You are on page 1of 6

SEKOLAH KEBANGSAAN AU KERAMAT

54200 KUALA LUMPUR

MINIT MESYUARAT PEPERIKSAAN & PENILAIAN UPSR BIL 1 / 2017

Tarikh : 05 JANUARI 2017

Masa : 1.45 – 3.00 PTG

Tempat : BILIK MESYUARAT, SK AU KERAMAT

Pengerusi : PUAN NORZAN BINTI HJ DIN

Kehadiran(Bilangan) : 31 ORANG

1. PN.NORZAN BT HJ DIN GURU BESAR


2. PN.SAFIAH BT MOHAMAD WARDI GPK TADBIR & KURIKULUM
3. PN.NORFOUWIZA BT JALANI GPK HAL EHWAL MURID
4. CIK HASNIZA BT MOHD YAZID GPK KOKURIKULUM
5. PN.NUR FADZLINA BT KHAIRUDDIN SETIAUSAHA
6. PN.HASNAH BT AHMAD PENYELARAS TAHUN 6
7. PN.SITI NOR HAYATI BT MUHAMAD
8. PN.HARRIANI BT MARZUKI
9. PN.SYAHIDAH FARHANA BT MOHD NOR
10. PN.MARLIZA BT MOKHTAR
11. PN.HAFSIAH BT MD NOH
12. CIK FARAH NAJWA BT AHMED OTHMAN
13. EN.BASRI B SIDI AHMAD
14. PN.NORISMALIZA BT ISMAIL
15. EN.ABDULLAH B MUSTAFFA
16. PN.ZARINA BT MAT DANI
17. PN.NORSLAWATI BT SULAIMAN
18. PN.MAZILAH BT MAT DAUT
19. PN.HJH AINI BT RUSHDI
20. PN.ROZITA BT MOHD ALI
21. PN.AZIZAH BT ABDULLAH
22. EN.HAMIZI B HASSAN
23. PN.SULIYATI BT ANWAR
24. EN.MOHAMAD HIDAYAT B SAIDI
25. PN.SITI SARAH BT YUSUF
26. PN.RAJA KHUZAIMAH BT RAJA MUDA
27. EN.ABUL MUSLIM B HUSSEIN
28. PN.IZZATUNISAK BT AHMAD SHAHBUDIN
29. PN.SAADIAH BT BAHARI
30. PN.SARA BT AHMAD TERMIZI
31. EN.MOHD RAZIF B ABDUL RAHMAN
Agenda Mesyuarat:
1. PERUTUSAN PENGERUSI
2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
3. PERKARA BERBANGKIT
4. PERBENTANGAN LAPORAN KEWANGAN 2016
5. ANALISA KEPUTUSAN UPSR 2016
6. HEADCOUNT MATAPELAJARAN 2017
7. PROGRAM PENINGKATAN PRESTASI 2017
8. HAL-HAL LAIN
9. UCAPAN PENANGGUHAN
1
1 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Puan Norzan Binti Hj Din mengalu-alukan kehadiran semua guru ke Mesyuarat
Peperiksaan dan Penilaian Kali Pertama bagi tahun ini.
1.2 Beliau menegaskan bahawa keputusan UPSR bagi tahun 2016 tidak boleh dibandingkan
dengan keputusan pada tahun yang lalu memandangkan ini kali pertama peperiksaan
UPSR dalam format baharu.
1.3 Keputusan UPSR 2016 menjadi tapak baharu dan diharapkan agar keputusan bagi
tahun-tahun mendatang akan lebih baik. Untuk itu, perancangan Program-program
Peningkatan Prestasi mestilah berdasarkan isu-isu strategik mengikut panitia masing-
masing.
1.4 Harapan beliau pada mesyurat pada kali ini adalah untuk membincangkan program-
program yang bakal dilaksanakan pada tahun ini dan beliau mengucapkan semoga
usaha-usaha guru dipermudahkan dan membuahkan hasil.

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

2.1 Minit mesyuarat telah dibacakan dan disahkan oleh yang berikut tanpa sebarang pindaan
dan perkara berbangkit.

Dicadang untuk disahkan oleh Pn.Rozita Binti Mohd Ali


Disokong untuk pengesahan oleh Pn.Siti Nor Hayati Binti Muhamad

3 PEMBENTANGAN AGENDA MESYUARAT

3.1 Tiada

4 PEMBENTANGAN AGENDA MESYUARAT

4.1 Perbentangan Laporan Kewangan 2016

4.1.1 Laporan kewangan yang dibentangkan adalah seperti lampiran. (Rujuk lampiran)

Makluman
4.2 Analisa Keputusan UPSR 2016 dan Unjuran UPSR 2017

4.2.1 Puan Norzan Binti Hj Din memberikan kesimpulan bahawa kelemahan keputusan
UPSR 2106 adalah berpunca daripada format baharu yang diperkenalkan agak
lewat kepada calon-calon pada tahun tersebut.
4.2.2 Tambahan lagi, kebanyakan soalan-soalan yang ditanyakan memerlukan murid
berfikir di luar kotak.
4.2.3 Jadi, guru-guru perlu memfokuskan soalan-soalan jenis KBAT seawal murid di
tahun 4 dan 5.
4.2.4 Berikut dinyatakan analisa pencapaian UPSR tahun 2016.

TAHUN BIL B.MELAYU (K) B.MELAYU (P) B.INGGERIS (K) B.INGGERIS (P) MATEMATIK SAINS
CALON BIL BIL BIL BIL BIL BIL
LULUS % LULUS % LULUS % LULUS % LULUS % LULUS %

2016 264 262 99.24 263 99.62 235 89.02 219 82.95 209 79.17 260 98.48
2.01 2.16 2.87 3.45 3.39 2.83
GPMP

Makluman

2
4.2.2 Pembentangan unjuran sasaran peningkatan UPSR tahun 2017.

TAHUN BIL B.MELAYU (K) B.MELAYU (P) B.INGGERIS (K) B.INGGERIS (P) MATEMATIK SAINS
CALON BIL BIL BIL BIL BIL BIL
LULUS % LULUS % LULUS % LULUS % LULUS % LULUS %

2017 266 266 100 266 100 253 95.11 246 92.48 227 85.33 266 100
1.93 1.89 2.42 2.72 3.38 2.60
GPMP

Makluman
4.3 Headcount Matapelajaran UPSR 2017

4.3.1 Headcount perlu disediakan oleh setiap guru matapelajaran berdasarkan markah TOV
yang diperolehi daripada markah Peperiksaan Akhir Tahun 2016.
4.3.2 Semua guru perlu menghantar headcount 2017 pada 19 Januari 2017.
4.3.3 Guru perlu memantau markah headcount murid seiring dengan markah ujian murid.

Tindakan: Semua guru

4.4 Strategi Peningkatan Khusus Setiap Matapelajaran

4.4.1 Bahasa Melayu

4.4.1.1 Mengadakan aktiviti menyalin contoh karangan untuk kelas yang lemah.
4.4.1.2 Memperbanyakkan latih tubi soalan pemahaman bahagian B.
4.4.1.3 Memberi penekanan terhadap pelbagai jenis puisi.
Makluman
4.4.2 Bahasa Inggeris

4.4.2.1 Penggunaan kamus semasa proses PdPc, Dictionary on the desk (DOTD).
4.4.2.2 Meningkatkan penguasaan istilah di dalam Buku Teks melalui aktiviti-aktiviti yang
menarik di dalam kelas.
4.4.2.3 Murid akan diberikan latih tubi dan disediakan modul khas melalui program
‘Grammar On The Go’.
Makluman

4.4.3 Matematik

4.4.3.1 Memperbanyakkan latih tubi soalan–soalan penyelesaian masalah dan soalan-


soalan KBAT serta memperkenalkan lebih banyak strategi penyelesaian masalah.
4.4.3.2 Membuat latih tubi penukaran unit dan penggunaan formula.
4.4.3.3 Membuat aktiviti pengulangan soalan dengan hanya menukarkan nombor bagi
memantapkan penguasaan istilah agar murid memahami kehendak soalan.
4.4.3.4 Memastikan murid-murid menghafal sifir selewat-lewatnya sehingga bulan April
melalui penggunaan kad sifir yang perlu ditandatangani oleh ibubapa dan guru.

Makluman
4.4.4 Sains

4.4.4.1 Memperbanyakkan latihan berdasarkan soalan klon format UPSR terkini.


4.4.4.2 Memperkukuhkan program SASA (sasaran A), MAFA (mahir fakta) dan MAIS
(mahir istilah).
4.4.4.3 Mengadakan bengkel teknik menjawab lebih awal agar murid dapat menggunakan
teknik tersebut beberapa kali sebelum UPSR sebenar.

Makluman

3
4.5 Perancangan Strategi-strategi Khas/Program Tahun 2017

4.5.1 Mengutip yuran tahun 6 sebanyak RM150 mengikut anggaran yang diberikan oleh
bendahari iaitu Pn.Rozita Binti Mohd Ali serta persetujuan daripada waris semasa Hari
Penetapan Target pada 14 Januari 2017.
4.5.2 Berikut merupakan senarai program-program untuk murid tahun 6 2017.

AKTIVITI /
BIL DESKRIPSI MASA
PROGRAM
1 Hari Penetapan Program ini merupakan program perjumpaan Januari
Target Bersama Ibu antara tiga pihak iaitu pentadbir, guru-guru tahun 6
Bapa dan Guru dan ibu bapa tahun 6..
2 Program PdP Program PdP berkesan memerlukan guru memberi Januari –
Berkesan penekanan kepada impak pelaksanaan PdP dalam September.
bilik darjah.
3 Akhbar Dalam Sisipan Didik dalam Akhbar Berita Harian Februari -
Darjah merupakan bahan sokongan terhadap PdP Ogos
( ADD ) berkesan dan latihan berfokus kepada peperiksaan
sebenar.
4 Kelas Bimbingan i. Kelas Tambahan Hari Sabtu Januari –
i. Kelas Program ini dijalankan pada hari Sabtu yang telah Ogos
Tambahan Hari ditetapkan di dalam takwim persekolahan 2017
Sabtu dan melibatkan semua murid tahun 6.
ii. Program Dalam ii.Program Dalam Cuti ( KDC )
Cuti Program KDC merupakan program kelas
tambahan yang dijalankan pada cuti penggal.
5 Bengkel dan Teknik Program ini dilaksanakan melalui dua fasa bagi Fasa 1:
Menjawab Soalan. setiap subjek iaitu pada penggal pertama dan pada Mac
penggal kedua. Fasa 2 :
Jun
6 Gerak Gempur Program ini bertujuan memberi latih tubi yang Jun - Ogos
UPSR secukupnya kepada murid bermula penggal kedua
persekolahan.
7 Perkampungan Program ini merupakan program yang September
Ilmu Ambang dilaksanakan pada dua minggu terakhir sebelum
UPSR peperiksaan UPSR.
8 Hadiah Galakan 6A Ianya merupakan insentif yang diberikan kepada Februari –
dan HALUS murid yang berjaya mengekalkan kecemerlangan Ogos
akademik serta menunjukkan peningkatan ketara
dalam setiap ujian yang dijalankan.
9 Program Juara Program Juara dirancang untuk murid-murid kelas Mac - Ogos
6 Abadi dan 6 Adab yang berpotensi untuk
mendapat keputusan 6A dalam UPSR.
10 Program Permata Setiap guru akan diberikan 3 atau 4 orang anak Mac - Ogos
Bestari (Anak angkat di bawah bimbingannya bagi memastikan
Angkat) kejayaan anak-anak murid secara berfokus dan
menyeluruh.

11 Bacaan Yaasin dan Bacaan Surah Yaasin akan diadakan pada setiap Setiap hari
Selawat Tafrijiah hari Jumaat. Bermula bulan Jun hingga hari Jumaat
peperiksaan UPSR, bacaan Surah Yaasin dan
Selawat Tafrijiah akan dijalankan pada setiap hari.

12 Majlis Solat Hajat Program ini merupakan program tahunan anjuran September
dan Bacaan Yaasin Panitia Agama Islam. Program ini dilaksanakan
dengan menghimpunkan semua guru, ibu bapa,
murid tahun 6 dan juga pihak PIBG.

Makluman

4
5 HAL-HAL LAIN

5.1 Puan Norzan Binti Hj Din meningatkan semua guru tentang pentaksiran sekolah secara
berterusan melalui Pelaporan Offline.
5.2 Semua guru perlu melengkapkan pelaporan offline dari masa ke semasa sebagai rekod
pentaksiran setiap murid.
5.3 Pentaksiran Pusat perlulah mengikut format daripada Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM).
Makluman

6 UCAPAN PENANGGUHAN

6.1 Puan Norzan Binti Hj Din selaku Guru Besar merangkap Pengerusi Jawatankuasa
Program Peningkatan UPSR Sekolah Kebangsaan Au Keramat sekali lagi berharap
agar kejayaan dan kecemerlangan akademik sekolah ini dapat ditingkatkan hasil
komitmen bersama semua guru-guru.
6.2 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.00 petang.

Disediakan oleh,

..........................................………
NUR FADZLINA BINTI KHAIRUDDIN
Setiausaha Peningkatan UPSR
SK Au Keramat
Tarikh : 8 Januari 2017

5
MAKLUM BALAS MINIT MESYUARAT

Nama Mesyuarat : MESYUARAT PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN UPSR


BIL 1/2017

Tarikh : 5 Januari 2017

Tempat : Bilik Mesyuarat, SK Au Keramat

MUKA
PARA PERKARA TINDAKAN MAKLUM BALAS
SURAT
3 4.3 Headcount Semua guru Semua guru telah
4.3.1 Matapelajaran UPSR menyediakan headcount
2017 murid di dalam buku RPH
dan telah dihantar untuk
semakan Guru Besar.

Disediakan oleh,

……………………….
(NUR FADZLINA BT. KHAIRUDDIN)
Setiausaha Peningkatan UPSR
SK Au Keramat

Tarikh: 20 Januari 2017

You might also like