You are on page 1of 7

SEKOLAH KEBANGSAAN SULTAN ABDUL AZIZ,

KETIOR,
33000 KUALA KANGSAR,
PERAK DARUL RIDZUAN.
NO. TEL : 05-2561244 KOD SEKOLAH : ABA 4018

MINIT MESYUARAT GURU KALI PERTAMA 2013

Tarikh : 24 Disember 2013 (Selasa)


Masa : 10.00 pagi
Tempat : Makmal Komputer
Pengerusi : Tn.Hj.Mohamed Nordin bin Monsor
Kehadiran : 17/20 orang

Kehadiran :

1. TN HJ MOHAMED NORDIN B. MONSOR - GURU BESAR


2. PN SALMAH BT PANDAK OTHMAN - PK HEM
3. EN JAMIL B. IBRAHIM - PK PENTADBIRAN
4. EN NORAHIMI B ABDUL WAHAB - SETIAUSAHA I
5. PN NORA BT ABDUL RAHIM - SETIAUSAHA II
6. EN ZAINI B. MOHD NOORDIN
7. PN BALQIS BT HJ YAHYA
8. EN MOHAMMAD LABIQ B. RAZALI
9. EN MOHD AZANI B AMDAM
10. PN LAILYE ROZETA BT ABU BAKAR
11. EN MUHAIRI B. OTHMAN
12. CIK INTAN BAIZURA BT KUSHAIRY
13. PN MURNI BT MAT ARIP
14. EN MOHAMMAD HELMI AFFINDI B. ALI
15. PN SAMILAH BT MAT NAH
16. PN HASNIYATI BT HASSAN
17. PN JALINEH BT SAIDI

Tidak Hadir Bersebab

1. EN ZAID JAUHARI BIN AZIZDIN


2. PN WAHIDA BT IBRAHIM
3. PN NORHAYATI BT IBRAHIM

Agenda 1.0 : Kata alu-aluan

1.1 Pengerusi mengucapkan selamat sejahtera dan mengalu-alukan


kehadiran guru- guru ke mesyuarat guru kali pertama bagi sesi
persekolahan 2013. Pengerusi menyatakan mesyuarat ini bertujuan
untuk memastikan persediaan bagi sesi persekolahan 2013 dapat
dirancang dan seterusnya dilaksanakan dengan baik.

Tindakan : Makluman

1.2 Pengerusi juga memaklumkan bahawa pihak PPD sendiri mahukan


tarikh perjumpaan pertama setiap sekolah bagi sesi persekolahan 2013.

Tindakan : Makluman

Agenda 2.0 : Pentadbiran

2.1 Pengerusi memaklumkan bahawa En.Zaid Jauhari bin Azizdin telah dilantik
dengan rasminya sebagai pemangku PK HEM bermula 1 Januari 2013 bagi
menggantikan Pn.Salmah bt Pandak Othman yang telah bersara.
Tindakan : Makluman

2.2 Membentangkan Buku Panduan Pengurusan Pentadbiran dan Takwim


Persekolahan 2013 dan seterusnya perlantikan Jawatankuasa-jawatankuasa
dalam kurikulum, hal ehwal murid dan kokurikulum untuk sepanjang sesi
persekolahan 2013 untuk disahkan. Ustazah Hasniyati mencadangkan
perlantikan diterima dengan pindaan dan disokong oleh Pn. Murni bt Mat Arip.
Beliau mengharapkan semua guru dapat menjalankan setiap tugas dengan
penuh komitmen dan tanggungjawab.
Tindakan : Makluman

2.3 Mengingatkan setiap guru dan staf supaya memastikan perlantikan dan
pengesahan jawatan telah dibuat juga pemilihan opsyen KWSP atau Skim
Pencen. Guru yang terlibat hendaklah memaklumkan kepada pihak pengurusan
dan kerani berhubung dengan perkara-perkara yang melibatkan perjawatan dan
gaji supaya tidak terlepas pandang.
Tindakan : Guru dan Staf

2.4 Memastikan setiap guru menyedia dan menyiapkan Buku Ringkasan Mengajar
(BRM) dan Borang LNPT sebelum bulan Februari 2013. BRM hendaklah
mengikut kriteria yang ditetapkan seperti tajuk, isi pelajaran, objektif, KBKK,
aktiviti, BBM dan juga refleksi yang ditulis dengan warna merah. BRM juga
hendaklah dilengkapkan dengan visi dan misi sekolah dan juga head count.
Tindakan : Semua Guru

2.5 Setiap guru hendaklah datang ke sekolah sebelum 7.35 pagi iaitu 10 minit lebih
awal. Ini bersesuaian dengan dasar MMI iaitu melindungi masa instruksional
yang ditekankan oleh PPD. Tidak dibenarkan aktiviti-aktiviti di luar kelas
semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Setiap hari Isnin, perhimpunan
mingguan hanya dijalankan pada waktu pertama sahaja supaya waktu kedua
murid-murid dipastikan berada dalam kelas untuk proses pengajaran dan
pembelajaran.
Tindakan : Semua Guru
2.6 Guru dan kakitangan hendaklah berpakaian berdasarkan pekeliling iaitu SPP
Bil.2/85 dan SPP Bil.1/2006. Baju korporat dan jaket tidak lagi dibenarkan
dipakai pada hari Rabu kecuali uniform pakaian seragam seperti Pengakap dan
PBSM.
Tindakan : Semua guru dan staf

2.7 Guru hendaklah menandatangani borang pengesanan guru dan murid semasa
proses pengajaran dan pembelajaran yang telah disediakan setiap kali
memasuki kelas.
Tindakan : Semua guru

2.8 Pencerapan buku latihan murid akan dilakukan secara berkala. Setiap guru
hendaklah memberikan latihan dan kerja rumah yang mencukupi kepada murid-
murid. Pemberian kerja rumah kepada murid hendaklah dicatatkan dalam BRM
serta mencatitkan jumlah latihan dalam satu minggu dengan pen warna merah.
Buku RKM juga hendaklah ditanda.
Tindakan : Semua guru

2.9 Guru-guru yang menghadiri kursus hendaklah hendaklah menyediakan laporan


dalam lampiran maklum balas yang disediakan. Mereka juga hendaklah
mengadakan in-house training sebagai penyampaian dan perkongsian
maklumat dalam LADAP. Guru yang menghadiri kursus KSSR diwajibkan
mengajar mata pelajaran tersebut dan ketidakhadiran mereka dalam kursus
tersebut boleh dikenakan tindakan disiplin.
Tindakan : Semua guru

2.10 Guru kelas hendaklah menghantar jadual kedatangan murid ke pejabat pada
setiap pagi sebelum pukul 9.00 pagi.
Tindakan : Guru Kelas

2.11 Guru-guru mata pelajaran hendaklah membuat head count setiap kali selepas
dua minggu tarikh peperiksaan.
Tindakan : Guru Matapelajaran

2.12 Guru Bimbingan hendaklah proaktif dalam menjalankan program-program


yang berkesan kepada murid-murid melalui Jawatankuasa Bimbingan Pelajar
Sekolah (JBPS).
Tindakan : Guru Bimbingan

2.13 Semua pesanan barang-barang perlulah berhubung dengan En.Sulaiman dan


menggunakan nota minta serta diluluskan oleh Guru Besar. Setiap pesanan
pembelian perlulah bersesuaian dengan wang yang ada.
Tindakan : Makluman

2.14 Buku inventori dan buku stok perlulah dikemaskini dan disemak dari masa ke
semasa.
Tindakan : Makluman
Agenda 3.0 Kurikulum

3.1 Pengesahan dan penerimaan perlantikan Jawatankuasa Kurikulum untuk


tahun 2013.
Tindakan : Makluman

3.2 Buku Rekod Mengajar (BRM) perlu dihantar dua minggu selepas buka
sekolah untuk tahunan manakala rancangan harian dihantar pada setiap hari
Jumaat. BRM mesti mengandungi head count, jadual kelas dan peribadi serta
setiap maklumat perlu diisi.
Tindakan: Semua Guru

3.3 P&P telah ditukar kepada PdP dan perlu mematuhi MS ISO 9001:2000.

Tindakan : Makluman

3.4 Mesyuarat kurikulum, panitia, PSS dan lain-lain perlulah diadakan sebanyak 4
kali setahun dan minit mesyuarat perlulah dikemaskinikan dan difailkan.
Setiap panitia hendaklah membuat post mortem dan tindakan susulan setiap
kali selepas ujian atau peperiksaan.
Tindakan : KP /SU

3.5 Rujuk pada takwim:-

3.5.1 Pencerapan guru-guru iaitu 2 kali setahun


3.5.2 Semakan kerja murid

Tindakan : Semua Guru

3.6 Pengerusi mengucapkan terima kasih pada guru-guru kerana pencapaian


yang baik dalam UPSR 2012 dan melepasi target JPN.

Target JPN Pencapaian


Peratus Lulus 70.4% 76.3%
GPS 1.6 2.44

3.7 Penetapan matlamat UPSR 2013:

Matapelajaran Peratus Lulus


BM Pemahaman 95%
BM Penulisan 95%
Bahasa Inggeris 95%
Matematik 95%
Sains 95%

Peratus lulus keseluruhan UPSR 2013 ialah 95%

Tindakan : Guru mata pelajaran


3.8 Penilaian untuk Tahun 6: Penilaian 1, Penilaian 2, PKSR, Penilaian 3,
Percubaan LTS 2 dan 3. Soalan-soalan ujian bagi tahun-tahun lain dibuat
oleh guru mata pelajaran tersebut berdasarkan buku panduan pembinaan
item yang disediakan oleh Sektor Akademik JPN Perak.

Tindakan : SU Peperiksaan / Guru Mata pelajaran

3.9 Pelaksanaan Dasar MBMMBI melibatkan mata pelajaran Bahasa Melayu,


Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.
Tindakan : Panitia BM/BI/MT/SN

3.10 Penilaian Berasaskan Sekolah melibatkan murid-murid Tahun 1 hingga


Tahun 6.
Tindakan : SU PBS

3.11 KSSR pada tahun 2013 melibatkan murid-murid Tahun 1, 2 dan 3.

Tindakan : Guru Tahap 1

3.12 LINUS – 100% lulus murid-murid Tahun 1, 2 dan 3.

Tindakan : SU LINUS

3.13 Peperiksaan akhir tahun diadakan 2 minggu sebelum sesi


persekolahan berakhir.
Tindakan: Makluman

Agenda 4.0 Hal Ehwal Murid

4.1 Program Guru Penyayang iaitu guru yang bertugas hendaklah menyambut
murid di pintu pagar setiap pagi.
Tindakan : Guru Bertugas

4.2 Guru yang terlibat diminta menyenaraikan murid-murid yang menerima


Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang disediakan pada hari pertama
persekolahan.
Tindakan : SU RMT

4.3 SU SPBT menjelaskan buku teks telah diagihkan kepada murid walaupun
masih ada yang belum menerima sepenuhnya kerana masalah kekurangan
buku dan beliau cuba mendapatkannya daripada sekolah lain. Semua murid
Tahun 6 telah menerima buku teks masing-masing pada hari pertama
persekolahan.
Tindakan : SU SPBT

4.4 En.Mohd Helmi telah diamanahkan untuk merancang serta menguruskan


program lawatan untuk guru dan murid dari segi destinasi dan tarikh lawatan.

Tindakan : SU Lawatan
4.5 Bagi semua penerima KWAMP, semua proses borang dan keluarga yang
terpilih telah siap diproses dan dihantar pada bulan Disember.

Tindakan : SU KWAMP

4.6 Badan Disiplin telah merancang untuk mengadakan Majlis Watikah


perlantikan Pengawas-pengawas Sekolah 2013 dan Pengawas Pusat
Sumber pada 14 Januari 2013 sewaktu perhimpunan mingguan diadakan.

Tindakan : Guru Disiplin dan Guru PSS

Agenda 5.0 Kokurikulum

5.1 Aktiviti kokurikulum 2013 melibatkan murid-murid Tahap 2 dalam unit


beruniform, persatuan dan permainan. Murid tahun 3 hanya terlibat dengan
permainan sahaja. Aktiviti pasukan unit beruniform dijalankan sekurang-
kurangnya 18 kali setahun, persatuan 12 kali setahun manakala permainan
sepanjang tahun.
Tindakan: Makluman

5.2 Dasar 1 Murid 1 Sukan melibatkan murid-murid Tahun 3,4,5 dan 6 serta
memastikan setiap murid terlibat sekurang-kurangnya satu jenis permainan.
Jadual aktiviti adalah seperti dalam Buku Takwim Sekolah 2013 yang selari
dengan dasar MMI.
Tindakan: Makluman

5.3 Pihak sekolah memutuskan hanya menyertai pertandingan olahraga, bola


jaring, bola sepak, sepaktakraw, bola baling lelaki dan perempuan dalam
kejohanan MSSD Kuala Kangsar 2013.
Tindakan: Makluman

5.4 Kejohanan Padang dan Balapan 2013 diadakan pada 27 Jun 2013 bermula
pada pukul 2.30 petang. Sukantara dan raptai sukan tidak diadakan pada
sebelah pagi bagi mematuhi Dasar MMI.
Tindakan: Makluman

5.5 Mengharapkan penglibatan guru-guru dan staf dalam PSKPP Daerah Kuala
Kangsar 2013. Mengucapkan terimakasih kepada kelab guru sekolah yang
telah menguruskan pasukan sepaktakraw Zon Manong menjadi naib johan
Daerah Kuala Kangsar pada tahun 2012.

Agenda 6.0 Hal-hal Lain

6.1 LADAP (LDP) hendaklah setiap guru merujuk kepada setiausahanya.

Tindakan: Semua guru dan SU LDP


6.2 Pengerusi mengharapkan diadakan Majlis Anugerah Sukan peringkat sekolah
sebagai menghargai sumbangan murid-murid yang telah menaikkan nama
sekolah dalam bidang sukan.
Tindakan: PKKO

6.3 Guru-guru kelas diharapkan agar dapat membuat perlantikan ketua kelas dan
penolong ketua kelas serta menerangkan tentang bidang tugas mereka.

Tindakan: Guru Kelas

Disediakan oleh, Disemak oleh,

……………………………….. …………………………………..
Norahimi bin Abdul Wahab Tn Hj Mohamed Nordin bin Monsor
Setiausaha Mesyuarat Guru Guru Besar SKSAA

You might also like