You are on page 1of 5

KERTAS KERJA MEMOHON SUMBANGAN PROJEK “APAD” INTERAKTIF MUSIC CUBE

1.0 PENDAHULUAN

Sekolah Kebangsaan Kota Kinabatangan bercadang untuk membina sebuah pondok muzik
interaktif yang mengandungi empat bahagian untuk menjalankan aktiviti muzikal di luar bilik darjah
selain berfungsi sebagai tempat sesi latihan muzik murid-murid sebelum dan selepas waktu
persekolahan. Di samping itu, pembinaan pondok tersebut adalah bertujuan untuk melaksanakan
proses pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah.

2.0 LATAR BELAKANG:


2.1 Cadangan tempat di mana pondok muzik interaktif ini akan dibina ialah di kawasan
hadapan surau dan berhampiran dengan padang Sekolah Kebangsaan Kota
Kinabatangan.
2.2 Keluasan yang dicadangkan untuk membina pondok muzik interaktif ini adalah
dalam anggaran 2,000 kaki persegi.
2.3 Reka bentuk pondok muzik interaktif yang dicadangkan adalah sebagaimana contoh
yang dilampirkan.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Menggalakkan aktiviti muzikal dalam kalangan murid bagi memastikan tahap
kemenjadian murid yang optimum di sekolah.
3.2 Memberi peluang kepada murid untuk melakukan aktiviti muzikal di luar waktu
persekolahan dengan selamat.
3.3 Memupuk minat murid dalam menghargai alat muzik tradisional suku kaum tempatan
mahupun alat muzik sedia ada.

4.0 RASIONAL
4.1 Memberi satu aktiviti yang sihat kepada murid pada waktu yang terluang.
4.2 Dapat memberi peluang kepada murid untuk melakukan latihan muzikal dengan selamat.

5.0 PERANCANGAN
5.1 Satu projek jangka panjang yang boleh digunapakai untuk murid-murid yang akan
belajar di Sekolah Kebangsaan Kota Kinabatangan.
5.2 Tempat yang lebih kondusif untuk aktiviti-aktiviti muzikal seperti latihan rekoder,
latihan alat muzik tradisional atau aktiviti muzikal berkumpulan murid.
5.3 Tempat untuk mendapatkan pembelajaran secara kendiri menerusi kaedah interaktif.
6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

6.1 Sila rujuk lampiran 1.

7.0 RUMUSAN:
Kos untuk melaksanakan projek ini agak tinggi dan peruntukan sekolah amat terhad.
Justeru, dengan sukacitanya pihak pengurusan Sekolah Kebangsaan Kota Kinabatangan
memohon sumbangan daripada pihak dalaman dan luaran sekolah sama ada daripada Jabatan-
jabatan Kerajaan, Badan-badan berkanun, Syarikat-syarikat swasta dan orang perseorangan.

Disediakan oleh,

------------------------------------
(MUHAMMAD HUZAIFAH BIN ARIP)
Ketua Panitia Pendidikan Muzik,
SK Kota Kinabatangan.

Disemak oleh,

-------------------------------------------
(EN JAMHARI BIN HAMID)
Penolong Kanan Kurikulum,
Sk Puchong Utama 3.

Disahkan oleh,

--------------------------------------------
(NORMAH BINTI DATU YAHYA)
Guru Besar,
SK Kota Kinabatangan.
Lampiran 1

Anggaran kos perbelanjaan untuk membina pondok bacaan di Prasekolah SK Puchong


Utama 3 adalah seperti berikut:

Harga seunit (RM) Bilangan pondok Saiz Jumlah keseluruhan (RM)


RM 6000.00 2 2 x 2.5m RM 12,000.00

Rekabentuk gazebo (pondok bacaan) yang dicadangkan di Prasekolah SK Puchong


Utama 3.

Gambar 2.1 Gambar 2.2

Gambar 2.3 Gambar 2.4


Lampiran 2

SYARIKAT PERABOT JATI SINAR TULIN

ALAMAT SYARIKAT
No. 534, 535, 538, 539, 540, 541
Jalan Nilai 3/13, Pusat Jualan Borong Nilai 3,
Negeri Sembilan.
En. Harun : 012-6111481

Katty : 019-2988320

Cadangan kawasan tapak untuk membina gazebo (pondok bacaan) di Prasekolah SK


Puchong Utama 3.

Gambar 1.1 Gambar 1.2


Gambar 1.3 Gambar 1.4

KERATAN JAWAPAN

Saya/kami _____________________________________________ bersetuju memberi sumbangan


ikhlas sebanyak RM___________________ kepada pihak Guru Besar SK Puchong Utama 3 bagi
Pembinaan Pondok Bacaan Prasekolah.

Tandatangan:

(Nama dan cop syarikat):

Tarikh :

You might also like