You are on page 1of 3

SJK TAMIL LADANG PELEPAH

MINIT MESYUARAT BADAN BERUNIFORM TKRS BIL 1/2018

Tarikh : 16.1.2018
Masa : 1.30pm – 2.30pm
Tempat : Bilik Mesyuarat
Pengerusi : Pn. Easwary a/p Ramaswami
Kehadiran(Bilangan) : 10
Turut Hadir (Jika ada) : -

1 PERUTUSAN PENGERUSI
Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua guru bagi mesyuarat badan beruniform Tunas Kadet
Remaja Sekolah (TKRS) bil 1/2018 yang diadakan pada hari ini. Beliau mengharapkan semua
aktiviti pada tahun 2018 dapat dijalankan dengan lancer dan mendapat kerjasama semua pihak
terutamanya kehadiran murid.

Tindakan: makluman semua guru

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


Dibentangkan oleh K.Kalaivani
Dicadang oleh Pn. K. Sarawathy
Disokong oleh Cik. R.Kalaivani

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1. Tiada

4 PEMBENTANGAN KERTAS KERJA / ISU / LAPORAN


4.1 Perancangan dan persediaan awal
4.1.1 Penyelaras TKRS telah membentangkan visi, misi, matlamat pelan strategik bagi tahun 2018.

Tindakan: makluman semua guru

4.2 Buku Log TKRS


4.2.1 Penyelaras memberitahu bahawa semua ahli TKRS wajib mempunyai sebuah buku supaya
dapat mencatat segala maklumat yang berkaitan tentang aktiviti yang dilakukan oleh mereka.
4.2.2 Buku log wajib disemak oleh penyelaras tkrs dan GPK kokurikulum.
4.2.3 Murid-murid tahun 4, 5 dan 6 boleh menggunakan buku log yang tahun 2017 manakala murid-
murid tahun 3 perlu membeli buku baru.

Tindakan: makluman semua guru

4.3 Perancangan aktiviti tahun 2018


4.3.1 Penyelaras membentangkan tentang aktiviti yang hendak dijalankan pada tahun ini.
4.3.2 Penyelaras meminta bahawa segala aktiviti yang dirancang harus dijalankan seperti
ditentukan.
4.3.3 Unit TKRS telah merancang untuk menjalankan aktiviti-aktiviti seperti berikut:-
 Asas membuat gajet
 Cara memasang khemah
 Asas kawad kaki
 Ikatan dan simpulan
 Latihan kawad kaki
 Perkhemahan
 Pertolongan cemas
 Keselamatan jalan raya
 ‘Water confident’ aktiviti air
 Masakan rimba
 Penggunaan kompas dan peta
 Maksud dan tanda arah

Tindakan: makluman semua guru

4.5 Pelantikan jawatankuasa


4.5.1 Pemilihan dan undian yang dijalankan telah menetapkan jawatankuasa unit Tunas Kader
Remaja Sekolah seperti berikut
Pengerusi :Pn.R.Easwary (Guru Besar)
N.Pengerusi : Pn K. Inthirani (GPK Kurikulum)
Setiausaha : Cik. K. Yuganthini
Bendahari : Cik. K. Yuganthini
AJK : Pn. K. Sarawaswathy

Tindakan: makluman semua guru

5. HAL-HAL LAIN
5.1. Pakaian seragam
Penyelaras TKRS memberitahu bahawa murid-murid membeli dan sentiasa memakai
uniform TKRS yang lengkap semasa hari perkhemahan dijalankan.
5.2 Kedatangan
Ditekankan juga berkenaan dengan kehadiran murid di mana pada tahun-tahun lepas
kehadiran murid semasa kokurikulum memuaskan. Harap tahun ini dapat meningkatkan
kadar kedatangan murid-murid untuk aktiviti kokurikulum.

Tindakan: makluman semua guru


6 PENUTUP
6.1 Penyelaras TKRS telah mengucapkan terima kasih atas sokongan dan kerjasama
para guru.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang

Disediakan oleh,
URUS SETIA
Mesyuarat Badan Beruniform TKRS 2018

Tarikh : 17.01.2018

You might also like