You are on page 1of 1

BAGI penggemar piza sudah semestinya mereka akan terbayangkan keenakan makanan tersebut yang

sedap dimakan panas bersama keluarga mahupun rakan-rakan dengan pelbagai toping pilihan. Di
Malaysia Pizza Hut merupakan antara restoran piza yang mendapat sambutan dan menjadi pilihan
orang ramai daripada pelbagai lapisan umur. Untuk pengetahuan, restoran pertama Pizza Hut dibuka
pada Jun 1958 oleh dua saudara iaitu Frank Carney dan Dan Carney di Wichita, Amerika Syarikat.
Kedua bersaudara ini memperoleh idea untuk membuka restoran piza selepas mereka membaca
artikel di surat khabar Saturday Evening Post mengenai perniagaan piza yang sedang berkembang.
Lalu mereka mengambil keputusan dengan meminjam wang ibu mereka sebanyak 600 Dolar Amerika
ketika itu untuk membeli peralatan membuat piza dan mengubah bar menjadi restoran piza. Apabila
adik-beradik Carney membuka restoran piza pertama mereka, bangunan tersebut mempunyai ruang
tanda hanya untuk sembilan abjad sahaja. Jadi mereka memilih untuk menggunakan perkataan pizza
bagi nama restoran tersebut dan ahli keluarganya mencadangkan bangunan yang kelihatan seperti
pondok (hut). Maka terhasillah nama Pizza Hut.

Malam pertama mereka memulakan perniagaan adik-beradik Carney telah memberi piza buatan
mereka kepada pelanggan yang berpotensi dan berminat dengan Pizza Hut.

Menu utama di restoran Pizza hut adalah Pan Pizza yang didatangkan dengan tiga saiz piza berbeza
bermula dari Pan Pizza peribadi bersaiz kecil, sederhana dan besar.

Di Malaysia QSR Brands (M) Holdings Sdn Bhd (QSR Brands) merupakan operator kepada Pizza Hut
yang mempunyai cawangan restoran lebih daripada 350 restoran di seluruh negara.

Terbaharu Pizza Hut melancarkan piza Pastry Crown dengan sentuhan rasa Itali serta kombinasi
lapisan inti manis dan lazat berserta kerak keju tiga rasa bersama pastri mentega garing keemasan.

Pizza Hut: Diasaskan dua beradik

WARTAWAN SINAR HARIAN

31 MAC 2015

http://www.sinarharian.com.my/mobile/bisnes/pizza-hut-diasaskan-dua-beradik-1.374598

You might also like