You are on page 1of 8

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata pelajaran : Bahasa Melayu


Tahun : 3 Orked
Bilangan Murid : 32 orang
Tema : Cintailah Bumi Kita
Tajuk : Pencemaran Alam Sekitar
Tarikh : 14 Ogos 2010
Masa : 60 minit

Objektif : Pada akhir pelajaran murid dapat;


i. Membaca teks berita dengan intonasi dan sebutan
yang betul

ii. Menyatakan 5 kesan pembuangan sisa bahan kimia.

iii. Menulis di dalam buku tulis

Fokus Utama :

5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang
betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca.

Aras 3 (i) Membaca lancar teks pelbagai laras bahasa dengan sebutan dan
intonasi yang betulserta gaya yang sesuai.

Fokus Sampingan :

11.2 Mengulas karya bukan sasteradari aspek penggunaan perkataan, idea,


ayat, wacana, nilai dan pengajaran.

Aras 1 (i) Mengecam maklumat yang terdapat dalam teks.


Sistem Bahasa

Tatabahasa:

i. kata bilangan

ii. kata majmuk

Sebutan dan intonasi:

i. berita

Kosa Kata:

i. pencemaran

ii. menjejaskan

iii. membanteras

Pengisian Kurikulum Ilmu :

i. Pendidikan Alam Sekitar

Nilai murni:

i. Bekerjasama

ii. Mencintai Alam Sekitar

iii. Tolong-menolong

Pengetahuan Sedia Ada:

i. Murid-murid pernah melihat sungai yang bersih

ii. Murid-murid pernah makan ikan yang enak rasanya

iii. Murid-murid pernah melihat sungai yang dicemari oleh benda-benda yang kotor.
Kemahiran Bernilai Tambah;

i) Kemahiran berfikir

ii) Kemahiran membuat keputusan

iii Menjana idea

Bahan bantu mengajar

i. LCD

ii. Petikan teks berita

ii. Lembaran kerja

iv. CD pencemaran ikan

v. Projector slaid
Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan

Set Induksi (5 minit) - Guru menayangkan klip vedio BBM:


“ ikan kekek “. - LCD
- Murid-murid melihat klip vedio - CD
tersebut dan menyanyi bersama.
- Guru mengaitkan vedio tersebut KBT:
dengan pelajaran pada hari ini iaitu - Menjana idea
berkaitan dengan pencemaran
sungai.

Langkah 1 (20 minit) - Murid – murid diedarkan petikan BBM:


berita bertajuk ‘ Kesan Pembuangan - Petikan berita
Bahan Kimia’. bertajuk ‘Kesan
- Murid-murid diminta membaca Pembuangan Bahan
petikan tersebut secara senyap. Kimia’.
- Beberapa orang murid diminta ke
hadapan dan membaca petikan KBT:
dengan sebutan dan intonasi yang - Kemahiran
betul. membaca
- Guru membimbing murid-murid
membaca dengan betul. Nilai:
- Mencintai Alam
Sekitar

Langkah 2 (20 minit) - Murid-murid dibahagikan kepada 6 BBM:


kumpulan. - Peta minda
- Guru berbincang secara lisan
apakah punca pencemaran sungai KBT;
yang terdapat di dalam petikan iaitu - Kemahiran berfikir
pembuangan sisa bahan kimia - Menjana idea
beracun dari sebuah kilang di sungai
itu. Nilai
- Murid-murid diedarkan peta minda - Kerjasama
yang bertajuk ‘ Kesan Pembuangan - Mencintai Alam
Bahan Kimia’. Sekitar.
- Murid-murid diminta berbincang di
dalam kumpulan untuk mencari
kesan-kesan pembuangan sisa
bahan kimia.
- Murid-murid diminta menulis di
dalam peta minda tersebut.
- Guru membimbing murid – murid.

Langkah 3 (10 minit) - Guru menulis beberapa perkataan


yang susah.
- Murid-murid diminta mencari makna
perkataan tersebut di dalam kamus
yang disediakan oleh guru secara
berkumpulan.
a) Membanteras
b) Pencemaran
c) menjejaskan

Penutup (5 minit) - guru menayangkan kembali klip BBM


vedio lagu ‘ikan kekek’ - Klip vedio lagu
- murid-murid menyanyi bersama- ‘ikan kekek’
sama.
- Guru merumuskan pelajaran KBT:
dengan menyatakan nilai-nilai - Kemahiran berfikir
kemanusiaan yang terdapat di dalam
klip vedio tersebut iaitu: Nilai
i) Janganlah kita mencemarkan - Cintailah sungai
keindahan sungai kita. kita
ii) Peliharalah ikan-ikan supaya ia
tidak pupus
- Guru juga menyatakan tindakan
yang boleh diambil jika kita
mendapati sungai tercemar:
i) Laporkan kepada Ketua Kampung
ii) Laporkan kepada Jabatan Alam
Sekitar.

TEKS PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

KESAN PEMBUANGAN BAHAN KIMIA


SIMUJAN, 4 Julai – Beratus – ratus ekor ikan mati di Sungai Ladong sejak dua hari
yang lalu yang dipercayai akibat pembuangn sisa bahan kimia beracun dari sebuah
kilang di sungai itu. Ekoran daripada kejadian itu, nelayan – nelayan di sekitar
kawasan berkenaan kehilangan mata pencarian. Selama ini, sungai tersebut
merupakan tempat mereka menangkap ikan. Menurut seorang penduduk di situ, dia
selalu menangkap ikan di sungai itu untuk mencari pendapatan sampingan selain
berkebun. Sekiranya kegiatan ini berlarutan tanpa sebarang tindakan, sudah tentu
akan menjejaskan rezeki penduduk di situ.

Menurut ketua kampung Sungai Ladong, Encik Arshad Ahmad, perbuatan


membuang sisa bahan kimia beracun ini dipercayai dilakukan oleh pekerja –pekerja
kilang. Mereka melakukan kegiatan itu pada waktu malam supaya tidak dikesan oleh
pihak berkuasa.

Kegiatan pembuangan sisa bahan kimia beracun itu mula disedari oleh
penduduk kampung sejak dua hari yang lalu apabila ikan mati dan terapung –apung
di permukaan sungai. Selain itu, air Sungai Ladong turut bertukar warna dan berbau
busuk. Keadaan ini menyebabkan penduduk yang tinggal di sekitar sungai tersebut
berasa kurang selesa. Di samping itu, kesihatan penduduk akan terjejas sekiranya
mereka makan ikan yang ditangkap dari sungai tersebut.

Sehubungan dengan itu, ketua kampung meminta pihak Jabatan Alam Sekitar
menyiasat dan mengenakan tindakan terhadap pengusaha kilang berkenaan.
Tindakan ini perlu untuk mengelakkan lebih banyak ikan mati sekaligus dapat
membanteras kegiatan mencemarkan sungai.
KESAN – KESAN
PEMBUANGAN SISA BAHAN
KIMIA

You might also like