You are on page 1of 2

A.

PROGRAM PEMBASMIAN KEMISKINAN BANDAR (PPKB)

Apakah yang dimaksudkan dengan Program Pembasmian Kemiskinan Bandar


1.
(PPKB)?
PPKB adalah satu program yang bertujuan membantu kumpulan miskin dan
berpendapatan rendah di bandar meningkatkan kualiti hidup di samping mengurangkan
beban tanggungan keluarga.

2. Mengapakah program PPKB dilaksanakan?


Pelaksanaan PPKB kini adalah selari dengan hasrat Kerajaan dalam Rancangan Malaysia
ke Sepuluh (RMK-10) iaitu untuk mengurangkan insiden kemiskinan daripada 3.8% pada
tahun 2009 kepada 2.0% pada tahun 2015 dan meningkatkan purata pendapatan isi rumah
berpendapatan 40% terendah (dirujuk sebagai B40) daripada RM1,440 pada tahun 2009
kepada RM3,050 pada tahun 2015.

3. Siapakah kumpulan sasar yang layak menerima bantuan di bawah PPKB?


Kumpulan sasar PPKB adalah terdiri daripada isi rumah B40, iaitu terdiri daripada isi
rumah yang berpendapatan kurang daripada RM3,860 sebulan dan ini termasuk isi
rumah miskin tegar, miskin dan mudah miskin.
Kumpulan sasar PPKB hendaklah berstatus warganegara dan status kemiskinan mereka
telah disahkan dalam Sistem eKasih atau Mesyuarat Focus Group Mengenai
Pembasmian Kemiskinan Peringkat Negeri atau Daerah atau seperti yang diarahkan oleh
Kerajaan.

4. Apakah yang dimaksudkan dengan ‘Miskin Tegar’


Sesebuah isi rumah yang pendapatan bulanan isi rumah adalah di bawah RM580 sebulan
dengan pendapatan perkapita di bawah RM140 ke bawah.

5. Apakah yang dimaksudkan dengan ‘Miskin’ :


Sesebuah isi rumah yang pendapatan bulanan isi rumah adalah di bawah RM940 sebulan
dengan pendapatan perkapita di bawah RM240 ke bawah.

6. Apakah yang dimaksudkan dengan ‘Mudah Miskin’?


Sesebuah isi rumah yang mempunyai pendapatan melebihi PGK atau threshold di bawah
RM1,500.00 bagi kawasan bandar.

7.
Apakah yang dimaksudkan dengan golongan berpendapatan 40% terendah
(Golongan B40)?
Sesebuah isi rumah yang mempunyai pendapatan bulanan kurang daripada RM3,860.00
sebulan.

8. Apakah yang dimaksudkan dengan PGK?


Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) ialah pendapatan isi rumah yang ditetapkan oleh
Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (EPU,JPM) sebagai pengukuran
kepada status kemiskinan bagi sesuatu isi rumah yang berdaftar dalam Sistem eKasih.
Pengukuran PGK Tahun 2014 yang digunapakai mulai 1 September 2015 adalah seperti
berikut :

2014
KAWASAN MISKIN MISKIN TEGAR
BANDAR ISI ISI PER
PERKAPITA
RUMAH RUMAH KAPITA
Sem. Malaysia 940 240 580 140
Sabah & Labuan 1,160 260 690 150
Sarawak 1,040 250 700 160
Sumber : EPU, JPM.

9.
Bagaimanakah cara untuk membuat permohonan bagi menyertai Program PPKB
ini?
Calon hendaklah berdaftar di dalam Sistem eKasih dan disahkan status kemiskinan di
dalam Sistem tersebut

10. Apakah outcome daripada pelaksanaan Program PPKB ini?


Kadar keupayaan isi rumah berpendapatan 40% terendah untuk memiliki aset seperti
rumah kediaman yang selamat dan selesa dan meningkatkan pendapatan keluarga
melalui peluang-peluang perniagaan yang disediakan dapat ditingkatkan.

You might also like