You are on page 1of 5

S.J.K.

(T) KAHANG BATU 24 ,


86700 KAHANG, No.Daftar Sek: J/2/SJKT/014
KLUANG, JOHOR. Kod Sek: JBD2047
Tel Sek: 07-7881289

______________________________________________________________
Rujukan kami: JBD2047/600/2/2/1
Tarikh: 09.09.2014

Kepada :

Semua guru
SJK(T) Kahang, Batu 24
86700 Kahang, Kluang, Johor.

Tuan / puan,

MESYUARAT PENGURUSAN KALI KE-2 / 2014

Dengan segala hormatnya, perkara diatas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan seperti ketetapan


berikut :
Tarikh : 09.09.2014 (Selasa)
Masa : 2.00 ptg
Tempat: Bilik Perpustakaan
Pengerusi : Pn.V.Vigneswari (Guru Besar)

3. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut;

3.1 Pengesahan minit mesyuarat yang lalu;


3.2 Perkara-perkara berbangkit;
3.3 Pengurusan Kokurikulum
3.4 Hal-hal lain

4. Mohon tuan / puan dapat menguruskan urusan peribadi agar mesyuarat dapat
dijalankan dengan lancar. Kehadiran tuan / puan adalah diwajibkan dan sebahagian
daripada bidang tugas.

Sekian. terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

........................................................
REKOD EDARAN

Nama Dokumen : Mesyuarat Pengurusan kali kedua 2014


Tarikh Edaran Dibuat : 09.09.2014

Bil Nama Guru Tanda tangan Catatan


01. PN.V.VIGNESWARI
02. PN.M.JAYALATCHMEE
03. EN.M.SEGARAN
04. CIK.S.RANJINI
05. CIK.C.ANITA
06. CIK.K.RAJESUARI
07. EN.M.SEGARAN
08 EN.MOHD NORZIHAN
09. EN.G.GUNASILAN
10. PN.G.KAMINI
11. PN.S.SAROJA

(Gunakan Helaian Tambahan Jika Perlu)

Disahkan oleh :

……………………….................
SJKT KAHANG, BATU 24

SENARAI KEHADIRAN MESYUARAT PENGURUSAN KALI KE-3 / 2012


Bil ke : 03 Tahun: 2012 Tarikh: 11.09.2014 Masa: 2.00 ptg
Tempat : Bilik Perpustakaan Pengerusi: Pn.V.Vigneswari (Guru Besar)

Bil Nama T/tangan


01. PN.V.VIGNESWARI
02. PN.M.JAYALATCHMEE
03. EN.M.SEGARAN
04. CIK.S.RANJINI
05. CIK.C.ANITA
06. CIK.K.RAJESUARI
07. EN.M.SEGARAN
08 EN.MOHD NORZIHAN
09. EN.G.GUNASILAN
10. PN.G.KAMINI
11. PN.S.SAROJA

(Gunakan helaian tambahan jika perlu)

TIDAK HADIR
Bil Nama Catatan Bil Nama Catatan
1 6
2 7
3 8
4 9
5 10

Disediakan oleh :

……………………...........................................
( )

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL KAHANG,


BATU 24, 86700 KAHANG, KLUANG, JOHOR.
MINIT MESYUARAT PENGURUSAN KALI 2 / 2014

Tarikh : 11.September 2014

Masa : 2.30 – 4.35 ptg

Tempat : Bilik Perpustakaan

Pengerusi : Pn.V.Vigneswari (Guru Besar)

Kehadiran(Bilangan) : 10 orang guru

1. PERUTUSAN SETIAUSAHA
1.1 GPK Ko-Kurikulum mengalu-alukan kehadiran semua guru dengan ucapan
salam sejahtera.

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


2.1 Minit mesyuarat pengurusan kokurikulum Pertama telah dibaca oleh
GPK Ko-Kurikulum dan
Dicadang untuk disahkan oleh Cik.K.Rajesuari
Disokong untuk pengesahan oleh Cik.S.Ranjini

3. PERKARA – PERKARA BERBANGKIT


3.1 Tiada

4. PENGURUSAN PENTADBIRAN

4.1 Bidang Tugas Guru

4.1.1 Guru Besar menyarankan supaya semua guru kelab dan persatuan membuat
tugas masing-masing mengikut jadual yang ditetapkan
4.1.2 Beliau meminta supaya guru-guru dapat menyediakan laporan dan minit
mesyuarat selewat-lewatnya dalam 3 hari selepas sesuatu aktiviti dijalankan.
4.1.3 Sudut - sudut di papan kenyataan kokurikulum perlu diisi dengan maklumat
yang berkaitan
4.1.4 Fail-fail berkaiatan bidang tugas juga perlu dikemaskini dengan jawatankuasa,
minit mesyuarat dan aktiviti tahunan.
4.1.5 Guru-guru juga perlu memastikan surat-surat yang perlu dijawab/ dihantar ke
PPD perlu disediakan terlebih dahulu dan dihantar mengikut tarikh yang
ditetapkan.

4.2 Waktu Kedatangan Guru dan Murid

4.2.1 Guru-guru perlu mamastikan merekodkan kedatangan murid sebelum masuk


mengambil bahagian dalam persatuan dan kelab
4.2.2 Masa yang direkodkan mesti mengikut masa yang ditentukan.
4.2.3 Dokumen berkenaan cuti sakit perlu diserahkan kepada guru kelas
5.2 Waktu Kokurikulum

5.2.1. Guru- guru perlu mengelakkan duduk dan mengajar. Guru-guru boleh duduk
semasa membimbing murid,atau semasa aktiviti kumpulan
5.2.2. Guru-guru yang sakit perlu beritahu kepada guru terlebih dahulu.
5.2.3 Guru digalakan menurun ke padang semasa aktiviti padang dijalankan dan
memastikan penglibatan murid .

5.4 Guru Bertugas

5.4.1. Guru Bertugas perlu datang ke sekolah lebih awal. Ini merupakan
tanggungjawab seseorang guru.
5.4.2. Jika lewat, perlu memberitahu kepada GPK melalui menghantar ‘SMS’.
5.4.4. Persembahan murid yang berkualiti dan mengikut kebolehan mereka perlu
dipastikan oleh guru bertugas.

7.0 PENGURUSAN KO-KURIKULUM

7.1 Program 1 Murid 1Sukan - En.Segaran telah menerangkan tentang program


tersebut. Program ini akan dijalankan pada hari Rabu bermula 4.00 – 4.30
petang. Murid – murid Tahun 3-6 telah diwajibkan untuk mengikuti program ini
manakala murid-murid Tahun 1-2 telah digalakkan.
7.2 Masa yang sama telah ditetapkan untuk kokurikulum iaitu 2.00 – 4.00 petang.
7.3 kem 1 murid 1 sukan ditetapkan pada hari 26 – 27 june 2014
7.3 Keselamatan murid adalah diwajibkan dan guru bertugas perlu berada
bersama murid semasa aktiviti kokurikulum dijalankan.
7.4 Perhimpunan ko-kurikulum perlu diadakan semasa bermulanya aktiviti
kokurikulum.

PENUTUP
a. Ucapan penangguhan telah disampaikan oleh setiausaha mesyuarat .
b. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.35 ptg.

Disediakan oleh, Disemak Oleh,

..........................................……… ……...............................……….
( En.M.SEGARAN ) ( )
GPK KO-KURIKULUM
Tarikh : 23 SEPTEMBER 2014 Tarikh :

You might also like