You are on page 1of 7

1.

0 PENGENALAN

Setiap individu memiliki ciri-ciri tersendiri yang membezakannya dengan individu-individu


lain. Dalam konteks murid di bilik darjah, kepelbagaian juga wujud dalam kalangan mereka.
Noriati, Boon dan Sharifah (2017) berpendapat bahawa perbezaan individu akan mudah
difahami melalui pengamatan terhadap individu itu sendiri. Maka, Program Pengalaman
Berasaskan Sekolah (PBS) memberi peluang kepada saya untuk memahami dan
menghayati sendiri kepelbagaian murid dalam sebuah kumpulan yang menjalankan proses
pengajaran dan pembelajaran bersama-sama. Saya telah menjalankan PBS di Sekolah
Kebangsaan Piasau (SK.Piasau) Kota Belud, Sabah. Saya telah memilih salah satu kelas
untuk dijadikan sebagai kelas kajian bagi menganalisis aspek perbezaan individu. Melalui
pemerhatian saya, perbezaan dalam kalangan murid memberi impak ke atas proses
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

1
2.0 ASPEK PERBEZAAN MURID DAN IMPLIKASINYA TERHADAP PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN (PdP)
Secara umum, perbezaan individu bermaksud ketidaksamaan seseorang individu daripada
norma kumpulannya. Borich dan Tombari (1997) menyatakan bahawa wujud perbezaan
individu yang merujuk kepada kepelbagaian ciri ahli kumpulan daripada segi karakter, tahap
keupayaan, bentuk persahabatan dan hubungan ibu bapa dengan anak. Sehubungan itu,
kajian Woolfolk (1998) membuktikan bahawa kesedaran terhadap kepelbagaian yang wujud
dalam kalangan murid menjadi faktor kepada keberkesanan proses pengajaran guru. Melalui
kajian yang saya jalankan terhadap murid-murid di kelas Tahun 4 Adil, saya dapati bahawa
kepelbagaian murid sememangnya ada. Jadual 2.0 berikut menunjukkan perbezaan murid di
kelas tahun 4 Adil dalam aspek fizikal, latar belakang dan kognitif.
Jadual 2.0

ASPEK PERBEZAAN FIZIKAL LATAR KOGNITIF


BELAKANG

NAMA MURID Bil. Kedudukan


Tinggi Berat Pekerjaan adik dalam kelas
(cm) (kg) Ibu/Bapa beradik (sem 2/16)
1. Heizer Mlorrie Bayre 130 30.0 Guru 1/3 1
2. Nurhassanah Binti Suzali 132 28.0 Pensyarah 2/4 2
3. Angelically-Glorysya Juntiu 136 26.0 Kerani 1/3 3
4. Elvindra Asegali 140 34.0 Ahli Bomba 6/6 4
5. Mitchael Domiki 142 32.5 Pensyarah 1/4 5
6. Daniella Daniel 131 27.5 Petani 2/4 6
7. Enida Marsharra 137 26.6 Polis 3/5 7
8. Nurazirah Abdullah 143 27.5 Guru 4/4 8
9. Ramadhan Indiri 138 32.3 Jururawat 4/7 9
10. Ezzatul Hijjrah Binti Zidi 148 36.8 Peniaga 1/3 10
11. Maxsell Halim 131 28.9 Guru 4/4 11
12. Siti Nor Ajuah Binti Rahmat 125 29.0 Petani 5/6 12
13. Mohamad Irfan Bin Santy 131 33.5 Pemandu 5/5 13
14. Aidil Alpian Bin Ismail 126 31.0 Penternak 1/3 14
15. Muhd Shahari Bin Suffian 133 34.0 Petani 1/1 15
16. Parmella Synthia Devonnie 137 24.0 Kerja sendiri 3/4 16
17. Mohd Asri Bundah 136 29.5 Penternak 5/5 17
18. Abdul Ariri Asuzah 129 25.0 Pemandu 4/8 18
19. Nordiana Binti Makmur 140 22.3 Petani 1/3 19
20. Azudil Azman 132 29.5 Pengawal 4/4 20
21. Hariani Binti Harniq 141 24.0 kerja sendiri 3/5 21
22. Elyndra Elfiah Hasib 140 25.7 Pemandu 1/4 22
23. Hasbi Bin Abdullah 136 27.5 Penternak 3/4 23
24. Faizura Binti Jamrah 144 29.5 Kerani 2/2 24
25. Howard Tion 128 28.5 Peniaga 4/5 25
26. Mohd Ikram Bin Jailani 126 27.0 Petani 1/5 26

Jadual 1.0 menunjukkan perbezaan murid daripada aspek fizikal, latar belakang dan kognitif secara
keseluruhan di kelas Tahun 4 Adil.

2
2.1 Latar Belakang
Latar belakang keluarga murid dalam sesebuah kelas sememangnya tidak sama antara
satu sama lain. Melalui pemerhatian, saya dapati bahawa murid-murid di kelas kajian
saya tidak mempunyai jenis pekerjaan bapa dan bilangan adik beradik yang sama.
Wentzel (1998) menyatakan bahawa kualiti perkembangan kanak-kanak banyak
bergantung pada ibu bapa kerana mereka merupakan agen sosialisasi yang penting
kepada kanak-kanak untuk membina kepercayaan, sikap dan nilai.
Jadual 2.1 berikut menunjukkan hasil analisis data yang membuktikan bahawa
pekerjaan bapa dan bilangan adik-beradik murid di kelas Tahun 4 Adil adalah berbeza.
Maka, melihat pada analisis tersebut serta pemerhatian secara menyeluruh ke atas
gaya pergaulan murid di kelas ini, saya dapat simpulkan bahawa akan adanya
perbezaan pada aspirasi murid yang digambarkan melalui pencapaian kognitif dan
sosial mereka.
Guru seharusnya peka terhadap perbezaan latar belakang keluarga murid di kelas
kerana suasana keluarga amat berhubungkait dengan konsep kendiri murid. Maka,
untuk meningkatkan keberkesanan pembelajaran, guru perlu bijak dalam memilih
pendekatan yang sesuai dalam berinteraksi dengan murid yang berbeza latar belakang.
Misalnya, guru kelas tahun 4 adil sering mewujudkan pembelajaran di luar bilik darjah
agar elemen-elemen persekitaran yang berkaitan dengan latar belakang mereka mampu
mendorong murid untuk berfikir dan belajar.

Jadual 2.1

LATAR BELAKANG BILANGAN MURID (orang)


Guru 3
Pensyarah 2
Polis 1
Pemandu 2
Ahli Bomba 1
JENIS Kerani 2
PEKERJAAN
Petani 5
BAPA
Peniaga 2

Pengawal 1

Jururawat 1

Penternak 4

Kerja sendiri 2

3
Anak Sulung 9
KEDUDUKAN
DALAM
Anak Tengah 11
ADIK-
BERADIK
Anak Bongsu 6

Jadual 2.1 menunjukkan hasil analisis perbezaan jenis pekerjaan bapa murid dan kedudukan
murid dalam adik-beradik.

2.2 Fizikal
Perbezaan fizikal merupakan ketidaksamaan yang boleh dilihat dengan mata kasar
daripada segi rupa paras, susuk badan, jantina,, kemahiran fizikal dan kemahiran kerja
tangan. Berdasarkan pemerhatian saya secara keseluruhan, saya dapat simpulkan
bahawa murid-murid di kelas Tahun 4 Adil mempunyai perbezaan dalam aspek
ketinggian dan berat badan. Dengan melakukan aktiviti mengukur berat dan tinggi
murid, saya dapat melihat dengan lebih spesifik bacaan ukuran berat dan ketinggian
kesemua murid seperti yang ditunjukkan melalui Jadual 1.0.
Noriati et al. (2017) menegaskan bahawa perbezaan fizikal sememangnya
memberi impak dalam proses interaksi antara guru dengan pelajar. Justeru, seseorang
guru perlu mengambil kira saiz fizikal anak didiknya supaya wujud interaksi lisan yang
berkesan sehingga tamat sesuatu aktiviti PdP. Misalnya, guru di kelas ini menempatkan
murid-murid yang agak rendah untuk duduk di hadapan dalam setiap kumpulan meja
agar tidak menghalang pandangan kumpulan murid lain di bahagian belakang. Jadual
2.2 berikut merupakan hasil analisis perbezaan ketinggian dan berat badan 26 orang
murid melalui bacaan pada alat pengukur.
Jadual 2.2
ASPEK FIZIKAL / NILAI PURATA (cm) BILANGAN MURID
125 - 130 6
131 - 135 7
KETINGGIAN 136 - 140 8
141 - 145 4
146 - 150 1
20 - 25 3
BERAT 26 - 30 16
31 - 35 7

Jadual 2.2 di atas menunjukkan hasil analisis bagi bacaan ketinggian dan berat badan bagi 26
orang murid.

4
2.3 Kognitif
Secara umum, terdapat tiga faktor perbezaan kognitif murid iaitu aspek jantina, tempat
tinggal murid dan status sosioekonomi keluarga. Melalui pemerhatian saya di kelas
tahun 4 Adil, dapat dibuktikan bahawa status sosioekonomi keluarga mempengaruhi
perbezaan kognitif murid-murid. Dengan membuat analisis terhadap keputusan
peperiksaan akhir tahun 2016 bagi enam orang murid tahun 4 Adil yang dipilih secara
rawak, saya dapat membuat kesimpulan bahawa kognitif murid yang berasal daripada
keluarga yang berstatus sosioekonomi tinggi adalah lebih tinggi jika dibandingkan
dengan kognitif pelajar yang berstatus sosioekonomi sederhana. Jadual 2.3 berikut
membuktikan bahawa jenis pekerjaan bapa yang mewakili status sosioekonomi
keluarga mempengaruhi pencapaian kognitif, iaitu kedudukan murid dalam peperiksaan.

Jadual 2.3

JENIS KEDUDUKAN DALAM


NAMA MURID PEKERJAAN BAPA KELAS (sem 2/16)
1. Heizer Mlorrie Bayre Guru 1
2. Nurhasannah Binti Suzali Pensyarah 2
3. Faizura Binti Jamrah Kerani 13
4. Howard Tion Peniaga 14
5. Mohamad Ikram Bin Jailani Petani 26

Jadual 2.3 menunjukkan analisis data berfokus ke atas enam orang murid berkaitan perbezaan
kognitif yang dipengaruhi oleh status sosioekonomi keluarga.

Selain melihat kepada buku latihan responden serta keputusan peperiksaan, saya juga
mendapati bahawa responden yang mendapat tempat pertama lebih mudah
menyesuaikan diri dengan persekitaran. Kecerdasan turut dikesan melalui kebolehan
individu berfikir dalam usahanya menyesuaikan diri dengan persekitaran (Piaget, 1995).
Sehubungan itu, responden pertama iaitu Heizer Mlorrie Bayre merupakan murid
pertama yang menunjukkan kemesraannya dalam berinteraksi dengan saya semasa
pertama kali masuk ke kelas mereka. Situasi demikian menjadi petanda awal bahawa
responden tersebut mempunyai tahap kecerdasan yang sememangnya tinggi.

Setiap guru perlu berusaha untuk meningkatkan keupayaan kognitif murid di bilik
darjah khususnya dalam matapelajaran yang diajar. Maka, guru perlu menentukan hasil
pembelajaran yang sesuai mengikut kemampuan murid. Guru tidak seharusnya
mengharapkan hasil pembelajaran kumpulan murid yang cerdas adalah sama dengan
hasil pembelajaran kumpulan murid yang sederhana atau lemah. Dengan itu, guru perlu
mengaplikasikan pelbagai teori pembelajaran, strategi serta kaedah dan teknik
pengajaran yang bersesuaian di bilik darjah. Misalnya, guru di kelas tahun 4 Adil ini

5
mengajar dengan berbantukan bahan bantu mengajar seperti gambar dan klip video
untuk memastikan semua murid yang berbeza tahap kognitif dapat memahami isi
pelajaran dengan mudah.

6
3.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, berdasarkan kajian saya ke atas murid-murid di kelas tahun 4 Adil, dapatlah
dibuktikan bahawa setiap murid mempunyai perbezaan sama ada daripada segi fizikal, kognitif
dan latar belakang. Perbezaan murid ini memberi impak kepada pendekatan yang harus
digunakan oleh guru untuk menyampaikan pengajaran. Mengikut Driscoll (2005), pembelajaran
dirujuk kepada perubahan dalam perlakuan manusia atau potensi perlakuan. Maka, perlu
disedari bahawa untuk mencapai perubahan tersebut, guru-guru berhadapan dengan murid-
murid yang pelbagai. Oleh itu, guru berperanan penting dalam menyusun strategi pengajaran
yang sesuai, selaras dengan kepelbagaian murid demi memastikan keberkesanan proses PdP.

You might also like