan Weill, 2004). Selain itu, aktiviti main peranan
dapat

mendorong murid-murid supaya melibatkan diri secara fizikal dan kognitif untuk memahami
sesuatu

konsep yang sukar (Taylor, 1987). Akhirnya, pencapaian murid-murid telah ditingkatkan
sejak

mereka memahami konsep pembentukan rantai dan siratan makanan dengan jelas.

Berdasarkan kajian Balgopal (2010), dapatan kajiannya telah membuktikan keberkesanan


aktiviti

main peranan dalam menggambarkan satu konsep abstrak yang sukar dan memperkukuhkan
konsep

yang telah dipelajari dalam kalangan para pelajarnya. Di samping itu, Lawson (1993)
juga

berpendapat bahawa main peranan dapat membantu kanak-kanak untuk menggambarkan


sesuatu
konsep yang sukar demi memperkukuhkan pembelajaran tersebut. Pembentukan rantai
dan siratan

makanan merupakan satu konsep yang abstrak. Sejak murid-murid telah memahami konsep
tersebut

dengan jelas selepas menjalankan aktiviti main peranan, pencapaian murid terhadap pelajaran
tersebut

akan ditingkatkan secara langsung.

Pada masa yang sama, dapatan kajian juga menunjukkan bahawa penggunaan kad permainan
adalah

berkesan dalam meningkatkan pencapaian terhadap tajuk rantai makanan dan siratan
makanan.

Berdasarkan dapatan kajian Eng (2008), penggunaan kad permainan adalah efektif untuk
membantu

pelajar dalam menguasai sesuatu kemahiran. Pembentukan rantai dan siratan makanan
merupakan

satu kemahiran penting dalam penguasaan tajuk rantai makanan dan siratan makanan.
Berdasarkan

dapatan kajian, penggunaan kad permainan telah membantu murid-murid dalam menguasai
kemahiran

membentuk rantai dan siratan makanan demi meningkatkan pencapaian murid-murid


dalam

pembelajaran tajuk rantai makanan dan siratan makanan.

You might also like