You are on page 1of 2

LAPORAN RAZAK 1956

Latar belakang
Tun Abdul Razak Dato' Hussein berperanan dalam membentukkan Malaysia sebagai sebuah negara
yang dihormati di peringkat antarabangsa. Khidmat dan bakti kepada masyarakat dan negara diberi
keutamaan. Tindakan pertama Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein sebagai Menteri
Pelajaran adalah merombakkan sistem pelajaran penjajah yang mengamalkan dasar pecah dan
perintah.Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein mendapati sekolah-sekolah Melayu serta
sekolah-sekolah vernakular Cina dan Tamil tidak diberi sebarang kelebihan. Hasil usaha Tun Abdul
Razak, melalui Penyata Razak 1956, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein berjaya
menyatupadukan sistem pelajaran untuk membina satu bangsa yang bersatu padu dengan
harapan, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan akan menjadi bahasa penghantar utama.
Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein juga merupakan salah seorang ahli Parti Perikatan
yang telah ke London bersama rombongan kemerdekaan dan pulang membawa kejayaan.
Laporan Razak/Penyata Razak mempunyai 17 cadangan dengan mengambilkira matlamat akhirnya
membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan. Di antara perkara yang diperkatakan ialah: semua
sekolah di tanah air mempunyai sukatan yang sama,bahsa melayu dijadikan bahasa kebangsaan
dan menjadi bahasa pengantar utama. Bahasa melayu dan bahasa inggeris diwajibkan bagi semua
sekolah rendah dan menengah. Bagi sekolah jeis kebangsaan,bahasa inggeris,cina dan tamil
menjadi bahasa pengantar,sekolah-sekolah rendah ditukarkan kepada sekolah kebangsaan dan
bahasa melayu sebagai bahasa penganatr utama,penubuhan satu jenis sekolahsahaja terbuka
kepada semua kaum,guru-guru sekolah rendah dan menengah adalah berkelayakan untuk
mengajar di sekolah Menengah Atas (SMA) dan Pra Universiti ,semua guru diletakkan di bawah satu
perkhidmatan professional dan Jemaah Nazir Persekutuan ditubuhkan.

Tujuan Penyata Razak adalah menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan,
bahasa perpaduan dan bahasa pengantar di sekolah, mengeratkan perpaduan antara kaum Melayu,
Cina dan India sebagai satu rumpun bangsa di Tanah Melayu , mengembangkan sistem pendidikan
agar jurang perbezaan antara kaum dapat dikurangkan , menyediakan kemudahan pendidikan yang
mencukupi untuk melahirkan masyarakat yang berdisplin, terlatih, liberal dan progresif,
mewujudkan sistem pengurusan pendidikan yang lebih cekap dan berkesan , mewujudkan
masyarakat yang bertoleransi, berdisplin, terlatih , liberal dan progresif, memenuhi keperluan
negara yang merdeka dan memperkembangkan sistem pendidikan.
Disiarkan 12th November 2012 oleh SALSABILA DAMIA

You might also like