Professional Documents
Culture Documents
1.0 DEFINISI
1.1 KURIKULUM
Menurut Ornstein dan Hunkin (1988), kurikulum merupakan satu rancangan tindakan
atau satu dokumen bertulis yang mengandungi strategi untuk mencapai matlamat yang
dihajati. Manakala menurut Mohd Daud (1995), kurikulum ialah satu budaya atau ilmu
pengetahuan untuk memandu guru mengajar kumpulan murid tertentu. Kamus Dewan edisi
keempat pula mentakrifkan kurikulum sebagai skop dan isi kandungan sesuatu mata
pelajaran di sekolah atau senarai kesemua mata pelajaran di sekolah.
1.2 STANDARD
Standard pula ditakrifkan oleh Kamus Dewan edisi keempat sebagai sesuatu yang
dapat diterima (diiktiraf) dan dijadikan dasar untuk mengukur sesuatu yang lain.
2.0 PENGENALAN
Dasar teras kedua PIPP adalah membangunkan modal insan yang mempunyai
pengetahuan dan kemahiran serta menghayati nilai-nilai murni. Matlamat PIPP adalah untuk
memastikan anak bangsa Malaysia dipupuk semangat, menguasai ilmu pengetahuan,
kemahiran dan kompetensi serta menerapkan nilai murni.
Gagasan ke-3 ucapan dasar Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam
Perhimpunan Agung UMNO 2006 telah menuntut supaya sistem pendidikan negara memberi
penekanan kepada teras kedua PIPP. Justeru, KSSR diperkenalkan bagi tujuan itu.
1
KSSR merupakan satu transformasi pendidikan, iaitu proses melakukan satu bentuk
perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan
perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran,
bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah.
KSSR mula dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2011. Menurut Ketua
Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, KSSR tidak menggantikan tetapi
seiringan dengan KBSR.
Bermula pada 31 Mac 2009 hingga akhir Jun 2009, sebanyak 500 buah sekolah telah
dijadikan sekolah rintis untuk menguji keberkesanan KSSR. Daripada 500 buah sekolah itu,
50 buah sekolah telah diuji rintis dengan semua mata pelajaran, manakala bakinya hanya diuji
dengan mata pelajaran terpilih sahaja.
KSSR membahagikan mata pelajaran kepada tiga modul iaitu Modul Asas Teras,
Modul Asas Tema dan Modul Asas Elektif. Modul Asas Teras merangkumi mata pelajaran
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Matematik,
Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan.
Modul Asas Tema pula terdiri daripada Dunia Sains dan Teknologi, Malaysia
Negaraku serta Seni Visual dan Muzik. Modul Asas Elektif pula pilihan bahasa seperti Bahasa
Tamil, Bahasa Cina atau Bahasa Arab.
3.1 DEFINISI:
2
3.2 KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH
Matlamat KBSR
Objektif KBSR
vi. bertutur, membaca, menulis dan memahami bahasa Inggeris selaras dengan
kedudukannya sebagai bahasa kedua;
3
xi. memahami, meminati, menikmati dan menyertai aktiviti-aktiviti amal, kesenian
dan rekreasi dalam lingkungan kebudayaan nasional;
xiii. menguasai kemahiran serta membina minat dan sikap yang positif terhadap
keusahawanan dan produktiviti;
xviii. mengamalkan sikap dan perlakuan yang berpandukan nilai murni yang
menjadikannya asas bagi amalan hidup.
Prinsip KBSR
i. Pendekatan Bersepadu;
4
vi. suasana kondusif sekolah adalah untuk meberi peluang dan galakkan
interaksi sosial , bertukar pendapat dan kerjasama di kalangan murid
xi. penilaian perlu di intergrasikan dalam semua aktiviti pembelajaran dalam bilik
darjah
Penekanan
Fokus Tahap I
iii. Mengenal huruf serta membaca, menhafaz dan menghayati ayat-ayat Al-
Quran;
5
Fokus Tahap II
iv. Kemahiran Belajar serta Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif;
Struktur KBSR
i. Komunikasi;
Tiga bidang tersebut dibahagi pula kepada enam komponen yang menjadi
teras kepada struktur KBSR. Komponen-komponen tersebut ialah:-
i. Kemahiran Asas;
vi. Kokurikulum
6
Bidang Pelajaran
Matapelajaran
Fasa 1 Fasa 2
Bidang Komponen
Bahasa Melayu Bahasa Melayu
i. Bidang Komunikasi
1. Bahasa Melayu;
2. Bahasa Inggeris;
3. Bahasa Cina;
5. Matematik.
7
ii. Bidang Manusia dan Alam Kelilingnya
1. Pendidikan Islam;
2. Pendidikan Moral;
3. Sains; dan
4. Kajian Tempatan.
1. Kemahiran Hidup;
2. Pendidikan Muzik;
3. Pendidikan Seni;
8
Peruntukan Masa
9
3.3 MENGAPA STANDARD?
Menurut Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Bukit Maluri, Saadun Kasim
yang merupakan Yang Di Pertua Majlis Guru Besar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,
pembaharuan yang diperkenalkan KSSR adalah Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan
(SPPK). SPPK bermatlamat untuk mengurangkan tekanan peperiksaan awam, memperkukuh
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), memperbaiki pembelajaran murid, pentaksiran
holistik dan berterusan serta membina modal insan dengan lebih berkesan. Terdapat lima
kaedah pentaksiran yang dilaksanakan melalui SPPK iaitu pentaksiran aktiviti jasmani, sukan
dan kokurikulum, pentaksiran sekolah, pentaksiran psikometrik, peperiksaan pusat serta
pentaksiran pusat.
10
bertulis atau verbal mengenai cara meningkatkan pembelajaran murid. Guru tidak dibenar
membandingkan murid serta meletakkan skala yang menunjukkan kedudukan mereka seperti
digunakan sebelum ini.
Terdapat perubahan berlaku pada semua mata pelajaran. Pendidikan seks diajar
menerusi Pendidikan Kesihatan di bawah Modul Teras Asas bagi tahap satu. Menurut Datu Dr
Julaihi Bujang, Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran
Malaysia, pengetahuan mengenai pendidikan seks hanya mewakili 75 peratus daripada
keseluruhan pengisian kurikulum baru subjek berkenaan.
11
berjangkit, HIV, AIDS. Isu berkaitan seks dan perundangan pula dibincang di dalam tunjang
masyarakat dan budaya.
Selain daripada itu, mata pelajaran Matematik turut mengalami perubahan. Jika pada
peringkat KBSR konsep 3M (membaca, menulis, mengira) ditekankan, namun pada
pelaksanaan KSSR, konsep 4M ditekankan (membaca, menulis, mengira, menaakul).
Penaakulan merupakan asas penting untuk memahami matematik dengan lebih berkesan dan
menjadikan pengertian tentang matematik lebih bermakna. Penaakulan berupaya
mengembangkan kapasiti pemikiran logikal dan dan kapasiti pemikiran kritis. Sebagai contoh,
untuk topik Pecahan Tahun satu, murid diajar tentang konsep keseluruhan bagi memastikan
mereka memahami tentang konsep separuh dan suku. *rujukan – rencana berita harian 30 jan
2011*
Selain itu, murid Tahun Satu juga akan diajar pendidikan seks. Pengarah Bahagian
Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran, Datu Dr, Julaihi Bujang, berkata
pendedahan pendidikan seks akan diajar menerusi subjek Pendidikan Kesihatan. Ia
membabitkan murid dalam Tahap Satu iaitu murid Tahun 1 hingga Tahun 3. Pendidikan seks
akan mencakupi perkembangan manusia, perhubungan, perkahwinan dan kekeluargaan,
kemahiran kendiri, kesihatan dan tingkah laku seksual serta masyarakat dan budaya. Guru
yang terbabit dengan pengajaran subjek berkenaan telah diberi kursus manakala bahan
pengajaran turut disediakan.
12
Mata pelajaran Dunia Sains dan Teknologi akan memberi pendedahan kemahiran
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) secara praktikal atau `hands-on’. 2. Murid Tahun
Satu akan mempelajari asas sains hayat, sains fizikal dan sains bahan yang diberi penilaian
berasaskan sekolah melalui kaedah pemerhatian secara berterusan serta pelbagai
pendekatan meliputi secara bertulis dan projek ditentukan guru. Murid akan mempelajari
Microsoft Word, diikuti Microsoft Power Point dan Painting. Penguasaan kemahiran ICT ini
tidak akan dinilai sebagai subjek peperiksaan, sebaliknya didedahkan kepada murid Tahun
Satu sebagai menyuntik nilai tambah dari segi kreativiti dan inovasi. Sains hayat akan
mendedahkan murid Tahun Satu kepada pembelajaran objek hidup seperti manusia, haiwan
dan tumbuh-tumbuhan, manakala sains fizikal berkaitan semua jenis deria, dan sains bahan
pula membabitkan teknologi serta kehidupan lestari yang merangkumi cipta bahan dan reka
bentuk. Pengajaran subjek Dunia Sains dan Teknologi untuk murid Tahun Satu ini
membabitkan dua waktu seminggu di mana mereka akan banyak terdedah kepada proses
pembelajaran menyeronokkan menerusi kaedah inkuiri, iaitu secara dapatan dan penemuan
menarik.
Komposisi Kurikulum Standard Sekolah Rendah terdiri daripada Modul Teras Asas,
Modul Teras Tema dan Modul Elektif. (Rujuk Lampiran ). Pembahagian masa juga
bertambah daripada 1350 dalam KBSR kepada 1380 dalam KSSR.
Modul Teras Asas terdiri daripada subjek asas seperti Bahasa Melayu, Bahasa
Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil (SJKC dan SJKT), Pendidikan Islam, Pendidikan
Moral, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Kesihatan dan Matematik.
Modul Teras Tema pula terdiri daripada subjek Dunia Sains dan Teknologi, Dunia
Seni Visual dan Dunia Muzik.
Modul Elektif pula terdiri daripada bahasa pilihan seperti Bahasa Arab, Bahasa Cina
Sekolah Rendah, Bahasa Tamil Sekolah Rendah, Bahasa Iban dan Bahasa Kadazandusun.
Peruntukan masa pengajaran bagi modul elektif adalah sebanyak 90 minit (3 waktu) yang
dimasukkan dalam jadual persekolahan. Sekolah perlu melaksanakan sekurang-kurangnya
satu bahasa dalam Modul Elektif mengukit kesediaan sekolah dalam aspek penyediaan
guru, permintaan daripada murid serta prasarana sekolah. Sekiranya sekolah tidak dapat
13
menjalankan Modul Elektif kerana kekurangan prasarana, mereka boleh membuat pilihan
untuk melaksanakan satu atau kombinasi mata pelajaran daripada Bahasa Melayu, Bahasa
Inggeris, Matematik serta Dunia Sains dan Teknologi. Contoh kombinasi mata pelajaran
ialah dengan menjalankan pengajaran Bahasa Melayu selama 60 minit dan Bahasa Inggeris
selama 30 minit. Pemilihan subjek atau kombinasi subjek bergantung kepada kesediaan dan
keupayaan sekolah.
Bagi Tahap Dua pula, akan dilaksanakan pada tahun 2014. Antara subjek yang bakal
diperkenalkan ialah Reka Bentuk dan Teknologi Maklumat dan Sejarah. Manakala subjek
sedia ada termasuklah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil
(SJKC dan SJKT), Pendidikan Kesihatan, Pendidikan Jasmani, Matematik, Sains,
Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral.
Bahan kurikulum yang digunakan dalam melaksanakan KSSR terbahagi kepada tiga
iaitu dokumen standard, modul pengajaran dan modul pembelajaran.
Dokumen standard ialah bahan kurikulum utama yang digunakan dalam pengajaran
dan pembelajaran. Guru menggunakan dokumen standard ini untuk merancang rancangan
pengajaran mereka. Standard kandungan dan standard pembelajaran adalah elemen utama
yang terdapat dalam dokumen standard.
14
Sebagai contoh dalam mata pelajaran Matematik , guru membimbing pelajar dalam
menamakan dan menentukan nilai dalam topik Nombor Bulat 0 hingga 100 yang merupakan
standard kandungan magi topic ini. Manakala standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh
pelajar ialah dapat menamakan nombor hingga 100.
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1994), modul didefinisikan sebagai unit atau
bahagian tersendiri yang lengkap dengan komponen yang melaksanakanfungsi tertentu dan
dapat dirangkaian dengan unit-unit lain di dalam sesuatu yang lebih besar. Selain itu, modul
juga merupakan kursus pengajaran (latihan dan seumpamanya) yang dapat dilaksanakan
secara tersendiri ke arah pencapaian sesuatu kelayakan atau kemahiran. Malihat kepada
dua definisi ini, kita boleh mentakrifkan modul sebagai suatu bahan pengajaran yang
lengkap dengan isi pelajaran khas yang telah dirancang dan merangkumi soalan-soalan
sama ada objektif atau subjektif bagi menguji tahap pemahaman pelajar supaya mereka
dapat mencapai kemahiran-kemahiran tertentu yang dikehendaki.
Modul pengajaran adalah dokumen yang digunakan oleh guru untuk menyampaikan
pengajaran manakala modul pembelajaran pula dugunakan oleh murid untuk mengukuhkan
lagi pemahaman terhadap sesuatu isi pembelajaran.
Dokumen kurikulum pula terdiri daripada bahan kurikulum dan juga bahan sokongan.
Bahan kurikulum adalah dokumen standard yang digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran. Setiap subjek yang ditawarkan dalam KSSR mempunyai dokumen standard
yang khusus.
Bahan sokongan pula terdiri daripada buku teks, modul pengajaran dan
pembelajaran serta buku panduan untuk guru.
15
8.0 PENTAKSIRAN
Pentaksiran Sekolah ialah proses mengumpul maklumat yang autentik dan boleh
diharap oleh guru secara formatif dan sumatif. Pentaksiran secara formatif adalah bertujuan
untuk memperbaiki pembelajaran (assessment for learning) manakala pentaksiran secara
sumatif adalah untuk menilai tentang sejauh mana murid telah menguasai apa yang
dipelajari (assessment of learning). Dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR),
pentaksiran formatif berasaskan sekolah dijalankan secara berterusan untuk mengesan
perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran. Pentaksiran ini menggunakan
pelbagai kaedah pentaksiran pelbagai serta bersifat autaentik dan holistik.
Pentaksiran formatif untuk pembelajaran merujuk kepada semua aktiviti dan tugasan
yang diberikan kepada murid untuk membolehkan guru menilai perkembangan dan masalah
pembelajaran murid. Oleh itu, maklumat yang diperoleh berupaya memantau dan membantu
proses pembelajaran. Maklumat tersebut diguna sebagai maklum balas dalam
mengubahsuai aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi memenuhi keperluan semua
murid. Keperluan setiap murid berbeza antara satu sama lain.
16
Guru juga boleh mengetahui keperluan murid melalui pelbagai kaedah seperti
pencerapan, perbincangan dalam kelas atau kerja bertulis, sama ada kerja rumah atau
tugasan dalam kelas. Pentaksiran kendiri dan rakan sebaya juga boleh digunakan dengan
berkesan untuk menyokong pentaksiran untuk pembelajaran.
Pentaksiran untuk pembelajaran boleh menjadi alat yang sangat berkesan untuk
membantu semua murid sekiranya maklumbalas disampaikan kepada murid dengan cara
yang betul. Maklumbalas tidak sepatutnya mengandungi pernyataan perbandingan antara
murid tentang kebolehan, kedudukan atau persaingan. Maklumbalas perlu mengandungi
elemen-elemen seperti kedudukan murid dalam pembelajaran merujuk kepada standard
prestasi yang ditetapkan, tahap pembelajaran yang diharapkan dan maklumat untuk
merapatkan jurang antara kedudukan sedia ada dan tahap pembelajaran yang diharapkan.
17
Antara kaedah pengumpulan eviden pentaksiran sekolah ialah melalui kaedah
pencerapan. Pentaksiran melalui cerapan biasanya kurang berstruktur (terancang) dan
selalunya dilakukan untuk menilai interaksi murid antara satu sama lain dalam tugasan untuk
mendapatkan hasil penyelesaian yang umum. Pencerapan perlu mempunyai tujuan dan
dijalankan dengan menggunakan suatu instrumen cerapan yang bersesuaian untuk
mengurangkan penyimpanan rekod, seperti senarai semak dan skala pengadaran (rating
scale) yang hanya memerlukan sedikit catatan dan masa untuk merekod.
Tugasan atau pentaksiran prestasi kurang berstruktur (berbanding dengan ujian) dan
melibatkan tugasan yang menilai aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap murid dalam
pelbagai situasi dan konteks yang sebenar. Pentaksiran prestasi meliputi komponen praktikal
sesuatu mata pelajaran dengan menentukan bagaimana murid menggabungkan teori dalam
amalan. Ia merupakan pentaksiran yang autentik kerana murid mempunyai gaya yang
tersendiri untuk belajar. Antara contoh ialah projek, pameran, penyampaian visual dan lisan,
debat, simulasi komputer dan persembahan.
18
Pentaksiran rakan sebaya, menggunakan senarai semak atau rubrik, membantu
murid sama ada yang ditaksir atau yang mentaksir. Perkongsian kriteria untuk pentaksiran
memberi kuasa kepada murid untuk menilai prestasi mereka sendiri dan juga rakan mereka.
Kebolehan untuk bekerja bersama rakan lain dalam satu kumpulan dengan berkesan adalah
satu daripada hasil kritis.
9.0 KESIMPULAN
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) mendukung cita-cita murni dan unggul
dengan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan
bertujuan melahirkan murid yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani serta menyediakan mereka untuk menghadapi arus
globalisasi serta ekonomi berasaskan pengetahuan pada abad ke-21.
20
10.0 REFLEKSI
Menerusi pembentangan kumpulan saya pada minggu ini, saya memperoleh banyak
maklumat penting tentang perubahan kurikulum yang digubal kerajaan. Setiap soalan yang
diajukan membuka minda dan pemikiran supaya saya mendapat lebin maklumat tentang
sebab berlakunya transformasi itu. Walaubagaimanapun, terdapat juga perkara-perkara dan
persoalan-persoalan yang tidak dapat dijelaskan dengan tepat kerana kekurangan sumber.
Seperti yang kita tahu, KSSR adalah masalah baru kurikulum bagi tahun ini. Jadi sumber
rujukan yang kami peroleh juga terhad kerana hanya bergantung kepada internet, akhbar
serta beberapa responden yang terlibat secara langsung dengan pelaksanaan KSSR. Jadi
persoalan-persoalan yang diutarakan agak sukar untuk dijawab.
Saya berpendapat bahawa KSSR adalah lebih baik dijalankan sejajar dengan
peubahan arus dan permodenan zaman. Kita perlu bergerak maju ke hadapan dan tidak
hanya bergantung pada kurikulum sedia ada kerana manusia akan berubah dari segi
pemikiran dan sosial. Sekiranya tiada perubahan yang dibuat maka kita tidak akan dapat
mengatasi masalah pelajar-pelajar yang semakin meruncing saban hari dalam pelajaran
mahupun dalam aktiviti sosial. Transformasi kurikulum yang digubal oleh kerajaan diarap
dapat membentuk pelajar yang berketrampilan, bersahsial serta berilmu dalam menyumbang
tenaga mereka kepada Negara suatu hari nanti.
Saya berharap agar perubahan kurikulum yang digubal kerajaan memberi impak
positif kepada semua pihak terutama kepada pelajar dan tidak akan membebankan
sesetengah pihak untuk melaksanakan perkara tersebut.
21
NAMA: NUR ILLYA AMEERA BINTI MUAHMAD
Hari ini merupakan pembentangan kumpulan kami. Saya berasa sungguh gementar
untuk membentangkan topik ini. Jam sudah menunjukkan hampir jam 8 pagi, namun masih
belum ramai rakan-rakan yang tiba. 5 minit selepas jam 8 pagi, Dr Lim tiba di kelas. Kami
memulakan pembentangan setelah Dr Lim mengizinkan. Walaupun saya sudah
menyediakan bahan yang agak banyak, namun perasaan gementar tetap ada. Hal ini kerana
seperti yang diketahui, Dr Lim merupakan seorang yang suka bertanyakan soalan yang
kritis.
Selain itu, Dr Lim serta rakan-rakan yang lain bertanya kepada kumpulan kami,
mengenai perbezaan KBSR dengan KSSR. Apabila saya menyentuh aspek isi kandungan,
Dr Lim terus mengatakan adakah wajar KSSR diperkenalkan sedangkan masalah KBSR
masih belum dapat diselesaikan. Sejujurnya, saya kurang yakin dengan pelaksanaan KSSR
kerana berdasarkan perbualan saya dengan kebanyakan guru sekolah rendah, mereka agak
kurang senang dengan pembaharuan ini. Satu lagi perkara menarik yang dapat saya kutip
semasa sesi pembentangan adalah apabila Dr Lim mengatakan mengapa digunakan
perkataan standard itu? Perkataan standard itu seolah-olah ingin memperniagakan manusia
seperti dalam bidang pemasaran. Hal ini tidak sewajarnya terjadi kerana bekerja dengan
manusia adalah sama sekali tidak seperti bekerja dengan bahan.
Selain itu, apabila disentuh mengenai kurikulum di UPSI sendiri, kebanyakan daripda
kami tidak mengetahui mengapa perlu belajar tentang pelajaran yang mempunyai aras yang
tinggi sedangkan perkara ini tidak akan diajar kepada murid-murid di sekolah nanti. Adalah
lebih wajar sekiranya kurikulum di UPSI lebih mementingkan tentang konsep sebenar yang
akan diajar di sekolah nanti.
22
NAMA: NUR HAFIZAH BINTI ABDUL HALIM
Kumpulan kami terdiri daripada Ilya , saya dan Zafirah . Saya akan membentang
salah satu bahagian yang penting dalam KSSR iaitu transformsai kurikulum , perbezaan
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR ) dengan KSSR dan mengapa standard.
Pelajar-pelajar dalam kelas sangat berkeinginan untuk mengetahui transformasi kurikulum ini
yang baru sahaja diperkenalkan pada tahun 2011 kepada pelajar sekolah rendah Tahun 1.
Mengapa perlu ada tranformasi pada kurikulum yang sedia ada?
Pada kali ini Dr. Lim telah membuka pemikiran kami tentang kadang-kadang sesuatu
yang dilakukan supaya perkara itu diterima ialah dengan penggunaan perkataan yang
moden tetapi sama maksudnya. Sebagai contoh , tranformasi digunakan dan membawa
maksud perubahan. Oleh yang demikian , sebelum sesuatu perkara itu diterima kita
hendaklah memikirkan mengapa transformasi kurikulum ini dibuat, adakah terdapat masalah
dengan dengan kurikulum sebelumnya dan adakah langkah mengatasi masalah tersebut
telah diambil tindakan. Kita seharusya bijak dalam mebuat penilaian dan bukan sahaja
menerima secara terus tanpa berfikir tentang perubahan yang berlaku.
Sesuatu perindustrian biasanya akan ada satu standard yang perlu dicapai. Sebagai
contoh, dalam pembuatan kereta Proton akan ada standard dalam pemasangan bahagian-
bahagian kereta yang perlu dicapai. Begitu juga dalam KSSR , yang mana pihak
kementerian ingin mewujudakan satu standard yang perlu pelajar dicapai dalam sesi
pembelajaran terutamanya dalam sudut kandungan mata pelajaran. Persoalan yang timbul
ialah apakah sesuai dan implikasi standard seperti diaplikasikan dalam pendidikan.
23
Melalui sesi pembentangan ini juga, kami turut mengaitkan dengan isu-isu pendidkan
yang lain. Antara isu yang dibincangkan ialah subjek-subjek yang diambil oleh mahasiswa di
Universiti Pendidikan Sultan Idris sendiri . Apabila Dr. Lim menunjukkan konsep asas
pecahan kepada kami , saya telah bertanyakan soalan iaitu kami tidak diajar tentang perkara
tersebut malah kami mengambil subjek-subjek yang kami merasakan tiada mengena untuk
diajar di sekolah nanti. Oleh itu, kami akan menghadapi masalah dalam pengajaran nanti
yang mana daripada sudut penguasaan kandungan mata pelajaran yang ingin diajar adalah
kurang.
Perkara yang penting yang kami belajar dalam subjek ini ialah kepentingan berfikir
sesuatu perkara. Pensyarah kami begitu menekankan perkara ini termasuk dalam sesi
pembentangan kami. Banyak perkara baru yang kami peroleh sepanjang sesi
pembentangan kami terutama sebagai persediaan untuk menjadi seorang guru kelak.
24
11.0 LAMPIRAN
2 BAHASA INGGERIS
3 BAHASA CINA
BAHASA TAMIL
4 PENDIDIKAN ISLAM
PENDIDIKAN MORAL
5 PENDIDIKAN JASMANI & PENDIDIKAN KESIHATAN
6 MATEMATIK
BCSK/BTSK/B.ARAB
9 PERHIMPUNAN
25
KOMPOSISI KURIKULUM SEKOLAH RENDAH TAHAP II
1 BAHASA MALAYSIA
2 BAHASA INGGERIS
3 BAHASA CINA
BAHASA TAMIL
4 PENDIDIKAN ISLAM
PENDIDIKAN MORAL
5 PENDIDIKAN JASMANI & PENDIDIKAN KESIHATAN
6 MATEMATIK
7 SAINS
8 P.MUZIK/P.SENI VISUAL
9 SEJARAH/MALAYSIA NEGARAKU
BCSK/BTSK/B.ARAB/B.KADAZANDUSUN/B.SEMAI/B.IBAN
12 PERHIMPUNAN
26
B MODUL MASA DALAM SEMINGGU
BIL SK SJKC SJKT
1
BAHASA MALAYSIA 360 300 300
2
BAHASA INGGERIS 300 150 150
3
BAHASA CINA - 360 -
4
PENDIDIKAN ISLAM/PENDIDIKAN MORAL 180 120 120
5
PENDIDIKAN JASMANI 60 60 60
6
PENDIDIKAN KESIHATAN 30 30 30
8
DUNIA DUNIA SENI VISUAL 30 30 30
KESENIAN DUNIA MUZIK 30 30 30
MODUL ELEKTIF
1
B.ARAB/BCSK/BTSK/B.IBAN/ 90 - -
B.KADAZANDUSUN
PERHIMPUNAN 30 30 30
JUMLAH 1380 1380 1380
27
11.0 RUJUKAN
Khairul Hazman Taha (Januari 11, 2011). Panduan Melaksanakan Modul Elektif di
SK. Diperoleh pada Januari 26, 2011 daripada
http://www.akademikpahang.edu.my/v3/berita-semasa-2009/panduan-melaksanakan-modul-
elektif-di-sk.html
Khairina Yasin (November 30, 2010), Berita Harian: 500,000 murid Tahun Satu sesi
2011 diajar pendidikan seks. Diperoleh pada Januari 26, 2011 daripada
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/500_000muridTahunSatusesi2011diajarpendidik
anseks/Article/
Mohd. Fadzly Mohd. Izab (May 25, 2010). Kurikulum baru sekolah rendah dikenali
sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) akan diperkenalkan pada 2011.
Diperoleh pada Februari 3, 2011 daripada http://www.stsaraswathy.net/index.php/blog-
layout/39-frontpage/127-info-sekolah
Puan Lela (2008). Peperiksaan Vs Pentaksiran. Diperoleh pada Januari 26, 2011
daripada http://pengajianam900.forumotion.com/t31-peperiksaan-vs-pentaksiran
28