You are on page 1of 36

AKTIVITI PEMBAKARAN TERBUKA YANG BERLAKU DI

TAMAN DATO’ WAN.

ABSTRAK

Dalam menjalankan kajian Pengajian Am ini, saya telah memilih tema 1 iaitu
Ekologi:Persekitaran.Tajuk kajian saya ialah Aktiviti Pembakaran Terbuka yang Berlaku
di Taman Dato’ Wan. Kajian ini bertujuan mengenal pasti faktoraktiviti pembakaran
terbuka yang dilakukan oleh sesetengah penduduk Taman Dato’ Wan dan kesan aktiviti
pembakaran terhadap penduduk Taman Dato’ Wan serta alam sekitar. Taman Dato’ Wan
terletak di mukim Ampangan, Seremban yang terletak kira-kira 5 km dari Bandar
Seremban. Kaedah kajian yang digunakan ialah kaedah pemerhatian, soal selidik dan
rujukan.Dapatan utama kajian ini ialah melalui soal selidik iaitu dengan mengedarkan
borang soal selidik secara rawak kepada 30 orang responden. Hasil kajian mendapati
pembakaran terbuka di Taman Dato’ Wan hanya dilakukan secara kecil-kecilan.
Walaubagaimanapun, jika dibiarkan aktiviti ini berlanjutan ini akan menyebabkan
perkara ini menjadi lebih serius. Jesteru, kajian ini dilaksanakan bagi membuka mata
masyarakat dan pihak-pihak yang bertanggungjawab untuk mencegah aktiviti
pembakaran terbuka di Taman Dato’ Wan.
ISI KANDUNGAN

Butir Halaman
SINOPSIS I
ISI KANDUNGAN Ii
PENGHARGAAN Iii
1.0 PENGENALAN 1
2.0 OBJEKTIF KAJIAN 2
3.0 LOKASI KAJIAN 3
3.1 Negeri Sembilan 3
3.2 Daerah Seremban 4
3.3 Taman Dato’ Wan 5
4.0 KAEDAH KAJIAN 6
4.1 Persampelan 6
4.2 Pengumpualn Data 7-8
4.3 Teknik Penganalisaan Data 8
5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN 9
5.1 Demografi Resonden 9-12
5.2 Pengetahuan Am Resonden 13
5.3 Faktor 14-19
5.4 Kesan 20-25
6.0 RUMUSAN 26
RUJUKAN 27
LAMPIRAN 28-35
PENGHARGAAN
Syukur kepada tuhan kerana saya telah dapat melaksanakan kerja kursus
Pengajian Am yang bertajuk ‘Aktiviti Pembakaran Terbuka yang Berlaku di Taman
Dato’ Wan, Ampangan’ dengan sempurna.Semasa menjalankan kajian ini, saya telah
mendapat bantuan dan kerjasama yang tidak ternilai harganya daripada pelbagai pihak.
Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada
mereka yang berkenaan.

Ucapan terima kasih kepada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Seri


Ampangan, Datin Sri Hjh Rohayah Binti Harun yang telah memberi kebenaran untuk
menjalankan kajian ini. Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan
sekalung terima kasih kepada guru Pengajian Am saya iaitu,Puan Maliga a/p Mayyar
yang banyak memberi bimbingan, bantuan dan tunjuk ajar dari awal hingga ke akhir
kajian ini disempurnakan.

Tidak lupa juga kepada permata hati dan pengarang jantung, iaitu ayah dan ibu
saya.Meraka banyak memberi sokongan moral dan semangat yang kukuh kepada saya
bagi menyiapkan tugasan ini.Seterusnya, bagi rakan-rakan seperjuangan yang banyak
mencurahkan idea serta memberikan komen yang membina bagi membantu saya
menyiapkan tugasan kajian ini, terima kasih diucapkan.

Akhir sekali, saya ingin menghulurkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga
kepada semua responden yang telah memberikan kerjasama yang amat baik dalam
mlengkapkan borang soal selidik yang diberikan.Tidak lupa juga kepada semua pihak
yang terlibat secara lansung atau tidak di atas segala budi dan jasa yang telah
dihulurkan.Jasa anda semua amat dihargai.
1.0 PENGENALAN
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat Pembakaran didefinisikan sebagai perihal
(perbuatan dan sebagainya) membakar manakala terbuka bermaksud tidak tertutup
(bertutup), terdedah. Pembakaran terbuka juga boleh ditakrifkan sebagai pembakaran
sebarang bahan dalam cara yang hasil pembakaran dari pembakaran tersebut dibebaskan
secara langsung ke udara sekitar tanpa melalui serombong, pendiang, atau lohong.
Pembakaran terbuka adalah salah satu penyebab utama kepada berlakunya pencemaran
udara.Oleh itu, penguatkuasaan undang-undang harus dilaksanakan bagi melarang
masyarakat melakukan aktiviti yang mengancam alam sekitar seperti pembakaran
terbuka. Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Pindaan 1998) yang memberikan hukuman
lebih ketat untuk kesalahan pembakaran terbuka iaitu denda maksimum RM 500, 000
atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali. Namun, di Taman Dato’
Wan masih ada segelintir penduduk yang tidak menghiraukan tentang akta yang telah
dikuatkuasakan dan akibat daripada aktiviti pembakaran terbuka. Oleh itu, kajian ini
dibuat bertujuan mengenal pasti faktor dan kesan aktiviti pembakaran terbuka di Taman
Dato’ Wan.
2.0 OBJEKTIF KAJIAN
Dalam kajian ini,beberapa objektif telah menjadi landasan dan panduan pengkaji.
Objektif kajian tersebut adalah:
1) Mengenal pasti faktor-faktor aktiviti pembakaran terbuka dilakukan oleh
penduduk Taman Dato’ Wan
2) Mengenal pasti kesan aktiviti pembakaran terbuka terhadap penduduk Taman
Dato’ Wan dan alam sekitar.
3.0 LOKASI KAJIAN
Dalam membuat kajian, kawasan kajian adalah satu elemen yang sangat
penting.Kawasan kajian ini adalah berfokus di kawasan Taman Dato’ Wan yang
terletak bersebelahan dengan Kompleks Belia dan Sukan Paroi serta berdekatan
dengan beberapa buah sekolah seperti Kolej Vokasional Ampangan, Sekolah Teknik
Tuanku Jaafar , Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ampangan dan Sekolah
Menengah Agama Dato' Klana Petra Maamor.

3.1 Negeri Sembilan

Peta 1 : Peta Negeri Sembilan


Sumber: Google Image
Negeri Sembilan ialah sebuah negeri yang terkenal dengan Adat Perpatihnya.
Negeri yang terletak lebih kurang 50 kilometer ke selatan Kuala Lumpur ini terdiri
daripada 7 daerah dan 1 daerah kecil iaitu Seremban, Port Dickson, Jelebu, Kuala Pilah,
Jempol, Rembau , Tampin dan daerah kecil Gemas. Seremban adalah ibu negeri tetapi
Seri Menanti yang terletak di daerah Kuala Pilah adalah Bandar Diraja bagi Negeri
Sembilan.
3.2 Daerah Seremban

Peta 2 : Daerah Seremban


Sumber: Google Maps

Peta 2 menunjukkan peta Seremban yang terletak di Bahagian Utara Negeri Sembilan dan
merupakan daerah keempat terbesar dengan keluasan 93.501.88 hektar. Terdapat 8 buah
mukim dengan mempunyai 89 buah Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK)
termasuk 12 JKKK Kampung Baru Bandar Seremban ini terletak di hulu Sungai Linggi
yang merupakan sungai yang terbesar di negeri ini. Sungai ini mengalir di bahagian
selatan Bandar Seremban tersebut. Di dalam sebuah buku yang bertajuk Negeri Sembilan
Dan Sejarahnya, terdapat beberapa cerita bagaimana bandar Seremban mendapat nama.
Buku tersebut telah dikarang oleh Abdul Samad Idris.Antara cerita-cerita yang terdapat
dalam buku tersebut ialah Nama yang diambil dari pokok-pokok yang tumbuh dengan
banyaknya di sekitar Hospital Besar Seremban.Pokok-pokok tersebut dipanggil pokok
'Bemban'. Selain itu, ada yang menyatakan bahawa Bandar Seremban pada masa dahulu
selalu ditenggelami air apabila hujan lebat.keadaan tersebut lalu dipanggil 'Beremban'
sehingga bertukar kepada nama Seremban. (sumber Laman web seremban.ns.gov.my)
3.3 Taman Dato’ Wan

Gambar 1: Taman Dato’ Wan


Sumber : Kajian Lapangan (8 Febuari 2014)

Gambar 1 di atas menunjukkan lokasi kajian iaitu Taman Dato’ Wan yang terletak
di mukim Ampangan iaitu salah satu mukim yang terdapat dalam daerah Seremban dan
berada dalam Negeri Sembilan. Lokasi kawasan kajian ini terletak kira-kira 5 kilometer
dari Bandar Seremban dan berada di bawah pentadbiran Majlis Pembandaran Seremban.
Keluasan Taman Dato’ Wan ialah kira-kira 16 kilometer persegi (sumber pemaju
perumahan). Kawasan ini telah dimajukan oleh Syarikat Koperasi Kakitangan Kerajaan
Sdn. Bhd pada sekitar tahun 1971 hingga 1980.Kawasan perumahan ini terletak di
sebelah barat Bandar Seremban.
4.0 KAEDAH KAJIAN
Antara tujuan menyediakan reka bentuk kajian adalah untuk menghubungkaitkan
objektif kajian dengan hasil kajian.Dalam kajian ini pengkaji menggunakan persampelan
rawak mudah (simple random). Kaedah persampelan digunakan kerana proses untuk
mendapatkan maklumat adalah tepat dan mudah serta relevan dengan objektif yang telah
ditetapkan. Kaedah ini berbentuk diskritif iaitu menggunakan instrumen borang kaji
selidik dimana ianya mudah untuk mendapatkan maklumat daripada responden
(MARSON e.t.a.l 1998)

Dapatan kajian ini diperoleh melalui soal selidik yang diedarkan kepada
responden manakala maklumat yang diterima akan dianalisis secara kuantitatif. Data
jenis kuantitatif adalah berdasarkan kategori kuantiti yang menggunakan kekerapan
angka dan skor. Ini adalah kerana data jenis kuantitatif sesuai bagi penyelidikan yang
menggunakan instrumen soal selidik dan kajian untuk mendapatkan maklumat kajian
(Mohd Najib , 1999). Kaedah soal selidik dan temu bual dikakukan dengan penduduk
tempatan di Taman Dato’ Wan. Selain itu, reka bentuk kajian yang dipilih ialah kajian
tinjauan atau kaedah pemerhatian turut digunakan untuk meninjau keadaan kawasan
kajian iaitu Taman Dato’ Wan, Ampangan. Kaedah kajian ini dipilih kerana darjah
melaksanakannya adalah singkat (DAUS,1986).

4.1 Persampelan
Kaedah ini menggunakan persampelan bukan probiliti iaitu teknik persampelan bertujuan
iaitu untuk menjawab objektif yang diutarakan oleh pengkaji seramai 30 orang responden
telah dipilih untuk menjawab borang soal selidik ini. Saiz sampel ini dikatakan relevan
menurut (BALEY 1994) di mana lebih kurang 20 kes merupakan saiz minimum bagi
kajian yang memerlukan analisis data perangkaan pemilihan responden adalah
berdasarkan kesudian dan kelapangan mereka untuk mereka menjawab soal selidik.
Antara ciri-ciri yang diambil kira semasa proses pemilihan responden adalah mereka
seharusnya warganegera Malaysia.
4.2 Pengumpulan Data
Data yang dikumpulkan dalam kajian ini adalah menggunakan borang soal selidik dan
pemerhatian. Borang soal selidik telah ditetapkan soalannya berdasarkan objektif kajian
bagi mendapatkan maklumat tentang faktor-faktor yang menyebabkan aktiviti
pembakaran terbuka di Taman Dato’ Wan dan kesan aktiviti pembakaran terbuka.
Sumber data yang diperolehi dalam kajian ini terbahagi kepada dua iaitu data primer dan
data sekunder.
4.2.1 Data Primer
Dataprimer ialah kaedahsoal selidik dan temubual bersemuka dilakukan dengan
penduduk tempatan. Selain itu kaedah pemerhatian turut digunakan untuk meninjau
keadaan di Taman Dato’ Wan borang soal selidik adalah kaedah utama dalam
mengumpulkan data kerana ianya berhubung terus dengan kumpulan sasaran.Penggunaan
borang soal selidik perlu melalui strategi bagi mereka membentuk soalan soal selidik
yang bersesuaian supaya tidak terlalu berat sebelah (Abdul Rahim etal 1999).
a) Borang soal Selidik
Dalam melaksanakan kajian , pengkaji menggunakan borang soal selidik
bertujuan untuk mendapatkan maklumat dan pendapat daripada penduduk Taman Dato’
Wan mengenai aktiviti pembakaran terbuka. Terdapat beberapa sebab mengapa borang
soal selidik menjadi pilihan kebanyakan pengkaji kerana soal selidik memerlukan kos
membina borang selidik yang murah dan masa yang diperuntukkan singkat.Pengkaji juga
boleh memperolehi data atau maklumat dari jumlah responden yang lebih ramai dan
cepat. Borang soal selidik digunakan bagi mendapatkan data primer.Soalan dalam borang
soal selidik ini telahpun ditetapkan oleh pengkaji bersesuaian dengan objektif kajian.
Kaedah ini adalah kaedah yang paling popular yang diguna para pengkaji untuk
mendapatkan data primer, borang soal selidik ini perlulah bersesuaian dan mengikut
objektif dan kerangka konseptual yang telah ditetapkan. Hal ini agar soalan tersebut tidak
menyimpang jauh daripada sasaran dan bahasa yang digunakan haruslah mudah dan
senang difahami oleh semua golongan responden . Hal in membolehkan semua responden
faham semasa menjawab soalan dan tidak memberikan jawapan yang tidak benar, di
mana ia akan memberi kesannya terhadap penganalisaan kajian ini nanti.
Borang soal selidik ini berbentuk soalan tertutup dan terbuka . Rasional
menggunakan soalan tertutup adalah untuk mendapatkan jawapan yang berbeza-beza dan
mudah dibandingkan serta jawapan mudah diproses menerusi sistem pengkodan yang
bersifat piawai dan mudah dianalisis oleh penyelidik. Bagi soal selidik berbentuk terbuka
pula, rasionalnya adalah untuk memudahkan responden bebas memberikan berbagai
bentuk jawapan , responden juga bebas memberikan pendapat yang dirasakan sesuai.
b) Pemerhatian
Kaedah pemerhatian adalah kaedah alternatif yang ada dalam pengumpulan
maklumat atau pengumpulan data selain soal selidik dan temu bual pemerhatian
memerlukan penyelidikan memerhati sendiri keadaan di kawasan kajian .Kaedah
pemerhatian memerlukan penyelidik untuk ke lokasi kajian bagi mendapatkan maklumat
mentah serta lebih memahami situasi sebenar yang digambarkan oleh respoden.Pengkaji
juga berpeluang untuk meneliti perkembangan yang yang terbaru yang berlaku iaitu
aktiviti pembakaran terbuka.Juga daripada hasil kajian ini pengkaji mampu mengetahui
faktor-faktor dan kesan aktiviti pembakaran terbuka di Taman Dato’ Wan.

4.2.2 Data Sekunder


Data sekunder diperoleh dari perpustakaan,buku-buku ilmiah,jurnal,majalah dan akhbar.
Data-data penting termasuklah buku-buku , majalah , keratan akhbar , jurnal-jurnal dan
bahan-bahan ilmiah yang lain.Selain itu, rujukan laman sesawang seperti google maps
dan image bagi memperoleh data iaitu peta serta gambar rajah.
4.3 Teknik Penganalisaan Data
Data dianalisis mengikut kaedah diskriptif iaitu dalam bentuk peratusandan kekerapan
analisis data dilakukan apabila memperolehi data primer dari soal selidik yang diedarkan
kepada responden (Malim dan George 1997).Tahap analisis dicapai apabila data yang
diperoleh dipastikan disunting dan ditukar kepada angka.Seterusnya, data tersebut yang
telah dianalisis dipersembahkan dalam bentuk jadual, graf, dan carta. Dalam borang kaji
selidik ini skala likert tiga peringkat digunakan dalam menilai punca dan kesan
pembakaran terbuka di Taman Dato’ Wan setiap peringkat penilian diberi nilai dalam
bentuk angka menggunakan skala likert. Dimana angka 3 mewakili setuju angka 2
mewakili tidak setuju dan angka 1 mewakili tidak pasti.
5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN
Bahagian ini membincangkan analisis mengenai penemuan kajian yang telah dilakukan
daripada borang soal selidik yang diisi oleh responden.Data yang telah dimasukkan
diproses bagi mendapatkan statistik seperti nilai peratusan dan taburan kekerapan.

5.1 Pengetahuan Am responden

BIL SOALAN Ya Tidak


Adakah anda mengetahui tentang aktiviti
1 30 100% 0 0%
pembakaran terbuka yang berlaku di taman ini?
Adakah anda pernah melakukan pembakaran
2 13 43% 17 57%
terbuka
Jadual 1 : Pengetahuan Am Responden
Sumber : Kajian Lapangan (Soal Selidik)

Pada bahagian ini iaitu bahagian B telah diutarakan 5 soalan yang terdiri
daripada 2 yang memerlukan responden membulatkan satu jawapan antara Ya atau
Tidak dan 3 soalan stuktur. Bagi soalan pertama kesemua responden 30 orang (100%)
mengetahui tentang aktiviti pembakaran terbuka yang berlaku di Taman Dato’ Wan.

Soalan kedua pula seramai 12 orang (40%) menyatakan bahawa mereka pernah
melakukan pembakaran terbuka manakala selebihnya 18 orang (60%) tidak pernah
melakukan pembakaran terbuka. Soalan ini berkait rapat dengan jantina
responden.Jantina bagi responden yang menyatakan ‘Ya’ ialah 10 orang responden
lelaki (33%) dan 2 orang responden perempuan (7%). Manakala jantina bagi
responden yang menyatakan’Tidak’ ialah 7 orang responden lelaki (23%) dan 11
orang responden perempuan (37%).Jelaslah bahawa majoriti responden yang pernah
membuat pembakaran terbuka adalah responden lelaki.
5.2 Faktor pembakaran terbuka di Taman Dato’ Wan.

Setuju Tidak setuju Tidak Pasti


Bil Perkara
f % f % f %
1 Tidak ada aduan dibuat kepada pihak 23 77 4 13 3 10
berkuasa.
2 Masyarakat tidak menegur pelaku aktiviti 18 60 9 30 3 10
pembakaran terbuka.
3 Jalan mudah untuk menghapuskan sisa-sisa 28 93 0 0 2 7
komersial seperti daun, pokok, dan tayar.
Tiada kutipan secara berkala oleh Majlis
4 Pembandaran Seremban terhadap sisa 9 30 16 53 5 17
komersial.
5 Sikap pelaku pembakaran terbuka yang 23 77 4 13 3 10
tidak bertanggungjawab.
6 Tidak ada tindakan daripada Jabatan Alam 5 17 8 27 17 56
Sekitar.
7 Salah satu cara menghalau nyamuk. 27 90 2 7 1 3
8 Tiada kesedaran tentang kesan pembakaran 24 80 3 10 3 10
terbuka.
Menyerahkan sepenuhnya tanggungjawab
9 membanteras pembakaran terbuka kepada 18 60 10 33 2 7
pihak berkuasa.
Kurangnya pengetahuan dan pendidikan
10 22 73 5 17 3 10
tentang pembakaran terbuka.
Jadual 2 : Faktor pembakaran terbuka di Taman Dato’ Wan
Sumber : Kajian Lapangan (Soal Selidik)
5.2.1 Faktor 1

Tidak ada aduan dibuat kepada pihak


berkuasa

SETUJU

10% TIDAK SETUJU

13% TIDAK PASTI

77%

Rajah 1 : Tidak ada aduan dibuat kepada pihak berkuasa


Sumber : Kajian Lapangan (Soal Selidik)

Berdasarkan rajah 1, majoriti responden iaitu seramai 23 orang responden (77%)


telah memilih setuju bagi faktor tidak ada aduan dibuat kepada pihak berkuasa
menyebabkan berlakunya pembakaran terbuka di taman ini. Manakala selebihnya 4
orang responden (13%) telah memilih tidak setuju dan 3 orang (10%) telah memilih
tidak pasti mengenai faktor tersebut menyebabkan berlakunya aktiviti pembakaran
terbuka. Faktor ini mempengaruhi tahap pendidikan responden.Seramai 12 orang
responden (40%) bagi tahap pendidikan SPM bersetuju dengan penyataan tersebut,
seterusnya 9 orang responden (30%) pada peringat STPM/Setaraf menyatakan
mereka setuju dan peringkat Ijazah/PHD 2 orang bersetuju (7%) bahawa tiada aduan
dibuat kepada pihak berkuasa menyebabkan aktiviti pembakaran terbuka berlaku. Hal
ini jelas menunjukkan majoriti responden berada pada tahap pendidikan yang rendah.
5.2.2 Faktor 3

Jalan mudah untuk menghapuskan


Mudah dihapuskan
sisa-sisa komersial
100
90
80
70
60 93
PERATUS

SETUJU
50
TIDAK SETUJU
40
TIDAK PASTI
30
20
7
10
0
0
SETUJU TIDAK SETUJU TIDAK PASTI

Rajah 2 : Jalan mudah untuk menghapuskan sisa-sisa komersial


Sumber : Kajian Lapangan (Soal Selidik)

Berdasarkan rajah 2, bagi faktor ketiga iaitu jalan mudah untuk menghapuskan
sisa komersial, majoriti responden seramai 28 orang(93%) bersetuju bahawa faktor
tersebut menyebabkan pembakaran terbuka berlaku di Taman Dato’ Wan. Manakala
selebihnya 2 orang (7%) tidak pasti dan tidak ada responden (0%)yang tidak setuju
bagi faktor jalan mudah untuk menghapuskan sisa-sisa komersial. Pendapatan
responden bagi mereka yang memilih skala likert setuju ialah 2 orang responden (7%)
tiada pendapatan, 3 orang responden (10%) mempunyai pendapatan bawah dari
RM1000 sebulan, 20 orang responden (66%) mempunyai pendapatan sebanyak
RM1000-RM3000 sebulan dan bagi pendapatan mereka RM4000-RM5000 sebulan
mewakili 3 orang responden (10%). Selebihnya 2 orang responden (7%) tidak pasti
mempunyai pendapatan sebanyak RM4000-RM5000 sebulan.Dapatan kajian
menunjukkan faktor ini berkait rapat dengan pendapatan responden kerana majoriti
responden bependapatan antara RM1000-RM3000.
5.2.3 Faktor 4

Tiada kutipan secara berkala oleh MPS

17%

30% SETUJU

TIDAK
SETUJU
TIDAK PASTI

53%

Rajah 3 : Tiada kutipan secara berkala oleh MPS


Sumber : Kajian Lapangan (Soal Selidik)

Seterusnya, faktor keempat ialah tiada kutipan secara berkala oleh Majlis
Pembandaran Seremban (MPS) terhadap sisa komersial.Seramai 9 orang (30%) telah
memilih setuju dan 16 orang responden (53%) memilih tidak setuju bagi faktor
tersebut. Namun begitu , seramai 5 orang responden (17%) telah memilih tidak pasti
bahawa tiada kutipan secara berkala oleh MPS. Berdasarkan data yang diperoleh ini,
majoriti responden tidak bersetuju bahawa tiada kutipan secara berkala oleh MPS
faktor yang menyebabkan aktiviti pembakaran terbuka berlaku di taman ini.
5.2.4 Faktor 7

Salah satu cara menghalau nyamuk


SETUJU TIDAK SETUJU TIDAK PASTI

3%

7%

90%

Rajah 4 :Salah satu cara menghalau nyamuk


Sumber : Kajian Lapangan (Soal Selidik)

Seramai 27 orang responden (80%) telah memilih setuju manakala 2 orang


responden (7%) telah memilih tidak setuju bagi faktor salah satu cara menghalau
nyamuk. Selebihnya,1 orang responden (3%) telah memilih tidak pasti terhadap
faktor tersebut yang menyebabkan penduduk di Taman Dato’ Wan melakukan aktiviti
pembakaran terbuka.Oleh itu, dapat dilihat berdasarkan rajah 4, majoriti responden
bersetuju dengan faktor ini.Bagi faktor ini tahap pendidikan resonden yang
menyatakan mereka bersetuju ialah 15 orang responden (51%) pada peringkat SPM,
10 orang responden (33%) pada peringkat STPM/Setaraf dan 2 orang responden (7%)
pada peringkat Ijazah/ PHD. Dapatan kajian menunjukkan majoriti responden yang
bersetuju berada pada tahap SPM. Oleh itu, jelaslah bahawa tahap pendidikan
responden mempengaruhi faktor ini
5.2.5 Faktor 8

Tiada kesedaran tentang kesan


Tiada kesedaran pembakaran terbuka
100
90
80
70
60
PERATUS

SETUJU
50
TIDAK SETUJU
40 80
TIDAK PASTI
30
20
10
10 10
0
SETUJU TIDAK SETUJU TIDAK PASTI

Rajah 5:Tiada kesedaran tentang kesan pembakaran terbuka


Sumber : Kajian Lapangan (Soal Selidik)

Selain itu,majoriti responden iaitu seramai 24 orang (80%) memilih setuju


bagi faktor tiada kesedaran tentang kesan pembakaran terbuka.Manakala bagi skala
tidak setuju dan tidak pasti, masing-masing mempunyai bilangan responden yang
sama iaitu seramai 3 orang (10%) bagi faktor ini.Faktor ini berkaitan dengan tahap
pendidikan responden.Responden yang memilih skala setuju tahap pendidikan
mereka ialah 11 orang responden (37%) bagi SPM, STPM/Setaraf pula seramai 10
orang responden (33%) dan 3 orang responden (10%) mempunyai pendidikan
ditahap Ijazah/PHD.Seterusnya, 3 orang responden (10%) pada tahap SPM
menyatakan mereka tidak bersetuju dengan faktor ini.Bagi tidak pasti pula, 2 orang
(7%) pada tahap SPM dan 1 orang responden (3%) peringkat STPM/Setaraf.Oleh
itu, dapat dibuktikan bahawa majoriti responden berada pada tahap SPM.
5.3 Kesanpembakaran terbuka terhadap penduduk di Taman Dato’ Wan dan alam sekitar
Setuju Tidak setuju Tidak Pasti
Bil Perkara
f % f % f %
1 Gangguan kesihatan seperti batuk, sesak 28 94 1 3 1 3
nafas, dan perit tekak.
2 Rumah diselubungi asap. 21 70 4 13 5 17
3 Bau asap melekat pada pakaian yang 25 83 3 10 2 7
dijemur.
4 Rumah menjadi berdebu. 18 60 6 20 6 20
5 Tidak dapat bersantai di luar rumah 22 73 8 27 0 0
dengan selesa.
6 Penglihatan menjadi terhad. 28 93 2 7 0 0
7 Mengancam keselamatan kerana boleh 26 87 0 0 4 23
mengundang kebakaran.
8 Keadaan persekitaran berjerebu. 24 80 4 13 2 7
9 Berlakunya hujan asid. 26 87 0 0 4 13
Indeks Pencemaran Udara akan
10 24 80 4 13 2 7
meningkat.
Jadual 3 :Kesanpembakaran terbuka terhadap penduduk di
Taman Dato’ Wan dan alam sekitar
Sumber : Kajian Lapangan (Soal Selidik)
5.3.1 Kesan 1

Gangguan kesihatan
SETUJU TIDAK SETUJU TIDAK PASTI

3% 3%

94%

Rajah 6 : Gangguan Kesihatan


Sumber : Kajian Lapangan (Soal Selidik)

Dapatan kajian menunjukkan majoriti responden iaitu 28 orang responden


(94%) telah memilih setuju bagi kesan gangguan kesihatan seperti batuk, sesak
nafas, dan perit tekak.Selebihnya, skala likert tidak setuju dan tidak pasti masing-
masing mewakili 1 orang responden (3%) bagi kesan tersebut akibat daripada
aktiviti pembakaran terbuka.Kesan ini mempengarui umur rsponden. Lingkungan
umur responden bagi mereka yang memilih skala setuju ialah 7 orang responden
(23%) berumur antara 21-35, 5 orang responden (17%) umurnya 36-50, 4 orang
responden (13%) berada diantara 51-65 tahun dan majoriti responden bersetuju
dengan faktor ini berumur 66 keatas iaitu seramai12 orang (41%). Bagi skala
likert tidak setuju 1 orang responden (3%) berada di dalam lingkungan umur 51-
65 tahundan tidak pasti 1 orang responden(3%) berumur 36-50 tahun.Dapatan ini
jelas menunjukkan responden berumur 66 tahun keatas mendapat kesan terhadap
gangguan kesihatan ini.
5.3.2 Kesan 3

Bau asap melekat pada pakaian yang


Bau asap melekat
pada pakaian
dijemur.
100
90
80
70
60 SETUJU
PERATUS

50 TIDAK SETUJU
40 83 TIDAK PASTI
30
20
10 7
10
0

Rajah 7 : Bau asap melekat pada pakaian yang dijemur


Sumber : Kajian Lapangan (Soal Selidik)

Seterusnya, majoriti responden seramai 25 orang responden (83%) telah


memilih setuju bagi kesan ketiga ini iaitubau asap melekat pada pakaian yang
dijemurmanakala seramai 3 orang responden (10%) memilih tidak setuju bagi kesan
tersebut. Minoriti responden iaitu2 orang responden (7%) memilih tidak pasti
terhadap kesan ini.Kesan ini berkait rapat dengan jantina responden.Jantina
responden lelaki yang menyatakan mereka setuju dengan kesan ini ialah 12 orang
responden (40%) manakala responden perempuan pula seramai 13 orang
(43%).Jelaslah bahawa responden perempuan mendapat kesan ini.
5.3.3 Kesan 4

Rumah menjadi berdebu


SETUJU TIDAK SETUJU TIDAK PASTI

20%

20% 60%

Rajah 8 : Rumah menjadi berdebu


Sumber : Kajian Lapangan (Soal Selidik)

Berdasarkan rajah 8, seramai 18 orang responden (60%) telah memilih setuju bagi
kesan rumah menjadi berdebu. Meskipun begitu, terdapat 6 orang responden (20%)
memilih tidak setuju dan 6 orang responden bersamaan (20%) memilih tidak pasti
bagi kesan rumah menjadi berdebu.Ini bermakna majoriti daripada penduduk Taman
Dato’ Wan mendapat kesan rumah mereka berdebu akibat daripada aktiviti
pembakaran terbuka ini.
5.3.4 Kesan 6

Penglihatan Terhad
Penglihatan menjadi terhad.
100

90

80

70
93
60
PERATUS

SETUJU
50
TIDAK SETUJU
40 TIDAK PASTI
30

20

10 7
0
0
SETUJU TIDAK SETUJU TIDAK PASTI

Rajah 9 : Penglihatan menjadi terhad


Sumber : Kajian Lapangan (Soal Selidik)

Selain itu, bagi kesan yang keenam iaitu penglihatan menjadi terhadmajoriti responden
iaitu seramai 28 orang responden (93%) bersetuju dengan kesan tersebut berlaku akibat
daripada aktiviti pembakaran terbuka.Namun begitu, tedapat juga 2 orang responden
(7%) telah memilih tidak setuju dan tiada responden (0%) bagi skala likert tidak pasti
akan kesan penglihatan menjadi terhad.Kesan ini mempengaruhi umur responden.Bagi
responden yang memilih skala likert setuju lingkungan umur mereka ialah 7 orang (23%)
berumur 21-35 tahun, 6 orang (20%) umur mereka 36-50 tahun, lingkungan umur 51-65
tahun pula ialah 3 orang responden (10%) dan 12 orang responden (40%) berumur 66
tahun dan keatas. Selebihnya 2 orang responden (7%) yang menyatakam mereka tidak
setuju berumur antara 51-65 tahun.Jelaslah bahawa umur responden mempengaruhi kesan
ini.
5.3.5 Kesan 8

Keadaan persekitaran berjerebu

7%

13% SETUJU

TIDAK SETUJU

TIDAK PASTI
80%

Rajah 10 : Keadaan persekitaran berjerebu


Sumber : Kajian Lapangan (Soal Selidik)

Berdasarkan rajah 10, searamai 24 orang responden (80%) telah memilih setuju
bagi kesan keadaan persekitaran berjerebu. Namun begitu, terdapat 4 orang responden
(13%) telah memilih tidak setuju manakala 2 orang (7%) tidak pasti dengan kesan
tersebut. Oleh itu, dapat dilihat bahawa majoriti responden bersetuju dengan kesan
keadaan persekitaran berjerebu.Kesan ini berkaitan dengan tahap pendidikan
responden.Bagi skala likert setuju tahap pendidikan responden ialah 11 orang (37%)
pada peringkat SPM, 10 orang (33%) pada peringkat STPM/Setaraf dan peringkat
Ijazah/PHD pula ialah 3 orang responden (10%). 3 orang responden (10%) yang
mempunyai tahap pendidikan diperingkat SPM dan 1 orang responden (3%) pada
tahap STPM/Setaraf menyatakan mereka tidak setuju dengan kesan tersebut.
Selebihnya, 2 orang responden (7%) tidak pasti akan kesan ini.
6.0 RUMUSAN
Secara keseluruhannya, aktiviti pembakaran terbuka di Taman Dato’ Wan
didapati hanya dilakukan secara kecil-kecilan. Hal ini kerana hanya segelintir responden
sahaja yang pernah melakukan pembakaran terbuka tetapi kesemua responden
mengetahui tentang aktiviti pembakaran terbuka yang berlaku di taman ini. Hasil
daripada kajian pengetahuan am responden, kebanyakan responden menyatakan jenis
sampah yang dibakar oleh penduduk ialah daun kering seterusanya majoriti responden
bersetuju bahawa penduduk biasanya membakar sampah pada waktu petang. Dari kajian
ini juga, majoriti responden bersetuju bahawa faktor aktiviti pembakaran terbuka berlaku
di taman ini kerana jalan mudah untuk menghapuskan sisa komersial dan salah satu cara
menghalau nyamuk. Hal ini demikian kerana, melalui pemerhatian pengkaji, penduduk
akan mengumpulkan sisa komersial untuk di bakar selepas melakukan aktiviti
pembersihan kawasan persekitaran rumah mereka dan taman ini merupakan kawasan
wabak denggi. Namun begitu, faktor 3 dan faktor 7 masing-masing berkait rapat dengan
pendapatan dan tahap pendidikan responden.Faktor jalan mudah menghapuskan sisa
komersial berkaitan dengan pendapatan responden kerana majoriti responden mempunyai
pendapatan antara RM1000-RM3000. Faktor salah satu cara menghalau nyamuk pula
dipengaruhi oleh tahap pendidikan responden kerana pendidikan kebanyakan responden
pada tahap SPM. Selain itu, gangguan kesihatan dan penglihatan menjadi terhad
merupakan kesan yang dipersetujui oleh majoriti responden akibat daripada aktiviti
pembakaran terbuka ini.Kedua-dua kesan tersebut berkait rapat dengan umur responden
dimana majoriti responden yang bersetuju dengan kesan ini berumur 66 tahun
keatas.Oleh itu, pengkaji berharap kajian ini dapat membuka mata masyarakat dan pihak-
pihak yang bertanggungjawab untuk mencegah aktiviti pembakaran terbuka di Taman
Dato’ Wan kerana jika dibiarkan perkara ini berlanjutan perkara ini akan menjadi serius.
7.0 RUJUKAN
1. Berita Harian (2014). Pembakaran terbuka, habuk halus, kerja tanah punca jerebu.
Dicapai pada Mac, 13, 2014 dari
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Pembakaranterbuka_habukhalus_ker
jatanahpuncajerebu/Article/index_html
2. Google Image (2014). Peta Negeri Sembilan. Dicapai pada Febuari 7, 2014, dari
https://www.google.com/image/
3. Halina Mohd Noor. “Pembakaran terbuka tidak kira masa” dlm. Berita Harian,18
Febuari 2010
4. Hamid Karim. “Usaha atasi pembakaran terbuka” dlm. Harian Metro, 17 April
2001
5. Jabatan Alam Sekitar (2013). “Langkah proaktif tangani jerebu”(Pulihara Alam
Sekitar, Selamatkan Bumi). Dicapai pada Febuari 8, 2014, dari
http://www.doe.gov.my/webportal/info-umum/langkah-proaktif-tangani-jerebu/
6. Kamus Dewan edisi keempat,2005.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
7. Malaysia. Jabatan Alam Sekitar, 2007. Larangan Pembakaran Terbuka. Putrajaya
: Bahagian Komuniksai Strategik & Bahagian Udara Jabatan Alam Sekitar.
8. Map Data (2014) Google Maps. Peta Seremban. Dicapai pada Febuari 7, 2014,
dari https://www.google.com/maps/place/Seremban,+Negeri+Sembilan/
9. Nawwar Abdul Rahim. “2,402 pembakarn terbuka” dlm. Mingguan Malaysia, 23
Mac 2014
10. Pejabat Daerah dan Tanah Negeri Sembilan (2014). Latar belakang Seremban.
Dicapai pada Febuari 8, 2014 dari
http://seremban.ns.gov.my/index.php/maklumat-organisasi/profail/latar-belakang
11. Siti Fatimah. “Denda pembakaan terbuka disyor RM500,000” dlm. Utusan
Malaysia, 20 April 1998
12. tongkatwaran75 (2014). Bomba Dah Penat Kata Ketua Pengarah. Dicapai pada
Mac, 14, 2014 dari http://mforum.cari.com.my/portal.php?mod=view&aid=9848
13. Utusan Malaysia (1998). Pembakaran terbuka dan kesannya. Dicapai pada Mac,
13, 2014
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=1209&pub=Utusan_Mal
aysia&sec=Rencana&pg=ot_04.htm
LAMPIRAN
Borang Soal Selidik

BAHAGIAN A

Tandakan [ / ] pada yang berkenaan

Jantina Status Perkahwinan


Lelaki Bujang
Perempuan Berkahwin
Duda /Janda

Umur
Pekerjaan
21 - 35
36 - 50 Kerajaan
51 - 65 Swasta
66 dan ke atas Sendiri
Pencen
Tidak Bekerja

Taraf Pendidikan
PMR
Pendapatan Bulanan
SPM
STPM/SETARAF Bawah dari RM 1000
IJAZAH/PHD RM 1000 – RM 3000
RM 4000 – RM 5000
Lebih dari RM 5000
BAHAGIAN B

Bulatkan satu jawapan bagi soalan 1 dan 2 serta nyatakan jawapan bagi soalan 3

hingga 5.

1. Adakah anda mengetahui tentang aktiviti pembakaran terbuka yang berlaku di taman ini?
Ya / Tidak

2. Adakah anda pernah melakukan aktiviti pembakaran terbuka?


Ya / Tidak

3. Apakah jenis-jenis sampah yang dibakar ?


_____________________________________________

4. Bilakah waktu kebiasaan aktiviti pembakaran terbuka dilakukan oleh penduduk?

______________________________________________

5. Mengapakah penduduk di taman ini membakar sampah?

_____________________________________________

BAHAGIAN C

29
Berikan penilaian anda berdasarkan skala berikut dengan menandakan [ / ] :

Faktor pembakaran terbuka berlaku di Taman Dato’ Wan

Bil Perkara Tidak Tidak


Setuju
setuju pasti
1 Tidak ada aduan dibuat kepada pihak berkuasa.

2 Masyarakat tidak menegur pelaku aktiviti pembakaran


terbuka.
3 Jalan mudah untuk menghapuskan sisa-sisa komersial
seperti daun, pokok, dan tayar.
4 Tiada kutipan secara berkala oleh Majlis Pembandaran
Seremban terhadap sisa komersial.
5 Sikap pelaku pembakaran terbuka yang tidak
bertanggungjawab.
6 Tidak ada tindakan daripada Jabatan Alam Sekitar.
7 Salah satu cara menghalau nyamuk.
8 Tiada kesedaran tentang kesan pembakaran terbuka.

9 Menyerahkan sepenuhnya tanggungjawab membanteras


pembakaran terbuka kepada pihak berkuasa.
10 Kurangnya pengetahuan dan pendidikan tentang
pembakaran terbuka.

Kesan pembakaran terbuka terhadap penduduk di Taman Dato’ Wan dan alam sekitar
Bil Perkara Tidak Tidak
Setuju
setuju pasti
1 Gangguan kesihatan seperti batuk, sesak nafas, dan
perit tekak.
2 Rumah diselubungi asap.
3 Bau asap melekat pada pakaian yang dijemur.
4 Rumah menjadi berdebu.
5 Tidak dapat bersantai di luar rumah dengan selesa.
6 Penglihatan menjadi terhad.

7 Mengancam keselamatan kerana boleh mengundang


kebakaran.
8 Keadaan persekitaran berjerebu.
9 Berlakunya hujan asid.
10 Indeks Pencemaran Udara akan meningkat.

KERATAN AKHBAR

Berita Harian (18 Febuari 2010)

31
Utusan Malaysia (20 April 1998)

Harian Metro (17 April 2001)


Mingguan Malaysia (23 Mac 2014)

Berita Harian 3 September 2003

33
RISALAH

35

You might also like