You are on page 1of 15

PROGRAM MODUL 0

Le Tour De UNIMAS
KUMPULAN 5

LAPORAN LAWATAN KE BAHAGIAN KESELAMATAN

SENARAI AHLI:
ALFLAVIUS ANAK JANDAN (Ketua)
IBRAHIM LAPARBICHARAH
JULIANA BINTI JUNAIDI
MOHAMAD ANWAR BIN HASSAN
ISI KANDUNGAN

1. PENGENALAN
2. SEJARAH BAHAGIAN KESELAMATAN
3. CARTA ORGANISASI
4. FUNGSI DAN PERANAN
5. STATISTIK KES
6. PEMERHATIAN
7. CADANGAN/KOMEN
8. RUMUSAN
9. LAMPIRAN
1. PENGENALAN

Bahagian Keselamatan ataupun lebih dikenali sebagai pasukan Polis Bantuan Universiti Malaysia
Sarawak (UNIMAS) merupakan nadi utama khidmat keselamatan dan peronda dalam kampus
timur dan barat. Bahagian ini juga bertanggungjawab dalam semua aktiviti berkaitan rondaan
dan kawalan 24 jam di pintu masuk UNIMAS dan memastikan pintu masuk dijaga dan setiap
pelawat yang keluar masuk dapat dikenalpasti.
2. SEJARAH BAHAGIAN KESELAMATAN

Mula ditubuhkan pada tahun 1993, bahagian keselamatan UNIMAS yang mula dikenali sebagai
Unit Keselamatan UNIMAS di bawah pentadbiran Bahagian Pentadbiran Am (BPA).
Perkhidmatan awal Unit Keselamatan adalah seperti rondaan keselamatan dan kawalan pintu
masuk di kawasan kampus lama UNIMAS (kampus timur).
3. CARTA ORGANISASI
4. FUNGSI DAN PERANAN

Sebagai sebuah jabatan yang bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan kakitangan


dan pelajar di UNIMAS, Bahagian Keselamatan yang mempunyai 2800 kakitangan yang
berperanan untuk menjaga harta benda, melindungi keselamatan kakitangan dan pelajar serta
mencegah jenayah di kawasan kampus. Polis Bantuan juga bertanggunjawab untuk
mengenalpasti pelawat dan meminta identifikasi mereka bagi menghalang orang yang
mencurigakan masuk ke dalam kawasan kampus. Selain itu, menghalang pelawat dan pelajar ke
kawasan larangan juga menjadi salah satu tugas harian pegawai keselamatan di dalam UNIMAS.

4.1 Tugas dan Tanggungjawab

I. Bahagian Keselamatan juga berperanan untuk membuat rondaan 24 jam


untuk memastikan keselamatan di dalam UNIMAS.
II. Hal ini bagi menjamin keselamatan kakitangan dan pelajar serta kawasan
kawasan fakulti dan premis bagi menjaga dokumen-dokumen penting.
III. Unit Risikan dan Siasatan bertanggungjawab membuat risikan dan
penyiasatan berkaitan jenayah agar dapat dibendung dalam kampus
IV. Unit Kawalan dan Latihan bertanggungjawab untuk menyelia kawalan dalam
dan luar kampus serta latihan untuk polis bantuan.
V. Unit Trafik pula menyelia semua rondaan dan mengawal lalulintas semasa
waktu puncak dan majlis-majlis rasmi UNIMAS berlangsung bagi memastikan
trafik lancar.
VI. Unit Perkhidmatan boleh dibahagikan kepada dua tugas iaitu Unit
Pengurusan Majlis dan Kaunter Perkhidmatan yang bertanggungjawab untuk
menguruskan aduan, saman, pas keselamatan, pelekat kenderaan, kunci
keselamatan dan jadual tugas.

4.2 Kekuatan dan jadual tugas


I. Bagi menjaga keselamatan semua kakitangan, pelajar dan harta benda
UNIMAS, Seramai 136 pengawal keselamatan ditugaskan 24 jam dalam 3
shift bekerja.
II. Pada 1 shift seramai 25 sehingga 30 pengawal keselamatan ditugaskan.
Untuk keseluruhan 3 shift seramai 75 sehingga 90 pengawal keselamatan
bertugas melakukan rondaan dan ditempaskan di pos pos keselamatan
sama ada mobil (bergerak) atau static (tidak bergerak).

4.3 Kawasan seliaan:


I. Kampus Induk Kota Samarahan - 2100 ekar
II. Kampus Timur Kota Samarahan – 40 ekar
III. Kampus Kota (Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan) - 4 ekar
IV. Pusat Latihan Staf UNIMAS (Bau) – 5.5 ekar
V. Kemudahan Pembelajaran Bersepadu UNIMAS (Sibu) – 0.2 ekar
VI. Kolej Kediaman UNIMAS (Serian) – 0.2 ekar
VII. Kolej Kediaman Rafflesia – 19 ekar

4.4 Pintu Masuk yang dijaga:


I. Pintu Keluar Masuk Kampus barat (PUMA)
II. Pintu Masuk Kampus Timur (Info)
III. Pintu Masuk dari Unijaya (Tiger)
4.5 Konsep keselamatan yang digunapakai

I. Deterrence, prevention dan denial


Deterrence – tidak menggalakkan
Prevention – mencegah
Denial - menidakkan
II. Detection and Monitoring (Mengesan dan memantau)
III. Delay (melambatkan)
IV. Response (tindakbalas seperti mengambil tindakan sewajarnya dalam bidang
kuasa sebagai polis bantuan)

4.6 Dasar yang digunakan


I. Malaysia Security Instruction (Akta Majlis Keselamatan Negara 2016)
II. Sek. 47 – Sek. 50 Akta Polis
III. Akta Universiti dan Kolej Universiti 1972
IV. Prosedur Operasi Standard
V. Surat Pekeliling UNIMAS
VI. Arahan Pengarah Bahagian Keselamatan

4.7 Sistem Sekuriti

Sistem Keselamatan Fizikal Sistem Keselamatan Elektronikal


 Pagar  CCTV (kamera keselamatan
 Pengawal pos statik berpusat)
 Pengawal pos semi statik  Access door (pintu yang
 Rondaan bangunan/premis memerlukan pengenalan)
 Rondaan kawasan  Mycard Reader
 Risikan  Guard Touring System (GTS)
 Kawalan trafik  Bilik kawalan
 Lampu keselamatan  E sticker (Pelekat elektronik
 Papan tanda “Kawasan Larangan”
 Menghadkan kemasukan ke
kampus
 Pelekat pas masuk kenderaan
5. Statistik kes
5.1 Perbandingan statistik kes tahun 2016 dan tahun 2017

Kes 2016 2017


Ragut - 2
Cabul/gangguan seksual - 2
Perbuatan jenayah 1 2
Kehilangan 56 37
Pecah rumah 1 -

Ugutan 5 -
Dadah - -
Mabuk - 2
Kesalahan lalu lintas Jumlah kompaun Jumlah kompaun
dikeluarkan: dikeluarkan:
Staf: 547 Staf: 945
Pelajar: 2414 Pelajar: 2036
Jumlah: 2941 Jumlah: 2981

Kemalangan 14 14
Kebakaran 2 3
Lain-lain 45 24
jumlah 3065 3067
Perbandingan Statistik Kesalahan Lalu Lintas Warga UNIMAS
3000

2500

2000

1500

1000

500

0
2016 2017

Staf Pela ja r
5.2
Statistik Kesalahan Trafik Staf dan Pelajar UNIMAS

Pelaku Kesalahan 2016 2017


Staf 527 945
Pelajar 2414 2036
Jumlah 2941 2981
5.3 Perbandingan Kes kehilangan barang pelajar mengikut Bulan Antara Tahun 2016 dan Tahun
2017

Statistik Kehilangan Barang Pelajar Mengikut Bulan Antara 2016 dengan 2017 Januari
10 Februa ri
Mac
9
Apri l
Mei
8
Jun
7 Jul ai
Ogos
6
Septembe
r
5
Oktober

4 November
Di sember
3

0
2016 Category 2

Kes 2016 2017


Januari 7 4
Februari 6 3
Mac 7 2
April 8 7
Mei 9 2
Jun 2 1
Julai 0 1
Ogos 4 3
September 3 0
Oktober 6 0
November 1 5
Disember 3 9
Jumlah keseluruhan 56 37
5.4 Perbandingan Statistik Kehilangan barang Mengikut Bahagian/Fakulti/Kolej dan Lain-lain
Kawasan Pada Tahun 2016 dan 2017.

18

K. Al la manda
K. Bunga Raya
16 K. Cempaka
K. Seroja
K. T. A Za i di

14 K. Sakura
K. Raffles i a
k. Dahl i a
K. Kena nga
12
Kampus Kota
BHEP
FSS
10
FEB
FSKPM
FPSK
8
FK
FSTS
FSGK
6
FSKTM
FBK
Lai n-l a i n
Kawas an
4

0
2016 Category 2
Kes 2016 2017
Kolej Allamanda 7 3
Kolej Bunga Raya 14 4
Kolej Cempaka 8 5
Kolej Seroja - 2
Kolej Tun Ahmad Zaidi - -
Kolej Sakura - 1
Kolej Rafflesia 2 -
Kolej Dahlia 2 2
Kolej Kenanga 1 1
Kampus Kota - 1
BHEP 1 -
Fakulti Sains Sosial (FSS) 3 -
Fakulti Ekonomi dan Perniagaan (FEB) - -
Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Kemanusiaan (FSKPM) 1 -
Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) - 1
Fakulti Kejuruteraan (FK) - -
Fakulti Sains dan Teknologi Sumber (FSTS) - -
Fakulti Seni dan Gunaan Kreatif (FSGK) - -
Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM) - -
Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK) - -
Lain-lain kawasan 17 17
Jumlah Keseluruhan 56 37
6. Pemerhatian

Sepanjang lawatan kami ke bangunan Bahagian Keselamatan, beberapa pemerhatian dapat


dibuat mengenai Bahagian Keselamatan yang terletak di Kampus Timur. Pertama, lokasi yang
agak jauh (Kampus timur) menyebabkan Bahagian Keselamatan tidak strategik dalam
menempatkan kawasan operasi dan tidak tertumpu menyebabkan sukar untuk dilawati.

Lokasi Bahagian Keselamatan

Selain itu, ruang parkir yang terhad dan tidak ditanda menyebabkan pelawat sukar untuk
menentukan parkir pelawat dan kakitangan. Persekitaran pejabat yang agak kurang dari segi
pencahayaan dan ruang menunggu yang tidak selesa juga menjadi kekurangan yang perlu
diperbaiki oleh Bahagian Keselamatan. Manakala, terdapat dahan pokok besar yang terlalu
hamper dengan bangunan juga boleh mengundang isu seperti atap pecah sekiranya rebut kuat.
Keadaan parit luar yang tersumbat juga menjadi satu isu yang perlu dititikberatkan oleh
Bahagian Keselamatan. Keadaan bekas pasu bunga di dalam pejabat yang menakung air dan
tidak ditukar juga boleh mengundang pembiakan nyamuk Aedes dan menyebarkan penyakit
bawaan vektor seperti demam denggi dan virus zika.

7. Cadangan dan Komen

Setelah melawat ke Bahagian Keselamatan, beberapa cadangan dan komen yang dapat
kami buat untuk menambahbaikkan kemudahan di Bahagian Keselamatan. Pertama,
setiap staf Bahagian Keselamatan perlu mengadakan aktiviti membersihkan kawasan
sekitar seperti gotong-royong agar sentiasa selamat dan bebas dari elemen elemen yang
boleh menyebabkan penyebaran penyakit dan susasana tidak selamat. Selain itu,
penyusunan kabel kabel elektrik di lantai hendaklah diperbaiki agar lebih selamat dan
tidak berselirat. Hal ini supaya staf tidak tersadung dan mengalami kecederaan.

You might also like