You are on page 1of 16

TEKS JURU ACARA

“LLAMBAIAN KASIH SANJUNGAN BUDI”

PERSARAAN EN.SAMSUDIN BIN BAHAR

DAN

PERPISAHAN CIKGU AZIZAH BINTI AHMAD

SEKOLAH KEBANGSAAN BATU 38

TARIKH : 9 JANUARI 2017

TEMPAT : DEWAN SENTOSA SK BATU 38

JURUACARA :

1. PN FARAZILA BINTI ABDUL HAMID

2. PN NOR LAILY SAMSINAR BINTI AHMAD ZAWAWI


BIL J/ACARA CUE ANN CATATAN
1 LAILY Apabila semua Assalamualaikum wbt
jemputan telah
masuk ke dalam Tuan-Tuan dan Puan-Puan sekalian
dewan
Selamat Datang ke Majlis Lambaian Kasih Sanjungan
Budi En Samsudin bin Bahar dan Cikgu Azizah binti
Ahmad.

Yang berikut merupakan beberapa pengumuman penting


untuk ingatan kita bersama di sepanjang majlis ini
berlangsung.

1. Sila penuhkan tempat duduk tuan-tuan


sebagaimana yang telah ditetapkan oleh pihak
urusetia.
2. Sila matikan telefon bimbit tuan-tuan atau aktifkan
dengan isyarat getar sahaja.
3. Elakkan pergerakan keluar masuk dewan yang
tidak perlu di sepanjang majlis ini sedang
berlangsung.
4. Mohon kerjasama daripada tuan-tuan dan puan-
puan agar tidak meninggalkan majlis ini sehingga
majlis telah selesai.

Sekali lagi dipohon kerjasama daripada tuan-tuan dan


puan-puan agar majlis ini dapat berjalan dengan lancar
dan sempurna.

Sekian dimaklumkan dan kerjasama tuan-tuan didahului


dengan ucapan jutaan terima kasih.
BIL J/ACARA CUE ANN CATATAN
2 FARA Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan Encik Samsudin
bin Bahar dan Cikgu Azizah binti Ahmad diiringi Yang
Berhormat, Yang Dipertua PIBG, Guru Besar dan Guru-
Guru Penolong Kanan masuk ke dewan.

3 LAILY Apabila semua Bismillahirahmanirahim..


hadirin telah
bersedia
Daun layu di tengah gurun,

Nampak jalur pohon cemara;

Tradisi Melayu turun temurun,

Pantun ditutur pembuka bicara.

Ditatang-tatang kiri ke kanan, Fara sambut pantun

Disirat-sirat seret ke tepi;

Selamat datang tuan dan puan,

Ke Majlis Lambaian Kasih Sanjungan Budi.


Pagi yang indah penuh ceria. Hari yang berbahagia Laily teruskan

penuh bermakna kita raikan Majlis “Lambaian Kasih


Sanjungan Budi” sempena Persaraan Encik Samsudin
bin Bahar dan Perpisahan Cikgu Azizah binti Ahmad.

Assalamualaikum wbt....... salam sejahtera dan salam 1


Malaysia.

Yang Berhormat

Datuk Haji Mohd Fasiah bin Mohd Fakeh

Ahli Parlimen Sabak Bernam

Yang Dihormati
Encik Ahmad bin Mohamad Yatim
Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Batu 38

Yang berusaha,
En. Dzulkifli bin Jamhari,
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Batu 38

Yang berusaha,
Pn Hajah Normah binti Noruddin
Guru Penolong Kanan Kurikulum SK Batu 38
En. Ahmad Kamal bin Sidik
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Batu 38

Pn. Arba’yah binti Abdul Aziz


Guru Penolong Kanan Kokurikulum SK Batu 38

Pn. Zahrah binti Ahmad Ismail


Guru Penolong Kanan Program Pendidikan Khas
Integrasi SK Batu 38

Yang Diraikan,
Encik Samsudin bin Bahar
Ketua Pembantu Tadbir SK Batu 38

Cikgu Azizah binti Ahmad


Guru Panitia Bahasa Melayu

Guru-guru, tuan-tuan , puan-puan dan murid-murid


yang dihormati sekalian.
BIL J/ACARA CUE ANN CATATAN
4 LAILY Bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana dengan limpah
kurnia dan rahmat-Nya, dapat kita sama-sama berhimpun
di dewan yang permai ini bagi menyempurnakan Majlis
Lambaian Kasih Sanjungan Budi sempena Persaraan
Encik Samsudin bin Bahar dan Perpisahan Cikgu Azizah
binti Ahmad.

Bagi pihak majlis kami mengucapkan ribuan terima kasih


dan selamat datang kepada semua hadirin ke majlis ini.

5 FARA Tuan-tuan, puan-puan, para hadirin yang dirahmati Allah


sekalian,

Kalau pergi Tanjung Keramat,

Anak manis jangan diangkat;

Bersama kita memohon rahmat,

Moga majlis mendapat berkat.


Dijemput kepada Al-Fadhil Ustaz Muhd Omar bin
Zainuddin untuk memimpin bacaan doa agar majlis kita
beroleh keberkatan dan rahmatNya.

Dengan penuh takzimnya majlis mempersilakan.

BIL J/ACARA CUE ANN CATATAN


6 FARA Selepas doa Amin Amin Ya Rabbal `Alamin. Majlis merakamkan
dibaca jutaan terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi.
Mudah-mudahan majlis kita pada pagi ini mendapat
rahmat sehingga ke penghujungnya.

Yang Berhormat, Tuan-tuan, Puan-puan dan para hadirin


yang dihormati sekalian.

Majlis diteruskan dengan mempersilakan Encik Ahmad


bin Mohamad Yatim selaku Yang Dipertua PIBG Sekolah
Kebangsaan Batu 38 untuk menyampaikan ucapan.

Dengan sukacitanya dipersilakan.


7 LAILY Setelah YDP Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas ucapan yang
PIBG selesai disampaikan oleh Yang Dipertua PIBG sebentar tadi.
berucap

Majlis seterusnya mempersilakan Encik Dzulkifli bin


Jamhari, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Batu 38 untuk
menyampaikan ucapan.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.


BIL J/ACARA CUE ANN CATATAN
8 FARA Setelah Guru Terima kasih diucapkan kepada Encik Dzulkifli bin
Besar selesai Jamhari selaku Guru Besar Sekolah Kebangsaan Batu 38
berucap atas ucapan yang telah disampaikan tadi.

Yang Berhormat dan Para hadirin sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Yang


Diraikan Cikgu Azizah binti Ahmad untuk menyampaikan
ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Setelah Cikgu Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas ucapan itu
Azizah selesai tadi.
berucap
9 LAILY Untuk pengetahuan Yang Berhormat, tuan-tuan, puan-
puan dan para hadirin

Pada hari ini juga kita mengadakan Majlis Persaraan


Encik Samsudin bin Bahar Ketua Pembantu Tadbir
Sekolah Kebangsaan Batu 38.

Dengan itu, majlis menjemput Encik Samsudin bin Bahar


naik ke pentas untuk menyempurnakan gimik Majlis
Persaraan beliau. Dipersilakan.

Apabila selesai Terima kasih diucapkan kepada Encik Samsudin bin


gimik Bahar atas penyempurnaan gimik itu tadi.

Majlis sekali lagi menjemput yang diraikan untuk duduk di


tempat khas yang disediakan di atas pentas.
BIL J/ACARA CUE ANN CATATAN
10 FARA Majlis diteruskan dengan Persembahan Multimedia
sempena Persaraan Yang Diraikan Encik Samsudin bin
Bahar.

Demikian tadi Persembahan Multimedia yang dihasilkan


oleh Ustaz Wan Azizul bin Mohd Dahar dan Ustaz Wan
Mohd Khairi bin Wan Ibrahim. Persembahan tersebut
dihasilkan khas untuk Yang Diraikan.

11 LAILY Kini, tibalah masa yang dinanti-nantikan iaitu ucapan


Yang Diraikan.

Dengan itu, majlis menjemput Yang Diraikan Encik


Samsudin bin Bahar selaku Ketua Pembantu Tadbir
Sekolah Kebangsaan Batu 38 untuk menyampaikan
ucapan. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Diraikan Encik


Samsudin bin Bahar atas ucapan itu tadi.
BIL J/ACARA CUE ANN CATATAN
12 FARA Majlis seterusnya menjemput ……………………………….

…………………………………………………………………..

Pegawai Pendidikan Daerah Sabak Bernam dan Encik


Dzulkifli bin Jamhari Guru Besar Sekolah Kebangsaan
Batu 38, mengiringi Yang Diraikan Encik Samsudin bin
Bahar naik ke pentas untuk menyempurnakan upacara
serah tugas. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan atas penyempurnaan upacara itu


tadi.
BIL J/ACARA CUE ANN CATATAN
13 LAILY Majlis diteruskan dengan menjemput Cikgu Azizah bin
Ahmad naik ke pentas untuk menerima hadiah sebagai
tanda kenang-kenangan . Dipersilakan.

Majlis dimulakan dengan penyampaian hadiah daripada :

1. PIBG Sekolah Kebangsaan Batu 38


2. Pentadbir Sekolah Kebangsaan Batu 38
3. KKGK
4. Panitia :

4. Wakil Murid

Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Azizah binti


Ahmad atas kesudian menerima hadiah itu tadi.
BIL J/ACARA CUE ANN CATATAN
14 FARA Setelah hadiah- Majlis seterusnya menjemput Yang Diraikan Encik
hadiah Cikgu Samsudin bin Bahar naik ke pentas untuk menerima
Azizah dibawa hadiah sebagai tanda kenang-kenangan. Dipersilakan.
keluar
Majlis dimulakan dengan penyampaian hadiah daripada :

1. Yang Berhormat Datuk Haji Mohd Fasiah bin Mohd


Fakeh
2. Pentadbir Sekolah Kebangsaan Batu 38
3. PIBG
4. KKGK
5. Panitia :

6. Wakil Murid

7. Jemputan

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang


Diraikan Encik Samsudin bin Bahar atas kesudian
menerima hadiah itu tadi.
BIL J/ACARA CUE ANN CATATAN
15 LAILY Setelah hadiah- Yang Berhormat, Tuan-tuan, Puan-puan dan para hadirin
hadiah Encik sekalian, kita telah pun berada di penghujung acara.
Samsudin
dibawa keluar Kuning emas masaknya padi
Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan

Tuan Puteri pergi ke Rasah


Fara sambut pantun
Pulang semula sebelah pagi
Kita bertemu akhirnya berpisah
Diizin Tuhan bersua lagi

Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini.


Terima kasih diucapkan kepada Yang Diraikan Encik
Samsudin bin Bahar kerana sudi bersama kita pada hari
ini dan kami semua mendoakan agar Encik Samsudin
sentiasa sihat dan dipanjangkan umur. Kepada Cikgu
Azizah bin Ahmad, semoga semoga cikgu ceria di tempat
baru.
Terima Kasih juga diucapkan kepada Yang Berhormat,
semua tetamu dan hadirin yang sudi meluangkan masa
bersama-sama memeriahkan majlis ini.

Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq


walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa
Barakatuh.

You might also like