You are on page 1of 8

KERTAS CADANGAN

MAJLIS PERMUAFAKATAN
IBU BAPA MURID BERSAMA PENTADBIR
SEKOLAH, GURU-GURU PENDIDIKAN KHAS
SERTA PEMBANTU PENGURUSAN MURID

KELAS PENDIDIKAN KHAS


BERMASALAH PEMBELAJARAN

SK PARIT BUNGA, LEDANG

TARIKH : 05 FEBRUARI 2013


HARI : SELASA
TEMPAT : BILIK MESYUARAT
SK PARIT BUNGA, LEDANG

INSAN ISTIMEWA TANGGUNGJAWAB BERSAMA


KERTAS CADANGAN

MAJLIS PERMUAFAKATAN IBU BAPA, MURID DAN GURU


KELAS PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN
SK PARIT BUNGA LEDANG.

1. Nama Program

Majlis Permuafakatan Ibu Bapa, Murid Dan Guru Pendidikan Khas


2013.

2. Sasaran

Ibu bapa murid, murid, pentadbir sekolah, guru-guru pendidikan


khas dan pembantu pengurusan murid Pendidikan Khas Masalah
Pembelajaran SK Parit Bunga Ledang..

3. Objektif

1. Mewujudkan hubungan silaturahim yang erat di antara ibu bapa


murid dengan guru-guru pendidikan khas, pembantu
pengurusan murid serta pentadbir sekolah.

2. Menunjukkan kepekaan terhadap isu dan masalah yang


berkaitan dengan murid pendidikan khas bermasalah
pembelajaran.

3. Menyemai nilai-nilai murni dalam setiap diri individu murid


pendidikan khas.

4. Mewujudkan pengurusan pendidikan khas yang lebih efisyen.

4. Rasional Program

1. Memberi pendedahan dan pemahaman kepada ibu bapa murid


berkaitan pengurusan kelas pendidikan khas bermasalah
pembelajaran.
2. Ibu bapa dapat mengetahui dengan lebih lanjut pandidikan dan
program murid pendidikan khas sepanjang tahun 2013.

5. Pengisian

- Bacaan doa
- Ucapan Guru Penyelaras Pendidikan Khas
- Ucapan Guru Besar
- Persembahan Multimedia
- Sesi soal jawab dan beramah mesra
Disiplin murid
Elaun murid pendidikan khas
Lantikan Ahli jawatankuasa
- Jamuan makan
- Lawatan ke kelas-kelas pendidkan khas
- Perbincangan RPI bersama ibu bapa murid.
- Bersurai

6. Cadangan Perlaksanaan

Tarikh : 05 Februari 2012 (Selasa)


Masa : 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari.
Tempat : Bilik Mesyuarat, SK Parit Bunga, Ledang.

7. Sumber kewangan

PCG Pendidikan Khas SK Parit Bunga.


8. Anggaran Perbelanjaan

BIL PERKARA KOS /


PERBELANJAAN

1. Jamuan ibu bapa


RM 5.00 X 20 orang RM 100.00

2. Jamuan murid
RM 3.00 X 20 orang RM 60.00

3. Runcit RM 30.00

JUMLAH RM 190.00
Adalah diharapkan segala program yang dirancang berjalan dengan baik dan
lancar.

Disediakan oleh, Disemak Oleh,

………………………………….. …………………………………….
(SITI AISHAH BINTI MD NOH) (PUAN MANISAH BINTI SAAT)
Guru Pendidikan Khas, Penyelaras,
SK Parit Bunga Pendidikan Khas,
SK Parit Bunga

Disahkan oleh,

………………………………………..
(TUAN HAJI MAS’OOD BIN IDRIS)
Guru Besar,
SK Parit Bunga

RENUNGAN

Jika kanak-kanak hidup dengan kritikan,


Mereka akan belajar mengutuk.

Jika kanak-kanak hidup dengan permusuhan,


Mereka akan belajar bertumbuk.

Jika kanak-kanak hidup dengan cemuhan,


Mereka akan belajar menjadi pemalu.

Jika kanak-kanak hidup dengan toleransi,


Mereka akan belajar menjadi penyabar.

Jika kanak-kanak hidup dengan dorongan,


Mereka akan belajar menjadi yakin.

Jika kanak-kanak hidup dengan sanjungan,


Mereka akan belajar menghargai.

Jika kanak-kanak hidup dengan persamaan


dan persahabatan,
Mereka akan belajar menemui kasih sayang
di dunia.

Dorothy Law Nolte


KERTAS CADANGAN

PROGRAM LAWATAN DAN MARHABAN


KE RUMAH GURU DAN MURID PENDIDKAN KHAS
SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI

1. Nama program

Program Lawatan Dan Marhaban Sempena Hari Raya Aidilfitri 1432


Hijrah.

2. Sasaran

Murid-murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran dan Bermasalah


Penglihatan SK Simpang Jeram, diiringi guru-guru Pendidikan Khas dan
Pembantu Pengurusan Murid SK Simpang Jeram.

3. Objektif

1. Mengeratkan silaturahim antara murid, guru, serta ibu bapa murid


Pendidikan Khas.
2. Memeriahkan suasana sempena bulan syawal setelah berpuasa
selama sebulan.
3. Menghidupkan budaya kunjung mengunjung ke rumah rakan di
kalangan murid-murid Pendidikan Khas
4. Memberi pendedahan kepada murid Pendidikan Khas dalam
kehidupan bermasyarakat.

4. Pengisian program

Bacaan selawat ke atas nabi Muhammad s.a.w., bacaan doa, nasyid


pendek, ucapan wakil guru dan ucapan daripada ibu bapa penjaga.
5. Cadangan Perlaksanaan

Sepanjang Bulan Syawal 1432 Hijrah ( bulan September 2011 ) Minggu


Persekolahan.

Tarikh : 6 dan 7 September 2011, 14 dan 15 September 2011,


20 dan 21 September 2011

Masa : 8.00 pagi hingga 12.30 tengahari

Tempat: Rumah guru dan rumah ibu bapa murid Pendidikan


Khas Bermasalah Pembelajaran dan Bermasalah
Penglihatan.

Disediakan oleh, Disahkan Oleh,

(SITI AISHAH BINTI MD NOH) (ROSLAN BIN ALI)


Penyelaras PKBP, Guru Besar,
SK Simpang Jeram SK Simpang Jeram

You might also like