You are on page 1of 7

TEKNIK MENJAWAB SOALAN SAINS BAHAGIAN B

1. PM  Pembolehubah diManipulasi atau apa yang diubah.


2. PB  Pembolehubah Bergerakbalas atau apa yang diperhatikan/ diukur.
3. PdM  Pembolehubah DiMalarkan atau apa yang ditetapkan.
------------------------------------------------------------------------------------------------
1) TUJUAN
a) Untuk menyiasat hubungan di antara __( PM ) __ dan ___( PB )___.

b) Jawapan dalam bentuk konsep / fakta sains.

2) CORAK / POLA PERUBAHAN

a) Semakin Bertambah / Semakin meningkat / Semakin banyak / gemuk / besar


b) SemakinPBBerkurang / Semakin menurun / Semakin sedikit / kurus / kecil
c) Tetap / tiada perubahan / tidak berubah

3) PEMBOLEHUBAH / MAKLUMAT

Jawapan Pembolehubah boleh diperolehi dari penyataan (soalan) / jadual / graf /


gambarajah

A. Penyataan

Jawapan pemboleh ubah diManipulasi (PM) dan Pembolehubah di Malarkan


(PdM) boleh diperolehi dari soalan / penyataan kerana PM dan PdM
menerangkan apakah bahan atau peralatan yang disediakan sebelum eksperimen
dijalankan atau digunakan dalam eksperimen. Namun jawapan Pembolehubah
Bergerak balas (PB), jarang disertakan di dalam soalan / penyataan kerana ia
merupakan keputusan diakhir eksperimen.
Untuk mengenalpasti jawapan pembolehubah di dalam penyataa, anda perlu
mengenalpasti 2 kata kunci utama dari dalam soalan / penyataan.

KATAKUNCI PERTAMA UNTUK KATAKUNCI KEDUA


MENGENALPASTI JENIS
PEMBOLEHUBAH Setelah anda dapat mengenalpasti
katakunci pertama, anda mesti terus
mencari katakunci kedua dalam ayat
Pembolehubah Dimanipulasi yang sama. Katakunci kedua adalah
berbeza / berubah / berlainan mana-mana perkataan yang
menerangkan tentang BENDA atau
OBJEK / TEMPAT atau LOKASI /
SITUASI atau KEADAAN. Ianya
Pembolehubah Dimalarkan terletak sama ada didepan atau
sama / serupa / tetap dibelakang katakunci pertama

An90/aaawSKSTJOSEPH Page 1
B. Jadual

( PM ) ( PB )

Jumlah Guli Isipadu air di dalam silinder penyukat (ml)


2 10
4 15
6 20

PERINGATAN

Jangan guna jawapan dari ruangan pertama dalam jadual untuk menjawab
soalan Pembolehubah Dimanipulasi jika data / maklumat yang disertakan
mengguna HURUF seperti A, B, C / P, Q, R, atau mengguna nombor
ROMAN seperti I, II, III atau nombor / JUMLAH YANG SAMA kerana
ia adalah untuk menjawab soalan PDM dengan syarat mesti ditambah dengan
Parameter yang sesuai. Jika anda mengguna maklumat tersebut untuk
menjawab soalan Tujuan atau Hubungan maka jawapan anda menjadi salah.

Bukan PM PB

Gear Bilangan Putaran Gear


P / I / 10 10
Q / II / 10 15
R / III / 10 20

Jawapan PB hanya boleh diperolehi dari ruangan akhir dalam jadual yang
menunjukkan hasil atau keputusan eksperimen. PB terletak dihujung jadual
kerana ianya adalah keputusan / hasil sesuatu eksperimen.

Graf

Untuk mengenalpasti maklumat pembolehubah dari graf kita perlu mengguna


kata kunci “Kepala dan Kaki”. Kepala adalah untuk maklumat
pembolehubah bergerak balas (PB) dan Kaki untuk maklumat pembolehubah
yang dimanipulasikan (PM). Jika graf dalam keadaan menegak (berdiri) maka
“kepala” (PB) berada diatas manakal “kaki” (PM) berada dibawah. Tetapi jika
graf dalam keadaan melintang (baring) maka “kepala” (PB) berada di bawah
dan “kaki” (PM) berada di atas.

An90/aaawSKSTJOSEPH Page 2
Contoh

( PB)
kepala ke atas ( berdiri )

(PM)

Kaki ke bawah ( berdiri )

kepala
Kaki ditepi dibawah
( baring) ( baring
)

C. Gambarajah

Bagi memudahkan anda untuk mengenalpasti jawapan yang diperlukan, anda


perlu menyoal diri anda dengan beberapa soalan bagi mendapatkan jawapan
yang sesuai. Contoh :

1. Ada tak benda yang sama saja (tidak berubah) dari segi saiz / bentuk atau
jumlah yang digunakan disepanjang eksperimen tersebut?
Jika ada, apakah yang sama ( saiz / bilangan / bentuk / jisim / dll)
(Jawapan Pembolehubah dimalarkan – PdM)
2. Ada tak benda yang sama tetapi berbeza dari segi saiz / bentuk atau jumlah
yang digunakan disepanjang eksperimen tersebut?
Jika ada, apakah yang sama tapi berbeza ( saiz / bilangan / bentuk / jisim )
(Jawapan Pembolehubah dimanipulasi – PM)

An90/aaawSKSTJOSEPH Page 3
A. Benda yang sama : bongkah kayu
Parameter yang sesuai : saiz / bentuk / jisim

Jawapan : Jisim bongkah kayu / Berat bongkah kayu dll

B. Benda yang sama tapi berbeza : Permukaan


Parameter yang sesuai : Jenis

Jawapan : Jenis permukaan yang berbeza

PERINGATAN

Bagi menjawab soalan MAKLUMAT, anda hanya digalakkan untuk mengguna


PM dan PB yang paling sesuai. Elakkan dari mengguna maklumat
Pembolehubah dimalarkan sebagai jawapan terutama sekali apabila diminta
dua maklumat kerana jika soalan seterusnya meminta anda membuat
hubungan / kesimpulan berdasar jawapan di atas, maka jawapan hubungan
/ kesimpulan anak akan menjadi salah kerana tidak merujuk jawapan
sebelumnya.

4) RAMALAN

a) Jawapan dalam bentuk no : contoh 5 kg, 8 km


- unit jangan lupa
- buat pengiraan (menolak) untuk mencari beza antara dua nombor pada data
PM dan PB dan teliti juga corak perubahan
b) Jawapan dalam bentuk ayat : semakin membesar, kurang daya, semakin pupus
c) Anda boleh melukis / melakar jika sesuai dengan tajuk.

5) HUBUNGAN / KESIMPULAN
a) Semakin ______ _______ semakin _______ _______. (Corak jawapan utama)
corak PM corak PB

Kedua-dua soalan Hubungan dan Kesimpulan boleh dijawab dengan corak yang sama
asalkan ianya tidak disoal dalam satu soalan yang sama. Namun jika soalan hubungan
atau kesimpulan disoal berdasar satu maklumat tambahan ( maklumat dalam kotak)
dalam soalan yang sama maka ia tetap boleh dijawab dengan corak jawapan yang sama
kerana maklumat tambahan yang diberi tiada kaitan dengan eksperimen asal.

b) Apabila ______ _______ maka _______ _______. (Corak jawapan pilihan)


PM corak PB corak

Peringatan

Kedudukan PM dan PB tidak boleh terbalik.


Tidak dibenarkan mengguna perkataan mempengaruhi / dipengaruhi / bergantung
atau corak Jika PM corak maka PB corak. untuk menjawab soalan hubungan dan
kesimpulan.

c) Jawapan dalam bentuk konsep / fakta sains yang sesuai.

An90/aaawSKSTJOSEPH Page 4
6) PEMERHATIAN

Terdapat dua langkah yang harus diikuti bagi memudahkan anda menjawab soalan
pemerhatian, ( Soalan yang disertakan dengan Jadual )

Langkah 1
Kenalpasti PB (Pembolehubah bergerakbalas) kerana jawapan Pemerhatian anda
mesti dimulakan dengan maklumat dalam PB.

Langkah 2
Teliti maklumat / data yang disediakan pada ruang PB dari segi Corak, Data /
Maklumat terbesar dan Data / Maklumat Terkecil.

Maklumat / data pada ruangan PB boleh ditafsir dengan dua cara iaitu secara
UMUM atau KHUSUS ( bagi soalan yang disertakan dengan jadual )

I. Maklumat UMUM bermaksud, apabila soalan tidak bertanya tentang


mana-mana maklumat / data pada ruang PM. Ia hanya meminta kita
membuat pemerhatian secara umum
- Cara menjawab : PB + Corak ( semakin meningkat atau semakin
menurun)
Contoh jawapan ;
- Jarak yang dilalui oleh kereta mainan semakin jauh / meningkat.
(PB) (CORAK)

II. Maklumat KHUSUS bermaksud, apabila soalan meminta kita membuat


pemerhatian pada satu maklumat / data secara khusus dari ruangan PM.
Biasanya maklumat yang diminta adalah berkaitan dengan maklumat / data
yang paling tinggi atau paling rendah. Oleh yang demikian jawapan kita
mesti berkaitan dengan maklumat / data yang diminta dan dibuat
perbandingan dengan maklumat yang lain.

Cara menjawab : PB + data lebih / paling tinggi atau kurang / paling


rendah ( berdasar maklumat / data yang diminta ) dan dibanding dengan
maklumat / data yang lain.

Contoh jawapan :

Jarak yang dilalui oleh kereta mainan A paling jauh berbanding yang lain.
(PB) (DATA TERTINGGI) (PERBANDINGAN)

An90/aaawSKSTJOSEPH Page 5
PERINGATAN

Sebelum menjawab soalan pemerhatian, pastikan anda merujuk dahulu


kehendak soalan INFERENS kerena ada soalan Pemerhatian dan Inferens yang
mesti mempunyai perkaitan secara langsung.

Contoh soalan :
Buat satu pemerhatian berdasar jawapan anda pada soalan 1C diatas.
(Biasanya soalan diatas merujuk kepada soalan Inferens. Maka jawapan Inferens
anda mesti ada perkaitan dengan jawapan Pemerhatian kerana agihan markah
adalah seperti berikut :

Jawapan Pemerhatian dan Inferens Betul ( ada kaitan ) – 2 markah


Jawapan Pemerhatian Betul tapi Inferens Salah - 1 markah
Jawapan Pemerhatian Salah tapi Inferens Betul - 0 markah

7) INFERENS

Terdapat tiga langkah yang harus diikuti bagi memudahkan anda menjawab soalan
Inferens. ( Soalan yang disertakan dengan Jadual )

Langkah 1 dan langkah 2


Sama seperti langkah anda menjawab soalan Pemerhatian.

Langkah 3
Anda hanya perlu menambah perkataan “Mengapa” secara bayangan pada
jawapan Pemerhatian yang telah anda buat.

PERINGATAN

⃰ JANGAN ditulis perkataan “Mengapa” pada jawapan Pemerhatian anda

⃰ Pastikan anda sentiasa menjawab soalan Pemerhatian terlebih dahulu sebelum


menjawab soalan Inferens ( Tanpa mengira di mana kedudukan soalan
Pemerhatian iaitu sama ada sebelum atau selepas soalan Inferens kerana ia akan
dapat membantu anda untuk memikirkan alasan / sebab berdasar pemerhatian
yang telah anda buat. Bagi soalan Inferens yang tidak disertakan dengan soalan
Pemerhatian, adalah digalakkan anda membuat Pemerhatian sendiri dengan
tujuan memudahkan anda memikirkan jawapan Inferens). Namun dalam masa
yang sama jawapan Pemerhatian anda mesti berdasar kehendak soalan Inferens.

⃰ Jawapan Pemerhatian yang anda buat sendiri boleh ditulis pada mana-mana
ruangan kosong dalam kertas soalan.

An90/aaawSKSTJOSEPH Page 6
Contoh teknik mengguna jawapan Pemerhatian untuk membantu mengenal pasti jawapan
soalan Inferens adalah seperti berikut :

MENGGUNA JAWAPAN PEMERHATIAN BERBENTUK UMUM

Contoh ; Jarak yang dilalui oleh kereta mainan semakin meningkat.

Apabila ditambah perkataan “Mengapa” ia akan menjadi seperti ini :

“Mengapa” Jarak yang dilalui oleh kereta mainan semakin meningkat.

Maka jawablah soalan inferens anda berdasar soalan tersebut. Jawapan anda mesti
secara logik berdasarkan eksperimen yang telah dibuat. Jika soalan tersebut disertakan
dengan gambar, anda boleh mendapatkan jawapan dari dalam gambar.

MENGGUNA JAWAPAN PEMERHATIAN BERBENTUK KHUSUS

Contoh : Jarak yang dilalui oleh kereta mainan A paling jauh berbanding yang lain.

Apabila ditambah perkataan “Mengapa” ia akan menjadi seperti ini :

“Mengapa” Jarak yang dilalui oleh kereta mainan A paling jauh berbanding yang
lain.

Maka jawablah soalan inferens anda berdasar soalan tersebut. Jawapan anda mesti
secara logik berdasarkan eksperimen yang telah dibuat. Jika soalan tersebut disertakan
dengan gambar, anda boleh mendapatkan jawapan dari dalam gambar.

SELAMAT MENCUBA DAN


SEMOGA ANDA BERJAYA DENGAN CEMERLANG
INSYAALLAH.
-

An90/aaawSKSTJOSEPH Page 7

You might also like