You are on page 1of 4

GIS analysis has been a critical part of land-based decisions made daily by academic, business,

and government organizations for over 20 years. GIS is used routinely by such organizations
as utility companies to plan and maintain gas and electric facilities, by wildlife biologists to
assess animal habitat, by retailers seeking to establish the best location for a new fast-food
restaurant, and by epidemiologists to track the diffusion of diseases. GIS has become a $5
billion business worldwide (Phoenix 1999) and has been growing by over 10% annually for
the past decade (GeoPiace Incorporated 1998). Over 500,000 people worldwide use GIS
software (Phoenix 1999). The GIS industry encompasses software and hardware developers,
research, sales, data producers and consumers, consultants, professional societies, journals,
user groups, and conferences. One GIS conference alone, that hosted by he Environmental
Systems Research Institute, attracts 10,000 people annually. A maturation of issues
surrounding spatial analysis, societal effects, data management, quality, and integration in GIS,
digital cartography, remote sensing, and global positioning systems have prompted many to
suggest that a new discipline of geographic information science has emerged (Goodchild 1992)
Analisis GIS telah menjadi sebahagian penting daripada keputusan berasaskan tanah yang
dibuat setiap hari oleh akademik, perniagaan, dan organisasi kerajaan selama lebih dari 20
tahun. GIS digunakan secara rutin oleh organisasi sedemikian sebagai syarikat utiliti untuk
merancang dan menyelenggara kemudahan gas dan elektrik, oleh ahli biologi hidupan liar
untuk menilai habitat haiwan, oleh peruncit yang ingin menubuhkan lokasi terbaik untuk
restoran makanan segera baru, dan oleh ahli epidemiologi untuk mengesan penyebaran
penyakit. GIS telah menjadi perniagaan $ 5 bilion di seluruh dunia (Phoenix 1999) dan telah
berkembang lebih dari 10% setiap tahun untuk dekad yang lalu (GeoPiace Incorporated 1998).
Lebih 500,000 orang di seluruh dunia menggunakan perisian GIS (Phoenix 1999). Industri GIS
merangkumi pemaju perisian, perkakasan, jualan, pengeluar data dan pengguna, perunding,
pertubuhan profesional, jurnal, kumpulan pengguna dan persidangan. Satu persidangan GIS
sahaja, yang dianjurkan oleh beliau Institut Penyelidikan Sistem Persekitaran, menarik 10,000
orang setiap tahun. Pematangan isu-isu mengenai analisis spatial, kesan sosial, pengurusan
data, kualiti, dan integrasi dalam GIS, kartografi digital, penderiaan jarak jauh dan sistem
kedudukan global telah mendorong ramai yang mencadangkan bahawa disiplin baru ilmu
pengetahuan geografi telah muncul (Goodchild 1992)

Analisis ruang melalui perisian GIS menjadi sangat penting dalam membuat sesuatu keputusan
yang dibuat oleh penganalisis yang biasanya terdiri daripada ahli akademik, perniagaan dan
organisasi-organisasi kerajaan. GIS digunakan secara rutin oleh organisasi untuk merancang
dan penyelenggara. Misalnya ahli biologi hidupan liar untuk menilai habitat haiwan, ahli
geologi untuk menyelenggarakan gas dan elektrik, ahli epidemiologi untuk mengesan
penyebaran penyakit dan lain-lain. Kini GIS telah menjana perniagaan USD 5 billon di seluruh
dunia (Phonenix 1999). Kini Industri GIS merangkumi pemaju perisian, perkakasan, jualan,
pengeluar data dan pengguna, perunding, pertubuhan profesional, jurnal, kumpulan pengguna
dan persidangan. Misalnya ESRI telah mengendalikan persidangan antarabangsa dengan
berjaya mengumpul lebih kurang 10000 orang setiap tahun. Tujuan persidangan ialah untuk
memberi kesedaran kepentingan GIS pada masa kini dan mempromosikan perkembangan
teknologi geospatial.
Penekanan dalam bidang geografi dikatakan boleh berubah dari semasa ke semasa dimana pada
waktu dahulu ia lebih tertumpu pada pemetaan yang berkaitan dengan penjelajahan dan
pelayaran. Bermula dari abad ke 18 geografi moden yang lebih sistematik muncul dimana
Alexander Von Humboldt (1769-1859) dan Karl Ritter (1779-1859) telah memperkenalkan
sains geografi yang bersifat deskriptif. Humboldt dikenali sebagai “bapa” disiplin geografi
fizikal moden kerana kerja beliau lebih kepada bidang fizikal; sementara Ritter yang banyak
membuat kajian kependudukan dan aktiviti manusia, dikenali sebagai “perintis” disiplin
geografi manusia dan kawasan. (Katiman Rostam, 2002)
Pembahagian geografi kepada disiplin geografi fizikal dan disiplin geografi manusia bolehlah
difahami dengan geografi fizikal merujuk kepada kajian tentang; batuan dan galian/mineral,
tanih, haiwan, tumbuh-tumbuhan, air, atmosfera, sungai dan sumber air, alam sekitar, cuaca
dan suhu serta laut, manakala geografi manusia merujuk kepada kajian tentang penduduk,
petempatan, kegiatan ekonomi, aktiviti rekreasi/pelancongan, pengangkutan dan perhubungan,
agama dan kebudayaan, migrasi penduduk, sistem pertanian serta urbanisasi dan
pembangunan..

Pendidikan geografi sangat penting pada setiap individu di dunia ini.Ini tidak dapat dinafikan
dan dipertikaikan sebab sumbangannya kepada manusia itu sendiri atau pun untuk sesuatu
negara amnya. Bidang geografi telah berubah dari semasa ke semasa, di mana pada masa
dahulu lebih tertumpu pada pemetaan yang berkaitan dengan penjelajahan dan pelayaran.
Manakala sejak abad ke 18 geografi moden yang lebih sistematik muncul di mana Alexander
Von Humboldt (1769-1859) dan Karl Ritter (1779-1859) telah memperkenalkan sains geografi
yang bersifat deskriptif. Humboldt dikenali sebagai “bapa” disiplin geografi fizikal kerana
kerja beliau lebih kepada bidang fizikal. Sementara Ritter yang banyak membuat kajian
kependudukan dan aktiviti manusia dikenali sebagai perintis disiplin geografi manusia an
kawasan (katiman Rostam 2001)
Kandungan Sukatan Pelajaran Geografi Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
merangkumi kemahiran geografi fizikal dan manusia yang membolehkan murid mengamalkan
pengetahuan dan kemahiran geografi, nilai-nilai murni dan patriotisme dalam kehidupan harian
(Kurikulum Standard Sekolah Menengah KPM 2017). Geografi ialah Mata pelajaran teras di
peringkat sekolah menengah rendah Mata pelajaran elektif di peringkat sekolah menengah atas.
Tujuan ialah untuk memberikan murid pengetahuan mengenai fenomena alam dan organisasi
ruangan berasaskan interaksi manusia dengan alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia.

Selain daripada itu, menyediakan murid menghadapi cabaran hidup ke arah mewujudkan
kesejahteraan diri dan masyarakat. Mata pelajaran Geografi merupakan kesinambungan mata
pelajaran Kajian Tempatan di sekolah rendah sebenarnya tetapi kini mata pelajaran kajian
tempatan di sekolah rendah dimansuhkan dan diganti dengan sejarah. Kandungan mata
pelajaran Geografi adalah relevan dengan kehidupan manusia. Geografi juga memupuk nilai-
nilai hidup yang harmonis dan sejahtera serta memupuk nilai seperti amanah, bersyukur
kesederhanaan, bertanggungjawab, tidak mementingkan diri sendiri dan mencintai alam
sekitar.

Matlamat Kurikulum Geografi membolehkan murid memahami fenomena geografi berfokus


kepada negara Malaysia dan hubungannya dengan negara-negara lain supaya dapat melahirkan
murid yang berilmu, bertanggungjawab, bersyukur dan mengenali serta mencintai negara
Malaysia.

Sementara objektif Kurikulum Geografi Sekolah Menengah ialah membolehkan murid


Menghubungkaitkan aspek kedudukan, arah, skala dan jarak dalam organisasi ruangan dan
dapat mengumpul, menyusun, menganalisis dan menyampaikan data geografi berbentuk
kuantitatif dan kualitatif. Memberi pendapat secara kreatif dan kritis, mengenal pasti dan
mengkaji masalah semasa daripada aspek geografi serta membuat keputusan dengan
bertanggungjawab. Di samping itu murid dapat menjelaskan fenomena alam dan saling
kaitannya dengan manusia berasaskan taburan dan pola-pola yang wujud di negara Malaysia
dan negara-negara lain. Juga murid dapat mengenal pasti cara hidup dan budaya pelbagai
komuniti di negara lain serta menghargai ciri-ciri persamaan dan kelainannya. Selain daripada
itu memerihalkan keadaan saling memerlukan dalam sistem alam, kegiatan ekonomi, sosial
dan politik antara satu negara dengan negara lain.
Murid juga dapat menerangkan kesan kegiatan manusia ke atas alam sekitar serta pentingnya
menguruskan alam dan sumber dengan bertanggungjawab dan bijaksana. Murid juga
mengenali, menghargai dan berbangga terhadap ciri-ciri geografi negara Malaysia yang
istimewa dan unik dan menggabungjalin pelbagai fakta geougrafi dan dapat membuat
kesimpulan yang rasional. Murid harus bersyukur dan mencintai alam, sederhana dan
bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan dan peka terhadap perasaan serta keperluan orang
lain .

Strategi pengajaran dan pembelajaran iaitu pendekatan bersepadu pemahaman konsep geografi
dan organisasi ruangan berasaskan keadaan negara Malaysia hendaklah diberi penekanan dan
tumpuan. Daya pemikiran murid perlu dipertingkatkan penggunaan pelbagai strategi
pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan murid secara aktif pemupukan nilai-nilai murni
serta unsur-unsur patriotisme terhadap negara Malaysia (KPM 2017). Penguasaan pelbagai
kemahiran belajar Penguasaan kemahiran sosial pengalaman murid dan pengalaman
pembelajaran harus disusun atur dengan mengambil kira pelbagai kecerdasan murid
Penguasaan kemahiran Kajian Masa Depan Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi.

Merujuk kepada perbincangan di atas tentang kepentingan pendidikan geografi amatlah jelas
di sini bahawa pelajar mesti mengikut arus perkembangan teknologi bagi mencapai objektif-
objektif berkenaan. Sangat jelas bahawa GIS perlu diintegrasikan dalam pendidikan geografi
supaya murid-murid terdedah dengan teknologi geospatial menuju ke arah pendidikan negara
Malaysia yang lebih cemerlang seperti negara- negara maju yang lain di dunia.

You might also like