You are on page 1of 4

TAMADUN INDIA

Tamadun india merupakan sama seperti tamadun yang lain yang sudah bertapak di
abad ini sekian lama lagi dan setiap tamadun pastinya mempunyai agamanya yang
tersendiri. Tamaduan india boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu India
utara dan India selatan. Kedua-dua bahagian india tersebut mempunyai perbezaan
dari segi aspek bahasa, budaya dan amalan keagamaan. Tamadun india juga kaya
dengan kepelbagaian budayaa kesenian dan cara kehidupan masyarakat khususnya
di sekitar kawasan Asia tenggara.

Di Malaysia, pengaruh dan kesan tamadun india dapat dilihat dalam segenap aspek
kehidupan bermasyarakat. Tamadun ini merangkumi aspek politik, sosioekonomi,
kebudayaan serta adat istiadat. Hal ini kerana tamadun india menekankan cara
hidup berkeluarga dan komuniti yang begitu sinonim dengan nilai ketimuran.

Tamadun india ini boleh diklasifikasikan dalam beberapa agama. Antaranya ialah
agama hindu, agama buddha, agama jaina dan agama sikh. Agama-agama tersebut
memberi impak yang besar kepada pengaruh Tamadun di Malaysia terutamanya
agama hindu dan agama Buddha yang kebanyakkannya dianuti oleh masyarkat di
tamadun Malaysia.
Agama Hindu

Agama hindu merupakan agama yang tidak asing lagi di Malaysia dan agama ini
merupakan agama tertua didunia. Tidak seperti agama-agama lain, agama hindu
pada awalnya sukar ditentukan dari segi sejarah malah tarikh mulanya tidak dapat
diketahui. Walau bagaimanapun, perkataan Hindu berasal daripada perkataan
Sindhu dan merupakan nama tempat bagi tamadun kaum india bermula.
Penduduknya digelar Sindhu dan lama kelamaan ianya berubah menjadi Hindu.

Agama Hindu mempunyai lima konsep utama iaitu Brahman, Atman, Karma,
Karma Mokhsa dan Samsara. Brahman merujuk kepada Tuhan manakala Atman
ialah roh individu yang terdapat dalam badan setiap manusia. Atman sentiasa
berusaha untuk bersatu bersama Brahman namun itu hanya akan berlaku
bergantung kepada Karma. Penganut agama Hindu sentiasa berusaha untuk
membebaskan diri daripada Samsara dan mencapai Mokhsa yang bermaksud
syurga.

Selain itu, dalam agama hindu Dewa merupakan makhluk yang suci, penghuni
syurga dan setara dengan malaikat. Dalam kitab suci yang dikenali sebagai Weda,
disebut terdapat adanya 33 Dewa. Dimana dewa-dewa tersebut merupakan
manifestasi dari kemahakuasaan Tuhan Yang Maha Esa. Antara Dewa-Dewi dalam
agama Hindu adalah Brahma, Wisnu dan Ciwa merupakan paling terkenal sebagai
satu konsep yang disebut Trimurti. Didalam kitab tersebut menyatakan bahawa,
para Dewa tidak dapat bergerak bebas tanpa kehendak Tuhan. Para Dewa juga
tidak dapat menganugerahkan sesuatu tanpa kehendak Tuhan. Para dewa juga sama
seperti makhluk hidup yang lain bergantung kepada kehendak Tuhan. Filsafat
Advaita yang bermaksud tidak ada duanya menyatakan bahawa tidak ada setara
dengan Tuhan dan Para Dewa hanyalah perantara antara beliau dengan umatnya.

Selain itu, penganut agama Hindu di Tamadun Malaysia sememangnya wujud


sejak awal lagi dan masih mengamalkan upacara keagamaan yang tersendiri seperti
Wesak dan Deepavali. Sebagai contoh, Batu Cave merupakan lokasi utama bagi
penganut agama Hindu melakukan upacara seperti Hari Deepavali.
Batu Caves

Batu Caves merupakan bukit batu kapur yang mempunyai satu siri gua dan kuil
gua di daerah Gombak, Selangor yang dibina pada tahun 1891. Nama Batu Caves
diambil sebagai nama dari Sungai Batu atau Baru River yang mengalir melepasi
bukit. Batu Caves juga merupakan nama kampong yang berdekatan. Gua tersebut
merupakan salah satu kuil Hindu yang paling popular di luar India khususnya
Dewa Subramaniam. Ia merupakan titik tumpuan yang utama agama Hindu
terutama semasa perayaan Deepavali atau Thaipusam di Malaysia.

Batu kapur yang membentuk di Batu Caves dikatakan terhasil sekitar 400 juta
tahun dahulu. Beberapa pintu masuk gua telah digunakan sebagai tempat
perlindungan oleh orang Asli Temuan yang turut mengaitkan Batu Caves dengan
kisah si Tenggang.

Batu kapur telah diperkenalkan sebagai tempat ibadat oleh K. Thamboosamy Pillai
yang merupakan seorang pedagang India. Beliau mendapat inspirasi dari pintu
masuk utama gua yang berbentu ‘vel’ dan mendapat inspirasi untuk membina
sebuah kuil untuk Dewa Murugan dalam gua tersebut.

Di ketinggian hampir 100 meter dari dasar laut, kompleks kuil Batu Cave terdiri
daripada tiga gua utama dan beberapa gua kecil. Gua terbesar dikenali sebagai
Cathedral Cave atau Gua kuil. Didalam kuil tersebut terdapat sebuah kuil Hindu
dan untuk sampai ke gua ini pengunjung perlu menaiki 272 anak tangga.

Sebuah patung besar berukuran 42,7 meter (140 kaki) tinggi Dewa Muruga telah
dilancarkan pada Januari 2006. Pembinaan tersebut mengambil masa selama 3
tahun dan merupakan patung Tuhan Muruga yang tertinggi di dunia.

You might also like