You are on page 1of 2

Ketua Sektor,

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian,


Kementerian Pelajaran Malaysia,
Aras 4, Blok E2, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuaan,
62604, Putrajaya 9 September 2013

Tuan,
KEIZINAN PERTUKARAN SEKOLAH
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan permohonan
pertukaran sekolah isteri saya,( nama) melalui laman web E-GTukar (No. Permohonan
WXXXXXXXX) adalah berkaitan.

2. Sukatcita dimaklumkan bahawa saya seperti nama di atas memberi keizinan


kepada isteri saya, (nama) (No. Kad Pengenalan) yang kini bertugas di (nama sekolah)
untuk berpindah ke sekolah di dalam daerah Kuala Muda.

3. Untuk makluman tuan, saya mewakili isteri saya berharap agar pihak tuan dapat
meluluskan permohonan perpindahan ini atas sebab-sebab berikut :

i) Ancaman keselamatan kerana kawasan rumah sewa yang didiami isteri


saya telah sering kali di pecah masuk. Saya khuatir perkara yang sama akan
berlaku kepada rumah sewa kami kerana kawasan tersebut memang sering
menjadi sasaran pencuri.

ii) Kami mempunyai seorang anak yang masih menyusu badan (3 bulan lebih).
Saya terpaksa bertolak dari rumah ke tempat kerja pada jam 6.00 pagi dan tiba
di rumah pada jam 7.00 atau 7.30 malam. Sekiranya hari hujan saya sampai
lebih lewat dari itu. Perkara ini menyebabkan masa saya untuk bersama
dengan keluarga agak terhad dan saya tidak dapat meluangkan masa yang
berkualiti dengan keluarga disebabkan jarak tempat kerja saya agak jauh iaitu
di ( alamat tempat kerja).

iii) Pertukaran isteri saya nanti juga akan dapat memendekkan jarak perjalanan
saya ke tempat kerja dan menjimatkan kos perjalanan berulang alik saya ke
tempat kerja.

iv) Saya dan isteri bercadang untuk membeli rumah di kawasan yang dipohon.
Kami telah membuat tinjauan dan mendapati kawasan yang dipohon
mempunyai ciri-ciri persekitaran yang kami mahukan.
4. Sehubungan itu, besarlah harapan saya agar permohonan perpindahan isteri saya
berhampiran dengan rumah kediaman kami mendapat pertimbangan sewajarnya dan
seterusnya diluluskan oleh pihak tuan. Saya juga berharap pihak tuan meluluskan
permohonan isteri saya kerana ini adalah kali ke enam permohonan di buat.
5. Sekiranya pihak tuan memerlukan sebarang maklumat lanjut, pihak tuan boleh
menghubungi kami di talian (no telefon). Segala kerjasama daripada pihak tuan saya
dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

-------------------------
(nama)

You might also like