You are on page 1of 8

KERTAS KERJA LAWATAN SAMBIL BELAJAR

SK. SULTAN ABU BAKAR (1)


JALAN JUNID , 84000 MUAR , JOHOR

KERTAS KERJA PROGRAM PENDIDIKAN LUAR BILIK DARJAH ( PBLD )


MURID-MURID PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
BERMASALAH PEMBELAJARAN (PPKIBP)
KE PULAU LANGKAWI , KEDAH DARUL AMAN DAN
NEGERI PERLIS INDERA KAYANGAN

A. PENDAHULUAN :

Program Pendidikan Luar Bilik Darjah (PLBD) iaitu Lawatan Sambil Belajar
ke Pulau Langkawi dan Negeri Perlis Indera Kayangan ini diadakan bertujuan
untuk memberi peluang kepada murid-murid melawat tempat-tempat yang
menarik disamping menimba pengetahuan dan pengalaman baru yang
menggembirakan. Disamping itu tujuan diadakan program ini adalah untuk
mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di antara pentadbir , guru , Pembantu
Pengurusan Murid (PPM) dengan ibu/bapa/penjaga murid melalui aktiviti-aktiviti
yang dirancang. Lawatan ini juga merupakan salah satu kaedah dalam proses
pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah.Murid-murid memperolehi
pengetahuan melalui pembelajaran masteri yang mana ia merupakan satu
kaedah yang berkesan dalam menyalurkan maklumat kepada murid-murid
berkeperluan khas ini.

B. MATLAMAT :

Menganjurkan Program Pendidikan Luar Bilik Darjah (PLBD)


yang tersusun dan terancang ke arah meningkatkan keyakinan diri murid
dan mengembangkan semangat sosialisasi murid terhadap persekitaran
luar. Melalui lawatan ini Murid Pendidikan Khas SK. Sultan Abu Bakar 1
Muar akan diberi pendedahan serta menimba pengalaman dan
pengetahuan secara langsung ke arah meningkatkan tahap pencapaian
mereka dalam bidang pendidikan khasnya dan kehidupan amnya.

Membina hubungan kasih sayang yang lebih intim antara ibubapa dan
murid istimewa melalui program lawatan. Ianya secara tidak langsung
dapat meningkatkan kesedaran ibubapa betapa pentingnya perhatian dan
belaian terhadap murid istimewa ini.

SK. SULTAN ABU Page


BAKAR 1 MUAR JOHOR 1
KERTAS KERJA LAWATAN SAMBIL BELAJAR

C. OBJEKTIF :

1. Semua murid yang menyertai lawatan ini akan mendapat


pengetahuan mengenai dunia luar.

2. Merangsang minat murid terhadap pengajaran dan pembelajaran serta


mendedahkan murid dengan suasana sebenar, berdasarkan tema pembelajaran
yang disusun sepanjang tahun.

3. Mengeratkan hubungan silaturrahim di antara pentadbir , guru , Pembantu


Pengurusan Murid (PPM) dengan ibu/bapa/penjaga murid melalui aktiviti-aktiviti
yang dijalankan.

D. PESERTA :

Seramai 15 orang murid Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah


Pembelajaran ( PPKIBP ) diiringi oleh ibu/bapa/penjaga serta 10 orang tenaga
pengiring dari SK. Sultan Abu Bakar 1 Muar

E. JANGKAMASA :

Program ini dilaksanakan selama 3 hari 2 malam iaitu bermula dari 022 hingga 25 April
2013 ( Isnin ,Selasa , Rabu , Khamis dan Jumaat )

F. TEMPAT LAWATAN :

1. Sekitar Pulau Langkawi Kedah


2. Sekitar Padang Besar Perlis

G. TENTATIF PROGRAM
( Rujuk Lampiran 1 )

H. AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA


( Rujuk Lampiran 2 )

SK. SULTAN ABU Page


BAKAR 1 MUAR JOHOR 2
KERTAS KERJA LAWATAN SAMBIL BELAJAR

I. ANGGARAN PERBELANJAAN ( PAKEJ 1 )

BIL PERKARA PERINCIAN JUMLAH


1. Pakej Pengangkutan Bas dan Bas :
Penginapan ( 40 orang peserta ) Sebuah bas pesiaran dari RM 5200.00
sekolah ke Kuala Perlis dan
sebuah bas persiaran di Pulau
Langkawi .

Penginapan :
Resort di Pekan Kuah
Langkawi ( 2 malam )

2. Tambang Feri ( Pergi –Balik ) Kanak-kanak ( OKU ) RM 1200.00


RM20 x 15 = RM300
Dewasa :
RM36 x 25 = RM900

3. Makan dan minum Makan dan minum selama 3 hari RM 900.00


Anggaran untuk 40 orang

3 hari x RM300 = RM900.00

4. Insuran Nyawa 40 orang peserta RM 250.00


5. Aktiviti lawatan Harga Tiket

Underwater World RM 08 x 15 ( kanak-kanak ) RM 120.00

Makam Mahsuri RM 03 x 15 ( kanak-kanak ) RM 45.00

Cable Car RM 15 x 15 ( kanak-kanak ) RM 225.00

6. Ubat 1. Pil tahan muntah RM 60.00


2. Minyak angin
3. Pembalut luka
5. Ubat luka

SK. SULTAN ABU Page


BAKAR 1 MUAR JOHOR 3
KERTAS KERJA LAWATAN SAMBIL BELAJAR

Jumlah RM8000.00

J. ( PAKEJ 2)

BIL PERKARA PERINCIAN JUMLAH


1. Tambang Bas Bas :
Sebuah bas pesiaran dari RM 3900.00
sekolah ke Kuala Perlis dan
sebuah bas persiaran di Pulau
Langkawi .

2. Tambang Feri ( Pergi –Balik ) Kanak-kanak ( OKU ) RM 1200.00


RM20 x 15 = RM300
Dewasa :
RM36 x 25 = RM900

3. Penginapan 4 buah homestay di Pantai


Chenang Langkawi ( RM 60 RM 480.00
sebuah 1 malam )

RM60.00 x 4 buah x 2 malam

4. Makan dan minum Makan dan minum selama 3 hari RM 900.00


Anggaran untuk 40 orang

RM300 x 3 = RM900.00

5. Insuran Nyawa 40 orang peserta RM 250.00

6. Aktiviti lawatan
Underwater World RM 08 x 15 ( kanak-kanak ) RM 120.00

Makam Mahsuri RM 03 x 15 ( kanak-kanak ) RM 45.00

Cable Car RM 15 x 15 ( kanak-kanak ) RM 225.00

7. Ubat 1. Pil tahan muntah RM 60.00


2. Minyak angin
3. Pembalut luka
4. Ubat luka

SK. SULTAN ABU Page


BAKAR 1 MUAR JOHOR 4
KERTAS KERJA LAWATAN SAMBIL BELAJAR

Jumlah RM7180.00

K. SUMBER KEWANGAN / PENDAPATAN

BIL SUMBER PENDAPATAN JUMLAH

1. Sumbangan YB : RM3000.00

2. Bayaran daripada ibu/bapa/penjaga murid


RM 200 x 15 orang RM3000.00

3. Bayaran daripada guru / PPM pengiring


RM 200 x 10 orang RM2000.00

JUMLAH KESELURUHAN RM8000.00

L. PENUTUP

Program lawatan sambil belajar merupakan salah satu daripada program yang
dianjurkan oleh pihak sekolah. Selain mengisi masa terluang murid-murid, mereka juga
didedahkan dengan pengetahuan yang sepatutnya mereka perolehi melalui lawatan
dalam negara ini. Belajar melalui pengalaman sangat berkesan kerana mereka akan
dapat melihat, menyentuh dan juga mengalami sendiri segala pengetahuan. Di samping
itu, ia memberi kepuasan dan keseronokan belajar di luar berbanding di dalam
kelas sebelum itu. Diharap program pada kali ini memberi manfaat berguna dan
pengalaman yang tidak dapat dilupakan kepada semua peserta lawatan.
Pihak pengurusan lawatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang
telah banyak memberi kerjasama sepenuhnya untuk menjayakan lawatan ini. Tidak
dilupakan kepada pihak sekolah yang banyak memberi dorongan dan semangat serta
bantuan demi kejayaan murid-murid. Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh ;

( HALINA BINTI ALWEE )

SK. SULTAN ABU Page


BAKAR 1 MUAR JOHOR 5
KERTAS KERJA LAWATAN SAMBIL BELAJAR

Penyelaras Program Lawatan Sambil Belajar

LAMPIRAN 1

JADUAL LAWATAN KE PULAU LANGKAWI


KEDAH DARUL AMAN DAN NEGERI PERLIS INDERA KAYANGAN
2013

TARIKH / MASA PROGRAM


HARI

22.04.2013 9.00 malam - Berkumpul di SK. Sultan Abu Bakar 1 Muar.


( Isnin ) - Bertolak dari sekolah ke Kuala Perlis..

23.04.2013 6.00 pagi - Dijangka tiba.


( Selasa ) 6.15 pagi - Urus Diri / Solat Subuh / sarapan pagi
7.30 pagi - Menaiki feri ke Jeti Kuah, Pulau Langkawi.
8.15 pagi - Dijangka tiba.
- Naik bas untuk lawatan.
- Aktiviti ke tempat ilmiah
Batik art village
Galeria Perdana
Bird Paradise
1.30 petang
- Check in / Urus Diri / Solat / makan tengahari
3.00 petang
- Menyambung aktiviti ke tempat ilmiah
Makam Mahsuri
Beras terbakar
Dataran Lang
5.30 petang
- Aktiviti membeli-belah
7.00 malam
- Urus Diri / Solat / Makan malam

8.00 malam
- Aktiviti bebas

SK. SULTAN ABU Page


BAKAR 1 MUAR JOHOR 6
KERTAS KERJA LAWATAN SAMBIL BELAJAR

TARIKH / MASA PROGRAM


HARI

24.04.2013 7.30 pagi - Sarapan pagi


( Rabu )
8.00 pagi - Melawat Langkawi Craf Complex

9.00 pagi - Melawat Underwater World

10.00 pagi - Melawat Telaga Tujuh

11.00 pagi - Melawat Jeti Awana Porto Malai

12.00 tgh - Makan tengahari / Solat

2.00 ptg - Menaiki Cable Car

4.00 ptg - Aktiviti Pantai ( Beach Fun ) untuk murid-murid/


Aktiviti bebas untuk ibu/bapa/penjaga

Team Building
Bola Baling Pantai
Mencari gula-gula dalam pasir

7.00 ptg - Urus Diri / Makan malam / Solat

8.00 mlm - Membeli-belah / aktiviti bebas

25.04.2013 7.00 pagi - Sarapan pagi


( Khamis ) - Check out dan bertolak ke Jeti Kuala Kuah
8.00 pagi - Menaiki feri ke Kuala Perlis

9.00 pagi - Dijangka tiba di Kuala Perlis dan menaiki bas ke


Padang Besar , Perlis Indera Kayangan

10.00 pagi - Aktiviti membeli-belah di Padang Besar

12.00 tgh - Makan tengahari dan bertolak balik ke SK. Sultan


Abu Bakar 1 Muar

12.00 malam - Dijangka tiba di SK. Sultan Abu Bakar 1 Muar

SK. SULTAN ABU Page


BAKAR 1 MUAR JOHOR 7
KERTAS KERJA LAWATAN SAMBIL BELAJAR

Lampiran 2
PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI BERMASALAH PEMBELAJARAN (PPKIBP)


2013

JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : Puan Ramlah Binti Abd. Rahman


( Guru Besar )

Naib Pengerusi : Puan Sabariah Binti Kadri


( GPK Kokurikulum )

Penyelaras : Puan Halina Binti Alwee


( Penyelaras PPKIBP)

Setiausaha : Puan Ruzila Binti Jamiran

N. Setiausaha : Cik Rifikah Binti Jamian

Bendahari : Cik Zalina Binti Ayob

AJK : Cik Siti Rofikah Binti Jamian


Puan Siti Murni Binti Jantan
Puan Rozeha Binti Dali

JAWATANKUASA PELAKSANA

Penyelaras Perhubungan : Puan Halina Binti Alwee


Penyelaras Pengangkutan : Puan Rozeha Binti Dali
Penyelaras Penginapan : Cik Siti Rofikah Binti Jamian
Penyelaras Makanan : Cik Zalina Binti Ayob
Penyelaras Publisiti & Dokumentasi : Puan Ruzila Binti Jamiran
Penyelaras Pengurusan Murid : Puan Siti Murni Binti Jantan

SK. SULTAN ABU Page


BAKAR 1 MUAR JOHOR 8

You might also like