You are on page 1of 14

1.

0 PENDAHULUAN

Pelabuhan Melaka seperti yang kita sedia maklum sangat terkenal sebagai jalan

perdagangan yang utama di dunia. Kegiatan perdagangan bukanlah perkara yang baru

bagi penduduk Melayu di Melaka. Kegiatan pedagangan merupakan warisan dan

penerusan tradisi kegiatan ekonomi orang peribumi yang telah berjalan sejak zaman awal

Kerajaan Melayu Langkasuka dan Sriwijaya, iaitu dari abad ke-7 hingga abad ke-13. 1

Kerajaan-kerajaan kelautan yang terdapat di pesisir pantai Selat Melaka ini mempunyai

kelebihan dan keistimewaan geografinya dan telah menjadi tumpuan pedagang-pedagang

dari Arab dan China sejak dari abad pertama lagi. 2 Sebelum itu, Melaka pada awalnya

hanyalah sebuah perkampungan nelayan, namun telah berkembang pesat menjadi sebuah

perlabuhan yang terkenal yang telah berjaya menarik ramai pedagang asing untuk

berdagang di Melaka.

Melaka telah berjaya muncul sebagai sebuah pusat perdagangan baru pada abad ke-

15 kesan daripada faktor perdagangan yang semakin maju (rujuk lampiran 1). Kegiatan

ini menjadikan Melaka sentiasa sibuk dengan pelbagai aktiviti sehingga dikenali dengan

nama “PASARAYA TIMUR”.3 Kedudukan Melaka yang amat strategik menjadikannya

sebuah pangkalan luar yang penting bagi kapal-kapal yang lalu dari Timur dan Barat ke

Nusantara.4 Kerap dikatakan bahawa tradisi Melaka adalah penerusan atau warisan tradisi

1
Muhammad Yusoff Hashim Ph,D., Kesultanan Melayu Melaka, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1989,
hlm. 236.
2
Bahasa Othman, Melaka: Sejarah Awal Negara Kita, Selangor, Marwilis Publisher & Distributors Sdn.Bhd, 1989.
hlm. 14.
3
Perbadanan Muzium Melaka, Melaka: Pengamatan Melalui Lukisan Dan Dioramas, Melaka, Surya Sdn Bhd, 1998,
hlm. 35.
4
Ibid, hlm. 15,

1
Sriwijaya namun ia berlaku secara kebetulan. Parameswara, iaitu pemerintah Melaka

yang pertama adalah daripada keturunan kerabat diraja Palembang. Beliau diusir dari

Palembang akibat desakan pengaruh Jawa di sana, mungkin pengalaman politik dan

proses ekonomi yang dialami oleh Parameswara semasa berada Palembang dan Jambi

telah membantu beliau untuk menyusun strategi memaju serta menjadikan Melaka

sebagai sebuah ‘emporium’ Melayu pada abad ke-15. Dalam buku Melaka Melangkah

Maju, turut menyatakan bahawa orang-orang Eropah turut menggelar Melaka “Emporium

of the East” ataupun Kota Niaga di Timur. 5

2.0 PERBINCANGAN

Dalam esei ini, saya akan menyatakan pendirian saya tentang pernyataan bahawa

“tanpa kain gujerat ataupun rempah, Melaka hanya akan menjadi salah satu perlabuhan

antara yang begitu banyak yang terdapat di rantau ini”. Setelah membuat kajian

berdasarkan buku-buku, akhbar, artikel dan jurnal, saya membangkang sepenuhnya

pernyataan tersebut bahawa tanpa kain Gujerat dan rempah, Melaka hanyalah sebuah

perlabuhan yang biasa. Memang tidak dinafikan bahawa kain Gujerat dan rempah

merupakan penyumbang terhadap kegemilangan selat Melaka sebagai sebuah pusat

perdagangan yang maju, namun terdapat faktor-faktor penting lain yang telah

menyumbang besar terhadap zaman kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka sebagai

sebuah perlabuhan yang terkenal.

5
Mohd Adib bin Haji Mohd Adam, Melaka Melangkah Maju, Melaka, Pejabat Kemajuan Negeri, 1982, hlm. 11.

2
2.1 Kedudukan Geografi Yang Strategik Di Perairan Selat Melaka

Lokasi yang strategik merupakan salah satu faktor terpenting yang membawa kepada

kegemilangan pelabuhan Melaka. Melaka terletak di tengah-tengah perjalanan

perdagangan Timur dan Barat yang menjadi tumpuan pedagang-pedagang asing seperti

China, India, Arab dan Kepulauan Melayu sendiri (rujuk lampiran 3). 6 Hal ini

menyebabkan Melaka selalu menjadi tempat persinggahan orang ramai dan juga tempat

pelaburan yang sangat sesuai.7 Kedudukannya yang berada di tengah-tengah semua

gerakan perdagangan telah mendorong Melaka ke arah kemajukannya (rujuk rajah 1 dan

2 pada lampiran 7). Seperti yang kita maklum, perlabuhan yang strategik biasanya

memiliki kedudukan geografi yang dapat mengawal arah dan aliran perdagangan

tempatan dan seterusnya berjaya mengembangkan jaringan perdagangannya bagi

menguasai perdagangan wilayah dan antara wilayah. Selat Melaka menjadi sebagai

kawasan lalulintas di antara Timur dengan Barat dan memainkan peranan sebagai

pelabuhan transit bagi kapal-kapal yang berulang alik melalui Selat Melaka. 8 Ia juga

membekalkan bahan-bahan segar dan makanan kepada para pedagang yang berlayar

jauh .

Melaka juga terlindung daripada ancaman tiupan angin.9 Ia merupakan sebagai

tempat yang selamat kepada para pedagang untuk berhenti dan menanti perubahan tiupan

6
Ahmad Hikmat, Selat Melaka: Soal Yang Terus Diperbincang Oleh Dunia,1975, hlm. 4, Diakses pada 04 Oktober
2015 daripada http://eresources.nlb.gov.sg/newspapers.
7
Mohd Adib bin Haji Mohd Adam, Melaka Melangkah Maju, Melaka, Pejabat Kemajuan Negeri, 1982, hlm. 11.
8
Muhammad Yusoff Hashim Ph,D., Kesultanan Melayu Melaka, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa Dan Pustaka,1989,
hlm. 236.
9
Dr.Ismail Said, Perkembangan Sejarah Negara, Perak, Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd., 2010, hlm. 11.

3
angin ke timur dan ke barat. Dengan perubahan arah dan tiupan angin ini juga dilihat

sebagai faktor yang menyatukan para pedagang ke kepulauan rempah dan angin monsun

timur membawa mereka ke Sumatera dan pelabuhan Selat Melaka. 10 Zaman kapal

perdagangan yang dilakukan dan ditentukan mengikut musim angin telah membolehkan

bandar perlabuhan di Selat Melaka berubah status menjadi pusat perdagangan yang utama

dan kosmopolitan sifatnya. Pintu perlabuhannya sangat dalam dan luas untuk

membolehkan kapal-kapal besar masuk berlabuh (rujuk lampiran 5).11 Tome Pires ada

menyatakan bahawa perlabuhan Melaka begitu baik kerana kapal-kapal boleh berlabuh

dalam semua musim dan perdagangan boleh dijalankan dalam keadaan yang sangat

selesa.12 Menurut beliau,

Melaka merupakan sebuah kota yang dilahirkan untuk perdagangan, lebih baik
daripada kota-kota lain di dunia, di hujung satu monsun dan di pangkal monsun
yang lain. Melaka dikelilingi dan terletak di tengah perdagangan serta perniagaan
di antara bangsa-bangsa yang berlainan kerana dari ribuan batu dari semua arah
mesti datang ke Melaka.13

Menurut Tome Pires lagi, saban tahun sekurang-kurangnya 100 kapal besar dan di

antara 30 hingga 40 kapal-kapal kecil berlabuh di Melaka. Pelabuhan Melaka dapat

menampung sehingga 2000 kapal pelbagai saiz untuk sesuatu masa.14

10
Nordin Hussin, Geografi dan Perdagangan: Kepentingan Selat Melaka kepada Perdagangan Dunia, Asia dan Dunia
Melayu 1700-1800. Akademika 76, 3-6 3, hlm. 3, Diakses pada 16 Oktober 2015 daripada
http://www.ukm.my/penerbit/akademik
11
MD.Khairunan Hj Ali, Aspek-aspek terpenting yang perlu diketahui mengenai sejarah Melaka, hlm. 4, Diakses pada
12 September 1978 daripada laman web http://eresources.nlb.gov.sg/newspapers.
12
Ahmad Jelani Halimi, Perdagangan Dan Perkapalan Melayu Di Selat Melaka, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan
Pustaka ,2006, hlm. 22.
13
Tome Pires, The Suma Oriental of Time Pires, Nendeln/Liechtenstein, Kraus Reprint Limited, 1944, hlm. 251.
14
Muhammad Yusoff Hashim Ph,D., The Malay Sultanate of Malacca, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa Dan Pustaka,
1992, hlm. 183.

4
2.2 Sistem Pemerintahan Yang Teratur Dan Strategik

Kebijaksanaan pemerintah dalam melaksanakan sistem pemerintahan juga salah satu

penyebab kemajuan Selat Melaka. Ma Huan dan Fei Hsin amat menyanjung

kebijaksanaan dan pemerintahan raja-raja Melaka yang awal. Penulis yang terkemudian

seperti Gibson-Hill juga mengakui kebenaran laporan tersebut. Gibson-Hill membuat

andaian bahawa raja-raja Melaka yang awal itu yang bertanggungjawab mewujudkan

suasana perdagangan di Melaka sehingga menjadi sebuah ‘emporium’ Melayu yang

agung untuk tahap-tahap seterusnya bagi memenuhi ruang masa sepanjang abad ke-15

dan awal ke-16. Menurut Sejarah Melayu edisi tahun 1536, setelah Parameswara sampai

ke Melaka, baginda mula menyusun pentadbiran dan mengagihkan tugas dan

tanggungjawab kepada pengawal istana.15 Wang Gungwu turut merujuk hal ini pada

kepintaran Parameswara yang menyedari hakikat dan tuntutan tradisi bahawa Melaka

adalah waris Sriwijaya. Gibson-Hill telah membuat kesimpulan bahawa perubahan dan

perkembangan Melaka menjadi pusat perdagangan antarabangsa adalah berkat

pengetahuan dan pengalaman raja-raja awal Melaka tentang kegiatan sosioekonomi

Sriwijaya dahulu dan bukan secara kebetulan.16 Kenyataan ini selari dengan laporan Ma

Huan dan Fei Hsin yang telah menyebut perancangan ekonomi mestilah terlebih dahulu

dilengkapkan dengan perancangan pemerintahan dan pentadbiran yang tersusun. Laporan

Cina dan laporan Portugis jelas menerangkan tentang peranan raja-raja Melayu

terutamanya Parameswara, Megat Iskandar Syah dan Muzaffar Syah dalam usaha

menjadikan Melaka sebuah perlabuhan yang terkemuka di Asia Tenggara. 17 Barbara


15
Syed Zulflida S.M. Noor, Pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka: Kemunculan dan Kegemilangan, Kuala Lumpur,
Arkib Negara Malaysia, 2006, hlm. 99.
16
Muhammad Yusoff Hashim Ph,D., Kesultanan Melayu Melaka, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1989,
hlm. 242.
17
Ahmad Jelani Halimi, Perdagangan Dan Perkapalan Melayu Di Selat Melaka, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan
Pustaka, 2006, hlm. 23.

5
Watson Andaya dan Leonard dalam buku Sejarah Malaysia juga bersetuju bahawa

pentadbiran Melaka tersusun baik dan lengkap dengan segala kemudahan yang paling

istimewa dan hal ini menjadi bukti betapa cermatnya raja-raja Melaka mengadakan

keadaan yang selamat serta menguntungkan bagi pedagangan.18

Kedudukan Melaka yang strategik dari sudut perdagangan inilah yang telah menarik

minat kerajaan Ming (China) untuk berhubung rapat dan memberi perlindungan

kepadanya. Kerajaan Ming berhasrat menjadikan Melaka sebagai perlabuhan

persinggahan kapal-kapal dagang dan angkatan lautnya dalam pelayaran ke Asia Selatan

dan Barat. Perlindungan inilah telah dipergunakan oleh Parameswara dengan bijak untuk

memajukan Melaka. Dalam masa yang singkat sahaja, iaitu sebelum kemangkatannya

sekitar tahun 1414, Parameswara telah berjaya menjadikan Melaka sebagai pusat

perdagangan yang terkenal. Dalam usaha menjadikan pelabuhan Melaka terkenal dalam

kalangan pedagang Timur dan pedagang Barat, Parameswara telah memperkenalkan

semula taktik paksaan yang pernah digunakan oleh kerajaan Srivijaya sebelumnya. P.

Wheatly menyatakan,

Kewibawaan Melaka ke atas Melaka dipastikan apabila Parameswara menghantar


sepasukan perahu peronda yang dikendalikan oleh Celates (Orang Laut)
untuk memaksa kapal-kapal singgah di Melaka. Seperti dalam zaman Srivijaya,
Selat itu menjadi laut persendirian kembali.

Pemerintah-pemerintah Melaka juga turut dibantu oleh sekumpulan pembesar yang

memberikan taat setia yang tinggi kepada pemerintah. Contohnya, bendahara Tun Perak

yang banyak menyumbang jasa dalam sistem pentadbiran negeri Melaka. Hal ini turut

18
Andaya B.W & Andaya L.Y., Sejarah Malaysia, Petaling Jaya, Macmillan Publishers (M) Sdn. Bhd, 1982, hlm. 49.

6
dinyatakan dalam buku Dr.Ismail Said, Tun Perak merupakan tulang belakang

perkembangan Melaka ke mercu kekuasaannya di Kepulauan Melayu.19 Beliau juga

dianggap orang yang bertanggungjawab secara langsung dalam pertahanan dan

perkembangan Melaka dan setelah dilantik sebagai bendahara pada awal tahun 1450-an,

perluasan kuasa telah berjalan dengan lancar.20 Dalam Sulalatus Salatin ada mengatakan

bahawa Bendahara Tun Perak mematahkan serangan laut Siam, pimpinan Awi Dicu di

Batu Pahat. Peranan seperti ini ditunjukkan lagi ketika Melaka mengembangkan sayap

untuk menjadi kuasa penakluk.21

2.3 Kepentingan Melaka Sebagai Sebuah Pusat Penyebaran Islam

Sebelum kedatangan agama Islam ke Melaka, masyarakat Melaka menganuti

fahaman animisme dan Hinduisme. Islam mula muncul di Melaka pada tahun 1414.

Menurut Tom Pires, Parameswara memeluk agama Islam dan memakai gelaran Raja

Iskandar Syah setelah berkahwin dengan puteri dari Pasai. Pengislaman raja Melaka itu

telah mendorong penduduk Melaka memeluk agama Islam secara beramai-ramai. Jadi,

penyebaran agama Islam telah berlaku melalui perkahwinan baginda. 22 Kedudukan

Melaka sebagai pusat perdagangan menjadi bertambah penting setelah Raja Melaka

memeluk agama Islam.23 Tome Pires juga mendakwa dengan perkahwinan Sultan

19
Dr.Ismail Said, Perkembangan Sejarah Negara, Perak, Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd, 2010., hlm. 11.
20
Zainal Abidin b. Abdul Wahid et al., Malaysia: Warisan dan Perkembangan, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan
Pustaka,1992, hlm. 36.
21
A.Samad Ahmad. Sulalatus Salatin, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1986, hlm. 88.
22
Sidang Pengarang,, Kesultanan Melayu Melaka dan Kedatangan Portugis, Petaling Jaya, PMSE Education Sdn.Bhd.,
2000, hlm. 6.
23
Ahmad Jelani Halimi, Perdagangan Dan Perkapalan Melayu Di Selat Melaka, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan
Pustaka, 2006, hlm. 23.

7
Iskandar Syah dengan puteri Pasai telah menyebabkan semakin ramai saudagar Islam dari

perlabuhan Pasai datang ke Melaka. Pedagang-pedagang Islam yang mengunjungi

pelabuhan Melaka telah memainkan peranan penting mengislamkan kerajaan Melaka.

Walaupun Tome Pires mencatatkan bahawa pengislaman Iskandar Syah adalah hasil

usaha para ulama dari Pasai, akan tetapi kehadiran dan pengaruh pedagang asing Islam,

Benggala, Gujerat dan Arab di Melaka telah membawa lebih ramai pedagang dari tempat-

tempat lain ke pelabuhan Melaka.24 Hal ini yang menyebabkan perdagangan di Selat

Melaka mencapai keuntungan.25 Jadi perkara ini membuktikan dengan perkembangan

agama Islam pada abad ke-13 telah membawa peningkatan kepada perdagangan bukan

sahaja perdagangan antarabangsa tetapi juga pedagangan antara perlabuhan tempatan.26

Kedatangan Islam secara tidak langsung telah menjadikan Melaka sebuah Kerajaan

Kesultanan yang makmur dan terkenal.27 Proses ini mencapai kemuncaknya pada zaman

Kesultanan Melayu Melaka sekitar pertengahan abad ke-15.28

Kedatangan Islam telah meletakkan Kesultanan Melayu Melaka menerajui empayar

Melayu Islam yang berjaya membina sebuah tamadun. Kebanyakan pedagang yang

datang ke Melaka ketika itu adalah pedagang Islam dari Timur Tengah dan India,

terutamanya Gujerat. Menurut Tome Pires, terdapat juga pedagang-pedagang Parsi, Turki,

24
Ahmad Jelani Halimi, Perdagangan Dan Perkapalan Melayu Di Selat Melaka, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan
Pustaka, 2006, hlm. 21.
25
Muhammad Yusoff Hashim Ph,D., Kesultanan Melayu Melaka, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1989,
hlm. 245.
26
Ahmad Jelani Halimi, Perdagangan Dan Perkapalan Melayu Di Selat Melaka, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan
Pustaka, 2006, hlm. 11.
27
Kong Yuanzhi, Pelayaran Zheng He dan Alam Melayu, Selangor, Penerbit UKM, 2000, hlm. 62.
28
Prof.Khoo Kay Kim, Melaka dan Sejarahnya. Melaka, Terbitan Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Melaka,
1979, hlm. 80.

8
Turkomans, dan Armenia.29 Sebelum Melaka menerima agama Islam, pedagang-

pedagang asing ramai tertumpu ke Pasai, Aru dan Jambi. Buku Sulalatus Salatin ada

mencatatkan bahawa pada zaman itulah, Melaka berkembang dengan pesat, makmur dan

dikunjungi ramai pedagang.30 Kesibukan pelabuhan dan pasar Melaka digambarkan

dalam buku Sulalatus Salatin,

Maka segala dagangan bawah angin dan dagang atas angin sekaliannya datang ke Melaka,
terlalu ramainya bandar Melaka pada zaman itu. Maka segala dagang Arab dinamainya
Malakat, yakni perhimpunan segala dagang, dari kerana banyak pelbagai jenis dagang ada
di sana, tambahan segala Orang Besar-besarnya pun sangat saksama.31

Akhirnya, Melaka menjadi sebuah pusat penyebaran Islam yang terpenting pada abad

ke-15. Justeru, perkembangan agama Islam telah mempengaruhi sistem pentadbiran,

perundangan, ekonomi, bahasa dan kesusasteraan dan lain-lain lagi.

2.4 Peranan Orang Laut

Satu lagi daya penarik Selat Melaka ialah kemampuannya menjamin keselamatan

para pedagang dalam perairan Selat Melaka,32 Sebagai sebuah perlabuhan yang terkenal,

Selat Melaka sering terjadi kegiatan perlanunan. Oleh itu, penting bagi kerajaan Melaka

untuk menjaga keselamatan para pedagang. Bagi menjaga keselamatan, Orang Laut

direkrut untuk bertanggungjawab menjaga keselamatan dan kawasan perairan untuk

membanteras kegiatan perlanunan.33 Mereka mampu mengawal kegiatan lanun-lanun

tersebut misalnya dari Siam dan Majapahit.34 Seperti juga tradisi Sriwijaya, keamanan
29

30
A.Samad Ahmad, Sulalatus Salatin, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1986, hlm. 72.
31
Ibid hlm. 76.
32
Andaya B.W & Andaya L.Y, Sejarah Malaysia, Petaling Jaya, Macmillan Publishers (M) Sdn. Bhd, 1982, hlm. 48.
33
Bahasa Othman, Melaka: Sejarah Awal Negara Kita, Selangor, Marwilis Publisher & Distributors Sdn.Bhd, 1989,
hlm. 50.
34
Kesultanan Melayu Melaka dan Kedatangan Portugis, Petaling Jaya: PMSE Education Sdn.Bhd., 2000, hlm. 6.

9
laut juga diserahkan dibawah jagaan Orang Laut yang menjadi tulang belakang kekuatan

tentera Melaka.35 Raja-raja Srivijaya sebelumnya mendapat sokongan Orang Laut yang

amat ditakuti, tetapi penuh perasaan taat setia, yang bertugas melindungi para langganan

Melaka. Jaminan keselamatan ini merupakan unsur yang penting terutama bagi para

pedagang memutuskan untuk berniaga di Melaka.36 Oleh sebab itu, didapati bahawa

peranan orang laut amat penting dalam membawa kepada kegemilangan selat Melaka

sehingga ada diantara mereka yang mendapat kedudukan tertinggi dalam hierarki sosial

dan kuasa Kesultanan Melayu Melaka. Usaha mengkonsolidasikan tenaga Orang Laut

adalah penting dan ketua wajar dilantik dalam kalangan mereka. Jadi, sangat sesuailah

Hang Tuah yang mungkin muncul daripada kalangan suku Melayu ini diberikan jawatan

sebagai laksamana.37

2.5 Hubungan Luar Melaka

Sebagai sebuah perlabuhan entrepot, kekuatan perdagangan Melaka bergantung pada

pedagang-pedagang asing. Menyedari pentingnya pedagang asing, pemerintahnya telah

berusaha menguasai Selat Melaka kerana dengan pengusaaan tersebut akan memberi

lebih keyakinan kepada pedagang-pedagang antarabangsa tentang kestabilan politik di

rantau ini dan mewujudkan suasana perhubungan dagangan yang baik.38 Bukti yang

menunjukkan Melaka menjadi pusat tumpuan asing dapat dilihat daripada tiga aliran

35
Muhammad Yusoff Hashim Ph.D, Kesultanan Melayu Melaka, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1989,
hlm. 176.
36
Andaya B.W & Andaya L.Y. Andaya, Sejarah Malaysia, Petaling Jaya, Macmillan Publishers (M) Sdn. Bhd, 1982,
hlm. 48.
37
Ibid,. hlm. 176
38
Ahmad Jelani Halimi, Perdagangan Dan Perkapalan Melayu Di Selat Melaka, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan
Pustaka, 2006, hlm. 26.

10
lalulintas laut.39

Di bahagian Timur, hubungan perdagangan dengan China adalah yang paling

penting.40 Menurut dalam buku Sastera Sejarah yang diselenggarakan oleh Zahrah

Ibrahim, beliau menyatakan China yang mula-mula membuat perhubungan dengan

Melaka. Hal ini dapat dibuktikan melalui catatan-catatan sejarah China seperti ‘Yung Yai

Sheng Lan’ oleh Ma Huan dan ‘Ming Shih’.41 Hal ini mendapat tindak balas yang besar

daripada kerajaan Ming sehingga mereka mengubah dasar perdagangan dengan

menghapuskan dasar tutup pintu. Melaka menjadi tumpuan para pedagang China untuk

memasarkan barang-barang ke Eropah. Seorang pelapor Portugis, Ruy Araujo

menganggarkan saban tahun, antara lapan hingga sepuluh buah jong China datang ke

Melaka dengan membawa pelbagai barangan.42 Hubungan baik China dengan Melaka ini

telah menguntungkan kedua-dua belah pihak.43 Terjalinnya hubungan Melaka dengan

China juga menyebabkan Melaka terlindung dari ancaman Siam dan hal ini menyebabkan

Melaka berkembang menjadi pusat perdagangan penting sepanjang abad ke-15 (rujuk

juga pada lampiran 2).44

39
Muhammad Yusoff Hashim Ph.D, Kesultanan Melayu Melaka, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1989,
hlm. 245.
40
Ahmad Jelani Halim, Perdagangan Dan Perkapalan Melayu Di Selat Melaka, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan
Pustaka, 2006, hlm. 29.
41
Zahrah Ibrahim, Sastera Sejarah Interpretasi Dan Penilaian, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1986, hlm.
73.
42
Muhammad Yusoff Hashim Ph,D., Kesultanan Melayu Melaka, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1989,
hlm. 245.
43
Kong Yuanzhi, Pelayaran Zheng He dan Alam Melayu, Selangor, Penerbit UKM, 2000, hlm. 62.
44
Hailin Yeo, Zaman Kecemerlangan tradisi Melayu, hlm.5, Diakses pada 13 Julai 1987 dari laman web
http://eresources.nlb.gov.sg/newspapers.

11
Selain itu, terdapat juga saudagar dari Kepulauan Liu kiu. Tom Pires menyebut

mereka sebagai ‘Gores’, yang kemudiannya ditafsirkan oleh Boxer sebagai Jepun.

Barangan yang mereka bawa dari Jepun seperti kain, sutera, tembikar, pedang, habuk

emas dan perak, kipas, kertas dan sedikit makanan seperti bawang, sawi kering dan beras.

Di Melaka, bahan ini ditukar dengan barangan yang didapati dari Benggala.45

Pedagang Malabar juga ramai di Melaka, akan tetapi pangkalan perdagangan mereka

dengan Melaka bukan di pantai Malabar tetapi di pantai Koromandel. Pedagang Malabar

akan membawa barangan mereka dari pantai barat India termasuk yang mereka perolehi

dari Gujerat ke pantai Koromandel dan di sana mereka menubuhkan syarikat. Dengan

menggunakan kapal-kapal Koromandel, mereka berlayar ke Melaka, tiga empat buah

setahun. Justeru itu, Tome Pires menyatakan mereka dikenali sebagai saudagar Keling

bukan sebagai saudagar Malbari.46

Dari bahagian barat, kalangan saudagar yang penting datang ke Melaka ialah

saudagar dari Koromandel. Tome Pires dan Ruy de Brito menganggarkan terdapat antara

empat hingga lima buah kapal besar datang ke Melaka setiap tahun. 47 Melaka juga

mempunyai perdagangan terus dengan Benggala. Dalam kalangan saudagar dari bahagian

barat, saudagar dari Gujerat antara yang paling terpenting. Para sudagar dari Pelabuhan

Diu, Randir, Surat dan Daman menjadi perantara untuk memperdagangkan barang-barang

45
Muhammad Yusoff Hashim Ph,D., Kesultanan Melayu Melaka, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1989,
hlm. 246.
46
Ahmad Jelani Halimi, Perdagangan Dan Perkapalan Melayu Di Selat Melaka, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan
Pustaka, 2006, hlm. 27.
47
Muhammad Yusoff Hashim Ph,D., Kesultanan Melayu Melaka, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1989,
hlm. 246.

12
dari perlabuhan Arab. Sebaliknya, perlabuhan ini pula menjadi perantara untuk

memperdagangkan bahan-bahan dari Eropah ke Melaka.

Melaka juga adakan perhubungan perdagangan secara langsung dan tidak langsung

dengan perlabuhan yang terletak di selatan. Saudagar Palembang contohnya, membawa

antara sepuluh hingga dua belas buah jong tiap-tiap tahun yang penuh dengan bahan

makanan.

3.0 KESIMPULAN

Jadi, berdasarkan hujah-hujah saya diatas, maka tidak wajarlah Melaka hanya

menjadi sebuah pelabuhan yang biasa sahaja sekiranya tanpa kain Gujerat dan juga

rempah-ratus. Oleh itu, seperti yang telah dinyatakan diatas, faktor-faktor seperti

kedudukan geografi yang strategik, sistem pemerintahan dan pentadbiran yang sistematik,

Melaka sebagai pusat penyebaran Islam, peranan Orang Laut dan hubungan perdagangan

Melaka telah menjadikan Melaka sebagai sebuah pelabuhan yang terkenal pada kurun ke-

15 dan awal ke-16. Kedudukannya di persisiran pantai dan kepentingan Melaka

berasaskan kepada penguasaan lalu lintas ditambah dengan kemunculan pemerintah yang

cekap dan bijak seperti Parameswara, Sultan Mansur Syah, Sultan Muzafar Syah, Sultan

Alauddin Ri’ayat Syah serta Tun Perak telah mengukuhkan Kerajaan Melayu Melaka

pada kurun tersebut. Hal ini telah membuktikan Melaka mempunyai persediaan yang baik

untuk menjadi sebuah empayar yang besar terutamanya pada zaman pemerintahan Sultan

Mansur Shah, Melaka telah menjadi empayar kelautan yang agung.48

48
Zainal Abidin b. Abdul Wahid et al., Malaysia: Warisan dan Perkembangan, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan
Pustaka,1992, hlm. 36.

13
Namun kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka tidak lama bertahan apabila Melaka

telah jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511 di zaman pemerintahan Sultan Mahmud

Syah.

14

You might also like