You are on page 1of 2

KEJAYAAN DIRI BERASASKAN SEMANGAT

KESUKANAN
Kita sentiasa berharap agar pasukan yang disokong akan
mencapai kemenangan. Walau bagaimanapun, banyak lagi
aspek yang patut dijadikan asas kepada pencapaian kejayaa.
Sebagai penonton yang mempunyai semangat kesukanan,
perkara berikut boleh dianggap sebagai kejayaan dan memberi
kepuasan kepada diri kita.
i. Berasa puas ketika menyaksikan kedua-dua pasukan beraksi
bersungguh-sungguh.
ii. Menerima keputusan pengadil dengan hati yang terbuka kerana
memahami situasi yang berlaku.
iii. Berupaya dan berpeluang untuk memberi maklum blas atau
sumbangan idea kepada pemain untuk tujuan penambahbaikan
persembahan pasukan.
iv. Berada di kalanganpenonton atau penyokong lawan yang
mempunyai semangat kesukanan yang tinggi.
v. Berjaya membina sikap patriotism, bersabar,beradab dan tidak
berbangga diri.
vi. Memberi sorakan semangat bersama-sama kumpulan sorak untuk
menunjukkan semangat bersatu padu.
vii. Memberi kata-kata pujian kepada pemain atau pasukan yang
menunjukkan semangat juang yang tinggi.
viii. Berupaya mengawal keegoan diri ketika menerima keputusan
perlawanan.
ix. Bersemuka dengan pemain pasukan untuk mengucapkan tahniah
dan menjalin persahabatan baru dengan pemain lain.
x. Menjadi idola sebagai penonton yang mempunyai semanat
kesukanan yang tinggi,.

Kita sebagai penonton seharusnya sedar betapa banyak


kebaikan yang diperoleh jika beretika dan bersemangat
kesukanan. Kita mestilah mengamalkan semangat kesukanan
seperti ini pada setiap masa.

You might also like