You are on page 1of 4

1.0.

Pengenalan

Kertas kerja ini bertujuan untuk membuat projek keceriaan. Projek keceriaan melibatkan
tiga tempat di kawasan Sekolah Kebangsaan Seri Gading. Projek ini dilaksanakan oleh
guru pelatih internship sebagai khidmat bakti di sekolah sekaligus meningkatkan
prasarana sekolah untuk mewujudkan sekolah yang ceria dan kondusif. Guru pelatih
internship merancang untuk membuat mural bertemakan bunga kebangsaan dan carta
organisasi di kawasan kantin. Guru pelatih internship juga merancang untuk membuat
parking khas untuk OKU di kawasan sekolah.

2.0. Rasional
Prasarana dan pengurusan persekitaran sekolah yang kondusif menjadi agenda utama
serta salah satu budaya yang perlu diterapkan di sekolah. Persekitaran yang perlu
diwujudkan mestilah bersesuaian dengan warga sekolah yang terdiri daripada guru,
kakitangan sekolah dan murid-murid yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama.
Justeru, sebagai tempat yang menjadi perhatian ramai, kawasan persekitaran sekolah
mestilah berperanan dalam menarik perhatian umum supaya perkhidmatannya diguna
pakai secara optimum demi keselesaan dan kepuasan hati penggunanya. Oleh itu, guru
pelatih internship mengambil peluang ini untuk melaksanakan program khidmat bakti di
Sekolah Kebangsaan Seri Gading.

3.0. Objektif
i. Merancang dan melaksanakan projek yang dipersetujui oleh pihak sekolah.
ii. Menunjukkan komitmen yang tinggi kearah kecemerlangan, akauntabiliti dan integrity
dalam melaksanakan tugas.
iii. Menjadikan kawasan persekitaran sekolah sebagai kawasan yang cantik dan indah.
iv. Menyumbang tenaga dan buah fikiran sebagai sumbangan terhadap sekolah.
v. Menunjukkan inisiatif kearah meningkatkan nilai profesionalisme keguruan secara
berterusan.

4.0. Tempoh dan tempat pelaksanaan


Tempoh : 4 minggu
Tempat : Parking OKU
: Kantin Sekolah
:

5.0. Ahli jawatankuasa


Penasihat : Puan Rodziah binti Ahmad (Guru besar)
Pengerusi : Tuan Haji Mohd Yazid bin Mohidin (Penolong kanan HEM)
Penyelaras projek : Puan Zalma binti Zakaria
Pen. penyelaras : Puan Suraidah binti Daud
Setiausaha : Cik Noriana binti Othman
Reka grafik : Cik Nur Mawaddah binti Mohd Rusdan

6.0. Anggaran perbelanjaan

Harga/Unit Jumlah
Bil. Perkara
(RM) (RM)

1 Pelaka 15.00 x 6 90.00

2 Berus 2.50 x 4 10.00

Jumlah 100.00

7.0. Sumber kewangan


Sekolah Kebangsaan Seri Gading, Batu Pahat, Johor

8.0. Perancangan projek


Bil. Aktiviti Tempoh Tindakan
- Pihak
Perbincangan mengenai projek 20.02.2018 hingga pentadbiran
1
keceriaan sekolah. 22.02.2018 bersama guru
pelatih
25.02.2018 hingga - Guru pelatih
2 Pelaksanaan projek keceriaan
15.03.2018 internship
9.0. Penutup
Perancangan kertas kerja projek ini adalah untuk memudahkan pengurusan yang akan
dikendalikan oleh guru internship dari Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein
Onn. Kami berharap projek Keceriaan sekolah dapat membantu menceriakan
prasarana kawasan kantin di samping memudahkan pelajar pendidikan khas untuk ke
sekolah.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

……………………………… ………………………………
(Cik Noriana binti Othman) (Tuan Haji Mohd Yazid bin Mohidin)
Setiausaha, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Projek Keceriaan, Sekolah Kebangsaan Seri Gading,
Sekolah Kebangsaan Seri Gading, Batu Pahat, Johor.
Batu Pahat, Johor.

Disahkan oleh:

…………………………………
(Puan Rodziah binti Ahmad)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Seri Gading,
Batu Pahat, Johor.
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI GADING,

SRI GADING

83300 BATU PAHAT, JOHOR.

KERTAS KERJA: PROJEK KECERIAAN SEKOLAH

PROJEK INTERNSHIP (KUMPULAN)

PISMP AMBILAN JUN 2014

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN

ANJURAN:

GURU PELATIH INTERNSHIP

DENGAN KERJASAMA

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI GADING

TEMPAT:

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI GADING

You might also like