You are on page 1of 8

Seminar Pendidikan Melayu Antarabangsa (SePMA) 2010

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENENTUAN IDENTITI DIRI REMAJA


MELAYU

Wan Sallha Yusoff, Nurul Syazwani Zulkifli, Ahmad Fahmi Mahmood & Noor Asliza Abdul
Rahim

Emel: wansallha@unimap.edu.my/ nsyazwani@unimap.edu.my/ fahmi@unimap.edu.my/


asliza@unimap.edu.my

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui faktor–faktor yang mempengaruhi remaja lelaki dan perempuan
Melayu dalam menentukan identiti diri mereka. Pemilihan sampel dilakukan secara rawak. Responden
dipilih dalam kalangan remaja Melayu dan merupakan pelajar dalam bidang kejuruteraan dan
perniagaan, dari tahun satu sehinggalah tahun empat. Instrumen yang digunakan ialah soal selidik. Data
dianalisis dengan menggunakan “Statistical Package For The Social Sciences”(SPSS). Responden yang
terlibat dalam kajian ini merupakan pelajar-pelajar Melayu di Universiti Malaysia Perlis yang berumur
dalam lingkungan umur 19-25 tahun. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang
positif di antara faktor-faktor pengaruh ibu bapa, ekonomi, rakan sebaya, pendidikan dan media massa
dengan pembentukan identiti diri pelajar lelaki Melayu. Sebaliknya bagi pelajar wanita perhubungan
positif hanya wujud di antara faktor-faktor pengaruh ibu bapa, pendidikan dan ekonomi dalam
pembentukan diri pelajar wanita Melayu.

Kata kunci: Identiti diri/ kendiri, Ibu bapa, Pendidikan, Ekonomi, Rakan Sebaya, Media Massa
adalah kerana remaja merupakan aset
terpenting
Pengenalan

Melalui perubahan arus ekonomi


moden dan kesan globalisasi, krisis identiti sesebuah negara. Melalui penterjemahan
manusia semakin menjadi-jadi. Khususnya identiti remaja pada masa sekarang sebenarnya
remaja yang memang secara lumrah dan dapat menggambarkan ciri-ciri atau identiti
semula jadi mencari identiti untuk diri mereka pemimpin pada masa hadapan. Apatah lagi
sendiri. Kebanyakan remaja tidak dapat apabila identiti gentian ini mampu menular
memahami makna identiti dan jati diri. Jati kepada remaja berpendidikan tinggi seperti
dirinya lemah kerana ia dibentuk daripada penuntut di IPTA dan IPTS. Sungguh besar
imej-imej yang bukan realiti. Setiap kali ada harapan negara untuk melihat pelajar-pelajar
sahaja perkembangan baru dalam dunia fesyen tersebut mampu menjadi pemimpin yang
dan trend masa kini, remaja pasti akan cuba gemilang dan berkeperibadian tinggi. Setelah
mengikuti trend tersebut. Kalau dulu rock, melangkah masuk ke gerbang universiti, para
kemudian rap, skin head, breakdance dan pelajar seharusnya perlu sedar dari hidup
hoppers, kini shuffle menjadi trend semasa. berangan-angan. Tanpa matlamat dan hala tuju
Sesekali berjalan di kota, pasti kelihatan di hidup yang jelas tidak mungkin harapan negara
tepi-tepi jalan remaja-remaja bahkan yang dapat dicapai.
masih hingusan dan bersekolah melepak dan Menurut pandangan tokoh
bershuffle mengikut rentak muzik. Fenomena akademik Profesor Diraja Ungku Aziz (2005),
ini bukan sahaja mempengaruhi remaja kota kebanyakan remaja di negara ini kini
tetapi telah mampu menyerang pinggiran kota menghadapi krisis identiti yang menyebabkan
atau di desa. Pengaruh yang kuat ke atas para golongan ini tidak tahu membuat sesuatu
remaja sudah tentu tidak dapat dinafikan lagi keputusan. Oleh yang demikian, beberapa
kerana ianya sudah menjadi lumrah alam, jiwa- kajian perlu dilakukan untuk mengenal pasti
jiwa ini ingin mencari identiti sendiri. Mereka masalah remaja kini memandangkan mereka
sanggup melabur ratusan ringgit semata-mata merupakan generasi pelapis negara di masa
untuk tampil tampan, bergaya dan mengikut depan. Di samping itu, remaja juga perlu
trend. dididik untuk berfikir terutama para remaja di
Namun, perlu kah ianya dibiarkan universiti bagi membentuk personaliti mereka.
begitu sahaja? Jawapannya tentulah tidak. Ini

Perlis, Malaysia, 29-31 Mac 2010


Seminar Pendidikan Melayu Antarabangsa (SePMA) 2010
Profesor Diraja Ungku Aziz (2005) Menurut Adams & Gullota (dalam
juga menambah bahawa, nisbah lelaki yang Aaro, 1997), masa remaja meliputi usia antara
hidup dalam angan-angan jauh lebih besar 11 hingga 20 tahun. Sedangkan Hurlock
berbanding wanita, boleh dikatakan dua (1990) membahagikan masa remaja menjadi
pertiga. Majoriti remaja wanita lebih stabil, masa remaja awal (13 hingga 16 atau 17 tahun)
kurang angan-angan dan ada imej yang jelas dan masa remaja akhir (16 atau 17 tahun
tentang matlamat hidup masa depan. Itu hingga 18 tahun). Masa remaja awal dan akhir
sebabnya sekitar 70 peratus pelajar di dibezakan oleh Hurlock kerana pada masa
universiti hari ini ialah wanita. Ini bukti remaja akhir individu telah mencapai transisi
bahawa jati diri gantian ini mempengaruhi perkembangan yang lebih mendekati masa
lebih ramai lelaki berbanding wanita. Malah dewasa.
kalau kita kaji, remaja lelaki Melayu jugalah Papalia & Olds (2001) berpendapat
yang paling banyak di pusat permainan video. bahawa masa remaja merupakan masa antara
Remaja wanita tidak banyak yang bermain kanak-kanak dan dewasa. Sedangkan Anna
permainan video kerana mereka lebih realistik. Freud (dalam Hurlock, 1990) berpendapat
Mereka ada cita-cita dan mahukan kebebasan. bahawa pada masa remaja terjadi proses
Mereka tahu kalau ada kerja, mereka ada perkembangan meliputi perubahan-perubahan
kebebasan. Cita-cita mereka realistik. Krisis yang berhubungan dengan perkembangan
identiti ini lebih bahaya dalam kalangan lelaki psiko seksual, dan juga terjadi perubahan
berbanding wanita. Menurut Profesor Diraja dalam hubungan dengan ibu bapa dan cita-cita
Ungku Aziz (2005) kalau kita hendak mereka, di mana pembentukan cita-cita
membina Melayu yang unggul kita perlu merupakan proses pembentukan orientasi masa
mengukuhkan jati diri terutamanya dalam depan. Transisi perkembangan pada masa
kalangan remaja lelaki. Kita harus ada remaja bererti sebahagian perkembangan masa
keseimbangan kuasa dalam masyarakat antara kanak-kanak masih dialami namun sebahagian
lelaki dan wanita. kematangan masa dewasa sudah dicapai
Justeru itu, objektif kajian ini adalah (Hurlock, 1990).
untuk melihat faktor-faktor yang Oleh yang demikian, kajian ini lebih
mempengaruhi penentuan identiti diri remaja memfokuskan kepada masa di akhir remaja
Melayu di IPTA dan perbezaannya di antara iaitu ketika remaja tersebut mencapai transisi
pelajar perempuan dan pelajar lelaki. Hasil perkembangan yang lebih mendekati masa
dapatan kajian ini dilihat mampu menjadi nilai dewasa dan dikatakan mampu untuk memberi
tambah kepada penentuan sebab-sebab pendapat dan membuat keputusan sendiri.
berlakunya perubahan identiti di antara pelajar
perempuan Melayu dan lelaki Melayu. Perkembangan Identiti Menurut Teori
Perkembangan Keperibadian Erik Erikson
Sorotan Kajian
Berdasarkan kepada golongan sasar
Definisi Remaja kajian yang lebih tertumpu kepada golongan
remaja yang berusia di antara 19 hingga 24
Perkataan “remaja” berasal dari tahun, identiti remaja dapat dilihat melalui
bahasa latin iaitu adolescere yang bererti to teori perkembangan keperibadian yang
grow atau to grow maturity (Golinko, 1984 dikemukakan oleh Erik Erikson. Beliau telah
dalam Rice, 1990). Banyak tokoh yang membahagikan remaja kepada dua golongan
memberikan definisi berkaitan remaja, seperti utama. Golongan pertama iaitu remaja pada
DeBrun (dalam Rice, 1990) mendefinisikan usia 18 hingga 20 tahun (adolescence). Pada
remaja sebagai jangka waktu pertumbuhan ketika ini remaja akan menghadapi situasi
antara masa kanak-kanak dengan masa kecenderungan identiti (identiti ego) lawan
dewasa. Papalia dan Olds (2001) tidak ‘identity confusion’ identiti kekacauan.
memberikan pengertian remaja (adolescent) Keadaan ini berlaku disebabkan oleh persiapan
secara eksplisit melainkan secara implisit ke arah kedewasaan ditambah oleh
melalui pengertian masa remaja (adolescence). kemampuan dan kecekapan yang mereka
Menurut Papalia dan Olds (2001), masa remaja miliki dalam membentuk dan memperlihatkan
adalah masa transisi perkembangan antara identiti dirinya yang sebenar tanpa dipengaruhi
masa kanak-kanak dan masa dewasa yang pada oleh faktor-faktor lain. Identiti ego sering
umumnya dimulai pada usia 12 atau 13 tahun memaksa remaja untuk mempamerkan tahap
dan berakhir pada usia akhir belasan tahun atau kenakalannya yang ekstrem atau berlebihan
awal dua puluhan tahun. sehingga mereka menganggap segala tindakan
mereka adalah betul dan tidak menyimpang

Perlis, Malaysia, 29-31 Mac 2010


Seminar Pendidikan Melayu Antarabangsa (SePMA) 2010
dalam kelompoknya. Golongan remaja ini misalnya dalam hubungan dengan sahabat,
bersifat ego dan merasakan apa yang mereka jiran, bahkan dengan orang yang mereka
lakukan adalah betul dan tidak perlu cintai.
dipengaruhi oleh faktor-faktor lain. Namun, Oleh sebab itu, kecenderungan antara
keegoan ini adalah penting sekiranya mereka keintiman dan isolasi perlu seimbang dan
telah kenal siapa diri mereka dan mampu memperoleh nilai yang positif iaitu cinta.
mempamerkan sikap-sikap yang baik. Dalam konteks teorinya, cinta bererti
Sebaliknya, sekiranya mereka masih tidak kemampuan untuk menyemai segala bentuk
mengenali siapa diri mereka di tengah-tengah perbezaan dan keangkuhan disebabkan
masyarakatnya, golongan remaja ini secara perasaan saling memerlukan. Konsep cinta
tidak langsung akan mengalami kekacauan yang dimaksudkan di sini tidak hanya
identiti. Sekiranya identiti ego melebihi tertumpu kepada hubungan kekasih tetapi juga
kekacauan identiti, remaja tersebut tidak akan hubungan dengan orang tua, jiran, sahabat, dan
memberi ruang toleransi dalam masyarakat lain-lain.
yang hidup bersama dalam lingkungannya
kerana bagi mereka pemikiran, cara atau jalan Krisis Identiti Diri Remaja Melayu
mereka adalah yang terbaik.
Sebaliknya, jika kekacauan identiti Apabila masyarakat meletakkan
lebih kuat dibandingkan dengan identiti ego golongan pelajar sebagai pewaris kepimpinan
maka, Erikson menyebut situasi ini dengan negara pada masa depan, perkembangan
sebutan pengingkaran. Orang yang memiliki semasa pelajar haruslah diteliti semula kerana
sifat ini mengingkari keanggotaannya di dunia ianya dilihat sebagai satu kepentingan jangka
orang dewasa atau masyarakat akibatnya panjang yang perlu diurus sebaik mungkin.
mereka akan mencari identiti di tempat lain Krisis identiti yang dihadapi oleh pelajar masa
yang merupakan sebahagian dari kelompok kini cukup membimbangkan. Justeru,
yang menyingkir dari tuntutan sosial yang kepentingan pengurusan krisis dalam aspek
mengikat serta ingin diterima dan mengakui pelajar ini perlu diteliti semula dan ditangani
mereka sebagai sebahagian daripada kelompok dengan bijak. Penyelesaian yang dilakukan
tersebut. Akhirnya, jika identiti ego dan perlulah melihat kepada semua aspek dan
kekacauan identiti ini dapat berlangsung secara bukanlah hanya penyelesaian sementara yang
seimbang, di mana kesetiaan memiliki makna akhirnya pelajar masih mengalami sindrom
tersendiri iaitu kemampuan hidup berdasarkan lupa diri dan berlagak pandai tetapi bodoh.
standard yang berlaku di tengah masyarakat, Justeru itu, tahap kendiri positif yang ada pada
maka remaja ini akan terlepas dari segala para pelajar dilihat mampu dijadikan sebagai
kekurangan, kelemahan, dan kayu pengukur kepada tahap pembentukan
ketidakkonsistenannya. identiti yang ada pada setiap pelajar tersebut.
Bagi remaja golongan kedua iaitu di Tahap kesedaran kendiri adalah keadaan di
antara usia 21 hingga 24, remaja akan mana seseorang mempunyai pengetahuan
mengalami tahap keintiman lawan isolasi. Jika mengenai kesedaran, kefahaman mengenai
pada masa sebelumnya, individu memiliki dirinya, persekitarannya dan Penciptanya.
ikatan yang kuat dengan kelompok sebaya, Namun tidak dinafikan juga, melalui
namun pada masa ini ikatan kelompok sudah perkembangan kendiri setiap manusia sudah
mulai longgar. Mereka sudah mulai selektif pasti akan terpengaruh oleh pelbagai faktor
dan membina hubungan yang intim hanya yang mampu mempengaruhi identiti diri
dengan orang-orang tertentu yang sefahaman mereka. Permasalahannya di sini, terdapat dua
dengan mereka sahaja. Pada tahap ini menurut krisis yang dialami oleh Kementerian
Erikson, remaja ingin bergaul dan Pendidikan Malaysia yang dialami oleh pelajar
berkomunikasi dengan orang lain dan berusaha iaitu krisis identiti dan krisis salah laku.
menghindarkan diri daripada sikap Menurut Syed Muhammad (2001) krisis ini
menyendiri. Akan tetapi, peristiwa ini akan berlaku kerana, kita berhadapan dengan
memiliki pengaruh yang berbeza apabila cabaran yang dicetuskan oleh falsafah dan
seseorang dalam tahap ini tidak mempunyai sains Barat Moden, termasuk teknologi dan
kemampuan untuk menjalin reaksi dengan ideologinya. Cabaran ini mengancam nilai,
orang lain secara baik sehingga akan tumbuh perilaku, pemikiran, kepercayaan dan cara
sifat merasa terisolasi. Sekiranya sifat ini hidup kita supaya kita berubah dengan
timbul, remaja tersebut akan merasakan terlalu kehendak pandangan alam sekular ini.
bebas, sehingga mereka dapat berbuat sesuka Tempiasnya juga mengena kepada golongan
hati tanpa mempedulikan dan merasa pelajar kita.
tergantung pada segala bentuk hubungan

Perlis, Malaysia, 29-31 Mac 2010


Seminar Pendidikan Melayu Antarabangsa (SePMA) 2010
Sistem pendidikan yang menjadi teras mengubah identiti sebenar remaja kepada
pembinaan dan pengembangan ilmu identiti gentian yang terpengaruh oleh idola
pengetahuan semakin terdesak bagi menangani mereka. Oleh yang demikian, kelima-lima
krisis yang dialami pelajar. Golongan pelajar faktor ini dilihat penting untuk dikaji bagi
menjadi sasaran perkembangan ini sehingga menilai faktor yang mempengaruhi
krisis yang melibatkan pelajar begitu runcing pembentukan identiti remaja.
dan berat. Namun, masalah pendidikan tidak
seharusnya dilihat sebagai satu tompokan
besar di atas kanvas walaupun masalah itu Persoalan, Objektif dan Kepentingan
memungkinkannya berkaitan satu sama lain. Kajian
Terdapat beberapa faktor utama yang
ditekankan dalam kajian ini di mana faktor- Remaja merupakan pewaris kepada
faktor ini dilihat mampu mempengaruhi kepimpinan negara pada masa hadapan.
remaja dalam menentukan identiti mereka iaitu Remaja pada masa lalu menghubungkan diri
faktor ibu bapa, ekonomi, rakan sebaya, dengan isu-isu perjuangan ke arah
pendidikan dan media massa. Ibu bapa membangunkan negara. Namun kemajuan
menjadi ‘role model’ dalam kehidupan remaja. yang dicapai dalam dunia tanpa sempadan ini
Bagi ibu bapa yang bermasalah, kekeliruan ini menyebabkan remaja terjebak dengan kemelut
akan lebih membebankan anak-anaknya yang sosial yang merimaskan dan terpaut dengan
sedang mencari-cari identiti dan arah pemikiran hedonistik yang mengasyikkan dan
hidupnya. Sesetengah ibu bapa pula gagal alpa kepada tanggungjawab bina-ilmu dan
membentuk jati diri anak-anak mereka kerana bina-negara dan lebih ekstrem (Sidek Baba,
lebih mementingkan dunia dari aspek-aspek 2006) Menurut pandangan tokoh akademik
kerohanian yang berteraskan keimanan. Profesor Diraja Ungku Aziz (2005)
Remaja yang tidak mendapat kasih sayang dan Kebanyakan remaja di negara ini kini
tumpuan sewajarnya daripada ibu bapa dan menghadapi krisis identiti yang menyebabkan
keluarga akan mendapatkannya daripada orang golongan ini tidak tahu membuat sesuatu
luar, termasuk rakan sebaya. Rakan sebaya keputusan. Masalah ini amat membimbangkan
merupakan orang yang lebih rapat dengan kerana dikatakan nisbah lelaki yang hidup
mereka selain daripada ibu bapa kerana dalam angan-angan jauh lebih besar
kebanyakan masa diluangkan bersama rakan. berbanding wanita, boleh dikatakan dua
Remaja lebih selesa untuk berkongsi pertiga daripada mereka tidak jelas akan
masalah dengan rakan sebaya mungkin kerana matlamat hidup.
mereka mempunyai pendapat yang sama. Dalam hal ini timbul persoalan
Selain dua faktor utama tersebut, faktor adakah benar majoriti remaja wanita lebih
ekonomi juga dilihat mampu mempengaruhi stabil, kurang angan-angan dan ada imej yang
identiti remaja. Tidak semua remaja berasal jelas tentang matlamat hidup masa depan
daripada keluarga yang berkemampuan. berbanding remaja lelaki? Dan apakah faktor-
Terdapat segelintir remaja yang hidup dalam faktor yang mempengaruhi penentuan identiti
kemiskinan. Faktor ekonomi inilah yang remaja lelaki berbanding remaja wanita?
kadang-kadang menjadi punca remaja keliru Berikutan itu pengkaji merasakan satu
dalam mencari identiti diri. Kemiskinan kajian perlu dijalankan bagi melihat tahap
dianggap oleh segelintir remaja sebagai kendiri/ identiti diri yang perlu ada pada
halangan kepada mereka untuk berjaya. pelajar lelaki dan pelajar perempuan dan
Namun, sekiranya faktor pendidikan mengkaji apakah faktor-faktor yang
diletakkan di tahap teratas dalam mempengaruhi penentuan identiti remaja
pembentukan identiti diri mereka, tersebut dan juga melihat perbezaannya di
permasalahan pembentukan identiti tidak lagi antara pelajar lelaki dan pelajar wanita.
dirisaukan kerana melalui pendidikan manusia Mudah-mudahan, kajian ini dapat membantu
akan kenal diri mereka sebenarnya. Tetapi menyelesaikan persoalan yang dikemukakan
sebaliknya sekiranya remaja masih dan mampu memberi nilai tambah kepada
terpengaruh oleh pengaruh negatif dari faktor kementerian Pendidikan khususnya dan
media massa, sebagai contoh, pengaruh- masyarakat amnya dalam memurnikan kaedah
pengaruh iklan, televisyen, video dan media atau modul yang telah atau bakal dijalankan
cetak pembentukan kendiri pelajar dikhuatiri berkaitan dengan permasalahan krisis identiti
akan lebih mengelirukan mereka. Stesen- diri remaja ini.
stesen televisyen kini lebih menonjolkan
program-program bercorak realiti TV negatif Metodologi dan Sampel Kajian
dan hiburan yang melampau mampu

Perlis, Malaysia, 29-31 Mac 2010


Seminar Pendidikan Melayu Antarabangsa (SePMA) 2010
Kajian ini menggunakan kaedah Demografi kajian pelajar lelaki
kuantitatif. Data-data diperoleh menerusi soal
selidik yang dijalankan dalam kalangan pelajar Berdasarkan demografi kajian,
UniMAP. Sebanyak 300 soal selidik diedarkan majoriti responden ialah pelajar lelaki iaitu
dan kesemuanya dikembalikan. Pemilihan sebanyak 76.7% yang berusia 21 tahun ke
sampel dilakukan secara rawak bebas yang bawah dengan kekerapannya sebanyak 115
melibatkan semua pelajar kejuruteraan dan pelajar. Peratusan lokasi kediaman mereka
perniagaan, dari tahun satu sehinggalah tahun adalah lebih kurang sama iaitu 52% tinggal
empat. Instrumen yang digunakan ialah soal luar bandar dan 48% lagi tinggal di kawasan
selidik. Menurut Sekaran (2000), soalan kaji Bandar. Daripada kajian juga menunjukkan
selidik merupakan mekanisme yang lebih majoriti pelajar tinggal bersama ibu
efektif kerana sasaran responden boleh bapa(88.7%, 133 orang). Kebanyakannya
dilakukan untuk mendapatkan maklumat yang berpendapatan sekitar RM2,000 ke bawah
lebih baik. Responden terdiri dari 50% pelajar (42.7%, 64 orang) dan RM1,000 ke bawah
lelaki dan 50% pelajar wanita dan kesemuanya (32.7%, 49 orang). Berkaitan dengan matlamat
adalah kaum Melayu. Data dianalisis dengan dan pencapaian akademik mereka, Majoriti
menggunakan “Statistical Package For The dari pelajar tersebut (52.6%, 80 orang)
Social Sciences”. Demografi kajian menyatakan bahawa mereka masih belum
dibentangkan dalam bentuk kekerapan dan mempunyai matlamat yang jelas dan
peratus manakala perhubungan di antara keputusan CGPA mereka adalah 42.8% berada
pemboleh ubah bersandar dan tidak bersandar di kelas dua atas, 36.2% berada di kelas dua
akan dilihat melalui signifikan kajian dan skala bawah dan selebihnya berada di kelas satu
yang digunakan adalah Likert 5-skala. Batasan (11.2%) dan kurang dari 2.50 CGPA sebanyak
kajian ini merupakan satu tinjauan dan segala (8.6%).
dapatan dirujuk kepada responden sahaja.
Berdasarkan kepada penyataan masalah dan Demografi kajian pelajar perempuan
sorotan kajian yang dinyatakan pada bahagian
awal kajian, terdapat 5 hipotesis yang dapat Manakala demografi kajian pelajar
dibina untuk menguji sama ada terdapat wanita pula, seramai 99 orang pelajar (66%)
kebenaran terhadap hubungan teori yang adalah berusia di bawah 21 tahun dan
dikemukakan. selebihnya berusia lebih dari 21 tahun.
Keseimbangan lokasi kediaman mereka juga
Formula hipotesis kajian adalah seperti lebih kurang sama iaitu 50.7% tinggal di
berikut: kawasan bandar dan 49.3% tinggal di kawasan
• H1: Terdapat hubungan signifikan di luar bandar pelajar wanita juga majoriti
antara faktor pengaruh ibu bapa (91.3%) dari mereka juga masih dijaga oleh
dengan tahap kendiri positif pelajar kedua-dua ibu bapa dengan pendapatan
• H2: Terdapat hubungan signifikan di majoritinya RM2,000 ke bawah (40%, 60
antara faktor pengaruh ekonomi orang) dan diikuti dengan pendapatan
dengan tahap kendiri positif pelajar RM1,000 ke bawah (28.7%, 43 orang).
• H3: Terdapat hubungan signifikan di Berkaitan dengan matlamat dan pencapaian
antara faktor pengaruh rakan sebaya akademik mereka pula, majoriti daripada
dengan tahap kendiri positif pelajar pelajar tersebut (73.3%, 110 orang)
• H4: Terdapat hubungan signifikan di menyatakan bahawa mereka telah mempunyai
antara faktor pengaruh pendidikan matlamat yang jelas dan keputusan CGPA
dengan tahap kendiri positif pelajar mereka adalah 51.3% berada di kelas dua atas,
• H5: Terdapat hubungan signifikan di 41.3% berada di kelas dua bawah dan
antara faktor pengaruh media massa selebihnya berada di kelas satu (3.3%) dan
dengan tahap kendiri positif pelajar kurang dari 2.50 sebanyak (4%).

Dapatan Kajian Perhubungan di Antara Faktor-Faktor


yang Mempengaruhi Pembentukan Identiti
Dapatan kajian adalah bertujuan Pelajar dengan Tahap Pembentukan
untuk mencapai objektif utama kajian ini iaitu Kendiri Pelajar Melayu Lelaki dan Wanita
untuk melihat perhubungan di antara faktor-
faktor yang mempengaruhi penetapan identiti Bahagian ini untuk menjawab
pelajar Melayu dan perbezaannya di antara objektif kajian, iaitu melihat tahap kendiri/
pelajar lelaki dan wanita. identiti diri yang ada pada pelajar lelaki dan
pelajar perempuan. Seterusnya mengkaji

Perlis, Malaysia, 29-31 Mac 2010


Seminar Pendidikan Melayu Antarabangsa (SePMA) 2010
apakah faktor-faktor yang mempengaruhi (3.5413) dan media massa (3.3503) min berada
penentuan identiti diri remaja tersebut serta di tahap sederhana.
melihat perbezaannya mereka. Rumusan
statistik dinyatakan seperti dalam jadual di
bawah: Jadual 4.2: Mengukur Titik Tengah Dan
Pertaburan Data (N=150) Bagi Pelajar
Jadual 4.1: Mengukur Titik Tengah Dan Perempuan
Pertaburan Data (N=150) Bagi Pelajar Lelaki Statistik Deskriptif
Statis
tik Std.
Deskr Minimu Deviat
iptif N m Mean ion
Std. Pemboleh
Mini Maxi Devia ubah 150 2.60 5.00 3.7813 .49064
N mum mum Mean tion bersandar:
KENDIRI
Pemb
oleh 150 1.40 5.00 3.817 .7374
ubah 3 7 Pemboleh
bersa ubah tidak
ndar: bersandar: 150 2.80 5.00 4.4453 .42357
KEN
DIRI IBUBAPA
EKONOM 150 2.00 4.60 3.5867 .52618
Pemb I
oleh RSEBAY 150 2.00 5.00 3.6653 .59910
ubah A
tidak
PENDIDI 150 3.40 5.00 4.4280 .43475
bersa
KAN
ndar:
MMASSA 150 1.40 4.80 3.4053 .64546
IBUB 150 1.20 5.00 4.172 .7404
APA 0 1 Valid N 150
EKO 150 1.00 5.00 3.425 .7541 (listwise)
NOM 3 6
I Persoalan yang sama dengan skala Likert 5
RSEB 150 1.40 4.80 3.541 .7094 juga diajukan kepada pelajar perempuan.
AYA 3 9 Berdasarkan kepada jadual 4.2 di atas dapat
PEN 150 1.00 5.00 4.145 .8494 dirumuskan bahawa mean bagi pemboleh ubah
DIDI 3 4 bersandar pelajar wanita adalah pada tahap
KAN sederhana iaitu 3.7813 manakala mean bagi
pemboleh ubah tidak bersandar, iaitu pengaruh
MMA 150 1.00 5.00 3.350 .7293 ibu bapa (4.4453) dan pendidikan (4.4280)
SSA 3 1 masih menunjukkan mean di tahap tinggi
Valid 150 manakala bagi pengaruh rakan sebaya
N (3.6653), ekonomi (3.5867) dan media massa
(listwi (3.4053) mean berada di tahap sederhana.
se)
4.4 Matriks Kolirasi Di Antara Pemboleh
Kesemua persoalan yang diajukan adalah Ubah Bersandar Dan Tidak Bersandar
berdasarkan kepada Likert berskala 5.
Berdasarkan jadual 4.1 di atas dapat Jadual 4.3 Korilasi Pearson (n=150) bagi pelajar lelaki
dirumuskan bahawa mean bagi pemboleh ubah PEN M
bersandar adalah pada tahap sederhana iaitu EKO RSE DID MA
pada kadar 3.8173 manakala mean bagi KEN IBUB NOM BAY IKA SS
pemboleh ubah tidak bersandar, iaitu pengaruh DIRI APA I A N A
ibu bapa dan pendidikan menunjukkan mean di KEN Pears 1 .515** .406** .309* .669 .21
* **
tahap tinggi (4.1720 dan 4.1453) manakala DIRI on 3**
bagi pengaruh ekonomi (3.4253), rakan sebaya Corre
lation

Perlis, Malaysia, 29-31 Mac 2010


Seminar Pendidikan Melayu Antarabangsa (SePMA) 2010
IBUB Pears .515** 1 .140* .414* .632 MMASSA .03 Pears -0 . .4 .4 0
* **
APA on 0 Corre
Corre on
lation **. Correlation is significant at the 0.01 level (1-tailed).
EKO Pears .406** .140* 1 .416* .236 .51
NOM on * *.
** Correlation
9** is significant at the 0.05 level (1-tailed).
I Corre
lation Bagi remaja wanita pula, hanya pengaruh ibu bapa,
RSEB Pears .309** .414** .416** 1 .348 ekonomi .43 dan pendidikan sahaja yang mempunyai
**
AYA on hubungan0** yang signifikan dengan pembentukan
Corre kendiri pelajar. Walau bagaimanapun, pengaruh
lation ekonomi masih menunjukkan perhubungan yang
PEN Pears .669** .632** .236** .348* kurang
1 .11 signifikan iaitu pada r=0.160 atau p<0.05.
*
DIDI on 9
KAN Corre 4.5 Rumusan Analisis Kajian
lation
MMA Pears .213** .030 .519** .430* .119 Berdasarkan
1 kajian di atas dapat dirumuskan
* bahawa terdapat hubungan yang positif di
SSA on
Corre antara faktor-faktor pengaruh ibu bapa,
lation ekonomi, rakan sebaya, pendidikan dan media
**. Correlation is significant at the 0.01 level (1-tailed).massa dengan pembentukan identiti diri pelajar
lelaki Melayu. Sebaliknya bagi pelajar wanita
*. Correlation is significant at the 0.05 level (1-tailed). perhubungan positif hanya wujud di antara
faktor-faktor pengaruh ibu bapa, pendidikan
Merujuk kepada jadual 4.3 di atas dapat dilihat dan ekonomi dengan pembentukan diri pelajar
bahawa terdapat hubungan yang signifikan di antara wanita Melayu.
pengaruh ibu bapa, ekonomi, rakan sebaya,
pendidikan dan media massa dengan pembentukan 5.0 Kesimpulan Kajian
kendiri/ identiti diri remaja lelaki iaitu kesemuanya
signifikan pada kadar 0.01. Melalui kajian ini, dapatlah dibuat kesimpulan
bahawa kelima-lima faktor iaitu pengaruh ibu
bapa, rakan sebaya, media massa, ekonomi dan
pendidikan mempunyai hubungan signifikan
dengan pembentukan kendiri atau identiti diri
remaja Melayu. Walau bagaimanapun, bagi
remaja lelaki kelima-lima faktor tersebut
sangat signifikan dalam membantu mereka
membentuk identiti diri/ kendiri. Dalam
Jadual 4.4 Korilasi Pearson (n=150) bagi pelajar keadaan ini, remaja lelaki masih dibelenggu
wanita dengan kekacauan identiti (1973) di mana
IBUB RSE PEND mereka tidak mampu untuk membuat
KEND A EKONO YA KAN keputusan
MMASSA sendiri dan apa yang lebih
membimbangkan remaja lelaki dilihat tidak
KENDIRI Pears .2 . 0 .3 -0
jelas tentang matlamat hidup mereka. Keadaan
Corre
ini mungkin disebabkan mereka tergolong
on
dalam lingkungan awal remaja yang masih
IBUBAPA Pears .2 .2 .2 .4
tercari-cari .
identiti diri yang bagaimana perlu
Corre diikuti.
on
EKONOM Pears . .2 .4 .2 berbeza dengan
Ini .4 remaja perempuan di mana
Corre hanya faktor pengaruh ibu bapa dan
on pendidikan sahaja yang dilihat sangat
RSEBAYAPears 0 .2 .4 .2
mempengaruhi .4 mereka dalam menentukan
Corre identiti diri. Namun begitu faktor ekonomi
on menunjukkan sedikit sahaja signifikan dalam
PENDIDIKPears .3 .4 .2 .2 penentuan identiti0 diri remaja perempuan.
N Corre Berdasarkan dapatan ini jelas menunjukkan
on bahawa remaja perempuan mempunyai
kecenderungan identiti atau identiti ego seperti

Perlis, Malaysia, 29-31 Mac 2010


Seminar Pendidikan Melayu Antarabangsa (SePMA) 2010
yang dinyatakan oleh Erik Erikson(1973). Mahmood Nazar Mohamed (2001). Pengantar
Mereka mempunyai matlamat hidup yang jelas Psikologi: Satu Pengenalan Asas
dan mampu untuk membuat keputusan sendiri Kepada Jiwa Dan Tingkah Laku
tanpa perlu dipengaruhi oleh faktor-faktor Manusia. Kuala Lumpur: Dewan
dalam persekitaran masyarakat. Identiti diri Bahasa Dan Pustaka.
jenis ini amat baik jika remaja dapat
menyeimbangkan diri mereka dengan faktor Papalia, D E., Olds, S. W., & Feldman, Ruth
persekitaran dalam masyarakat. D. (2001). Human development
(8th ed.). Boston: McGraw-Hill
Secara keseluruhannya, kajian ini diharapkan
Rice, F.P. (1990). The adolescent
akan dapat membantu pihak-pihak yang
development, relationship & culture
berkaitan dalam usaha menangani masalah
(6th ed.). Boston: Ally &
krisis identiti diri dalam kalangan remaja
BaconSamsudin A. Rahim Prof. Dr.
Melayu khususnya. supaya generasi akan
Media Dan Generasi Muda, Institut
datang mempunyai imej diri yang unggul. Ini
Penyelidikan Pembangunan Belia
kerana identiti remaja berkait rapat dengan
Malaysia
jenis kepimpinan dan golongan yang bakal
mewarisi kepimpinan negara. Ia menentukan
Santrock, J.W. (2001). Adolescence (8th ed.).
sama ada remaja adalah pendukung idealisme
North America: McGraw-Hill.
bina negara atau menjadi beban yang
berpanjangan kepada masyarakat.(Sidek Baba ,
Sekaran, U., (2000), “Research methods for
2006)
business: A skill building approach”,
3rd Edition, John Wiley and sons,
Bibliografi
New York.
Sharin Sahad (1998), Masalah Sosial: Krisis
Beyth-Marom, R., Austin, L., Fischhoff, B.,
Identiti Menghantui Remaja,
Palmgren, C., & Jacobs-Quadrel,
Bernama, 26-07-1998
M. (1993). Perceived
consequences of risky behaviors:
Sidek Baba Prof. Dr (2006), Kecelaruan
Adults and adolescents. Journal
Identiti Remaja Banyak Sebabnya,
of Developmental Psychology,
Bernama, 19-01-2006
29(3), 549-563
Syz Hm Kay (2005), Remaja Alami Krisis
Conger, J.J. (1991). Adolescence and youth
Identiti, Kata Ungku Aziz, Bernama,
(4th ed). New York: Harper Collins
17-07-2005
Hurlock, E. B. (1990). Developmental
psychology: a lifespan approach. Santrock, J.W. (2001). Adolescence (8th ed.).
Boston: McGraw-Hill. North America: McGraw-Hill.

Hurlock, E. B. (1973). Adolescent


development. Tokyo: McGraw-
Hill Kogakusha.Kendra Cherry,
Erikson's Theory of
Psychosocial Development,
Psychosocial Development in
Infancy and Early Childhood,
http://psychology.about.com/od/th
eoriesofpersonality/a/psychosocial
.htm

Mohd Kamil Abd Majid & Rahimin Affandi


Abd Rahim (2008), Perubahan
Sosial Dan Impaknya Terhadap
Pembentukan Modal Insan
Menurut Ibn Khaldun, Dalam
Jurnal Hadhari, Institut Islam
Hadhari Ukm, V. 1, 2008

Perlis, Malaysia, 29-31 Mac 2010

You might also like