You are on page 1of 4

Soalan 2 : “Walaupun, secara peribadi orang Maratha adalah bijak dan berani, mereka

tidak mempunyai semangat perpaduan yang diperlukan bagi mempertahankan


kedaulatan negara. Faktor inilah yang telah menyebabkan kejatuhan Empayar Maratha”
Bincangkan.

Pengenalan
-Empayar Maratha diasaskan oleh Shivaji pada 1663 selepas mengisytiharkan dirinya Siva
Chhatrapati dan memulakan Dinasti Bhonsla diraja Maratha selepas membunuh panglima Afzal
Khan dalam pertarungan menentang Dinasti Adil Shah dari Bijapur.
-Berjaya merdeka dari penguasaan Adil Shah dari Bijapur.
-Semasa Perang Deccan iaitu konflik antara Maratha dan Empayar Moghul dari Hindustan (utara
India) Maratha berjaya mengalahkan sebuah gergasi Islam yang dipimpin Aurangzeb semasa
pemerintahan pemangku takhta Tara Bai.
-V.S Khane mengatakan kebangkitan Maratha menentang Moghul adalah kerana peribadi orang
Maratha yang bijak dan berani.
-Tetapi empayar Maratha tidak bertahan lama dalam penguasaannya dan jatuh disebabkan
ketiadaan semangat perpaduan.
-Pada 1818, Empayar Maratha telah diserap masuk ke dalam Empayar British
-Hujah utama kepada ketiadaan perpaduan Maratha adalah dari aspek : kepimpinan yang tidak
sesuai, organisasi politik yang lemah dan ketenteraan.
-Terdapat faktor sampingan seperti : dasar ekonomi yang tak stabil.

Faktor-faktor/Hujah2 berkaitan Kejatuhan Empayar Maratha kerana tiadanya


perpaduan.

1. Kepimpinan yang mementingkan diri

--Pada penghujung usia empayar Hindu yang agung ini, Maratha telah dikawal secara de facto
oleh golongan Peshwar iaitu bersamaan dengan wazir atau perdana menteri empayar kerana
kedudukan raja atau chhatrapati dilihat sebagai secara ceremonial sahaja.
-Maratha juga memiliki pemimpin semi-autonomi yang ramai pada ketika ini.
-Peshwar seperti Baji Rao II dan Daulat Rao Sindhia merupakan antara tokoh yang mencipta
jalan untuk kejatuhan Maratha ke tangan Inggeris.
-Kebanyakkan pemimpin pada penghujung usia Maratha bersikap mementingkan diri sendiri.
-Contoh: Baji Rao II setelah kalah dalam Petempuran Poona oleh penguasa Indore iaitu
Maharaja Yashwantrao Holkar yang ingin menyatukan Maratha telah menandatangi Perjanjian
Bassein pada 31 Disember 1802 supaya jawatannya sebagai Peshwar dipulihkan.
-Syarat2 Perjanjian Bassein ialah seramai 6000 tentera Inggeris menemani Peshwar dan Peshwar
tidak boleh membuat perjanjian atau peperangan tanpa nasihat Inggeris terlebih dahulu.
-Ini menyebabkan sebahagian besar tanah2 Maratha seperti kota perdagangan Surat dikawal oleh
Syarikat Hindia Timur Inggeris dan telah menimbulkan kemarahan ramai ketua2 Maratha lain.
- Baji Rao II tidak kisah mengenai kebebasan Maratha tetapi hanya mementingkan kuasa dirinya
sahaja sebagai Peshwar.
- Yashwantrao Holkar dari Indore hampir berjaya menyatukan semula Maratha namun Baji Rao
II menyebabkan usahanya sia-sia keran Perjanjian Bassein
- Contoh II: Daulat Rao Sindhia tidak kisah terhadap kebajikan rakyat. Rakyat Maratha dibawah
Rao Sindhia hidup tanpa pegangan moral dan keselamatan tidak terjamin kerana kelemahan
Sindhia.
-Masyarakat Maratha Selatan telah menyertai British disebabkan oleh penindasan yang berlaku
di bawah Rao Shindhia.
-Tambahan pula ramai pemimpin berwibawa mati pada hujung abad ke-18 seperti Madhav Rao I
(1772), Mahajadi Sindhia (1794), Ahalya Bai Holkarin (1795), Tukoji Holkarin (1797) dan Nana
Padhnavis pada 1800.

2. Organisasi politik yang lemah

- Semasa gerakan Maratha Resurrection di bawah Peshwar ke-4 Maratha iaitu Madhav Rao I,
Maratha berjaya meluaskan semula kuasanya.
-Bagi memudahkan pentadbiran Madhav Rao I telah membahagikan kuasa semi-autonomi
kepada satria2 nya seperti Bonsales di Nagpur, Holkar di Indore, Sindia di Malwa dan kuasa
Peshwar di Poona.
-Kematian awal Madhav Rao I telah menyebabkan sistem confederation ini menjadi tidak
terkawal kerana kuasa semi-autonomi tersebut semakin tidak terkawal.
-Tambahan pula selepas Madhav Rao I, pemimpin2 autonomi ini tidak bersatu dan sering
berbalah.
-Contoh : Semasa perebutan takhta Jaipur oleh Madho Singh dan Ishwar Singh, golongan
Maratha Sindhia dari Malwa dan golongan Maratha Holkar dari Indore menyokong pihak yang
berlainan.
-Selepas kekuasaan penguasa tempatan ini meningkat, Peshwar Baji Rao II mula rasa tergugat
dan memastikan penguasa2 Holkar di Indore, Sindhia di Malwa, Gaikwar di Baroda dan
Bonsales di Nagpur bergaduh antara satu sama lain.

3. Ketenteraan yang berpecah

-Semasa pemerintahan Shivaji, Shambaji, Rajaram dan Tara Bai ketenteraan Maratha terdiri
hanya daripada orang Maratha dari Maharashtra sahaja. Selepas Era Chhatrapati bermulanya era
Peshwar di mana kuasa dipegang secara de facto oleh Peshwar, kemasukan orang asing ke dalam
ketenteraan digalakkan seperti orang Abyssinia dan orang Arab.
-Jawaharlal Nehru (The Discovery of India) mengatakan perpaduan dapat dipupuk dengan
mudah sekiranya terdiri dari bangsa yang sama.
-Bangsa2 berbeza menjadikan masing2 berjuang kerana memiliki motivasi yang berbeza.
- Tambahan pula orang Jat dan Rajput yang dahulu menyokong Maratha telah menarik balik
sokongan sejak Pertempuran Panipat III kerana diskriminasi bangsa dari segi kutipan cukai.
-Peshwar juga mengupah orang asing seperti Itali, Inggeris, Perancis dan Armenia untuk melatih
tentera tetapi tiada dasar pendidikan atau perpaduan diusahakan kerana terlalu fokus ke aspek
ketenteraan.

Faktor sampingan kejatuhan Maratha

1.0 Dasar ekonomi yang tidak stabil


-Dasar ekonomi kurang maju untuk mengekalkan sebuah pentadbiran politik yang stabil.
-Kebanyakkan petani meninggalkan aktiviti penanaman dan menjadi tentera semasa Perang
Deccan (selama 27 tahun bermula 1681).
-Ekonomi merosot dan sumber bergantung kepada rompakan wilayah Gujerat dan Malwa di
bawah Moghul.
-Walaupun setelah berlalunya era Chhatrapati dan berlangsungnya era Peshwar, perang2 yang
berlangsung akan dibiayai daripada rompakan dan jarahan wilayah2 jajahan.
-Koleksi chauth dan sardeshmukhi.
-Perang2 sivil antara penguasa2 semi-autonomi semasa era konfederasi Maratha (Sindhia of
Malwa, Bhonsales of Nagpur, Holkar of Indore, Peshwar of Poona)
-Perang menjadi Industri Nasiona orang Maratha.

Kesimpulan
-abang kita hensyem
-mari dekat2

-perpecahan menyebabkan Maratha kalah di Perang Anglo-Maratha III dengan Syarikat Hindia
Timur Inggeris dan kemudian pada tahun 1818 Maratha cuba bersatu semula namum kalah
menentang British Empire dan diserap masuk.
- Maharajadhiraj Raj Rajeshwar Sawai Shrimant Yashwant Rao Holkar ….

You might also like