You are on page 1of 15

ISI KANDUNGAN

PERKARA HALAMAN

1.0 Pengenalan 2

2.0 Jadual Spesifikasi Ujian 2

3.0 Pentadbiran Ujian 3


3.1 Pentadbiran sebelum ujian
3.2 Pentadbiran semasa ujian
3.3 Pentadbiran selepas ujian
4.0 Analisis Item dan Skor Ujian 5
4.1 Ukuran Kecenderungan Memusat
4.1.1 Mod
4.1.2 Min
4.1.3 Median
4.2 Sisihan piawaian
4.3 Indeks Kesukaran Item
5.0 Interprestasi Data 11

6.0 Kesimpulan 12

Rujukan

Lampiran 1
Lampiran 2
1.0 Pengenalan
Menurut Boon et al (2017), Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) merupakan blueprint yang
mengambarkan suatu ujian secara terperinci dari segi huraian objektif, jenis item, sasaran,
aras kesukaran dan jumlah item. Tujuan pembinaan JSU adalah untuk memastikan
kesahan ujian yang akan digubal. Jadi, untuk tugasan ini disertakan sekali dengan JSU
untuk matapelajaran Bahasa Iban Tahun 4. Jumlah item yang dibina ialah 20 dan
ditadbirkan di sebuah sekolah. Pembinaan item adalah berdasarkan aras kemahiran
Taksonomi Bloom.

2.0 Jadual Spesifikasi Ujian


Pengkaji telah membina satu JSU Tahun 4 bagi matapelajaran Bahasa Iban (rujuk
lampiran 1). JSU tersebut telah dibina berasaskan domain Taksonomi Bloom [kini
berdasarkan Anderson dan Krathwohl (2001)]. Pembinaan item ujian yang berdasarkan
JSU tersebut juga telah dibina oleh pengkaji dan ditadbirkan di sebuah sekolah (rujuk
lampiran 2 untuk sampel item ujian).

3.0 Pentadbiran Ujian


3.1 Pentadbiran Sebelum Ujian
Dalam pembentukan soalan ujian terhadap pelajar Sekolah X, pengkaji telah menetapkan
tujuan ujian iaitu mengesan kemampuan pelajar tentang penguasaanya terhadap
pembelajaran yang telah dijalankan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
Berdasarkan tujuan yang telah ditetapkan, isi kandungan bagi tajuk-tajuk tertentu telah
dipilih. Isi kandungan tersebut mengandungi kemahiran dalam beberapa topik yang telah
dipelajari. Aras-aras kemahiran ialah mengikut enam aras kemahiran Taksonomi Bloom.
Seterusnya ialah pembentukan Jadual Spesifikasi Ujian untuk memastikan
pemberatan yang wajar bagi topik-topik serta aras kemahirannya sesuai dengan
kebolehan murid-murid keseluruhannya. Berpandukan JSU yang telah dibina, item
dibentuk dan dibahagikan kepada soalan berbentuk objektif. Setelah item digubal, item
tersebut disemak supaya bebas daripada sebarang kesilapan dan memastikana arahan
pada item jelas dan mudah difahami oleh pelajar.
3.2 Pentadbiran Semasa Ujian
Semasa ujian dijalankan, pengkaji telah memastikan tempat pelaksanaan ujian berada
dalam keadaan baik. Bilik darjah hendaklah dalam keadaan yang kondusif agar pelajar
dapat memberi tumpuan semasa menjawab soalan. Tanggungjawab pengkaji juga adalah
mengambilkira aspek susun atur kerusi meja dan aspek kepentingan kemudahan pelajar
seperti penyediaan jam di dalam kelas. Tempoh ujian dijalankan dan matapelajaran untuk
ujian tersebut juga ditulis pada papan hitam.
Seterusnya ialah item ujian diedarkan mengikut susunan para pelajar bagi
memudahkan guru memeriksa jawapan murid dengan sistematik. Taklimat ringkas
mengenai peraturan, peruntukan masa, soalan pembetulan dan semakan soalan serta
mukasurat juga diadakan untuk pelajar sebelum memulakan menjawab ujian. Semasa
pelaksanaan ujian, pengkaji sentiasa mengawasi tingkah laku pelajar dan peka terhadap
keperluan pelajar. Setelah masa tamat, pengkaji akan mengumumkan masa tamat dan
memastikan semua pelajar meletakkan pensel. Akhir sekali ialah kertas soalan akan
dikutip mengikut tertib.
Rajah di bawah menunjukkan pelaksaan semasa ujian di sekolah X bagi
matapelajaran Bahasa Iban Tahun 4.

Gambar 1: Susunan semasa ujian Gambar 2: Pengedaran kertas soalan


Gambar 4: Taklimat ringkas Gambar 5: Pengawasan semasa ujian

3.3 Pentadbiran Selepas Ujian


Selepas ujian dijalankan, pengkaji memeriksa skrip jawapan yang telah dikutip. Jawapan
yang ditanda adalah berdasarkan kepada skema jawapan. Setelah selesai memeriksa,
pengkaji akan memberi markah yang sewajarnya kepada pelajar. Sebuah jadual dibina
untuk mencatat markah dan gred pelajar di sekolah tersebut bagi ujian Bahasa Iban yang
telah dijalankan.

Gambar 6: Menyemak kertas jawapan


4.0 Analisis Item dan Skor Ujian
Berikut merupakan senarai markah dan gred pelajar bagi ujian Bahasa Iban Tahun 4 di
Sekolah X.
Bil Murid Markah (%) Gred
1 P.A 75 B
2 P.B 95 A
3 P.C 70 B
4 P.D 85 A
5 P.E 90 A
6 P.F 85 A
7 P.G 95 A
8 P.H 90 A
9 P.I 65 B
10 P.J 80 A
11 P.K 75 B
12 P.L 95 A
Jadual 1: Markah dan gred pelajar
Markah Gred
100 - 80 A
79 - 60 B
59 - 40 C
39 - 0 G
Jadual 2: Gred

Jumlah Murid Peratusan Gred


8 67% A
4 33% B

Jadual 3: Gred dan peratusan


Berikut merupakan graf histogram untuk gred markah dan carta pie bagi menunjukkan
peratus gred Bahasa Iban Tahun 4:

a) Graf Histogram

GRED MARKAH BAHASA IBAN


TAHUN 4
9
8
7
Jumlah Murid

6
5
4
3
2
1
0
A B
Gred

Rajah 1: Gred Markah Bahasa Iban Tahun 4

b) Carta Pie

PERATUS GRED MARKAH BAHASA IBAN


TAHUN 4

B
33%

A
67%

Rajah 2: Peratusan Gred Markah Bahasa Iban Tahun 4


4.1 Ukuran Kecenderungan Memusat
4.1.1 Mod
Mod adalah nombor yang berlaku paling kerap dalam satu set data. Mod boleh
menjadi lebih daripada satu mod. Bagi mengira mod, formula berikut digunakan:

𝑑1
𝐿+ ( ) ×𝐶
𝑑1 + 𝑑2

𝐿 = Sempadan bawah kelas mod

𝑑1 = Beza kekerapan antara kelas mod dan kelas sebelumnya.

𝑑2 = Beza kekerapan antara kelas mod dan kelas selepasnya.

𝐶 = Lebar kelas mod

Markah (Sela Kelas) Sempadan bawah Sempadan atas Frekuensi,f


60-69 59.5 69.5 1
70-79 69.5 79.5 3
80-89 79.5 89.5 3
90-99 89.5 99.5 5
Jadual 4: Mengenalpasti Kelas Mod

Pengiraan mod untuk markah ujian ini adalah:


𝑑1
Mod = 𝐿 + (𝑑 ) ×𝐶
1 + 𝑑2

2
= 89.5 + (2 + 5) × 10

= 92.36 (2 titik perpuluhan)


4.1.2 Min
Min menunjukkan purata markah yang diperoleh oleh pelajar dalam sesuatu ujian. Jadual
di bawah menunjukkan data yang telah disusun bagi mencari nilai min.

Sela Kelas Titik Tengah (𝑥 ′ ) Kekerapan (ƒ) 𝑓𝑥′


60-69 64.5 1 64.5
70-79 74.5 3 223.5
80-89 84.5 3 169
90-100 94.5 5 472.5
Jumlah - 12 929.5
Jadual 5: Mengenalpasti nilai min

Formula untuk mencari nilai min adalah seperti berikut:

∑ 𝑓𝑥
Min, 𝑥 = ∑𝑓

Σ = Jumlah
𝑓 = Kekerapan

𝑥 = Titik tengah
𝑓𝑥 = Hasil darab kekerapan dan titik tengah

Ini bermakna nilai min bagi markah ujian untuk subjek Bahasa Iban adalah:
∑ 𝑓𝑥
Min, 𝑋̅ =
∑𝑓
929.5
Min, 𝑋̅ =
12
= 77.46 (2 titik pepuluhan)
4.1.3 Median
Skor tengah dalam satu susunan taburan menaik atau menurun. Median boleh dikirakan
dengan membahagikan satu set skor yang tersusun kepada dua bahagian yang sama.
Jadual di bawah adalah digunakan untuk mencari nilai median untuk ujian ini.

Markah Had Sela Kelas Kekerapan, f Kekerapan


(Sela Kelas) Kumulatif, 𝑐𝑓
60-69 59.5-69.5 1 1
70-79 69.5-79.5 3 4
80-89 79.5-89.5 3 7
90-99 89.5-99.5 5 12
∑ 𝑓 = 12

Jadual 6: Mengenalpasti nilai median


Bagi menentukan sela kelas di mana nilai median terletak, jumlah frekuensi hendaklah
dibahagi dua, seperti yang ditunjukkan di bawah:
12
Kelas Median =
2
=6
Nilai 6 bermakna median tersebut di antara sela kelas 80-89. Pengiraan untuk mencari
nilai median menggunakan formula berikut:

𝑁
−𝑓𝑝
2
Median, m = L + ( )(𝑐)
𝑓𝑚

L = Sempadan atas 𝐶 = Sela kelas


N = Jumlah data 𝑓𝑚 = Kekerapan median
𝑓𝑝 = Kekerapan kumulatif

Jadi, pengiraan untuk median adalah:


12
2
−4
Median, m = 79.5 + ( ) (10)
3

= 79.5 + 6.6666667
= 86.17 (2 titik pepuluhan)
4.2 Sisihan Piawaian
Sisihan piawaian ialah ukuran kebolehubahan atau sebaran skor-skor. Ia juga merupakan
sejauh mana skor berubah keliling min. Semakin kecil nilai sisihan piawai, semakin kecil
sebaran skor dalam taburan. Jadual berikut merupakan panduan untuk mengenalpasti
sisihan piawaian bagi ujian ini.

Had Sela Titik Kekerapan, 𝑓𝑥 𝑥2 𝑓𝑥 2


Kelas Tengah, 𝑥 𝑓
59.5-69.5 64.5 1 64.5 4160.25 4160.25
69.5-79.5 74.5 3 223.5 5550.25 16650.75
79.5-89.5 84.5 3 253.5 7140.25 21420.75
89.5-99.5 94.5 5 472.5 8930.5 44652.5
∑ 𝑓 = 12 ∑ 𝑓𝑥 = ∑ 𝑥2 = ∑ 𝑓𝑥 2 =
1014 25781.25 86884.25
Jadual 7: Mengenalpasti sisihan piawaian

Bagi mengira sisihan piawai, formula yang digunakan adalah seperti berikut:

∑ 𝑓𝑥 2 ∑ 𝑓𝑥 2
𝜎=√ ∑𝑓
− (∑ )
𝑓

𝜎 = Sisihan Piawai
Σ = Jumlah
𝑓𝑥 = Hasil darab kekerapan dan titik tengah
𝑓 = Kekerapan

Jadi, nilai bagi sisihan piawai untuk data ini adalah:

86884.25 1014 2
=√ − ( )
12 12

= √7240.354167 − 7140.25

= √100.104167

= 10.01 (2 titik pepuluhan)


4.3 Indeks Kesukaran Item
Kesukaran sesuatu item, p, dedifinisikan sebagai kadaran murid yang dapat menjawab
item itu dengan betul. Nilai p terletak antara 0 - 1.Indeks kesukaran item untuk ujian
Bahasa Iban Tahun 4 di Sekolah X boleh dirujuk pada lampiran 2. Manakala jadual di
bahawa menunjukkan aras dan pengkelasan item.

Nilai (p) Pengkelasan Item


0.00 - 0.20 Terlalu Sukar
0.21 - 0.40 Sukar
0.41 - 0.60 Sederhana Sukar
0.61 - 0.80 Mudah
0.81 - 1.00 Terlalu Mudah
Jadual 8: Aras kesukaran dan pengkelasan item

Formula untuk mengira indeks kesukaran item ini adalah seperti berikut:

Bilangan murid mendapat betul


p=
Jumlah murid

5.0 Interpretasi Data


Keputusan Bahasa Iban Tahun 4 sangat baik dengan majoriti mendapat gred A dalam
subjek ini. Seramai 8 daripada 12 orang telah mendapat gred A manakala yang lain ialah
gred B. Ini menunjukkan kefahaman pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran
dijalankan adalah berkesan dan baik. Mod bagi keputusan ujian ini adalah 92.36. Melalui
pengiraan mod tersebut, ramai pelajar yang dapat markah antara sela kelas 90 - 99. Ini
telah menunjukkan keputusan ujian yang cemerlang.
Min untuk ujian ini adalah 77.46 manakala median adalah 86.17. Berdasarkan
pengiraan min dan median, pencapaian murid untuk subjek ini adalah baik kerana hampir
semua mempunyai skor yang tinggi. Sisihan piawai untuk ujian ini pula ialah 10.01.
Semakin besar nilai sisihan piawai, semakin berbeza pencapaian murid dan semakin kecil
nilai sisihan piawai, pencapaian murid hampir seragam. Maka, ujian Bahasa Iban Tahun
4 di Sekolah X menunjukkan pelajar dapat mencapai pencapaian yang hampir seragam.
Seterusnya ialah indeks kesukaran item. Hasil daripada pengiraan indeks
kesukaran item, banyak soalan yang terlalu mudah untuk dijawab oleh pelajar di Sekolah
X. Jumlah soalan yang terlalu mudah (TM) adalah 10, mudah (M) adalah 3, sukar (S)
adalah 4 dan sangat sukar (SS) adalah 3. Jadi, secara keseluruhannya, items yang
digubal dapat dijawab oleh pelajar. Hal ini kerana ramai pelajar telah menguasai topik-
topik yang telah diuji dan mereka mampu untuk mengingat, memahami sereta dapat
mengaplikasinya. Kesimpulannya, pencapaian pelajar untuk ujian Bahasa Iban di Sekolah
X adalah baik.

6.0 Kesimpulan
Secara keseluruhannya, peratus gred markah murid di Sekolah X amat membanggakan.
Hal ini kerana peratus pelajar yang mendapat gred A adalah 67% manakala gred B adalah
33%. Seramai 12 orang pelajar yang mengambil matapelajaran Bahasa Iban di Tahun 4.
Rata-rata dalam kalangan mereka adalah dalam kategori pandai. Prestasi pelajar ini
adalah baik dan tidak ada yang mendapat keputusan C mahupun gagal.
Rujukan

Boon Pong Ying, Lee Leh Hong & Lawrence Aloysious Aeria. (2017). Pentaksiran dalam
pendidikan. Shah Alam; Oxford Fajar Sdn Bhd.

Noresah Baharom (2010). Kamus dewan edisi keempat. Ampang: Dawama

Tipik Ladi, Ngabong Katoi & Janie Limin. (2013). Bahasa Iban tahun 4. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka
Lampiran 1

Bil.
Bilangan Jam Kiraan Jumlah Item
Topik Mengajar bilangan item

1 Nerengkah di Bulan 7
× 20
 Kata Tanya 7 18 8
= 7.77
 Kata Seru
 Kata Berganda
2 Nerais ari Entigis 4
× 20
 Kata Hubung 4 18 4
= 4.44
 Tanda Baca
3 Minggu Sains enggau 7
× 20
Teknologi 7 18 8
= 7.77
 Penjodoh Bilangan
 Kata Kerja
 Kata Nama
Jumlah 18 20
Bil.

Mengaplikasi

Menganalisis
Memahami
Mengingati

Mencipta
Aras Kemahiran

Menilai
Jumlah Item

Topik
1 Nerengkah di Bulan
 Kata Tanya 1 1 8
 Kata Seru 2 2
 Kata Berganda 1

2 Nerais ari Entigis 4


 Kata Hubung 2
 Tanda Baca 2
3 Minggu Sains enggau 8
Teknologi
 Penjodoh Bilangan 1 3
 Kata Kerja 2
 Kata Nama 2
Jumlah 20
Lampiran 2: Aras Kemahiran Soalan

You might also like