You are on page 1of 12

PENDAHULAN

TUJUAN KAJIAN

Menurut pengkaji,pengkaji telah menjelaskan tujuan kajian dengan lebih mendalam.Pengkaji

menjelaskan dua tujuan kajian utama iaitu :-

1. faktor-faktor menyumbang kepada pengintergrasian ICT dalam pengajaran dan

pembelajaran guru sekolah rendah

2. Faktor – faktor utama yang menyumbang kepada amalan penggunaan ICT

OBJEKTIF KAJIAN

Menurut pengkaji,pengkaji telah menjelaskan 4 objektif kajian secara umum bagi

membincangkan lebih terperinci tujuan kajian 1.Pengkaji menjelaskan empat objektif kajian

iaitu :-

1. Mengenal pasti tahap amalan pengintegrasian ICT dalam PdP guru sekolah

rendah.Pengkaji menguji responden dengan menggunakan beberapa soalan berbentuk

skala likert.Responden akan menjawab tahap mereka dalam amalan pengintergrasian ICT

dalam PdP.

2. Pengkaji ingin mengenal pasti tahap,

3. menentukan hubungan kesdiaan integrasi ICT di kalangan guru dan


4. menentukan jumlah sunbangan pembolehubah luaran dari segi

4.1 Perspektif umum guru

4.2 Matlamat integrasi ICT

4.3 Motivasi guru

4.4 Latihan pengintegrasian ICT,

4.5 Kemahiran ICT

4.6 Sumber ICT

4.7 Sokongan pentadbir dan kebimbangan guru guru dalam pengintegrasian ICT

terhadap amalan penggunaan ICT dalam PdP guru sekolah rendah.

5. PERSOALAN KAJIAN

Pengkaji mengemukakan 3 soalan kajian.Antaranya ialah

5.1.1 Apakah tahap pengintegrasian ICT dalam PdP guru sekolah rendah?

5.1.2 Apakah tahap perspektif umum guru, matlamat integrasi ICT, motivasi guru,

latihan pengintegrasian ICT, kemahiran ICT, sumber ICT, sokongan pentadbir


dan kebimbangan guru dalam pengintegrasian ICT guru sekolah rendah?

perspektif umum guru

5.2 Adakah terdapat hubungan kesediaan integrasi ICT guru dari aspek perspektif

umum guru, matlamat integrasi ICT, motivasi guru, latihan pengintegrasian ICT,

kemahiran ICT, sumber ICT, sokongan pentadbir dan kebimbangan guru dalam

pengintegrasian ICT terhadap penggunaan ICT dalam PdP guru sekolah rendah?

5.3 Apakah jumlah sumbangan pemboleh ubah perspektif umum guru, matlamat integrasi

ICT, motivasi guru, latihan pengintegrasian ICT, kemahiran ICT, sumber ICT,

sokongan pentadbir dan kebimbangan guru dalam pengintegrasian ICT terhadap

amalan penggunaan ICT dalam PdP guru sekolah rendah?

6. HIPOTESIS KAJIAN

Dalam kajian ini, penyelidik mengemukakan beberapa hipotesis kajian. Berdasarkan

kepada tujuan dan persoalan kajian, penyelidik telah memperkembangkan sembilan

hipotesis alternative.Penyelidik menyatakan terdapat hubungan yang signifikan antara

6.1 Perspektif umum guru

6.2 matlamat integrasi ICT

6.3 motivasi guru


6.4 latihan pengintegrasian ICT

6.5 kemahiran ICT

6.6 sumber ICT

6.7 sokongan pentadbir

6.8 kebimbangan guru dalam pengintegrasian ICT

dengan amalan pengintegrasian ICT dalam PdP guru sekolah rendah.

6.9 Variasi dalam pengintegrasian ICT dalam PdP dapat diterangkan oleh perspektif

umum guru, matlamat integrasi ICT, motivasi guru, latihan pengintegrasian ICT,

kemahiran ICT, sumber ICT, sokongan pentadbir dan kebimbangan guru .


KEPENTINGAN KAJIAN

Melalui kajian yang dijalankan tentang amalan pengintegrasian ICT dalam pdp guru,

penyelidik dapat menghuraikan faktor dan juga ciri-ciri terbaik agar boleh dijadikan rujukan

kepada sekolah-sekolah harian biasa. Ia juga boleh dijadikan panduan oleh pihak pentadbir

pendidikan di semua sekolah kerajaan dan swasta di Malaysia untuk mengatasi pelbagai masalah

melibatkan penggunaan dan pengurusan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran disamping

merangka langkah-langkah penambahbaikan ke atas penggunaan ICT dalam pdp guru.

Penyelidik juga mengharapkan bahawa maklumbalas dapatan kajian ini dapat membantu dan

memberi maklumat yang berguna kepada semua pihak bahagian pendidikan di Malaysia agar

boleh mengukuhkan lagi penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Hasil

dapatan kajian ini juga dapat digunakan untuk menyemak semula program latihan guru yang

ditawarkan agar keberkesanan program-program ICT yang disediakan dan faktor-faktor yang

dikaji boleh dimanipulasi bagi meningkatkan amalan pengintegrasian ICT dalam pdp.

Pengintegrasian ICT dalam pdp dapat membantu meningkatkan kefahaman dan

keupayaan murid serta memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid dengan

pelbagai keupayaan. Ia juga membolehkan murid mengakses maklumat yang sukar diperolehi

serta mewujudkan suasana pembelajaran yang mencabar dan menyeronokkan. Penyelidik juga

menekankan bahawa pengintegrasian ICT dalam pdp dapat meningkatkan kreativiti dan

imaginasi murid serta memberi peluang kepada murid belajar secara lebih berkesan dengan

bimbingan yan minima. Kemajuan dalam bidang pendidikan semakin hari bertambah jelas

dipengaruhi oleh penggunaan ICT. Dalam konteks pendidikan, penggunaan alat teknologi bukan
sahaja mampu membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran malah berpotensi besar

sebagai alat untuk mengayakan lagi persekitaran pengajaran dan pembelajaran bagi hampir

semua matapelajaran. Teknologi seperti ini mestilah dimanfaatkan sepenuhnya oleh guru agar

dapat menghasilkan suatu output yang memenuhi tuntutan masyarakat.

Tugasan 1 : Methodologi

3.1 Pengenalan

Dalam bab ini penyelidik akan menjelaskan kaedah dan prosedur berkaitan metodologi

penyelidikan yang digunakan. Metodologi kajian yang digunakan adalah merujuk kepada cara-

cara yang berkesan untuk mendapatkan maklumat yang berfaedah dengan penggunaan instrumen

yang minimum bagi mencapai matlamat penyelidikan. Tatacara kajian yang diikuti dalam
menjalankan penyelidikan serta langkah-langkah dan kaedah dilaksanakan untuk mendapatkan

data bagi menjawab persoalan kajian.

3.2 Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk dalam kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif bagi mengkaji faktor-faktor yang

menyumbang kepada amalan pengintegrasian ICT dalam PdP guru sekolah rendah. Othman

(2012) menjelaskan bahawa reka bentuk sesuatu kajian yang dijalankan adalah penting serta

harus diberikan tumpuan yang menyeluruh untuk mendapatkan kesahan kajian. Kajian ini

menggunakan kaedah tinjauan dengan menggunakan instrumen soal selidik. Program Statistical

Package for Social Science (SPSS) version 20 digunakan untuk menganalisis data. Kaedah

tinjauan melalui soal selidik diedarkan ke sekolah-sekolah rendah di negeri Terengganu yang

terpilih untuk dikaji.

Melalui penggunaan instrumen soal selidik, penyelidik dapat mengumpul maklumat daripada

responden kajian dalam satu masa serta dapat memahami ciri-ciri keseluruhan populasi kajian

dengan menggunakan sampel yang kecil (Abd Rahman et al., 2009). Selain dapat

mengumpulkan data, soal selidik juga digunakan untuk mengukur sikap serta tingkah laku

responden.

Selain daripada itu, kajian ini juga dijalankan dalam bentuk tinjauan deskriptif. Penyelidikan

deskriptif merupakan penyelidikan yang digunakan untuk menerangkan sesuatu fenomena,

faktor-faktor, ciri-ciri populasi atau keadaan yang berlaku (Mohd. Majid, 2000). Reka bentuk

deskriptif ini dipilih untuk memberi gambaran bagi pemboleh ubah yang ingin dicerap

menggunakan petunjuk statistik bagi melihat taburan dan bentuk pola serta kecenderungan data.
3.3 Populasi dan Sampel Kajian

Dalam proses mendapatkan maklumat kajian, penyelidik perlu menumpukan kepada populasi

dan sampel tertentu yang dikenal pasti dengan teliti. Saiz populasi kajian akan mempengaruhi

kewangan, masa dan tenaga penyelidik serta maklumat kajian untuk menyelesaikan masalah

(Mohd. Majid, 2009). Dalam kajian ini, populasi merujuk kepada guru-guru sekolah rendah di

negeri Terengganu. Penyelidik memilih negeri Terengganu sebagai lokasi kajian kerana

penyelidik mudah untuk berurusan dengan pihak sekolah berikutan negeri Terengganu

merupakan negeri kelahiran penyelidik. Ini sekali gus menjimatkan masa, kos dan tenaga

penyelidik. Jumlah populasi guru sekolah rendah di seluruh negeri Terengganu ialah seramai

12000 orang yang merangkumi 3872 guru lelaki dan 8128 bagi guru perempuan. seperti yang

telah ditunjukkan dalam jadual 3.1.

Jadual 3.1 Bilangan guru sekolah di seluruh negeri Terengganu

Daerah SK SKJC SK L P Jumlah

Khas

Daerah Besut 1872 20 20 649 1263 1912

Daerah Dungun 1535 43 0 478 1100 1578

Daerah Kemaman 1722 71 0 508 1335 1843

Daerah Kuala Terengganu 3424 71 48 1044 2499 3543r

Daerah Hulu Terengganu 1060 0 0 397 633 1060


Daerah Setiu 971 0 0 422 549 971

Daerah Marang 5710 17 0 374 791 1093

Jumlah Besar 3872 8128 12000

Sumber Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), Januari 2014

Dalam kajian ini, pemilihan sampel kajian dilakukan dengan menggunakan teknik pemilihan

rawak mudah agar kesahan luaran kajian tetap tinggi dan generalisasi data kajian dapat

dilakukan. Noraini (2013) menyatakan, persempelan dilakukan untuk menjimatkan kos

penyelidikan yang melibatkan kos pengangkutan, masa penyediaan instrumen penyelidikan dan

sebagainya.

Pemilihan sampel kajian adalah penting untuk menjamin kesahan dapatan kajian kerana sebarang

maklumat akan dijadikan rumusan kajian. Jumlah sampel kajian adalah ditetapkan mengikut

jadual Krejcie dan Morgan (1970). Menurut Krejcie dan Morgan, saiz sesuatu sampel kajian

akan menentukan kebolehpercayaan kajian yang dilakukan. Berdasarkan kepada jadual 3.1,

populasi kajian guru sekolah rendah di Terengganu ialah seramai 12000 orang. Mengikut jadual

Krejcie dan Morgan, apabila populasi suatu kajian 10000 hingga 15000, maka sampel kajian

yang diperlukan ialah sebanyak 370 responden. Bagi memastikan penyelidik mendapat jumlah

sampel kajian yang dikehendaki iaitu sebanyak 370, penyelidik melebihkan 113 atau sebanyak

22.6% daripada sampel kajian sebenar. Ini kerana penyelidik dapat mengelak daripada

berlakunya terdapat instrumen soal selidik tidak lengkap diisi, hilang dan rosak.

Dalam kajian ini, sampel kajian akan melibatkan 370 orang guru di 23 buah sekolah rendah

terpilih di negeri Terengganu. Pemilihan sekolah ini dilakukan secara rawak mudah berdasarkan
senarai nama sekolah rendah yang diperolehi dari Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu

(JPNT) serta mengikut daerah. Sebelum pemilihan sekolah dibuat, penyelidik terlebih dahulu

menyenaraikan nama sekolah-sekolah yang ingin dipilih mengikut kategori lokasi sekolah seperti

bandar, luar bandar dan pinggir bandar.

3.4 Instrumen Kajian

Kajian faktor-faktor yang mempengaruhi amalan pengintegrasian ICT dalam PdP guru sekolah

rendah ini menggunakan kaedah tinjauan. Penggunaan instrumen soal selidik dalam sesuatu

kajian dapat menjimatkan masa dan mudah ditadbir oleh pengkaji (Noraini, 2013). Dalam kajian

ini, penyelidik telah mengadaptasi beberapa instrumen soal selidik pengkaji-pengkaji terdahulu

untuk disesuaikan dengan pengintegrasian ICT dalam persekitaran pendidikan di Malaysia.

Jadual 3.3 menunjukkan kandungan instrumen kajian berdasarkan sumber instrumen.

3.4.1 Bahagian A: Soal selidik ciri-ciri demografi

3.4.2 Bahagian B: Soal selidik perspektif umum guru

3.4.3 Bahagian C: Soal selidik matlamat integrasi ICT

3.4.4 Bahagian D: Soal selidik motivasi guru

3.4.5 Bahagian E: Soal selidik latihan pengintegrasian ICT

3.4.6 Bahagian F: Soal selidik kemahiran ICT


3.4.7: Bahagian G: Soal selidik sumber ICT

3.4.8: Bahagian H: Soal selidik sokongan pentadbir

3.4.9: Bahagian I: Soal selidik kebimbangan guru dalam pengintegrasian ICT

3.4.10: Bahagian J: Soal selidik Penggunaan ICT dalam PdP.

Oleh itu, secara keseluruhannya terdapat 129 item soalan yang terbahagi kepada sembilan aspek

yang dikenalpasti untuk mengukur tahap amalan pengintegrasian ICT guru iaitu dari aspek

perspektif umum guru, matlamat integrasi ICT, motivasi guru, latihan pengintegrasian ICT,

kemahiran ICT, sumber ICT, sokongan pentadbir, kebimbangan guru dalam pengintegrasian ICT

serta penggunaan ICT dalam PdP.

You might also like