You are on page 1of 1

LAPORAN PERHIMPUNAN BULANAN UNIT BERUNIFORM BAGI BULAN MAC SESI 1/2018

Perhimpunan Unit Beruniform pada bulan Mac adalah di bawah pengurusan Unit BSMM1.
Pada 14 Mac 2018, perhimpunan bulanan UB dijalankan seperti yang tertera, minggu kedua
dalam bulan Mac. Aktiviti yang dijalankan merupakan Majlis Penyampaian Hadiah Pemeriksaan
Pakaian Seragam Unit Beruniform Sesi 2/2017.

Keputusan bagi keseluruhan Majlis Penyampaian Hadiah tersebut adalah; Unit KRS
mendapat tempat pertama, Unit BSMM2 meraih tempat kedua, Unit Pengakap mendapat tempat
ketiga dan BSMM1 sebagai tempat yang terakhir. Majlis Penyampaian Hadiah Pemeriksaan
Pakaian Seragam Unit Beruniform Sesi 2/2017 ini telah dijadikan aktiviti utama pada
perhimpunan bulanan kali ini digantikan dengan aktiviti kawad kaki di dalam kumpulan masing-
masing.

Kehadiran bagi setiap Unit Beruniform adalah seperti berikut; kehadiran penuh bagi Unit
BSMM1 iaitu 24 orang. Kehadiran bagi Unit BSMM2 adalah 43 orang yang hadir, seorang tidak
hadir iaitu Josephine Jata atas sebab sakit. Bagi Unit KRS, 49 orang telah hadir, 1 orang
berpraktikum dan 33 orang sedang menjalani internship. Terakhir sekali, kehadiran penuh bagi
Unit Pengakap iaitu 41 orang.

Unit Beruniform BSMM1 nampak semakin kukuh dari segi memberi arahan oleh
komandan iaitu Maxwell Joseph Anak Kibong sebagai role model bagi komandan-komandan
daripada unit lain. Ianya telah direkod oleh jurugambar iaitu Mohd Nur Hifzhan Bin Noordan.
Namun, video arahan komandan pada perhimpunan kali ini hanya berdurasikan 2 minit tetapi
kurang dari segi isi disebabkan pertukaran MC atas tujuan Majlis Penyampaian Hadiah.
Kesimpulannya, saya berharap agar pengelolaan perhimpunan UB daripada unit BSMM 1
mampu melakukan yang lebih baik pada masa akan datang.

Disediakan oleh,

…………………………………
(AHMAD AMINUDDIN BIN RAJAK@ABDUL RAZAK)
Ketua Unit Beruniform BSMM 1,
IPGK Rajang, Bintangor, Sarawak.

You might also like