You are on page 1of 6

SEJARAH TAHUN 5 PENILAIAN PERTENGAHAN TAHUN 2015

BAHAGIAN A

Jawab semua soalan

1. Sejak bilakah institusi raja wujud di negara kita


A. Kedatangan Islam ke Tanah Melayu
B. Zaman kedatangan kuasa luar
C. Zaman Kerajaan Melayu Awal
D. Zaman Ais

2. Manakah antara gelaran ketua negeri berikut adalah benar


A. Perlis – Sultan
B. Kedah –Raja
C. Pahang – Sultan
D. Negeri Sembilan - Raja

3. Apakah yang dimaksudkan dengan sultan atau raja?


A. Merujuk kepada pembesar kerajaan melayu awal
B. Merujuk kepada ketua kerajaan yang berkuasa ke atas rakyat dan kerajaannya
C. Merujuk kepada penasihat negeri dalam hal hal pentadbiran
D. Merujuk kepada penasihat negeri dalam hal hal ekonomi.

4. Semua yang berikut adalah benar tentang sistem pemerintahan Kerajaan Melayu Awal
kecuali
A. Sultan ialah ketua kerajaan
B. Sultan berkuasa mutlak
C. Semua keputusan pentadbiran terletak di tangan sultan
D. Pembesar berkuasa mutlak dalam pentadbiran selain sultan.

5. Bukti kedatangan Islam ke Tanah Melayu berdasarkan sumber sumber berikut


i. Batu Bersurat Kuala Berang
ii. Hukum Kanun Melaka
iii. Candi di Lembah Bujang
iv. Batu nisan Raja Pasai yang mempunyai nama Islam.
A. i, ii,iii
B. i, ii dan iv
C. ii, iii dan iv
D. Kesemua di atas

6. Sejarah kedatangan Islam ke Tanah Melayu dikaitkan dengan negara negara berikut
kecuali

A. Arab
B. Pakistan
C. India
D. China

7. Ukiran dalam seni bina Islam menggunakan corak ………………


A. Geometri dan flora
B. Flora dan manusia
C. Flora dan Fauna
D. Geometri dan Manusia

1
SEJARAH TAHUN 5 PENILAIAN PERTENGAHAN TAHUN 2015

8. Seni khat merupakan seni kaligrafi yang menggunakan tulisan


A. Rumi
B. Jawi
C. Kana
D. Cina

9. Menurut Perlembagaan Persekutuan Malaysia, agama Islam ialah agama…………….


A. Persekutuan
B. Rasmi
C. Utama
D. Orang Melayu sahaja.

10. Hukum Kanun Melaka ialah perundangan yang berteraskan agama


A. Buddha .
B. Hindu
C. Kristian
D. Islam
11. Bahasa Melayu dipengaruhi oleh bahasa bahasa yang berikut
i. Sanskrit
ii. Portugis
iii. Perancis
iv. Sepanyol

A. i dan ii
B. ii dan iii
C. iii dan iv
D. i dan iv

12. Bahasa Melayu pernah menjadi lingua franca pada zaman kesultanan Melayu Melaka.
Jelaskan maksud lingua franca?

A. Bahasa perantaraan dan perhubungan antara masyarakat yang berlainan bahasa.


B. Bahasa yang digunakan untuk masyarakat melayu sahaja.
C. Bahasa pertuturan rakyat untuk perdagangan sahaja.
D. Bahasa perantaraan antara masyarakat melayu dengan masyarakat beragama Islam
yang lain.

13. Laci dan balkoni adalah kosa kata pinjaman yang berasal daripada bahasa
A. Inggeris
B. Cina
C. Arab
D. Belanda

14. Kosa kata halal dan akhbar berasal daripada bahasa

A. Inggeris
B. Cina
C. Arab
D. Belanda

15. Terdapat 37 buah negara yang mempunyai penutur bahasa Melayu di antaranya ialah
i. Malaysia

2
SEJARAH TAHUN 5 PENILAIAN PERTENGAHAN TAHUN 2015

ii. Indonesia
iii. Kemboja
iv.Singapura

A. .i dan ii
B. ii dan iii
C. iii dan iv
D. Semua di atas

16. Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka penting untuk ……………bahasa Melayu

A. Menterjemahkan
B. Memartabatkan
C. Memahami
D. Mengembangkan

17. Apakah punca kedatangan kuasa luar ke negara kita

A. Kedudukan negara yang strategik dan hasil bumi yang bernilai tinggi
B. Kawasan pelancongan yang menarik
C. Untuk menyebarkan bahasa asing
D. Untuk meningkat taraf hidup rakyat negara kita

16

 Menyerang dan menguasai


Kedah, Kelantan dan
Terengganu

18. Kuasa luar seperti maklumat di atas ialah……………..

A. Portugis

B. Belanda

C. Siam ( Ligor)

D. British

 Menewaskan Portugis untuk


menguasai Melaka
 1641-1824

19. Kuasa luar di seperti maklumat diatas ialah…………….

A. Portugis
B. Belanda
C. Siam ( Ligor)
D. British

3
SEJARAH TAHUN 5 PENILAIAN PERTENGAHAN TAHUN 2015

20. Pentadbiran negeri Melayu Bersekutu diketuai oleh seorang


A. Gabenor
B. Penasihat
C. Residen
D. Sultan

4
SEJARAH TAHUN 5 PENILAIAN PERTENGAHAN TAHUN 2015

B. JAWAB SEMUA SOALAN BAHAGIAN INI.

1. Padankan Jawapan yang betul (10 markah)

Daulat Ingkar perintah raja

Perlis, Kedah ,
Derhaka Perak,Selangor,Negeri
Sembilan,,Johor,Pahang ,
Terengganu dan Kelantan

Peranan Sultan Ketua negeri, ketua agama


Islam,ketua adat istiadat dan
simbol kedaulatan

Kedudukan Sultan
Menduduki tempat tertinggi dalam
sistem pemerintahan

Negeri di Malaysia yang Melambangkan kekuasaan dan


mempunyai institusi raja keagungan Sultan

2. Lengkapkan pernyataan di bawah dengan jawapan yang betul (10 markah)

Perlombongan Sosioekonomi mentadbir Jalanraya Menjajah


bijih timah

British Pentadbiran
Negeri Selat Hospital Negeri Melayu
Bersekutu
Banyak kuasa luar yang telah (1) ……………….. dan campur tangan di negara kita
Portugis , Belanda, Siam (2) ,…………….. dan Jepun pernah menjajah negara kita British
telah membentuk lima jenis (3)…………… yang berbeza di negara kita. Pentadbiran
tersebut ialah (4) ..……………., (5)……………………….,Negeri Melayu Tidak Bersekutu,
pentadbiran Brooke di Sarawak dan SBUB di Sabah. Sultan dan pembesar tempatan
kehilangan kuasa untuk (6) ………….. negeri. British campur tangan kerana mereka
hendak menguasai (7) …..………………………… Selain itu campur tangan dan penjajahan
juga memberi kesan terhadap (8) …………………….. negara kita. Di antara kesan tersebut
ialah seperti jalan kereta api (9) ,………………….. dan (10) …………………………

3. Isikan peta i-think di bawah dengan maklumat yang betul . (10 Markah)

5
SEJARAH TAHUN 5 PENILAIAN PERTENGAHAN TAHUN 2015

Negeri
Selat

Negeri
Melayu
Bersekutu

KERTAS SOALAN TAMAT

You might also like