You are on page 1of 18

1.

0 PENDAHULUAN

Berdasarkan kajian sejarah mendapati Islam telah bertapak dan berkembang di alam Melayu
sejak sekian lama. Pelbagai teori dan hujah telah dikemukakan oleh sarjana-sarjana tempatan
dan Barat berhubung tarikh kedatangan awal Islam di alam Melayu. Namun yang penting
Islam telah bertapak di beberapa buah negeri dan diterima baik oleh masyarakat Melayu.
Islam dikatakan mula berkembang apabila kerajaan Melayu Melaka bertindak menyebar luas
pengaruh Islam di seluruh alam Melayu.

Kedatangan Islam telah membawa suatu pembaharuan kepada kehidupan masyarakat


Melayu yang sama sekali berbeza dengan sebelumnya iaitu terbentuknya suatu peradaban
baru berteraskan Islam. Pengaruh Islam bukan sahaja berjaya merubah kepercayaan tetapi
juga sosiobudaya masyarakat Melayu dari sudut pemerintahan, pendidikan dan kebudayaan.
Sebelum kedatangan Islam di alam Melayu, terdapat beberapa kerajaan hindu yang
menguasai rantau ini. Antaranya ialah kerajaan Langkasuka, Tambralinga, Kedah Tua,
Srivijaya, Mataram dan Majapahit. Kesan-kesan peninggalan kerajaan hindu ini boleh
didapati di daerah Candi Bukit Batu Pahat dan di daerah Bujang, Kedah dan Candi
Borobodur di Pulau Jawa.

Alam Melayu meliputi wilayah selatan Thailand, selatan Filipina, Malaysia Indonesia,
Brunei dan Singapura. Kedatangan Islam di alam Melayu tidak seperti agama-agama yang
lain kerana ianya berlaku dalam suasana yang aman, harmoni dan damai serta tidak berlaku
peperangan malah diterima baik oleh masyarakat Melayu. Secara amnya terdapat tiga teori
yang berbeza mengenai kedatangan Islam di alam Melayu iaitu kedatangan Islam dari Tanah
Arab/Parsi, kedatangan Islam dari India dan yang terakhir ialah kedatangan Islam dari China.
Namun tarikh sebenar kedatangan Islam ke alam Melayu masih lagi menjadi perbincangan di
kalangan sejarawan.

1
2.0 SEJARAH KEDATANGAN ISLAM KE TANAH MELAYU

Sebelum kedatangan Islam, masyarakat Melayu menganut fahaman animisme. Keadaan ini
berubah selepas kedatangan Islam yang membawa konsep tauhid dengan menafikan
kewujudan Tuhan yang banyak. Bermula dengan konsep keesaan Tuhan dan ibadat yang luas
Islam telah berjaya menarik minat masyarakat tempatan. Sejak kedatangan Islam, kehidupan
harian masyarakat Melayu dan adat istiadat tertentu yang didapati bertentangan dengan
akidah ditinggalkan secara beransur-ansur.

Kedatangan Islam ke Tanah Melayu dipercayai bermula pada abad ke-7 Masihi.
Pandangan ini berdasarkan kemungkinan agama Islam disebarkan oleh para pedagang dan
pendakwah dari Asia Barat ke Negara China. Seterusnya Islam semakin berkembang pesat
berikutan dengan kemunculan beberapa buah kerajaan Islam di Pasai dan Perlak di
persekitaran Selat Melaka pada abad ke-13 Masihi. Mengikut cacatan Marco Polo, agama
Islam telah tersebar di Tanah Melayu sebelum abad ke-15. Pada tahun 1292, semasa Marco
Polo dalam perjalanan pulang dari China, beliau telah melawat Sumatera. Perlak ialah
pelabuhan pertama yang disinggahinya. Beliau menyatakan pada masa itu telah wujud usaha-
usaha untuk mengislamkan penduduk tempatan oleh para pedagang Arab di Nusantara.
Menurut beliau lagi, itulah satu-satunya negeri Islam di Kepulauan Melayu pada masa itu.
Manakala Ibn Battutah, pengembara Arab yang singgah sebanyak dua kali di Samudera
semasa dalam perjalanan pergi dan balik dari Negara China antara tahun 1345 hingga 1346,
menyatakan bahawa raja Samudera ketika itu telah memeluk Islam dan mengamalkan
Mazhab Shafie. Menurut beliau lagi, negeri-negeri lain di sekelilingnya masih belum
memeluk Islam. Sepanjang tempoh abad ke-13 dan ke-16 Masihi, agama Islam telah tersebar
dengan meluas hampir ke seluruh Kepulauan Melayu dan mengurangkan pengaruh agama
Hindu-Buddha yang bertapak berabad-abad lamanya di Tanah Melayu. Sejak itu, Islam telah
berkembang pesat sehingga menjadi agama yang dianuti oleh sebahagian besar penduduk di
Kepulauan Melayu.

Dari sudut sejarahnya selepas kedatangan Islam dan pembentukan Kerajaan Melaka
yang bercorak keislaman, kita dapati proses Islamisasi di bidang undang-undang,
sosiobudaya dan politik berterusan berlaku. Dalam bidang undang-undang dimulai dengan

2
undang-undang Kanun Melaka & Kanun Laut Melaka, diikuti pula dengan Kanun Pahang
dan seterusnya Kanun Kota Setar dan lain-lain. Demikian juga dengan Perlembagaan
Terengganu & Perlembagaan Negeri Johor. Perubahan dalam bidang sosiobudaya juga
berlaku di mana orang Melayu telah menghayati nilai-nilai akhlak Islam dalam kehidupan
yang terangkum dalam adab-adab kehidupan mereka seperti adab berpakaian, adab
berbahasa, adab berjiran dan sebagainya. Dalam bidang politik, pemerintah dianggap sebagai
pemerintah di mana kekuasaan politik itu merupakan satu amanah Allah dan para pemimpin
diminta bertindak mengikut lunas-lunas yang digariskan oleh Islam.

Kedatangan Islam di Tanah Melayu tidak seperti agama-agama yang lain kerana ianya
berlangsung dengan suasana yang aman dan harmoni serta tidak berlaku peperangan malah
diterima baik masyarakat melayu. Terdapat beberapa teori tentang kedatangan Islam ke
Nusantara, antaranya ada yang berpendapat Islam datang dari Arab, China dan India. Semua
teori yang dikemukakan mempunyai fakta dan bukti yang tertentu. Namun, hakikatnya adalah
Islam telah bertapak di alam Melayu sejak sekian lama tanpa ada sebarang ancaman mahupun
gangguan. Namun setelah kedatangan penjajah terutama dari perubahan ekoran arus
pemodenan yang dibawa Barat dalam kehidupan umat Islam di Tanah Melayu.

3
3.0 TEORI KEDATANGAN ISLAM DATANG DARI ARAB

Hubungan perdagangan Arab dengan Tanah Melayu telah berlaku sebelum wujudnya Islam
lagi . Tetapi aktiviti dagangan bertambah selepas Islam diperkenalkan di Tanah Melayu pada
abad ke-7 Masihi . Sesuai dengan Islam yang bersifat universal , masyarakat melayu selesa
dengan agama Islam yang dianuti mereka . Malah ianya memudahkan lagi pedagang-
pedagang Arab untuk melakukan aktiviti dagangan mereka . John Crawford telah
mengemukakan teori dan disokong oleh Profesor Syed Muhammad Naquib al-Attas iaitu
Islam datang dari Arab melalui pedagang . Buktinya catatan China mengatakan orang Arab
dan Parsi telah mempunyai pusat perniagaan di Canton sejak tahun 300 M. Pedagang Arab
yang ke China singgah di pelabuhan Asia Tenggara khasnya di Selat Melaka kerana
kedudukannya strategik dan pedagang Arab ini tinggal beberapa bulan di Asia Tenggara dan
ada yang menetap serta membina perkampungan Arab . Perkampungan ini juga menjadi
tempat untuk berdagang . Ada juga pedagang Arab yang berkahwin dengan wanita tempatan
dan menyebarkan Islam . Menurut catatan China telah wujud penempatan Arab di Sumatera
Utara iaitu di Ta Shih .

Sebagai contoh bukti kedatangan Islam terus dari Arab/Parsi yang telah dihujahkan
oleh Profesor Doktor Syed Muhammad Naquib Al-Attas ialah :

 Pengaruh daripada sudut tulisan jawi yang berasal daripada Arab


 Kebanyakan ulama-ulama yang datang ke rantau ini adalah daripada Tanah Arab
seperti Syeikh Ismail Al-Siddiq , Maulana Abu Bakar , Maulana Iskah dan ramai lagi .
 Istilah Melaka berasal daripada Arab iaitu 'mulakat' bermaksud tempat pertemuan .
 Terdirinya kerajaan Melayu-Islam Melaka yang menggunakan Perundangan Islam
'syariah Islamiah' untuk mentadbir negara .

4
4.0 TEORI KEDATANGAN ISLAM DATANG DARI CHINA

Islam sendiri pernah sampai ke negara China atau Champa pada sekitar tahun 650 Masihi
yang pada ketika itu pemerintahan Dinasti Pang. Pada waktu tersebut , wilayah Canton telah
menjadi tempat tumpuan pedagang-pedagang dan pendakwah Islam. Pada tahun 877 Masihi,
telah berlaku pemberontakan di wilayah Canton yang telah mengorbankan 120 000 hingga
200 000 pedagang-pedagang yang kebanyakannya datang dari Tanah Arab dan menyebabkan
orang Arab-Islam menyelamatkan diri mereka di Kalah (Kedah) serta Palembang. Menurut
catatan, kedatangan Islam dari negara China bermula pada awal tahun 977 Masihi. Emanuel
Gadinho Eredia mengemukakan teori bahawa sejak abad ke-9 Masihi, peniaga Arab yang
beragama Islam telah mengunjungi Khan Fo atau Canton (kini dikenali sebagai Guang Zhou)
yang merupakan pusat perniagaan yang terkenal. Melalui hubungan perdagangan ini, Islam
berkembang dalam kalangan peniaga cina di Negara China dan peniaga Cina Islam telah
menyebarkan Islam kepada masyarakat Asia Tenggara semasa berdagang di sana.

S.Q. Fatimi berpendapat bahawa Islam datang dari China berdasarkan bukti yang berikut :

 Pada sekitar tahun 876M, pedagang Islam yang tinggal di Canton atau Amoy yang
berpindah beramai-ramai ke Asia Tenggara.
 Penemuan Batu Bersurat Terengganu pada tahun 1899M di Kuala Sungai Tersat,
Kuala Berang, Terengganu
 Pada tahun 1953, di Kampung Permatang Pasir, Pulau Tambun, Pekan, Pahang telah
ditemui sepasang batu nisan yang mempunyai tulisan al-Quran dan kalimah Arab
bertarikh 1028M.

5
 Seni bina di China dengan seni bina pada masjid-masjid di Nusantara seperti di
Kelantan, Melaka, dan Pulau Jawa didapati mempunyai unsur yang sama.
 Penggunaan warna merah dan kuning pada kayu kepala pintu dan tingkap masjid,
jubin lantai, dinding, tangga, dan kolam air di masjid dan pengaruh atap genting
China.

6
5.0 TEORI KEDATANGAN ISLAM DATANG DARI INDIA

Brian Harrison penyokong kepada Snouck Hurgronje merupakan seorang orientalis barat
yang telah mengemukakan teori iaitu masyarakat Tanah Melayu mengambil pandangan
daripada masyarakat India bagi tujuan khidmat nasihat dan bimbingan dalam hal-hal
dagangan dan kebudayaan. Ianya bertujuan untuk menjalinkan hubungan dua hala dan Tanah
Melayu berminat dengan agama Islam yang dianuti oleh pedagang-pedagang India. Selain
itu, pengaruh perkataan India seperti 'lebai' telah diguna pakai dalam masyarakat melayu
sehingga kini. Malah seni bina kubah masjid juga dikatakan berasal daripada seni bina dari
negeri India.

Snouck Hurgronje merupakan sejarawan Belanda telah mengemukakan sejak abad ke


13 lagi Islam telah berkembang ke Asia Tenggara menerusi India, iaitu wilayah Gujerat dan
Pantai Koromandel. Pendapat beliau ialah berdasarkan bukti berikut :

 Pedagang India Islam telah lama menjalinkan hubungan perdagangan dengan


masyarakat di Asia Tenggara. Gujerat ialah pelabuhan penting pada zaman
pemerintahan Khilji di India.
 Batu marmar pada batu nisan di perkuburan Malik Ibrahim di Gerisik, Jawa dan batu
nisan Malik Al-Salih di Pasai memperlihatkan ciri buatan Islam.
 Sejak dahulu lagi, unsur kebudayaan Hindu telah disebarkan ke dalam masyarakat di
Asia Tenggara.

7
6.0 FAKTOR-FAKTOR PENYEBARAN ISLAM DI TANAH MELAYU

Berdasarkan buku berjudul ‘Theories on The Introduction and Expansion of Islam In


Malaysia’ karya Profesor Cesar (Qaisar) Adib Majul telah mengemukakan beberapa faktor
sebagai pendorong kepada perkembangan Islam di Tanah Melayu antaranya ialah:
 Ajaran Islam sangat mementingkan konsep ketuhanan.
 Islam juga ajaran yang menekankan tuntutan jasmani, rohani serta aqli sesuai dengan
fitrah manusia.
 Islam mengutamakan persamaan hak, akhlak yang mulia, persaudaraan sesama
manusia dan sebagainya.
 Islam merangkumi semua aspek kehidupan.
 Islam merupakan agama yang mudah difahami, mudah diamalkan serta mudah
dilakukan.

6.1 Faktor Perdagangan

Para pedagang memang memainkan peranan penting dalam penyebaran Islam di Tanah
Melayu. Para pedagang Arab, India, Parsi memang mempunyai kegiatan perdagangan di
Tanah Melayu sejak abad ke 8 atau 9 Masihi. Peranan mereka dalam penyebaran Islam ini
dapat dibahagikan kepada dua iaitu usaha mereka sendiri menyampaikan Islam kepada
penduduk tempatan dan keduanya ialah melalui kemudahan yang mereka berikan kepada
para pendakwah Islam menaiki kapal-kapal mereka untuk bergerak dari satu pelabuhan ke
pelabuhan lain untuk berdakwah. Para pedagang Islam mempunyai peluang yang sebaik-
baiknya untuk menyebarkan Islam melalui tiga saluran iaitu hubungan baik mereka dengan
para penguasa pelabuhan, raja atau pembesar-pembesar tempatan.

Selain itu, mereka mengahwini gadis-gadis tempatan dan menjalin hubungan baik
dengan pedagang-pedagang lain yang datang dari berbagai-bagai kawasan di Nusantara. Di
samping itu, pada abad ke-14, 15, 16, dan 17 Masihi menyaksikan bahawa kegiatan

8
perdagangan amat menggalakkan sekali. Contohnya, pada abad ke-14 kerajaan Pasai, abad
ke-15 kerajaan Melaka, dan pada abad ke-16 kerajaan Acheh merupakan pusat-pusat
perdagangan yang mewarnai kegiatan perdagangan di Tanah Melayu. Kedudukan Tanah
Melayu yang amat strategik membantu kerancakan perdagangan.

6.2 Faktor Ajaran Islam

Kedatangan Islam ke Tanah Melayu terpaksa menghadapi persaingan agama Hindu yang
telah bertapak selama 13 abad. Namun, semua aspek ajaran Islam itu mempunyai
kelebihannya yang menyebabkan Islam mudah diterima oleh penduduk Nusantara. Salah satu
kebaikan Islam ialah mudah difahami, tidak bertentangan dengan akal fikiran, sentiasa
rasional dan amat sesuai bagi semua manusia pada segenap zaman dan tempat. Misalnya,
dalam aspek sosial, Islam mengajarkan bahawa semua manusia adalah sama taraf dan
manusia yang paling mulia di sisi Allah SWT ialah mereka yang paling bertakwa. Di samping
itu, Islam memberikan jaminan dan keadilan sosial, menekankan persaudaraan Islam yang
bersifat universal, tolong-menolong, hormat-menghormati, bersatu padu, dan lain-lain.

6.3 Faktor Ahli Tasawuf dan Pendakwah

Ahli tasawuf dan pendakwah ialah ulama Islam yang kuat berpegang dan beramal dengan
ajaran Islam. Akhlak mereka menyebabkan agama Islam masyhur dan mendapat sanjungan
serta menarik minat penduduk Tanah Melayu. Mereka bukan sahaja berpakaian bersih dan
tertib, tetapi semua tingkah laku dan tutur kata mereka amat menarik dan mempesonakan
serta penuh dengan hemah.

Pada peringkat permulaannya, mereka dikatakan menghadapi tentangan sami-sami


Hindu yang menggunakan berbagai-bagai ilmu sihir untuk mematahkan kegiatan dakwah dan

9
pengaruh Islam. Dengan pertolongan Allah SWT, mereka dapat menghadapinya. Oleh itu,
orang ramai mudah mempercayai kebenaran ajaran Islam.

Pada zaman kekuasaan Melaka, Acheh, dan Demak, para ahli tasawuf mempunyai
pengaruh yang kuat dalam kalangan sultan dan pembesar-pembesar negara. Contohnya,
pada zaman Acheh mereka memainkan peranan penting dalam urusan pemerintahan. Mereka
menganggotai beberapa lembaga pemerintahan. Balai Gadang pada zaman pemerintahan
Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam, telah dianggotai oleh 22 orang ulama terkenal di
Acheh. Di samping itu, ulama-ulama luar yang datang ke Acheh seperti dari negeri-negeri
Semenanjung Arab, Parsi, Turki, India, Gujerat, dan lain-lain telah menjadi penasihat kepada
kerajaan dan guru-guru kepada institusi pengajian dan masjid-masjid.

6.4 Faktor Penaklukan

Penaklukan juga tidak kurang pentingnya menjadi faktor penyebaran Islam di Tanah Melayu.
Penaklukan yang dilakukan oleh sesebuah negara Islam ke atas daerah lain mendorong
tersebarnya Islam dengan cepat. Jika daerah yang ditawan belum Islam maka melalui
penaklukan itu para pembesarnya akan terpengaruh dengan Islam kerana motif politik,
kedudukan, ekonomi, dan sebagainya. Jika daerah yang ditaklukkan itu telah Islam maka
Islam dapat dikembangkan dengan lebih berkesan lagi. Contohnya, catatan Ibn Batutah
membuktikan bahawa Kerajaan Pasai telah meluaskan kuasa politiknya ke daerah sekitarnya
melalui peperangan lalu Islam tersebar luas di daerah tersebut. Melaka pula pada zaman
kekuasaan Bendahara Tun Perak telah berjaya menakluki beberapa daerah di Tanah Melayu
dan Sumatera seperti Pahang, Terengganu, Patani, Kampar, Inderagiri, Rokan, Siak, Johor,
Bengkalis, dan lain-lain.

10
6.5 faktor Kesusasteraan dan Penulisan

Kesusasteraan dan penulisan juga menjadi faktor penting tersebarnya Islam di Tanah Melayu.
Selepas kedatangan Islam, muncul tulisan jawi yang berasal daripada abjad huruf Arab.
Dengan adanya tulisan tersebut maka bahasa Melayu berkembang dengan pesat sekali. Nahu
dan perbendaharaan bahasa Melayu dilengkapkan dengan pengaruh unsur-unsur nahu dan
kata-kata Arab hingga bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar bagi sistem pelajaran dan
pendidikan di Nusantara. Selain itu, berbagai-bagai bentuk sastera Arab seperti syair, sajak,
nazam, dan sebagainya telah mempengaruhi bahasa Melayu. Akhirnya, lahir ramai tokoh
pengarang Islam dalam kalangan para ulama yang gigih menghasilkan karya sastera yang
berunsur Islam. Banyak kitab agama dikarang atau diterjemahkan ke bahasa Melayu. Karya
terjemahan tentang kisah-kisah Nabi Muhammad SAW dan sahabat menarik minat dan
perhatian penduduk Nusantara. Contohnya, Hikayat Nabi Bercukur, Hikayat Raja Khandak,
Hikayat Nabi Wafat, Hikayat Nabi Mengajar anaknya Fatimah, Hikayat Nur Muhammad, dan
sebagainya sering dibacakan kepada penduduk Nusantara.

6.6 Faktor Perkahwinan

Perkahwinan turut menjadi faktor penting dalam penyebaran Islam di Tanah Melayu.
Perkahwinan berlaku melalui dua cara iaitu perkahwinan antara saudagar Islam dengan gadis-
gadis tempatan, terutama anak gadis pembesar atau kerabat diraja tempatan. Keduanya ialah
perkahwinan antara raja dengan puteri raja daerah atau negeri lain. Contohnya, perkahwinan
Merah Silu dengan puteri raja Perlak menyebabkan beliau memeluk Islam dan bergelar
Malikul Salleh. Rakyat Pasai turut memeluk Islam kemudiannya.

11
6.7 Peranan Pemerintah di Nusantara

Penyebaran Islam di Tanah Melayu sangat berkait rapat dengan peranan pemerintah. Minat
dan sokongan raja-raja dan pembesar-pembesar negeri terhadap gerakan penyebaran Islam
sangat penting. Contohnya, sultan-sultan di Acheh terlibat secara langsung dalam kegiatan
ilmu pengetahuan dan penyebaran Islam. Antaranya ialah Sultan Alauddin Riayat Syah dan
Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam. Syamsuddin al-Sumaterani dihantar ke Pahang untuk
meyebarkan dakwah Islamiah. Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam turut menjadikan Acheh
sebagai pusat pengajian dan kebudayaan Islam sehingga digelar sebagai Serambi Mekah.
Institusi istana menjadi pusat pendidikan pengajian ilmu dan penyebaran Islam. Peranan
sultan Melaka seperti Sultan Alauddin Riayat Syah dan Sultan Mansur Syah. Sultan Muzaffar
Syah.

6.8 Hubungan Diplomatik

Penyebaran Islam di Tanah Melayu turut didorong oleh faktor hubungan diplomatik dengan
negara luar seperti Kerajaan Moghul di India dan Makkah. Sultan Iskandar Muda Mahkota
Alam di Acheh misalnya mengadakan hubungan diplomatik dengan kerajaan Islam seperti
Gujerat, Malabar, Turki, Mesir, Mekah dan lain-lain. Pada zaman baginda, Acheh telah
dikunjungi oleh para ulama seperti Sheikh Abdul Kadir Ibn Hajar dan Sheikh Muhammad
Yamani dari Mekah.

6.9 Perlaksanaan Perundangan dan Keadilan

Hukum Kanun Melaka mempunyai unsur-unsur Islam. Jadi perlaksanaan undang-undang ini
mewujudkan keadilan dalam masyarakat.

12
7.0 KESAN KEDATANGAN ISLAM DI ALAM MELAYU

Terdapat sesetengah pihak yang mendakwa bahawa kedatangan Islam di Tanah Melayu tidak
membawa sebarang kesan atau pengaruh terhadap masyarakat di rantau ini. Pendapat ini
merupakan satu pendapat yang amat keterlaluan dan tidak bersandarkan kepada fakta yang
sebenar. Menurut Al-Attas, kebangkitan Islam di Tanah Arab telah bertanggungjawab
mewujudkan suatu perubahan baru atau “Zaman Baru” di Eropah. Begitu juga dengan
kedatangan Islam di Tanah Melayu juga membawa suatu perubahan di sini. Pendapat ini
nampaknya lebih konkrit dan berasas, kerana kedatangan Islam ini telah membawa satu
bentuk persambungan dan perubahan. Dengan kata lain, kedatangan Islam telah membawa
pelbagai perubahan tetapi masih terdapat unsur-unsur tradisi dan kefahaman yang bercanggah
dengan Islam. Antara perubahan yang berlaku adalah seperti berikut :

7. 1 Perubahan daripada aspek akidah atau kepercayaan

Kepercayaan masyarakat alam melayu sebelum kedatangan Islam dipengaruhi oleh animisme
dan dinamisme yang mempercayai setiap perkara atau benda mempunyai semangat atau roh
yang member kesan baik atau buruk serta mempercayai kuasa roh nenek moyang. Juga ada
yang berpendapat bahawa telah wujud agama tauhid iaitu kepercayaan kepada Tuhan yang
Maha Esa di alam melayu.

Walau bagaimanapun selepas kedatangan agama Islam, masih ada segelintir


masyarakat alam melayu mempercayai politeisme (percaya lebih dari satu Tuhan) akibat
pengaruh yang dibawa oleh agama Hindu-Buddha.

Dengan menerapkan amalan tauhid yang sememangnya menjadi akidah Islam kepada
masyarakat alam melayu akan melahirkan amalan yang sebaris dengan syariat Islam terutama
ibadah khusus seperti solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, memberi zakat,
mengerjakan haji bagi yang berkemampuan, membaca Al-Quran serta seumpamanya.
Jadi pengaruh akidah, ibadah dan tassawur Islam sangat membantu di dalam kehidupan
masyarakat di alam melayu serta mengukuhkan lagi agama Islam sehingga kini dan susah

13
untuk dipisahkan antara melayu dengan Islam. Dengan ini menjadikan masyarakat melayu
ingin membina tamadun yang lebih gemilang berbanding zaman sebelumnya.
7.2 Perubahan daripada aspek bahasa dan perkataan

Dengan adanya Islam di alam melayu, pengaruh daripada bahasa dan perkataan juga telah
diberi nafas baru terhadap bahasa melayu. Tulisan daripada Al-Quran yang diasaskan
daripada 29 huruf itu telah menyebabkan masyarakat alam melayu pandai membaca dan
menulis.
Selain itu, dari segi sastera juga telah diberi pembaharuan di alam melayu. Sebagai contoh
fungsi dan peranannya telah berubah daripada sifat hiburan kini telah dijadikan kepada media
pendidikan dan pendakwah.

7.3 Perubahan daripada aspek perlakuan individu

Dalam hal sebegini, pendakwah amat memainkan peranan yang sangat penting dalam
memberi kesedaran kepada anak-anak muda-mudi zaman sekarang berkenaan hal Islam.
Hampir setiap kawasan wujudnya pendakwah-pendakwah bagi mewujudkan kesedaran
kepada masyarakat mengenai Islam. Setiap individu perlu memberikan salam jika bertemu
seseorang dan selalu menyebut astaghfirullah, alhamdulillah, insya-Allah dan sebagainya. Ini
bagi memastikan setiap individu mempraktikkan aspek-aspek perlakuan dan bukan sahaja
pendakwah malah setiap umat Islam perlu mempraktikkan asas-asas fardhu ain serta fardhu
kifayah supaya dapat memantapkan lagi perlakuan setiap individu.

7.4 Perubahan daripada aspek sosial

Setelah kedatangan Islam sifat dan nilai-nilai murni telah diterap dan ditambah dengan
pendidikan agama terutama al-Quran yang ditekankan masyarakat melayu. Pengajian agama
Islam telah dijalankan secara formal dan tidak formal sejak dahulu lagi.

Penekanan masyarakat melayu dalam bidang pendidikan ini telah membawa kepada
perubahan sosial terhadap masyarakat setempat. Ianya berlaku setelah berlakunya kesedaran
setiap individu setelah mendapat pendidikan secara kebetulan atau tidak. sebagai contoh

14
pergaulan di antara lelaki dan perempuan amat terbatas bagi yang bukan muhrim. Ini
bertujuan bagi mengelakkan berlakunya perbuatan yang tidak diingini seperti zina

Disebabkan budaya melayu berteraskan Islam amalan dan masyarakat setempat, maka
aspek-aspek ini menjadi asas utama dalam membentuk budaya masyarakat melayu yang
sinonim dengan agama mereka iaitu agama Islam.

7.5 Perubahan daripada aspek sosioekonomi

Berdasarkan sejarah, aspek ekonomi di alam melayu sebelum kedatangan Islam sangat
mundur serta tidak menentu. Ianya boleh diibaratkan sebagai kais pagi makn pagi, kais
petang makan petang. Ianya begitu daif skali, sehinggakan ada jurang besar antara orang kaya
dan orang miskin, pangkat tinggi dengan pangkat rendah amat ketara sekali. Tetapi semua itu
berubah setelah Islam diperkenalkan serta diperluaskan di alam melayu.

Ini disebabkan Islam mengajar manusia supaya mengamalkan persamaan taraf di


kalangan manusia. Jangan ada jurang di antara orang kaya dengan orang miskin dan mesti
tolong-menolong antara satu sama lain. Jangan sesekali wujud perbezaan disebabkan harta,
keturunan, pangkat dan seumpama dengannya.

Masyarakat di alam melayu perlu bekerjasama demi meningkatkan dan memajukan


ekonomi. Kesanggupan dan kerelaan orang–orang kaya mengeluarkan zakat serta bersedekah
tidak kira dengan cara apa sekali pun merupakan faktor-faktor penting menyumbang ke arah
perkembangan ekonomi dan keharmonian masyarakat serta kemajuan negara.

15
8.0 KESIMPULAN

Apa yang dapat disimpulkan dalam tajuk kerja ini iaitu ‘Teori Kedatangan Islam dan
Pengaruh Islam di Alam Melayu’ adalah Islam datang ke Tanah Melayu melalui tiga bangsa
iaitu Arab, China dan India. Hal ini dapat dibuktikan dari catatan China yang mengatakan
ketiga – tiga buah negara ini pernah menduduki di Tanah Melayu untuk menyebarkan dakwah
agama Islam. Selain itu, Islam juga tersebar luas disebabkan beberapa faktor seperti kegiatan
perdagangan, sikap dan sifat orang Islam, perkahwinan, penaklukan, sikap pemerintah yang
berusaha dalam kegiatan berdakwah ilmu Islam, dan sebagainya.

Kedatangan islam ke alam melayu juga telah memberi kesan yang besar dan luas
dalam kehidupan masyarakatnya sehingga telah berjaya merealisasikan ajaran dan tuntutan
Islam dalam kalangan mereka secara berkesan, sekaligus dapat mengangkat martabat mereka
ke tahap yang lebih baik dan bermaruah. Keadaan tersebut dapat dilihat dalam pelbagai aspek
kehidupan mereka baik dari segi individu, keluarga, masyarakat atau negara. Kedatangan
islam telah membawa perubahan menyeluruh kepada sistem kehidupan masyarakat alam
melayu seperti akidah atau agama, sosial, politik, pemikiran, perundangan, ilmu pengetahuan
dan sebagainya.

Kedatangan Islam juga telah mengubah pegangan hidup masyarakat Melayu dan
membentuk cara hidup baru dalam amalan seharian masyarakat. Amalan-amalan Islam yang
berunsur tahayul dan khurafat telah ditinggalkan secara beransur-ansur oleh masyarakat
Melayu. Masyarakat Melayu juga telah berubah daripada masyarakat yang buta huruf kepada
masyarakat yang mengamalkan tradisi keilmuan. Contohnya galakan daripada golongan
pemerintah telah menjadikan Melaka suatu ketika dulu sebagai pusat pembudayaan ilmu.

Dengan berlakunya penyebaran agama Islam ini agama Islam dijadikan sebagai teras
dalam pembinaan tradisi budaya Melayu. Orang-orang Melayu yang menganut agama Islam
menyedari dan memahami nilai-nilai yang telah ditetapkan oleh Islam dan berusaha
menyesuaikan warisan tradisi budaya dan kehendak-kehendak Islam. Mereka menekankan

16
usaha memupuk nilai-nilai Islam sebagaimana yang dikehendaki dari satu generasi kepada
generasi seterusnya. Malah, institusi-institusi sosial dan agama dalam masyarakat memainkan
peranan penting dalam usaha memupuk dan mempertahankan nilai-nilai sosial dan agama
yang mereka bina.

Islam memberi pengaruh yang besar kepada masyarakat dan tamadun Melayu. Proses
penyerapan Islam ini berlaku secara berperingkat-peringkat di kalangan masyarakat Melayu
yang bermula daripada golongan istana, pembesar sehinggalah kepada rakyat biasa. Proses
Islamisasi ini menjadikan masyarakat Melayu akhirnya dapat menerima ajaran Islam dengan
baik. Ini kerana keistimewaan ajaran Islam yang sederhana dan tiada paksaan.

17
9.0 RUJUKAN

1) Dr. Muhammad Sharif Chaudry (2006) Social and Moral Code of Islam. Masterpiece
Publication Sdn. Bhd. Selangor.

2) Dr Haji Abdullah Ishak (1992) Islam di Nusantara. Bahagian Hal Ehwal Islam,Jabatan
Perdana Menteri, Kuala Lumpur.

3) Mahayudin Hj. Yahya (1998) Islam di Alam Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kuala Lumpur.

4) Prof. Ahmad Ibrahim (1981) Perundangan Islam: Dasar, Matlamat dan


Perlaksanaannya Di Malaysia. ABIM, Kuala Lumpur.

5) Abd. Rahman Haji Abdullah (2000) Islam Dalam Sejarah Asia Tenggara. Utusan
Publication, Kuala Lumpur.

6) Rasid Muhamad (2010) Merintis Kecemerlangan Islam: Sumbangan, Cabaran dan


Masa Hadapan Umat Muhammad. Grup Buku Karangkraf Sdn. Bhd., Shah Alam.

7) Mahayudin Hj. Yahaya (1999) Tamadun Islam STPM, Fajar Bakti, Shah Alam.

8) Mohd Sukki Othman & Wan Muhammad Wan Sulong (2001). Sejarah Kertas 940/1
Tamadun Islam, Pustaka Sarjana, Subang Jaya.

18

You might also like